Anda di halaman 1dari 7

Rasulullah SAW bukannya Idola?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala
puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke
atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang
Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabatsahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka
kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t
dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya.
DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan
memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
. (al-Ahzab: 21)
Siapa idola kamu? Tanya pengacara kepada salah seorang peserta rancangan
hiburan.
Micheal Jackson merupakan idola saya, jawab remaja tersebut penuh bangga.
Di suatu situasi yang berlainan, seorang pelajar IPT telah ditanya dalam satu majlis
ilmu oleh si penceramah Siapa idola anda?
Idola saya ialah Nabi Muhammad, balas pelajar tersebut .
MasyaallahTabarakallah..Lihat betapa mudah para remaja hari ini menggunakan
kata-kata tanpa berfikir apakah akibatnya. Mungkin para remaja yang saya jadikan
contoh di atas tidak mengetahui atau memahami apakah makna sebenar perkataan
idola yang diucapkan. Mungkin istilah idola pada ertikata yang sebenar itu tiada
dalam kamus pemikirannya. Lagipun bukan dia saja yang menggunakan perkataan
tersebut, malahan ramai lagi manusia di luar sana bermula dari orang bawahan
yang bersembang di kedai kopi hingga ke guru-guru dan para akedamik
menggunakan istilah idola tanpa prejudis. Malahan ada di kalangan ustaz yang
menggunapakai istilah ini tanpa memikirkan apa kesan dan risikonya .
Tahukah anak-anak remaja bahawa perkataan IDOLA itu berasal daripada perkataan
Inggeris IDOL yang sebenarnya membawa maksud BERHALA? . Mungkin anak-anak
remaja semasa mengucapkan perkataan itu tidak berniat atau bermaksud menjadi
atau menyamakan seseorang itu dengan berhala atau bahan sembahannnya.
Secara etimologi, idola berasal dari bahasa Latin, Idolium yang beerti orang halus,
bayangan, hantu, arca berhala, dan berhala. Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi
ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala;
pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan,
perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti

berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Kini kita perhatikan pula sejarah penggunaan kata IDOL dalam bahasa Inggeris
seperti yang diberikan dalam Kamus Oxford. (Untuk perhatian umum, Kamus Dewan
memberikan makna berhala.) Dalam bahasa Inggeris, kata IDOL datangnya
daripada dua sumber, iaitu: (i) daripada penggunaan Kristian dan Yahudi, dan (ii)
daripada penggunaan Greek dan Latin. Senarai makna idol dalam bahasa Inggeris
adalah seperti berikut:
1. An image or similitude of a deity or divinity used as an object of worship: applied
to those worshipped by pagans.
2. Applied polemically to images or figures of divine beings and saints, and more
generally to any material object of worship in a Christian church.
3. A representation of a deity under some monstrous and non-natural form.
4. Any thing or person that is the object of excessive and supreme
devotion or that usurps the place of God in human affection:
a) a thing;
b) A person so adored. Contoh yang diberikan ialah: A hero who was the
idol of his army.
5. An image, effigy, or figure of a person or thing, especially a statue.
(sumber www.esasterawan.net/esasterawan)
Jelaslah, kata idola dalam bahasa Melayu membawa separuh daripada erti yang
keempat di atas. Yang paling menggerunkan ialah keseluruhan pengertian itu. Ini
merupakan sebahagian dari makna kata idola, iaitu sesuatu atau seseorang yang
dipuja atau yang menggantikan tempat Tuhan dalam hati manusia. Persoalannya
sekarang , wajarkah kita menggunakan kata idola? Apatah lagi dalam konteks
keagamaan.
Mungkin pada hakikat awalnya si penutur menggunakan istilah idola bertujuan
menyuruh kita mengidola Nabi Muhammad, dengan kata lain sebenarnya
menyuruh kita meneladani sifat dan sikap Nabi. Persoalannya, mengapa perlu kita
mengambil sesuatu dari barat sedangkan Islam mempunyai istilahnya sendiri yang

cukup cantik dan sedap disebut iaitu Qudwah Hasanah. Rasulullah sebagai Qudwah
Hasanah.
Mungkin nanti ada di kalangan manusia yang memperlekeh dan memandang remeh
hal ini dengan berkata, Itu cuma dari segi istilah saja bukannya ada niatpun. Inilah
permasalahan orang kita hari ini, meniru sesuatu dari budaya asing tapi meneliti
dan mengkaji baik dan buruknya.
Hari ini penggunaan istilah idola sering dikaitkan dengan para diva, artis, pemuzik,
tokoh-tokoh, malahan terdapat pemimpin dan orang terpelajar sering mengaitkan
idola dengan Nabi Muhammad SAW. Mungkin anak-anak remaja semasa
mengucapkan perkataan itu tidak berniat atau bermaksud menjadi atau
menyamakan seseorang itu dengan berhala atau bahan sembahannnya . Naluri
remaja sering diwarnai dengan sikap ingin meniru, mencontoh, dan mengagumi
seseorang. Remaja menjalani proses belajar dengan cara meniru dan mencontohi
pengalaman orang lain, karena mereka sebenarnya dalam proses mencari identiti.
Yang membimbangkan kita ialah apa sanggupkah kita terus menggunakan istilah
atau perkataan yang sedahsyat ini kerana makna atau pengertiaannya yang boleh
menjerat kita dalam dosa syirik? Sanggupkah kita membiarkan remaja kita terus
menggunapakai istilah ini sehingga boleh menjejaskan akidah mereka. Persoalan ini
sebenarnya pernah dilontarkan oleh salah seorang tokoh akademik, iaitu Prof, Datuk
Dr. Zainal Kling pada November 2005. Beliau meminta agar media massa mencari
istilah yang sesuai bagi menggantikan perkataan `diva' dan `idola' kerana gelaran
itu bertentangan dengan akidah Islam. Namun saranan itu dianggap sepi.
Sebenarnya dalam artikel saya sempena mengingati bulan kelahiran Rasulullah
s.a.w ingin saya perjelaskan kepada anak-anak remaja bahawa Rasulullah itu
sebenarnya adalah sebagai suri tauladan ataupun role model yang paling utama
dalam setiap aspek kehidupan. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang
kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang sangat-sangat kita cintai. Kita patut
menjadikan kehidupan rasul sebagai ikutan tanpa ragu dan syak. Kalaulah manusia
mencari seseorang yang boleh menjadi role model lengkap dalam setiap aspek
kehidupan, mereka tidak akan menjumpainya melainkan ianya wujud dalam diri
Nabi Muhammad s.a.w. Oleh sebab itulah Allah telah menyifatkan baginda sebagai
Qudwah hasanah (contoh tauladan) bagi seluruh manusia.
Rasulullah S.a.w tidak diutus semata-mata mahu dipuja-puja dan diagungagungkan. Malahan Rasulullah s.s.w tidak diutus semata-mata menjadi simbol
agama Islam. Sebaliknya, Rasulullah diutus sebagai Qudwah hasanah, supaya
kehidupan baginda, keperibadian baginda dan keunggulan baginda menjadi bekal
utama kepada umat sepanjang zaman.
Menyambut maulidur Rasul bukan bermakna kita sekadar mengagung-agungkan

