Anda di halaman 1dari 4

MARHEN: (Marah) Jika kamu sudah tekad tidak maukan

keadilan, aku rela


apa-apa saja tindakan
yang akan kaubuat padaku. Tapi ingat! Jangan silap
tindakanmuitu, sesuatu yang amat dahsyat akan kulakukan
padamu.
KASTABUNG menerkam dan menampar MARHEN.
MARHEN tumbang.
KASTABUNG: (Geram) Pantang aku dicabar. Kamu musuh aku
yang pertama hari ini.
Semua cemas. MARHEN bangun perlahan tanpa takut.
MARHEN: Kamu tampar mukaku dengan tangan yang
menyuap makanan, tapi aku tumbuk perutmu yang
kenyang ini .
MARHEN menumbuk perut KASTABUNG hingga jatuh.
TALIBA melompat untuk menumbuk MARHEN, tapi dihalang
oleh SITI.
TALIBA: (Menjerkah) Pergi jauh! Hai, perempuan! Sasaran
aku bukan di dadamu! Aku mau bunuh pengemis kotor itu.
SITI: (Menggila) Luahkan peluru itu. Tembuskan ke dadaku.
Aku rela mati. Tembak! Tembak! Apa tunggu?
TALIBA tergamam untuk menembak.
KASTABUNG: (Bimbang) Eh, Taliba, nanti nanti dulu! Kalau
nak tembak, biar aku beredar dari sini dulu.
TALIBA: (Cemas) Jadi biar aku jadi debu sama?
Di udara kedengaran sebuah helikopter sedang
berlegar untuk turun ke bumi. Semua watak tercengang.
Dari arah hujung tangga berlakang bangunan, keluar
seorang makhluk unik kehitaman.

KASTABUNG: (Menegur) Aaa ! Jakidan! Sila ke mari.


JAKIDAN memberi hormat dan bersalaman.
JAKIDAN: Selamat bertemu, Kastabung.
KASTABUNG: Bagus, bagus. Tepat masanya kamu di sini.
Sebelum itu, er bagaimana keadaan kekuasaan kita
sekarang?
JAKIDAN: (Kecewa) Berat mulut ini, Kastabung. Kewangan
kita merosot. Taraf hidup pincang. Keperluan meningkat.
Permintaan tinggi. Bahan mentah, kosong. Gagal.
KASTABUNG: (Marah) Gagal. Siapakah yang gagal?
JAKIDAN: Mereka lapar. Satu per satu akan gugur dimakan
bumi.
KASTABUNG: Jika keadaan ini berterusan, bahaya besar akan
menggugat kestabilan politik kita nanti. (Diam sejenak) Ah,
kita berkuasa! Kita mesti jaga kepentingan kita. Kita
bunuh saja sesiapa yang tidak berfungsi atau kita biarkan
saja mereka melarat dengan kebulurannya. (Diam sejenak)
Aku mau, kita desak para saintis, ahli fikir dan pakar
ekonomi supaya taat kepaa kita. Kita bina Empayar
Kastabung.
JAKIDAN: (Menyambut) Selamat untukmu, Kastabung.
Semua makhluk unik menyambut seruan JAKIDAN.
MAKHLUK UNIK: Selamat, Kastabung.
MARHEN: (Geram) Membiarkan inflasi bermakna
membiarkan kemarahan rakyat dan menghilangan
kepercayaan mereka terhadap kekuasaanmu.
JAKIDAN: Siapa ini Kastabung?

KASTABUNG: Ah, itu smapah kotor! Perisik yang akan


dibunuh nanti. Usah pedulikan.
DIBISI: (Marah) Hei, bongkak! Menolak pendapt ialah satu
kecelakaan. Menghina manusia itu satu lagi dosa. Di sebalik
memperhambakan manusia untuk kepentingan diri, hidupmu
dilanda dosa. Kau pembunuh yang akan ditempatkan di
neraka jahanam.
JAKIDAN: (Sinis) Oh, ini dia orang yang memerlukan status
yang baik, mencipta teori yang berjela, tapi pengecut dalam
perang ini! Lihat saja pada tali leher dan baju kotnya yang
berdebu itu, tentu kamu seorang yang berdebu itu, tentu
kamu seorang yang penting dulu. Tapi, walaupun kamu tetap
menjaga statusmu, perutmu itu tetap lapar dan tidak
berkuasa. (Diam sejenak) Kastabung. Adakah dia juga calon
yang akan dibunuh hari ini?
DIBISI: Jangan silap faham. Aku sekadar memberi pendapat.
Inflasi ialah penyakit ekonomi dunia. Kerjasama antara
manusia amatlah perlu dan elakkan daripada bertelagah
mengenai ideology sesame sendiri. Tindakan yang
KASTABUNG: (Rimas) Ah, tidak perlu itu semua! Masa begini,
teori itu karut. Aku ada kuasa Kuasaku boleh
menghapuskan kamu tau?
SITI: (Mencelah) Kezaliman tidak boleh mewujudkan
ketenteraman. Kuasa diktatormu akan melemahkan
pentadbiranmu. Kehidupan di dunia akan pincang.
Kegagalan akan turut berlarutan. Manusia gugur satu demi
satu. Dunia akan fana.
JAKIDAN: (Hairan lagi) Aiii, yang ini pun boleh berkata-kata?
Yang ini calon jugakah Kastabung?
KASTABUNG: Ya, itu sampah yang akan dibakar!

Anda mungkin juga menyukai