Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA DASAR

KERTAS KERJA KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN


KETRAMPILAN PENGAWAS 2013
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SM SAINS BANTING
ANJURAN:
UNIT DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
DENGAN KERJASAMA
PENGURUSAN ASRAMA
TARIKH:
22 - 24 MAC 2013
TEMPAT:
KEM WIRAJAYA FOREST RESORT, SG CONGKAK, HULU LANGAT
Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

KERTAS KERJA
KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS

1.0 PENGENALAN
Lembaga Pengawas dan Disiplin merupakan satu badan yang
membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin
murid-murid. Badan ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat
dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas. Sebagai
pemimpin
murid,
adalah
wajar
bagi
pengawas-pengawas
menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat
dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Justeru, KURSUS
PEMANTAPAN
KETRAMPILAN
PENGAWAS ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan
melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Pada tahun yang lalu
para pengawas telah diberi bengkel berkaitan dengan protokol bagi
menngendalikan majlis-majlis sekolah. Justeru itu, pada tahun 2013
kursus ini akan diadakan dengan memberikan penekanan khusus
terhadap tugas semasa majlis perhimpuan rasmi sekolah pada
setiap hari Isnin di samping menjalankan tugas-tugas harian. Modus
operandinya adalah melalui Modul kursus yang disediakan oleh
pihak kem.
Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan
ketokohan kepimpinan murid-murid SM Sains Banting yang dibentuk
melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang
dirancang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas
2.2 Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah
dan asrama
2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin
murid
3.0 NAMA PROGRAM
KURSUS
PEMANTAPAN
PENGAWAS

SAHSIAH

DAN

4.0 MOTTO
Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol

KETRAMPILAN

5.0 ANJURAN
UNIT DISIPLIN
& DENGAN KERJASAMA
PENGURUSAN ASRAMA SM SAINS BANTING
6.0 TEMPAT

8.0 TARIKH
9 Januari 2010
9.0 SASARAN
80 orang pengawas SK (P) Sultan Ibrahim
(Rujuk Lampiran A)
10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
PENASIHAT
Pn Hjh Halimah binti Ismail
PENGERUSI
Pn Hjh Ratheyah binti Abdullah
N. PENGERUSI
Pn Hjh Noorsiah binti Sihes
Pn Noriah binti Nordin
Pn Noorzila binti Ahmad
PENYELARAS
Cik Haryanti binti Abd. Kadir
SETIAUSAHA
Pn Ranjanni A/P Rachenamoty
N. SETIUSAHA
Cik Norasyikin binti Muda
BENDAHARI

Pn Zubaidah Jaafar
AJK
PERSIAPAN & TEKNIKAL
En Anuar bin Mansor
Pn Roziharmila binti Abdullah
KEROHANIAN
En. Ahmad Nazir bin Hamzah
DISIPLIN & PROTOKOL
Pn Zaharimah Subaini
Pn Hjh Saleha Salleh
BUKU PROGRAM
Cik Haryanti Abd. Kadir
CENDERAMATA & SIJIL
Pn Rozana Mohd Taib
Pn Ranjanni A/P Rachenamoty
PENGACARA MAJLIS
Pn Zaharimah Subaini
JAMUAN GURU & MURID
Pn Sa'diah Binti Ibrahim
KEBERSIHAN & KESELAMATAN
En Ismail Haris
Pekerja
PENDAFTARAN
Pn Zubaidah Jaafar
Cik Helis Suriyati Abu Bakar
PENGGAMBARAN
Cik Norasyikin Muda
FASILITATOR
Semua Guru Disiplin

11.0 MANUAL JAWATANKUASA

SETIAUSAHA:
Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
Menguruskan surat menyurat
Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat
Membuat laporan setelah program tamat

N. SETIAUSAHA
Membantu tugas-tugas setiausaha

BENDAHARI:
Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
Mengawal aliran wang masuk dan keluar
Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK DISIPLIN & PROTOKOL:


Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan
terkawal
Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar
mengikut protokol yang betul
AJK PERSIAPAN & TEKNIKAL:
Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutifeksekutif lain untuk kegunaan sepanjang program
Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi
dan sentiasa dalam keadaan yang baik sebelum digunakan
AJK TUGAS-TUGAS KHAS & CENDERAMATA:
Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan
bantuan
Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah,
penceramah dan pertandingan yang diadakan
Menyediakan cenderamata untuk penceramah.
Menguruskan makanan dan penempatan pelajar dan fasi

AJK KEROHANIAN :
Membaca doa majlis
Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat pada
waktunya secara berjemaah.
Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

PENGACARA MAJLIS
Menjadi juru acara semasa majlis perasmian/ penutup berlangsung.
JAMUAN VVIP & MURID
Menguruskan persiapan tempat jamuan
Memastikan VVIP, guru dan murid mendapat makanan

Menjaga kebersihan di tempat jamuan

KEBERSIHAN & KESELAMATAN


Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
Memantau keselamatan murid sepanjang program

PENDAFTARAN
Menyediakan borang kehadiran
Mencatat/ mengambil kehadiran murid
Melaporkan kehadiran murid kepada setiusaha

PENGGAMBARAN
Merakam aktivti sepanjang program
Menyerahkan gambar kepada setiusaha untuk laporan

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM


7.30 pg Pendaftaran Peserta
8.00 pg Aktiviti Pergerakan/ Senamrobik
8.30 pg Ceramah Kepimpinan
Tugas dan Peranan Sebagai Pemimpin Murid
Oleh Tn Hj Abd Wahid bin Bachok
Penyampaian cenderamata penceramah
9.30 pg Kudapan
10.00 pg LDK
12.00 tgh Majlis Penutupan
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Guru Besar
Perasmian Penutupan : YDP PIBG
Penyampaian Sijil Peserta
Bersurai
13.0 PANDUAN MODUL
(Rujuk Lampiran E)
14.0 BELANJAWAN
PENDAPATAN
Yuran Peserta RM 2 X 80 orang RM 160.00
JUMLAH RM 160.00
PERBELANJAAN

Cenderamata penceramah RM 120.00 X 1 RM 120.00


Bahan dan Peralatan RM 40.00
JUMLAH RM 160.00

PENDAPATAN PERBELANJAAN RM 160.00 RM 160.00 = 0

15.0 PENUTUP
Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah
swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya.
Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan
mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga
diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggitinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL

Disediakan oleh:
(HARYANTI ABDUL KADIR)
Penyelaras,
Kursus Pemantapan Sahsiah
Dan Ketrampilan Pengawas,
SK (P) Sultan Ibrahim
Disemak oleh:
(HJH

HALIMAH

Guru Besar,
SK (P) Sultan Ibrahim

BINTI

ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai