Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Dalam kehidupan seharian manusia bahasa berperanan sebagai perantaraan


perhubungan yang penting dalam memahami kehendak, perasaan dan fikiran sesama
manusia. Selain itu bahasa juga bertindak sebagai media bagi menyatakan sesuatu,
untuk berfikir dan sebagai alat untuk menguasai sesuatu pengetahuan. Pada aras yang
lebih tinggi, bahasa digunakan untuk memperoleh kecekapan dan kemahiran belajar
serta mengajar iaitu menerima dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Dengan bahasa
juga seseorang dapat memperluaskan pemikiran dan pengetahuan serta membolehkan
individu menjadi sebahagian daripada ahli masyarakatnya.
Ironinya bahasa bukanlah sekadar bunyi yang didengar. Bahasa juga merupakan
alat yang boleh mempengaruhi fikiran dan personaliti seseorang. Beberapa tidak balas
akan berlaku apabila individu mempelajari sesuatu. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, manusia menerima dan menyatakan idea. Mereka akan menjadikan
pengalaman orang lain sebagai sebahagian kehidupan mental mereka sendiri. Apabila
mereka bercakap, mereka mendorong orang lain supaya sama-sama merasakan
pengalaman yang telah dilalui.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kanak-kanak dapat
mempelajari pelajaran yang diajar melalui bahasa. Maka bahasa juga berperanan
menjadi alat bagi menzahirkan fikirannya. Disebabkan pentingnya peranan bahasa
dalam kehidupan manusia terutamanya sebagai alat kepada kanak-kanak untuk
menguasai sesuatu pengetahuan, teori-teori pembelajaran dan pengajaran bahasa telah
dicipta bertujuan memudah dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa lebih berkesan. Pemahaman terhadap teori-teori ini amat penting bagi
memudahkan guru-guru bahasa merangka kaedah pengajaran yang berkesan,
bersesuaian dan menarik untuk dilaksanakan dalam pengajaran di kelas.
Berlandaskan Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta
mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu, Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran Harian Bahasa Melayu telah dibina dan dijadikan
panduan dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

1. Teori Huraian Bahasa


Teori Huraian Bahasa merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan oleh
ahli-ahli dalam bidang bahasa yang menerangkan mengenai huraian bahasa. Terdapat
beberapa tokoh yang terkenal dalam memperihalkan teori huraian bahasa, seperti
Panini, Bloomfield,Noam Chomsky, Halliday dan beberapa tokoh lain. Melalui pemikiran
tokoh-tokoh ini, teori huraian bahasa dapat dibahagikan kepada empat aliran iaitu
Teori Tradisional , Teori Struktural, Teori Tranformasi Generatif dan Teori
Fungsional.
Teori yang pertama iaitu Teori Tradisional yang dikemukakan oleh seorang

tokoh fonetik India iaitu Panini yang menganggap bahawa bahasa ialah ucapan
fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk
membunyikan suara. Teori ini mementingkan bahasa tulisan dalam ciri nahunya.
Malahan Panini turut menyatakan bahawa semua bahasa mempunyai peraturan
yang sama dengan bahasa Yunani.Teori ini menekankan supaya semua penutur
diwajibkan mematuhi peraturan berbahasa, adalah menjadi satu kesalahan
sekiranya terdapat kesilapan dalam berbahasa. Selain itu, kajian bahasa turut dibuat
terhadap bentuk-bentuk tulisan. Perkara ini dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan
oleh ahli bahasa Arab yang mengkaji tulisan Al-Quran dan orang Hindu yang mengkaji
tulisan Sanskrit. Menurut Panini bahasa boleh berkembang dan

setiap bahasa

mempunyai hubungan dengan bahasa induk. Teori ini menyifatkan tatabahasa bersifat
sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin.Sehubungan dengan itu, bahasa
merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam. Kajian bahasa adalah
bersifat deduktif iaitu mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa.Oleh itu, Panini
turut menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat, dan kata kerja.
Teori kedua ialah Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward
Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah
sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Selain itu
menurut mereka terdapat perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan
unit tatabahasa serta ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Sehubungan itu,

jika dilihat dalam aspek kajian nahu pula, mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai
sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Tokoh-tokoh
pemikir ini, menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan
struktural ini, juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif.
Malahan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan
analisis dibuat secara luaran
Seterusnya ialah Teori Tranformasi Generatif. Pelopor bagi teori ini ialah Noam
Chomsky . Beliau bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
untuk berbahasa. Selain itu,beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat sejagat dan
kreatif., penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang
baharu atau boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai
keadaan. Jesteru itu,melalui kebolehan yang diperolehi akan terbentuklah rumus-rumus
bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.
Begitu juga dengan binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan
menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Bahkan juga,sesuatu
binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.
Dapatlah disimpulkan menurut pandangannya, Chomsky menyifatkan pengetahuan
bahasa merupakan fonemena mental.
Akhirnya ialah teori yang keempat iaitu Teori Tranformasi Generatif dan Teori
Fungsional. Teori fungsional ini, dipelopori oleh Halliday dan Wilkins .Teori ini
berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi
struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.Bahkan, mereka menganggap
bahawa bahasa sebagai alat pertuturan.Sehubungan dengan itu, dapatan mereka
mementingkan aspek semantik. Oleh itu,mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi
dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat
menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Sementalahan itu, tokoh-tokoh ini
beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal.
Malahan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi
memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Disamping itu,
aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk

bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.Dapat disimpulkan,terdapat 3 fungsi sosial


fungsi iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Anda mungkin juga menyukai