Anda di halaman 1dari 1

Segala puji dan syukur kami persembahkan kepada-Mu ya Allah di atas limpah dan rahmat

perlindungan yang telah engkau kurniakan kepada kami dengan aman dan tenteram, sihat
wal afiat dan selamat sejahtera.


Pada saat ini, kami dapat merasakan nikmat-Mu penuh dengan segala kebaikan. Namun
tidak pernah kami lupa akan saudara-saudara kami yang lain yang sekarang sedang
bergelut dengan pelbagai kesulitan. Andai ada yang sakit, Engkau sembuhkanlah. Andai ada
yang kelaparan, Engkau berilah makan. Andai ada yang susah, Engkau senangkanlah.
Andai ada yang resah dan sedih, Engkau damaikanlah. Andai ada yang kehilangan orang
yang tersayang, Engkau tabahkanlah. Daripada Engkau kami dating, kepada Engkau kami
kembali ya Allah.






.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah
mengikat janji setia untuk emdaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah
ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hatiini akan jalany-Nya yang sebenar,
penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapabgkanlah
hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupk dan
suburkanlah hati-hati ini dengan marifat pengetahuan sebenar tentang-Mu. Jika Engkau
mentaqdirkan kematian, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam
perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebai-baik sandaran, Engkaulah sebaik-baik penolong.

.
.
.
.

Anda mungkin juga menyukai