Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1:

Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.


Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut.

JAWAPAN

1) Matematik adalah satu cara berfikir

guna konsep, kemahiran dan kaedah mate dlm menyelesaikan sesuatu


masalah.

berfikir secara logik(penaakulan induktif dan deduktif)

Deduktif (teori hipotesis pemerhatian pengesahan)

Induktif (pemerhatian pola/corak hipotesis teori/kesimpulan)

Dapat mengaktifkan minda agar lebih berfungsi dengan baik.

2) Matematik adalah suatu bahasa

Mempunyai bahasa @ simbol berserta operasinya sendiri.

Ia dicipta untuk memudahkan kefahaman dan proses pemikiran.

Menjadikan operasi matematik lebih ringkas, cepat dan tepat.

Tatabahasanya terdiri daripada hukum-hukum, teorem-teorem dan rumus-rumus


matematik yang boleh menghubungkan simbolnya.

3) Matematik adalah alat/rekreasi dalam kehidupan harian.

Boleh digunakan oleh semua orang

Meliputi aktiviti/bidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta,


mengira diskaun, mengukur jarak, masa, serta penyelesaian masalah berbentuk
praktikal/ abstrak.

Soalan 2:
Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran.

Mencapai matlamat dan jawapan yang diiginkan dengan kaedah dan cara yang
sesuai

Merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,


masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik
dalam situasi sebenar

Mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian serta-merta

Mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan

Mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah

Soalan 3:
Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik.

Membina dan mengembangkan fahaman murid dalam konsep nombor dan


kemahiran asas mengira.

Menghargai kepentingan dan keindahan matematik

Membantu murid mengendalikan urusan harian secara berdisiplin sesuai dengan


kehendak masyarakat dan negara.

Memperkembangan penilaian mantik, analitis bersistem dan kritis.

Melatih murid supaya menguasai kemahiran asas, khasnya kemahiran mengira


dalam keempat-empat operasi matematik.

Soalan 4:
Nyatakan kepentingan matematik kepada:

a) Anda sebagai individu

Kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian saya


akan dapat merangsang perkembangan intelek saya sebagai seorang individu.

Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan saya supaya


lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan
saya seharian.

Matematik juga akan memberi impak yang positif kepada saya supaya tahap
kecerdasan intelek itu dapat mengimbangkan kehidupan saya untuk menjadi
individu yang berguna pada masa akan datang.

b) Masyarakat

Dapat membantu masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan


masalah tak terduga dalam kerjaya mereka serta aspek lain dalam kehidupan
seharian mereka.

Bukan itu sahaja, jika wujud masyarakat yang buta ilmu pengiraan matematik
maka terbantutlah pemikiran mereka kerana penyelesaian masalah dalam
matematik akan memberi keselesaan dalam kehidupan mereka.

c) Negara

Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap


syarikat dan perniagaan.

Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan diseluruh negara maka
mundurlah negara tersebut.

Terdapat beberapa alasan yang menyokong kepentingan menggunakan kaedah


matematik untuk tujuan perancangan negara iaitu:

a) Pertama, matematik berguna kepada pembuat dasar yang berkaitan


dengan pengurusan makroekonomi yang mempunyai objektif seperti
pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga penuh dan
keseimbangan imbangan pembayaran.
b) Kedua, matematik boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi
ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti
pertumbuhan pendapatan, pengwujudan peluang pekerjaan, pengagihan
pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Model yang dibentuk juga
membantu menerangkan kesan yang berlaku dari pelbagai strategi
alternatif yang dipilih.
c) Ketiga, model analisis kos faedah (benefit cost analysis, BCA) yang
banyak digunakan oleh pembuat dasar banyak membantu kerajaan dalam
membuat keputusan tepat pemilihan pelaburan awam yang memberikan
pulangan ekonomi yang optimum. Tanpa matematik maka mundurlah
pembangunan

manusia,

perkembangannya.

pincang

pemikirannya

dan

bantutlah

Anda mungkin juga menyukai