Anda di halaman 1dari 54

KHUSUS UNTUK SAUDARA

SE-ISLAM YANG DIKASIHI

Pendahuluan
Seseorang Muslim yang peka dan arif
sudah pasti akan menyambut tetamu
agung dengan penuh kegembiraan dan
kesyukuran.
Manakala di pihak yang lain pula, akan
berasa keberatan dan terdorong rasa
keterpaksaan menerima kunjungan
Ramadan ini.
Alangkah ruginya orang yang tidak
begitu prihatin terhadap tawaran dan
jaminan yang Allah sediakan.

Dalil Al-Quran Dan Hadis


Maksud firman Allah SWT. dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Solat lima waktu, satu Jumaat ke satu Jumaat yang
akan datang, dari satu Ramadan ke Ramadan yang
akan datang merupakan penghapus dosa bagi
seseorang Muslim selama dia menjauhi perbuatan
dosa besar.
( Riwayat Muslim)

PUASA MENINGKATKAN
KETAQWAAN
Syed

Qutb Demikianlah ayat ini


menonjolkan matlamat agung
daripada ibadat puasa iaitu untuk
mencapai taqwa.
Taqwa itulah yang bersemarak dalam
hati ketika hendak mengerjakan
fardu puasa kerana menjunjung
perintah Allah dan mengutamakan
keredaanNya.

Taqwa itulah yang mengawal hati


daripada merosakkan ibadat puasa
dengan maksiat walaupun maksiat
yang berbisik dalam hati.

Orang yang dihadapkan ayat-ayat


al-Quran ini memang sedar betapa
tingginya maqam taqwa di sisi Allah
dan betapa berat timbangannya
daalm neraca Allah.

APAKAH PENGERTIAN TAQWA ?

Menurut bahasa bermaksud takut atau


memelihara.

Menurut

istilah terdapat takrifan atau


definisi yang diberi oleh ulama, antaranya
:
i. Saidina Ali k.w Taqwa adalah takut
kepada Tuhan al-Jalil, beramal dengan alQuran yang diturunkan, reda dengan
sedikit dan bersedia untuk hari akhirat.

ii. Al-Nasr Abazi berkata : Taqwa


adalah apabila seseorang
memelihara selain daripada Allah.
iii. Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari
berkata : Taqwa menjauhkan apa
yang menjauhkan kamu daripada
Allah.
iv. Talq bin Habib berkata : Taqwa ialah
amal dengan ketaatan kepada Allah
atas cahaya Allah.

v. Zu al-Nun al-Misri berkata : Orang


yang bertaqwa ialah siapa yang tidak
mengotorkan zahirnya dengan
sebarang pertentangan dan batinnya
dengan sebarang alamat sedangkan
dia berdiri bersama Allah dengan
penuh kesepakatan.
vi. Abu Hafs berkata : Taqwa adalah
pada perkara halal semata-mata dan
bukan yang lain.

vii. Ibn Ataillah berkata : Bagi taqwa


zahir dan batin, zahirnya dengan
menjaga had dan batasan dan
batinnya dengan niat dan ikhlas.
viii. Al-Wasiti berkata : Taqwa ialah
seseorang yang memelihara daripada
taqwanya, iaitu daripada melihat
ketaqwaannya.

ix. Abu al-Husein al-Zanjani berkata :


Siapa yang modal hartanya taqwa,
nescaya beratlah segala lidah
daripada mensifatkan baunnya.

FAKTOR MENCAPAI
KETAQWAAN
Menurut Dr. Aid al-Qarni terdapat
dua faktor dalam meraih ketaqwaan :
PERTAMA, merasakan pengawasan
daripada Allah Zat Yang Maha Esa
Lagi Maha Tunggal.
KEDUA, melaksanakan ibadah-ibadah
wajib dan segala bentuk kewajipan.

PERSIAPAN MENYAMBUT
RAMADAN AL-MUBARAK

Hah dah bulan Ramadan


KE ?!!!

