Anda di halaman 1dari 23

1.

PENDAHULUAN
Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti
Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu,
Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan
Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap
etnik mempunyai sosio-budaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang
terdahulu.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat
ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ).
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras,
etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih
luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan
Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan
kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat,
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan
secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah
memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.
2.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN
SOSIO BUDAYA

GURU MURID SEKOLAH


2.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH
TERHADAP GURU
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya
menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini
kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit
analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran.
Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar
belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza.

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap rofessional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan
jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluang untuk berinteraksi terbuka luas.
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas rofes murid. Murid
hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas
atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru
Hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat
untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti
pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam
mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini
suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan
tahap pencapaian mereka . Guru perlu membantu murid membina konsep positif
kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan
prestasi akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem motivasi dan
sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri rofes awal kekelas dan mempunyai amalan sentiasa
menepati masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Masa pengajaran hendaklah
dimaksimumkan dengan aktiviti yang meransang minda.Kata-kata motivasi dan
penuh senyuman, jenaka dan pujian supaya suasana sentiasa ceria di samping
teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosiobudaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat
aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan
kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.
Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah.
Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.
Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada
murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran
dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan
secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti
mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta peka terhadap segala
perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang. Antara perkara yang menjadi focus ialah mengetahui dan memahami
bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek

dan jangka panjang. Kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapainya,
boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan
keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan
mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti computer,
kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan
yang jelas.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA DALAM


BILIK DARJAH TERHADAP GURU

Mengajar tanpa mengira social budaya murid

Jalankan tugas penuh dedikasi & rofessional

Bantu murid memilih kerjaya

Sentiasa menepati masa.

Menghormati murid & bersifat adil

Tidak menyentuh kepercayaan murid

Kurangkan penggunaan bahasa dealek

Catat kemajuan & kelemahan murid

Mempunyai kemahiran mengurus dan

mentadbir

Guru mempunyai wawasan.


2.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK
TERHADAP MURID

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA


DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP MURID

Panduan mengurus peraturan yang wajib


tingkah laku dipatuhi

Tidak pertikai kepercayaan Galakkan penggunaan

dan amalan agama lain. . bahasa standard

Galakkan berinteraksi Perlu diberi motivasi


dengan rakan.

perlukan bimbingan dan


dorongan dari guru
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, Mereka

akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang
melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau
kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan
kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting
kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid
ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran
dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas social dan perlu
membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.
Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus
dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling
percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum
tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat
perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya
membentukmasyarakat yang toleran memacu pembangunan negara Murid
digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan.
Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa
berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa
yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah
peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasamurid sentiasa
bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai
kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan


jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan
peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan
cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan
disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat
merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu
menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman
selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih
baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,
menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental,
kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik
darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra
sesama rakan dan guru.
Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan
kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi
diri kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dibuat
jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui pendekatan bilik
darjah yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus
dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi pak turut .
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya. Guru dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran berlandaskan tahap pencapaian murid yang dimulakan dengan set
indaksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran yang boleh
menghilangkan rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA


DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP
SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah

Jenis Kebangsan CinaVokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama

Sekolah Premier

Sekolah Bestari

Sekolah Model Khas

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Wawasan
2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK
TERHADAP MURID

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri


daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan
Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah
kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program
Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian
Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat
menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama
Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat
sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa
pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya
Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang
memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat
pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masingmasing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di
Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung
dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan
tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik
menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian,
ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah
kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT
Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT

Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT
Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan
program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat,
kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan
pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang
membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah
kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan
kepercayaan agama kepada murid-murid.
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang
kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya.
Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah yang akan memperkayakan
khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing kebanggaan negara kerana
kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan korporat seperti
Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail
(Kelantan) dan Sekolah MenengahSt. John (Kuala Lumpur)
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya
Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka
bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan
strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan
konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid
yang berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala
Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah


penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah,
ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang
berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan
pelajaran bagi ketiga-tiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah
Teknik memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah pendengaran
dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK).
Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila
anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak dari peringkat
awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat
pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak
kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini
masih kanak-kanak yang boleh dibentuk.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian
budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk
membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru
berperanan memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap manamana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui
budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian
akademik semata-mata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum
yang tersirat. Nilai-nilai murni harus diterapkan kepada murid-murid supaya mereka
mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani.

Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang
boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak
dan patut menjadi guru .
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian
Pedagogi

yang

pembelajaran

relevan
supaya

menggunakan
pembelajaran

pelbagai
menjadi

strategi
lebih

pengajaran

bermakna

dan

kepada

murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas


serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan
budaya murid.
Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari,
diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli
fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanakkanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab
memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi
keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.
Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan
seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu
bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan
anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan


tentang konsep / kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan
yang dibuat dengan bimbingan guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi. Bagi elemen pembelajaran secara
mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan pengetahuan
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan
menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti
pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti
penakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan
perbincangan terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea
kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara
kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh
aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan
minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid

diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran.


Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh
menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan
pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan
murid-murid

untuk

membuat

kaitan

antara

ilmu

pengetahuan

dengan

pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.


Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti
kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran
kontekstual

ialah

pembelajaran

eksperential,

pengalaman

hidup

sebenar,

pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini


mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi
pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat.
Ia mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya
mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual

ialah seperti

guru

menggalakkan murid untuk belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan
penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual bergantung kepada ingatan spatial
guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang berlainan dan
penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran,
rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan
yang boleh diberikan oleh guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif
ialah Apakah yang saya telah belajar? Bagaimana saya boleh mempertingkatkan
prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Murid-murid dapat mempraktikkan
strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau membuat

journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh
dipraktikkan oleh murid-murid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru di luar bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru
sebagai seorang fasilitator di mana dia akan cuba menyelesaikan semua masalah
yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu aktiviti penyelesaian
masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan masalah
ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan
menyediakan laporan secara individu atau mengikut kumpulan.
Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil
bahagian dalam penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa
depan adalah amat penting untuk golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat
membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh dan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua prinsip
dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana
kita mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu,
terdapat bukan hanya satu masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan.
Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan perlu dilakukan dengan beretika dan
bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh
guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari
nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada
masa depan? Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh
menanya soalan sama ada murid pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku
pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah akibat-akibatnya apabila tiada
lagitumbuh an hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara
kumpulan dan berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat

berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah


dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru sampaikan pelajaran baru, muridmurid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif, ujian
dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap
kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi
cemerlang. Murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif.
Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti, murid-murid melibatkan diri secara
aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli
kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar
tentang kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam
kaedah koperatif ialah seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk
mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan
teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha
bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua
pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang
berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang
akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran
dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta
masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif &
kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini
menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan

Anda mungkin juga menyukai