Anda di halaman 1dari 2

Kuiz Asean Sejarah 2015

SMK Seksyen 4 Kota Damansara


Syarat- syarat Pertandingan
1. Kuiz Asean Sejarah 2015 ini merupakan satu kuiz yang ingin menguji
tahap pengetahuan pelajar-pelajar mengenai Malaysia dan Asean
sempena tahun Kepengerusian Malaysia Tahun 2015.
2. Kuiz ini berlangsung selama 30 minit. Oleh itu, peserta wajib
mematuhi peraturan menepati masa.
3. Kuiz ini akan diadili oleh Panel Hakim dan diperhatikan oleh Pencatat
Markah dan Penjaga Masa.
4. Soalan akan dibacakan oleh pihak pembaca soalan iaitu Pn. Hanizon bt
Ismail. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir menjawab soalan yang
diberikan oleh panel pembaca soalan.
5. Pertandingan Kuiz ini mempunyai tiga pusingan iaitu Pusingan pertama
digelar Satu Malaysia, pusingan Kedua iaitu Asean Komuniti dan
pusingan ketiga adalah Pusingan Bonus. Peserta haruslah mendengar
soalan habis dibaca dan barulah mula menjawab selepas loceng
dibunyikan.
6. Pusingan pertama dan kedua. Markah akan diberikan sebanyak 2
markah jika berjaya menjawab soalan dengan betul.
7. Namun, jika tidak berjaya, markah 0 akan diberikan jika gagal
memberikan jawapan dalam masa yang telah diberikan. Oleh itu,
kumpulan lain dialu-alukan untuk menjawab soalan tersebut dan jika
betul akan mendapat 1 markah.
8. Pusingan ketiga dikenali sebagai

pusingan

Bonus.

Pusingan

ini

mengandungi 10 soalan daripada 10 negara Asean. Setiap kumpulan


dikehendaki memilih 2 soalan daripada 2 buah negara Asean.
9. Jika gagal menjawab, kumpulan lain tidak dibenarkan untuk menjawab
soalan tersebut.
10.
Namun, jika markah seri antara dua kumpulan tersebut, mereka
akan diberikan satu soalan dari 10 negara Asean tersebut untuk
menentukan kemenangannya.
Sekian.

2015

HERNI BT HENRY
4 JUJUR
SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA, JALAN CAMAR 4/1,
KOTA DAMANSARA, 47180, PETALING JAYA SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai