Anda di halaman 1dari 10

WAJ3105 Literasi Nombor

2.6
2.6.1

Kalkulator dan Komputer


Kalkulator

Bahagian ini akan membincangkan mengapa dan bagaimana kalkulator asas


dapat digunakan sebagai bahan bantu belajar (BBB) di sekolah rendah.
Penggunaan kalkulator yang lebih canggih seperti kalkulator saintifik dan
kalkulator grafik lebih sesuai digunakan di sekolah menengah.
Kalkulator asas adalah satu bahan bantu belajar berasakan teknologi yang boleh
menarik dan memotivasikan pelajar sekolah rendah. Ianya lebih murah berbdaning
BBB yang lain dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk
menggunakannya. Di samping itu, kemahiran pengunaan kalkulator akan menjadi
semakin penting dan lebih ditekankan apabila pelajar naik ke peringkat persekolahan
yang lebih tinggi. Ianya juga menghasilkan output yang maksimum dengan input yang
minimum iaitu pelajar dapat meningkatkan kemahiran matematik hanya dengan
menekan beberapa butang kalkulator.
Kaklulator juga mempunyai pelbagai peranan. Ianya boleh digunakan untuk sebilangan
besar topik matematik untuk setiap tahap. Dengan penggunaan kalkulator pelajar
berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang konsep
dan kemahiran matematik topik - topik yang berkaitan.

Apakah Kalkulator?
Kalkulator ialah satu alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk
mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas
matematik termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan
statistik.

WAJ3105 Literasi Nombor

Kalkulator yang pertama dicipta oleh seorang Perancis bernama Colmur pada
tahun 1820. Pada tahun 1875, seorang Amerika bernama Boldwin pula telah
mencipta kalkulator yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan
empat operasi asas matematik. Berikutan itu, kalkulator dan lebih canggih dan
berteknologi tinggi telah dan masih dicipta dari masa ke semasa.

Kalkulator asas patut difunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik di sekolah rendah.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Ciri- Ciri Kalkulator Asas


Ciri- Ciri Penting
1.

Butang Satu Fungsi

Butang fungsi merujuk kepada butang operasi (iaitu, , , , , % , ). Untuk


kalkulator yang lebih canggih, butang yang sama mempunyai lebih dari satu fungsi
contohnya, butang mungkin berkongsi funsi dengan cos x atau fungsi
yang nlain.
2.

Butang Fungsi Asas

Kalakulator asas harus mempunyai enam butang fungsi asas seperti yang disebut
di atas, iaitu:
, , , , %,
3.

Butang Bersaiz Besar

Pelajar yang tahap satu mungkin mempunyai masalah menggunakan kalkulator


yang berbutang kecil. Oleh itu, ianya harus memilik butang yang bersaiz besar untuk
mengelakkan kesilapan ketika menekannya.

WAJ3105 Literasi Nombor

4.

Fungsi Pemalar (constant) untuk operasi asas

Fungsi pemalar membantu pelajar menambah, menolak, mendarab dan


membahagi dengan cara pantas.
Contoh 2.2.1 :
C

Cara biasa:
X

Cara pantas:

atau

5.

27

81

Susunatur Butang Kalkulator

Kebanyakan butang pada kalkulator disusun dalam suatu aturan tertentu dan
mempunyai saiz yang sama.
Ciri-Ciri yang Disarankan
Ciri-ciri kalkulator berikut adalah disarankan untuk pelajar sekolah rendah.
1.

Paparan Cecair Kristal

Paparan seperti ini terdapat dalam hampir semua jenis kalkulator. Ianya terdiri
daripada nombor yang berwarna hitam dengan latarbelakang lutsinar kelabu.
Paparan seperti ini menjimatkan kuasa.
2.

Auto off

Kebanyakan kalkulator mempunyai ciri ini. Kalkulator akan dipadamkan secara


automatik sekiranya tidak digunakan antara 5 10 minit.
3.

Butang CE (Padam Nombor) yang Berasingan

(Untuk kalkulator berjenama Casio butang ini dilabelkan C.)

4.

Satu memori sahaja (Ada pada kebanyakan kalkulator)

5.

Titik Perpuluhan Terapung (Floating decimal point)

6.

Manual Pengguna

7.

Petunjuk Fungsi

Sesetengah kalkulator memaparkan operasi mengira yang manakah yang


digunakan beserta memori di skrin paparannya manakala ada yang hanya
memaparkan memori sahaja. Ciri seperti ini juga berguna dalam penggunaan
kalkulator asas.
8. Pembundaran Secara Automatik
Ciri ini membundarkan
contohnya,
2

nombor

perpuluhan

berulang

3 akan menunjukkan 0.6666667 sekiranya kalkulator


boleh membundarkan atau 0.6666666
sekiranya tidak

Uji Kalkulator Dana.


C
2

Contoh Penggunaan Kalkulator dalam matematik


Activiti 1:

Mengira secara menaik

Gunakan kalkulator dana:


tekan 1
kemudian tekan +

=
3

kemudian tekan 1 lagi

jawapan: 1 + 1
=

tekan butang =
Baca nombor yang dipaparkan

jawapan: 2

tekan butang =

=
jawapan: 3

Baca nombor yang dipaparkan

Ulangi langkah ini dan berhenti sehingga mendapat jawapan 50

Aktiviti 2:

Mengira Secara Menurun

Mulakan aktiviti ini dengan nombor yang besar. Setiap kali butang = ditekan, 1
ditolak daripada nombor yang dipaparkan. Teruskan mengira secara menurun
sehingga nombor 0 dipaparkan.
-

Contoh: 100

Aktiviti 3:

Nilai Tempat

Aktiviti berikut menunjukkan apabila suatu digit itu bergdana sepuluh kali nilai
asalnya, ia bergerak satu tempat ke kiri dalam sistem perangkaan kita.
Tekan nombor lima dan darablan dengan sepuluh. Perhatikan hasilnya.
Seterusnya darabkan setiap nombor dengan sepuluh. Perhatikan lagi
hasilnya. Darabkan lagi nombornya dengan sepuluh dengan menekan
butang fungsi *. Apakah yang boleh dana perhatikan?

10

50 X

10

500 X

10

5000

Aktiviti ini harus digunakan bersama deengan carta nilai tempat (place-value chart).

Thousdans Hundreds

Tens

Mulakan dengan

X
X

10

10
10

Ones

* Untuk sesetengah model kalkulator dan mungkin perlu menekan 10 dahulu dan/
atau menekan butang
X . dua kali.

Aktiviti : Permainan NIM


Cuba permainan matematik ini dengan menggunakan kalkulator.
satu nombor, katakan 50
Pelajar pertama menekan nombor 1 digit pada kalkulator. .
Pelajar kedua menambah satu lagi nombor satu digit kepada
nombor tersebut. Setiap pelajar menambah satu nombor satu
digit kepada nombor tersebut sehingga salah satunya mendapat
nombor 50.
Pelajar yang berjaya mendapat nombor 50 terlebih dahulu dikira
sebagai pemenang.
Guru boleh menggalakkan pelajar memikirkan strategi yang Pilih
sesuai untuk menang dan menggunakan strategi yang difikirkan
untuk mendapatkan nombor-nombor lain.

Latihan
Buat satu tinjauan terhadap pelajar dana untuk mengenalpasti
berapa ramai yang menggunakan kalkulator di rumah.
Sebagai seorang guru, adakah dana bersetuju dengan
penggunaan kalkulator dalam kelas matematik? Mengapa?

2.6.2 Komputer
Penggunaan komputer di dalam bilik darjah membawa satu reformasi dan
perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dari segi teknik
dan strategi. Bahagian ini membincangkan penggunaan komputer dalam kelas
matematik di sekolah.

Penggunaan Komputer dalam


Pendidikan
Dalam konteks pendidikan penggunaan komputer boleh dijelaskan dengan ringkas
seperti berikut:
(a)

Pendidikan Berasaskan Komputer

Ini merujuk kepada penggunaan teknologi terkini dan sistem komputer untuk
mencapai hasil pembelajaran melalui aktiviti pengajaran. Teknologi terkini juga
boleh digunakan dalam pengurusan pendidikan dan teknik pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Dalam dunia berteknologi tinggi di masa kini, kemahiran
ICT dianggap sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira
dan kanak-kanak yang tidak menguasainya akan ketinggalan.

(b)

Pengajaran Berbantukan Komputer

Komputer juga boleh membantu guru mengajar sesuatu topik matematik. Guru
hanya menjadi fasilltator dengan menyediakan isi kdanungan tajuk yang hendak
diajar bentuk modul. Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. Komputer
menjadi media pengantara guru dan pengajar. Kebanyakan modul adalah dalam
bentuk pakej pembelajaran formal, latihan murid, bahan pembelajaran individu,
penyelesaian masalah serta pemainan berasaskan komputer.
Oleh kerana murid menggunakan modul pembelajaran dalam kelas seperti ini,
kaedah ini juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan komputer.

(c)

Pengurusan Pengajaran Berbantukan Komputer

Sebilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan komputer untuk
menilai

(a)

k e b e r k e s a n a n p e n g a j a r a n , (b) penggunaan bahan pembelajaran,

(c)

mengumpul

data

dan

seterusnya

membuat

analisis

untuk

proses pengajaran dan pembelajaran, dan (d) interaksi pelajar di dalam bilik darjah.

