Anda di halaman 1dari 6

Yang Dihormati Pn.

Hjh Latifah Binti Mahamud , Pengarah Sektor Hal Ehwal


Pelajar Dan Hubungan Pelajar, Yang Di Hormati Datin Salbiah Binti Abd. Aziz,
Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar Ipgm, Yang Berusaha Dr.
Hamzah Bin Ihsan, Pengarah Ipgk Tun Hussein Onn, Yang Berusaha En.
Rousliludin Bin Anbia , Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ipgk Tun Hussien Onn,
Yang Diraikan Para Pelajar Semester 8 Ipgk Tun Hussein Onn, Para Pensyarah
Dan Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 Yang Di Kasihi
Sekalian.
Kuning Emas Masaknya Padi
Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.

Bagi Pihak Jawatankuasa Pelaksana Mengucapkan Selamat Datang Ke Malam


Titian Kasih Semester 8 Ipgk Tun Hussein Onn 2014 Yang Bertemakan Gaya
Vintage. .Alhamdulillah Kita Bertemu Pada Malam Ini ,Malam Yang Cukup
Bermakna. Kerana Kita Dapat Berkumpul Bagi Bersama-Sama Meraikan Para
Pelajar Semester 8 Yang Akan Menamatkan Pengajian Di Iptho Serta
Meraikan Persaraan En. Zulkifli Bin
Aziz.
Hadirin Yang Dihormati,
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Dan Datin Salbiah Binti Abd.

Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Di Malam Yang Penuh Bermakna


Ini,Marilah Sama-Sama Kita Menadah Tangan Mengaminkan Bacaan Doa
Yang Akan Dilafazkan Oleh Al Fadhil Ustaz Azmi bin shafie

. majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Azmi Bin shafie Atas
Bacaan Doa Itu Tadi

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra
Untuk Itu Dipersilakan Hadirin Dan Hadirat Sekalian Untuk Menjamu Selera.

Terbang Bebas Si Rama-Rama


Teratai Mekar Di Tengah Lembah
Jamuan Malam Diiringi Irama
Bakat terpendam Turut Dipersembah.

Sambil Kita Menjamu Selera ,Kita Akan Dihiburkan Oleh Persembahan khas
pelajar semester 8 serta persembahan multimedia.

Dengan

Ini

Majlis

Memulakan

Persembahan

Dengan

Menjemput

Persembahan Pertama Untuk Membuat Persembahan.

Persembahan Kedua
Seterusnya

Dijemput

Pula

Kumpulan

Kedua

Untuk

Membuat

Persembahan.Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan.
-PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Ucapan 1
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Sebagai Pembuka Persada Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan
saudara syukri bin sapuan ,wakil pelajar semester 8 Untuk Menyampaikan
Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Ucapan 2
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan dr. hamzah bin ihsan,


pengarah ipgk tun hussein onn untuk meyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Ucapan 3
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn. Hjh Latifah Binti
Mahamud , Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar Dan Hubungan Pelajar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Ucapan 4
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penghias kalam.
Seterusnya majlis dengan hormatnya mempersilakan , Yang Di Hormati
Datin Salbiah Binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal
Pelajar IPGM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Penyampaian Cenderamata
-penyampaian cenderamata kepada tutor
- penyampaian hadiah pertandingan
-penyampaian cenderamata kepada pihak IPGM

-penyampaian hadiah dari pelajar semester 8 kepada IPGK Tun


Hussein Onn.

Penutup

Tiba Waktunya Untuk Menyusun Jemari


Membuang Segala Kerikil Bersalut Dihati
Maafkan Kami Andai Ada Salah Silap Tanpa Disedari
Agar Saat Perpisahan Ini Indah
Berbunga Mesra Dalam Jambangan Ingatan.
Jelinglah Kami Jika Rindu Masih Bertamu
Sapalah Kami Andai Mesra Akrab Berpadu
Semoga Allah Sentiasa Memberkati

Majlis Mengucapkan Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Semua Tetamu Dan
Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Memeriahkan Majlis
MALAM TITIAN KASIH IPGK tun hussein onn 2014 ini.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Anda mungkin juga menyukai