tarikh kelahiran Rasulullah tapi adalah untuk kita mengingati dan sentiasa
mensyukuri betapa KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang
menyinari kegelapan malam. Rasulullah dilahirkan untuk menyelamat umat seluruh
alam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan
membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.
"Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari
kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, yang menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka
Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar
dalam kesesatan yang nyata.
(Surah al-Jumuah: 2)
Michael J.Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential
Persons in History telah meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh di
tempat paling teratas. Subhanallah. Petikan kata-kata Michael J.Hart mengenai
pemilihannya:
My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential
persons may surprise some readers and may be questioned by others, but
he was the only man in history who was supremely successful on both the
religious and secular levels.
Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the
world's great religions, and became an immensely effective political
leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still
powerful and pervasive. Baca selanjutnya http://drazwan.blogspot.com/ dan juga
http://www.adherents.com/adh_influ.html
Jika orang bukan Islam mengkagumi Rasulullah s.a.w, apatah lagi kita sebagai
pengikut baginda yang sering melafazkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul.
Kepada anak-anak remaja siapakah lagi yang boleh kita jadikan contoh dan
tauladan yang baik untuk diikuti dalam menjalani kehidupan ini. Sudah tentulah
peribadi dan kemuliaan akhlak Rasulullah s.a.w menjadi ikutan kita. Saidina Aisyah
r.ha berkata bahawa sesungguhnya akhlak dan peribadi Rasulullah s.a.w itu adalah
sebagai Peribadi Al Quran.
Seorang sahabat bernama Hindun ibn Abi Halah r.a. adalah di kalangan mereka
yang amat pandai menyifatkan peribadi Nabi SAW. Suatu ketika, beliau ditanya oleh
cucunda Nabi SAW iaitu al Hasan ibn Ali r.a mengenai peribadi mulianya itu. Maka
Hindun ibn Abi Halah r.a menyatakan:
"Rasulullah SAW adalah seorang yang sentiasa bersedih (kerana takut kepada
Allah). Baginda SAW selalu berfikir bahkan hampir tidak sempat berehat. Baginda
SAW lebih banyak berdiam, Baginda SAW tidak berbicara kecuali apabila perlu.

Baginda SAW membuka dan menutup bicaranya dengan menyebut nama Allah.
Perbicaraannya padat dengan makna sekalipun ringkas. Kata-katanya jelas, tidak
menjurus ke arah sesuatu yang sia-sia atau berlebih-lebihan dan tiada pula yang
kurang difahami. Baginda SAW tidak bersikap kasar dan tidak pernah menghina".
(Syamail al-Muhammadiyyah oleh al-Tirmizi)
Sesungguhnya kehidupan Rasulullah seluruhnya adalah role model atau pun suri
tauladan yang perlu kita sanjung.
1.Remaja Contoh : Rasulullah adalah merupakan contoh yang jelas sebagai seorang
remaja dan pemuda yang baik dan berakhlak mulia sehinggalah beliau digelar al
amin di kalangan kaumnya. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan
bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan
lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang
mendengarnya.Semasa membantu Sayidatina Khadijah dalam perniagaan, baginda
jujur dan amanah dalam menjalankan perniagaan.
2. Pendakwah dan pendidik: Rasulullah adalah seorang pendakwah yang paling
cemerlang dalam menyeru umat manusia kepada Allah Taala dengan menggunakan
konsep hikmah dan mauizah hasanah (peringatan dengan cara yang baik). Baginda
berdakwah secara berhemah, menghormati orang lain, tidak mengeluarkan katakata nista atau cela. Selagi orang yang menjadi sasaran dakwahnya mahu
mendengar dan menerima, baginda tidak jemu mendidik tetapi jika mereka
berpaling, maka pada Allah tempat Rasulullah mengadu. Tapi kita hari ini nak
berdakwah kepada orang lain, nak cerita tentang kehebatan Islam tapi pada
zahirnya muka nak senyum kat orang lain pun susah. Kalau amalan sekecil itu yang
diajar oleh Rasulullah pun tak termampu nak diterap dalam diri apatah lagi amalan
yang berat dan besar.