Daripada penilaian ini nanti guru dan mengubahsuai dan memperbaiki rancangan
pengajaran hariannya untuk pengajaran akan datang.

(d)

Penilaian Berbantukan Komputer

Guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan menggunakan


teknologi dan komputer. Terdapat dua jenis penilaian seperti ini :
(i)

Pelajar menjawab soalan yang diutarakan melalui komputer.


Jawapan ini boleh disemak oleh guru atau murid sendiri.

(ii)

Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dalam bank item yang


disimpan dalam komputer. Jawapan akan terus disemak melalui
komputer dan pelajar akan mengetahui prestasinya serta merta.

Contoh Borang Penilaian Perisian (Courseware)


Seorang guru perlu menilai perisian yang digunakan sebagai bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara amnya perisian tersebut
boleh dinilai berdasarkan dua aspek: (a) ciri-ciri

pengajaran,

dan

(b)

ciri-ciri

teknikal.
Ciri-ciri

pengajaran

merangkumi

pengalaman

dan

kualiti

pengajaran.

Pengalaman pengajaran yang dimaksudkan termasuklah (a) motivasi, (b)


objektif pengajaran yang

jelas

untuk membimbing pembelajaran

(d)

(c)

contoh-contoh yang sesuai

menggalakkan penguasaan kemahiran

melalui latihan (e) memberikan maklumbalas berinformatif , dan (f)


menilai pelajar.

boleh

Kualiti pengajaran pula merujuk kepada (a) k e t e p a t a n isi

kdanungan, (b) kesesuaian dari segi tahap dan kebolehan pelajar membaca,
(c) arahan yang jelas (d) menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran, (e)
memberikan maklumbalas yang bersesuaian, dan (f) bahan sokongan
pembelajaran yang lengkap.
Aspek teknikal yang perlu diambilkira termasuklah penggunaan dan pelaksanaan
media pengajaran yang berkesan. Antara ciri-ciri yang diambil kira ialah : (a)
warna,

(b)

suara,

(c)

grafik,

mukasurat dan (g) interaktiviti.

(d)

animasi,

(e) kepantasan, (f) format

Aspek pelaksanaan dilihat dari segi (a)

kebolehan pelajar mengakses kendiri perisian

dan (d) pengendalaian

perisian yang lancar.


Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran bertanggungjawab
untuk membangunkan dan membekalkan perisian komputer untuk digunakan oelh
guru di sekolah. Di samping itu, terdapat pelbagai perisian pendidikan yang dijual
secara komersial di pasaran kini. Walaubagaimanapun guru harus berhati-hati
memilih perisian yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah. Penilaian teliti
perlu dilakukan untuk menentukan kesesuaiannya.

Pilih tiga perisian yang digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran matematik di sekolah anda. Berdasarkan ciri-ciri
perisian yang dibincangkan di atas, bina satu borang penilaian
perisian untuk menentukan kesesuaian perisisan tersebut.

Daripada tugasan di atas anda mungkin dapat mengenalpasti beberapa jenis perisian
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Perisian
tersebut mungkin berperanan sebagai (a) pengukuhan, iaitu berfokus kepada
pengukuhan kemahiran tertentu yang telah dipelajari ; (b) latihan, b e r f o k u s
kepada

latihtubi

perkembangan

dan
konsep;

ulangan
(d)

(c)

simulasi,

konsep,

berfokus

kepada

b e r fokus kepada

situasi

matematik dalam kehidupan seharian (e) penyelesaian masalah, berfokus kepada


k e b o l e h a n m e n y e l e s a i a k a n m a s a l a h m a t e m a t i k dan

(f)

permainan,

berfokus kepada r e k r e a s i m a t e m a t i k s e b a g a i p e n g a y a a n .

Dengan merujuk kepada perisian yang dinilai sebelum ini,


kenalpasti peranan setiap perisian tersebut. Perisian yang
manakah anda gemari? Mengapa?

Anda mungkin juga menyukai

  • Teks
    Teks
    Dokumen4 halaman
    Teks
    Afiqah Mat Noor
    Belum ada peringkat
  • Ghazali
    Ghazali
    Dokumen6 halaman
    Ghazali
    Afiqah Mat Noor
    Belum ada peringkat
  • Surat Jemputan Pantun
    Surat Jemputan Pantun
    Dokumen2 halaman
    Surat Jemputan Pantun
    Afiqah Mat Noor
    Belum ada peringkat
  • TEORI
    TEORI
    Dokumen7 halaman
    TEORI
    Afiqah Mat Noor
    Belum ada peringkat