Menanti

Ramadan dengan penuh


kegembiraan.

Mengulangkaji

dengan puasa.

semula ilmu berkaitan

Niat Ramadan






Ertinya :
Sahaja aku berpuasa esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan
Ramadan tahun ini kerana Allah
Taala.

Doa berbuka




Ertinya;
Ya Allah! Kerana Engkau, aku berpuasa dan
dengan Engkau, aku beriman dan dengan
rezeki Mu, aku berbuka dengan rahmat Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.

Memperbanyakkan

doa.

Menguatkan

azam.

Meningkatkan

kesungguhan beramal
secara berterusan.

Menghapuskan

adat kebiasaan yang


bertentangan dengan Islam.

GAYA SAMBUTAN RAMADAN

Hantar kad ucapan, sms atau mms,


e-mail dan seumpamanya kepada
keluarga terdekat dan sahabat
handai.

Perjumpaan kekeluargaan dalam


semangat kemesraan dan
silaturrahim menerangkan tentang
bulan Ramadan.

Menghadiahkan buku atau karangan


berkenaan Ramadan kepada rakan
taulan dan adik-beradik bagi
merebut kelebihan yang disediakan
pada bulan ini.

Letakkan

atau gantungkan potongan


ayat al-Quran atau hadis mengenai
fadhilat Ramadan.

Pembacaan al-Quran secara tadarus


(seorang membaca didengari oleh
yang lain mengikut pusingan)
beberapa minit sama ada di bilik,
surau dan bilik darjah.

Membelikan hadiah seperti sejadah,


mushaf, telekung dan seumpamanya
untuk keluarga terdekat dan
kenalan.

Hadiahkan kurma untuk berbuka


puasa kepada keluarga, tetangga,
sahabat dan lain-lain mengikut
kemampuan.

Adakan solat tarawih sekali-sekala


di rumah dengan mengajak keluarga
menyertainya dan
mengimarahkannya.

Jadikan diri contoh terbaik dalam


menggarap fadhilat Ramadan dengan
ibadah yang ikhlas, berzikir, tadarus,
memanfaatkan diri pembacaan kitab,
buku dan sebagainya.

Pembacaan tafsir al-Quran yang


ringkas selepas membaca dan
bertadarus al-Quran supaya apa
yang dibaca difahami.

Memperbanyakkan sedekah sama


ada menerusi pemberian wang,
pakaian, makanan, mengadakan
majlis berbuka puasa dan
sebagainya.

Agihkan risalah dan brosur


keagamaan dalam mendapatkan
ganjaran dan kelebihan bulan
Ramadan yang mulia ini.

Kurangkan menonton atau


mendengar program yang kurang
berfaedah dan memenuhkan masa
dengan aktiviti yang mendatangkan
natijah yang baik dan berkesan
kepada peribadi dan masyarakat.

Menziarahi mereka yang kurang


berkemampuan dan menyediakan
hadiah atau buah tangan termasuk
kewangan.

Uniknya Ramadan
Wajib berpuasa pada bulan Ramadan.
Solat tarawih Qiyam Ramadan.
Lailatul-Qadar
i. diturunkan Al-Quran.
ii. Lebih baik daripada 1000 bulan.
iii. Malaikat akan turun ke bumi untuk mengatur
urusan.
iv. Penuh kesejahteraan hingga terbit fajar.
Diturunkan semua kitab samawi.
Zakat fitrah.

Wahai PELAJARPELAJAR MUSLIM

MEMBANYAKKAN TIDUR

MEMBANYAKKAN MAKANAN DAN


MINUMAN KETIKA BERBUKA

MENDENGAR PERKATAAN ATAU MUZIK


YANG TIDAK BERFAEDAH

MELAKUKAN PEKERJAAN
YANG SIA-SIA

MELIHAT PERKARAPERKARA
ATAU BENDA-BENDA
YANG
DIHARAMKAN

MUHASABAH
DI AMBANG
RAMADAN

Ada yang bersungguh dan ada


yang sambil lewa.
Puasa sebagai adat bukan ibadat.
Hanya menahan lapar dan dahaga
sahaja.
Solat fardhu dan sunat hanya
pada bulan Ramadan sahaja.
Membanding imam tarawih
cepat ke lambat.

