Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK KASUKI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM BACAAN

oleh:

NUR AIN BINTI ZAKARIA

PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN PEMULIHAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ABSTRAK
Penyelidikan kajian tindakan ini di rancang untuk meninjau sejauh mana
keberkesanan teknik KASUKI dalam mengatasi masalah bacaan murid. Kajian
ini melibatkan seorang murid pemulihan khas bahasa Melayu darjah tiga di
sebuah sekolah di daerah Kuala Langat. Responden ini dipilih berdasarkan ujian
diagnostik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Tinjauan awal
menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah untuk membaca
perkataan kvk+kv+kvk. Responden sering meninggalkan huruf ketika
membaca perkatan tersebut dan tidak boleh mengadun lebih daripada dua
suku kata dengan baik. Oleh itu, teknik KASUKI diaplikasikan untuk mengatasi
masalah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan responden mampu membaca
perkataan kvk+kv+kvk dengan baik setelah teknik KASUKI digunakan.
Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan menggunakan ujian diagnostik,
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid Pemulihan Khas membaca dan
mengingat perkataan KVK+KV+KVK dengan baik. Secara khususnya objektif
kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membaca menggunakan
Teknik yang senang dan mempertingkatkan keyakinan diri supaya dapat
membaca dengan lancar.

1) Membantu murid mengeja dan membatangkan suku kata KVK+KV+KVK


dengan betul.
2) Membantu murid menguasai Perkataan KVK+KV+KVK dengan Teknik
KASUKI:Terukir di Bintang
3) Mengubah cara pengajaran guru supaya
pembelajaran adalah menyeronokkan.

murid

merasakan

proses

SOALAN KAJIAN
Antara persoalan yang timbul apabila melakukan kajian terhadap
masalah ini adalah:
1) Apakah masalah yang dihadapi murid ketika membatangkan
KVK +KV+KVK?

suku kata

2) Bagaimanakah Kaedah Terukir di BIntang ini dapat membantu murid


menguasai kemahiran membaca suku kata KVK+KV+KVK dengan sebutan
dan tulisan yang betul?
3) Adakah Kaedah Terukir di Bintang dapat meningkatkan amalan pengajaran
saya sebagai seorang guru Pemulihan Khas?

KUMPULAN SASARAN

Seorang Murid lelaki pemulihan tahun 3 di daerah Kuala Langat


Selangor.

PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah 1
Dalam langkah pertama iaitu interaksi Pengajaran dan Pembelajaran p&p
murid akan ditunjukkan kad imbasan yang mengandungi gambar untuk
mewakili perkataan KVK+KV+KVK. Murid diminta menyebut gambar yang
ditunjukkan oleh guru. Murid kemudian dilayangkan kad imbasan perkataan.
Kemudian murid dilayangkan kad imbasan suku kata.
Langkah 2

Langkah kedua yang dibuat ialah susun iaitu susun kad imbasan suku kata di
dalam bekas susunan iaitu menggunakan botol susunan.
Langkah 3
Murid diminta meletakkan botol di jari dan mengira menggunakan jari
perkataan KVK+KV+KVK.

CARA PENGUMPULAN DATA


Saya telah menggunakan empat Instrumen pengumpulan data iaitu
menggunakan ujian diagnostik temu bual, pemerhatian dan analisis lembaran
kerja. Temu bual telah dijalankan pada awal dan akhir kajian iaitu pada kitaran
1 dan kitaran 2. Pemerhatian berbentuk senarai semak telah dijalankan
sebanyak dua belas kali sepanjang sesi p&p. Pemerhatian telah dijalankan
pada kitaran pertama dan juga kedua.Analisis lembaran kerja juga dilakukan ke
atas lembaran kerja yang diberi kepada murid.
CARA ANALISIS DATA
Hasil daripada data yang telah dianalisis, kajian ini telah berjaya menjawb
persoalan kajian dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan kajian.
Analisis data setiap instrumen menggunakan graf menujukkan peningkatan
dalam kajian ini iaitu sebanyak 12 kali pemerhatian dilakukan iaitu
pemerhatian dilaksanakan dari segi aspek tingkah laku, minat dan juga
kemahiran murid menujukkan perubahan selepas teknik KASUKI diaplikasikan
kepada responden. Manakala lembaran kerja dilaksanakan juga menujukkan
peningkatan iaitu daripada 17% sehingga 100 % peningkatan.

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil anlisis data, kajian ini telah berjaya menjawab
persoalan kajian dan seterusnya objektif kajian. Masalah membaca
perkataan KVK+KV+KVK yang dihadapi oleh murid dapat diatasi.
Berdasarkan graf analisis lembaran kerja murid terdapat peningkatan
iaitu daripada 17% sehingga 100%. Murid dapat membaca dua belas
perkataan yang diberikan dalam lembaran kerja dengan betul pada
akhir kajian dijalankan. Pada akhir kajian juga murid menunjukkan
keseronokan dalam melaksanakan teknik KASUKI. Tingkah laku, minat
dan kemahiran murid juga menunjukkan peningkatan sehingga kajian
tamat. Kajian ini juga membantu guru menambahbaik amalan
pengajaran dalam membantu murid dalam p&p.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan pertama iaitu meletakkan nombor pada bahagian bulatan


supaya responden tidak terkeliru dan dapat menyusun botol dengan
lebih teratur. teknik KASUKI ini dapat digunakan dalam pengajaran
secara berkumpulan dan juga individu. Seperti mana dalam kelas
Pemulihan Khas, terdapat kumpulan yang mempunyai beberapa orang
murid atau seorang murid yang ditempatkan mengikut masalah
mereka. Cadangan ketiga saya adalah, menerapkan penggunaan
multimedia interaktif semasa proses p&p contohnya menggunakan
multimedia interaktif semasa menujukkan kad Imbasan. aCadangan
keempat saya ialah penggunaan token juga saya rasakan dapat
membantu guru dalam mengubah tingkah laku murid semasa
membaca perkataan KVK+KV+KVK. Semasa guru menggunakan teknik
KASUKI, guru boleh memberikan token seperti satu botol susunan dan
setiap kali murid berjaya menguasai p&p murid akan diberikan
pelekat untuk untuk diletakkan pada botol susunan

Anda mungkin juga menyukai