Anda di halaman 1dari 5

Permainan Jaringan: Menyelamatkan Raja Agung

Alatan: Bola kecil, kon, jaring


Bilangan pemain: 6 orang sekumpulan
Matlamat:
1. Murid dapat mengenali pelbagai jenis kemahiran yang terdapat dalam bola
tampar
2. Murid dapat menguasai kemahiran yang terdapat dalam bola tampar.
3. Murid dapat meningkatkan kemahiran menghantar, merejam dan teknik servis
bola para pemain.
4. Pemainan ini direka untuk meningkatkan kerjasama para pemain antara satu
sama lain.
5. Koordinasi mata, tangan dan kaki dapat dilatih melalui permainan ini.
Objektif:
A. Psikomotor
1. Murid dapat meningkatkan tahap kecergasan secara tidak langsung melalui
permainan ini.
2. Murid dapat didedahkan kepada pelbagai jenis kemahiran yang terdapat
dalam bola tampar.
B. Kognitif
1. Murid berkeupayaan untuk memikirkan cara bagi memenangi pemainan ini.
2. Murid dapat memperolehi ilmu baharu tentang kemahiran bola tampar.
C. Afektif
1. Murid dapat melatih kedisiplinan diri semasa dalam kumpulan.
11

2. Murid dapat menyemaikan semangat kerjasama apabila bermain dengan


rakan sepasukan.
Organisasi :
1. Dalam gelanggang harus mempunyai 2 pasukan.
2. Setiap pasukan mempunyai 6 orang.
3. Ahli pasukan A servis bola kepada ahlinya dan dibenarkan menghantar bola
kepada ahli sepasukan sebanyak tiga kali sebelum menyerang.
4. Ahli pasukan B bersedia untuk menerima serangan daripada ahli pasukan A.

Cara bermain:
1. 12 orang pemain dibahagi kepada dua pasukan. Setiap pasukan mengambil
tempat di gelanggang.
2. Posisi ahli dalam gelanggang masing-masing ialah 3 orang pemain di
hadapan dan 3 orang pemain di belakang.
3. Pemain menggunakan alat yang disediakan untuk menyambut atau
melambung bola kepada pihak lawan. Bola tersebut harus melepasi jaring
sebelum sampai ke gelanggang pasukan lawan.
4. Pemain hanya dibenarkan menyambut dan menghantar bola tersebut
sebanyak tiga kali sebelum menghantar kepada pihak lawan.
5. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang pihak lawan, pihak lawan
melakukan kesalahan atau gagal mengembalikan bola dengan betul.
6. Pasukan yang mendapat markah perlu menukar posisi mengikut arah jam
sebelum melakukan servis yang seterusnya.
7. Pasukan yang berjaya mendapat 12 markah sebanyak dua set dikira menang.
12

Peraturan:
1.

Penentuan perlawanan dijalankan dengan membuat lambungan syiling

untuk mennetukan servis pertama dan pemilihan gelanggang. Pasukan pertama


akan menentukan sama ada membuat servis pertama atau memilih gelanggang.
2.

Hanya 15 mint sahaja diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat dan

selepas itu lawannya akan diberikan Kemenangan percuma dengan kiraan 12-0,
12-0.
3.

Pasukan yang kurang daripada 6 pemain dianggap tidak lengkap dan

tidak bermain dalam set atau perlawanan. (bilangan pemain harus seimbang,
boleh diubahsuai berdasarkan bilangan murid, minimum 3 orang dan maksimum
6 orang)
4.

Bola dikira bola dalam jika bola menyentuh lantai gelanggang bermain

termasuk garisan sempadannya.


5.

Bola dikira keluar jika:


-sebahagian bola yang menyentuh lantai yang di luar garisan sempadan
gelanggang.
-bola menyentuh sesuatubahan di luar gelanggang, siling, atau orang di
luar gelanggang.
-bola menyentuh tali, tiang atau bahagian jaring.

6.

Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak lawannya dalam

ruang lawan. Pemain juga tidak dibenarkan menyentuh jaring. Dan dilarang
masuk ke ruang lawan.

13

Kemahiran:
A. Utama
1. Hantaran bola
B. Sampingan
1. Sevis bawah tangan
2. Mengumpan
3. Mengadang

Langkah keselamatan:
1. Menerima bola dengan kedua-dua tangan.
2. Fokus pada hala tuju bola.
3. Mengurangkan lompatan kerana tertumpu pada kemahiran asas sahaja.

Soalan untuk murid:


1.

Berapakah kali bola boleh dihantar sesame ahli pasukan sendiri?

Jawapan : 3 kali
2.

Bilakah mata dikira semasa perjalanan permainan?

Jawapan : Mata dikira ketika bola berjaya melepasi jaring dan jatuh ke dalam
kawasan gelanggang pihak lawan
3.

Berapakah pemain yang dibenarkan untuk bermain dalam satu

permainan?
Jawapan : 12 orang bagi 2 pasukan
14

4. Bagaimanakah cara untuk menghantar bola atau membalas balik bola kepada
pihak lawan?
Jawapan : Menggunakan skitel kecil untuk menyambut bola ke dalam lubang
skitel yang telah diterbalikkan lalu melambung semula bola kepada pihak lawan
5. Berapakah mata yang perlu dicapai oleh ahli pasukan bagi memenangi satu
set permainan?
Jawapan : 12 mata dengan memenangi 3 set permainan
6. Bolehkah bola dihantar atau disambut dengan menggunakan anggota badan?
Jawapan : Tidak boleh

Grafik:

15

Anda mungkin juga menyukai