Baca

Al-Quran hanya
pada bulan Ramadan.
Amalan sia-sia
diteruskan.
Puasa tapi abai tutup
aurat, tuntut ilmu dan
sebagainya.
Hangat-hangat tahi
ayam dalam beribadat.

Pesta makanan hingga


lupa beri pada jiran.
Tidak simpati penderitaan
jiran, saudara dan orang
Islam.
Lewat bayar zakat fitrah
kerana nak kejar fadhilat.
Lupa takbir hari raya
kerana asyik tengok TV
dan buat kuih.

DARJAT PUASA MENGIKUT


AL-GHAZALI
KEADAAN
PUASANYA

DARJAT
Terbaik

Baik

Sederhana

Menahan diri dari


makan minum dsb.

Menahan diri dari


maksiat zahir.

Menahan diri dari


maksiat batin.

6 CARA MENDAPAT
KESEMPURNAAN PUASA
1.

Menahan pandangan daripada


segala hal yang dicela dan makruh
dan daripada setiap yang
mengganggu serta melalaikan
daripada mengingat Allah.

2.Menjaga lidah daripada perkataan


sia-sia, berdusta, mengumpat dan
berkata keji.

3. Menjaga pendengaran daripada


mendengar kata-kata yang tidak
baik. Setiap yang haram diucapkan
maka haram pula mendengarnya.
4. Mencegah anggota tubuh yang lain
daripada perbuatan dosa seperti
mencegah tangan dan kaki daripada
berbuat maksiat dan mungkar,
mencegah perut daripada memakan
yang haram.

5. Tidak berlebih-lebihan berbuka


sampai perut penuh.
6. Hatinya sentiasa diliputi cemas
(khauf) dan harap (raja) kerana
tidak diketahui apakah puasanya
diterima Allah atau tidak.

Kesimpulan
1.
2.
3.
4.

5.

Kita hendaklah mensyukuri segala nikmat


yang dianugerahkan Allah SWT.
Sentiasa beriman dan meletakkan seluruh
pengharapan kepada Allah SWT.
Insaflah kepada golongan yang kurang
bernasib baik di hari yang mulia ini.
Semoga amalan puasa kita diterima Allah dan
ditempatkan di kalangan orang yang
bertaqwa.
Zero dosa di penghujung Ramadan.

Penutup
Berdasarkan kelebihan dan
keistimewaan yang menghiasi sepanjang
bulan Ramadan ini pasti setiap Muslim
tidak akan melepaskan peluang keemasan
yang disediakan oleh Allah SWT.
Jika peluang ini diabaikan, nescaya kita
akan termasuk dalam golongan yang
menyesal tidak berkesudahan.
Ramadan tahun hadapan belum ada
jaminan untuk kita menemuinya. Mungkin
Ramadan kali ini adalah yang terakhir buat
kita.

PANTUN RAMADAN
Sihat segar seluruh badan,
Tampak segak lagi perkasa,
Ahlan Wa-sahlan Ya-Ramadan,
Kecil dan besar kita berpuasa.
Dari Bota Ke Ayer Tawar,
Jumpa sahabat lama tak jumpa,
Anak-anak raya gelak ketawa,
Duit biru, hijau dan merah jangan dilupa.
Seronok sungguh beraya sakan,
Beli durian di Pekan Kati,
Salah silap harap maafkan,
Jangan simpan di dalam hati.

Semoga Allah SWT.


menerima ibadah puasa
dan ibadah kita serta kita
dijadikanNya orang yang
dipelihara daripada
nerakaNya. Amin.

Anda mungkin juga menyukai