3. Pentadbir dan Seorang ketua negara yang Berjaya : Rasulullah memegang kuasa
politik yang paling tinggi. Mentadbir setiap urusan politik dengan penuh hikmah dan
kebijaksanaan. Rasulullah mendidik dan memimpin hati manusia dengan dikenalkan
manusia kepada Penciptanya iatu Allah yang Maha Pengasih, Maha Berkuasa, Maha
Besar, Maha Gagah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
4. Suami Mithali dan Ketua keluarga yang Penyayang: Baginda adalah contoh
seorang suami mithali dalam pergaulan dengan keluarga. Sabar dengan kerenah
isteri-isteri baginda dan meyayangi anak dan cucu baginda. Rasulullah s.a.w.
merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan
isterinya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha.
pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab:
Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan

apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.


6. Ketua Perang yang hebat: Rasulullah merupakan seorang ketua perang yang
mahir , berani dan penuh dedikasi. Baginda mahir mengatur strategi di medan
perang malahan baginda merupakan orang yang sentiasa berada di barisan depan
apabila menghadapi peperangan menentang musuh. Namun baginda juga
merupakan ketua perang yang cukup berhemah.
Dalam Perang Mutah, Rasulullah (s.a.w) berpesan kepada tentera Islam supaya
melalui kawasan di mana al-Harith bin Amir dibunuh, dan supaya mengajak orangorang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil maka hendaklah setelah
memohon pertolongan dari Allah memerangi mereka dengan ungkapan sabdanya
yang bermaksud:
Ayuh! dengan Nama Allah seranglah mereka yang kufur dengan Allah, janganlah
kamu khianati atau menyamun, jangan bunuh anak-anak kecil atau perempuan,
atau tua lara, atau orang bertapa di biara, jangan kamu tebang kurma-kurma atau
pokok-pokok dan jangan roboh bangunan-bangunan.

7. Berakhlak Mulia : Apalagi yang dapat kita bandingkan dalam diri Rasulullah.
Baginda adalah contoh dan tauladan bagi sekalian alam. Meyayangi para sahabat
tiada tolok bandingnya.Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak
salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya ditanya dan
dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa
sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.
Mengasihi umatnya melebihi segala-gala, hinggakan di saat kewafatannya, baginda
masih mengingati umatnya. Amatlah malang jika kita tidak sayang dan cinta pada
Rasulullah s.a.w. Apabila musuh-musuh Islam dulu dan hari ini menghina dan
mencerca Rasulullah s.a.w dimanakah kita. Apakah yang kita lakukan bila Nabi
Muhammad kekasih Allah dipersendakan? Inikah yang dikatakan kasih kepada Rasul
Allah. Cukupkah dengan bersimpati dan kemudian melupakannya atau sekadar
berselawat nyaring bagaikan terkeluar halkum memuji Rasulullah hanya pada setiap
kali perayaan Maulidur Rasul sahaja. Tepuklah dada dan tanyalah keimanan kita.
Wahai anka-anak remaja, kembalikan syiar Islam. Semarakkanlah perjuangan dan
tarbiah Rasulullah. Hidupkan sunnah baginda. Tidak mustahil malah sudah terbukti,
jika umat Islam dapat melaksanakan syariat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,
umat Islam akan bangkit menjadi bangsa yang paling berdisiplin, beradab dan
berakhlak. Dihormati , dicontohi malahan digeruni bukan kerana kemajuan material,
tapi keindahan, kekentalan dan kejituan akhlak umat Islam mencontohi Rasulullah
sebagai Qudwah hasanah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, nabi Muhammad s.a.w.
Moga jumpa lagi..insyaallah
Rujukan

Muhammad Abd Syukur et.al. Diari Hidup Rasulullah S.A.W .Pts


Publications and Distributors Sdn.Bhd. Kuala Lumpur 2009
Imam Jalaluddin As Sayuthi . Asbab Nuzul Al-Quran.Darul Fajr, Kuala
Lumpur.2008
Mas Zuraini Miswan. Rencana: Ikut Sunnah Hidup Terdisplin. Majalah Ayu.
Karya One Sdn BhdBil5 Tahun1 Mei 1996
www.esasterawan.net/esasterawan
http://drazwan.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai