Anda di halaman 1dari 5

Aktiviti memanaskan badan adalah langkah paling awal untuk

mengelakkan kecederaan sukan. Memanaskan badan penting


dilakukan sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau
pertandingan kerana bermanfaat kepada persediaan fizikal dam
mental atlet.

Antara tujuan memanaskan badan ialah bagi meningkatkan suhu


badan dan suhu dalam otot. Dengan melakukan aktiviti ini ketegangan
dalam otot berkurangan untuk menjadikan oto itu berkeadaan relaks.
Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang
bola dan belari pecut. Aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan
kumpulan otot besar dalam tempoh yang singkat, di susuli dengan
regangan maksimum otot-otot tersebut.
Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan
dan juga akan memudahkan adaptasi fungsi jantung, paru-paru dan
saluran darah terhadap peningkatan kadar kerja yang berlaku ketika
bersukan.
Proses penyesuaian begini mengurangkan tekanan (Stress) kepada
metabolisme fisiologi yang melibatkan struktur-struktur tesebut. Reaksi
enzim juga dapat dipercepatkan ketika suhu badan tinggi. Keadaan ini
boleh melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah. Dari aspek
psikologi, atlet yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang
cukup biasanya merasa lebih yakin ketika hendak bertanding.
Semasa pertandingan, atlet juga berpeluang melakukan raptai
pergerakan sebelum melakukan dalam situasi sebenar.

Bahagian Kepala
Pergerakan hyperextension

Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas


dan

jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible


Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot

trapizius

Sendi yang terlibat ialah sendi synovial ( sendi paksi/ putar )

Tulang yang terlibat ialah skull/cranium

Pergerakan flexsion

Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah


dengan tangan
menekan kepala dari atas

Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot


trapizius

Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/
putar)

Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium


Pergerakan rotation

Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian


kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla

Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot


sternocleidomastoid dan otot masseter

Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )

Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible

Pergerakan circumduction

Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan


menggunakan sendi putar/paksi

Melibatkan otot trapiziuz dan sternocleidomastoid


Bahagian Tangan Dan Bahu

Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah

Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion

Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloid

Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus

Pergerakan lengan ke arah dada

Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada

Sendi yang terlibat ialah sendi lesung

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium

Melibatkan tulang humerus, radius dan ulna

Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps.


Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur
Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu
iaitu sendi lesung

Anda mungkin juga menyukai