Anda di halaman 1dari 2

Soalan Pengguna Jalan Raya Selamat

1) Bagaimana hendak berjalan kaki dengan cara selamat?


- Mengikut peraturan keselamatan jalan raya dan tidak mengganggu hak pengguna jalan raya
yang lain.
-Berjalan kaki mengikut arah bertentangan dari arah kereta yang sedang bergerak.
- Sokongan daripada orang dewasa yang lebih tua sekiranya anak kecil sedang melintas di
jalan raya.

2) Apakah syarat kelayakan untuk mengambil lessen lori ?


- Hendaklah berumur 21 tahun keatas.
-Pengambilan Lesen E, hendaklah memegang lesen CDL terlebih dahulu sebelum mengambil
kelas lesen E. ( contohnya :- lesen pertama yang dimiliki jenis CDL kelas B2 dan kemudian
ditambah dengan kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL, B2 , D dan
mesti tunggu setahun matang sebelum memohon kelas E )

3) Bagaimana cara untuk mengelakkan daripada insiden pelanggaran kereta di hadapan


anda ?
- Mematuhi peraturan jalan raya contohnya mematuhi jarak kenderaan di hadapan sekurangkurangnya 5meter dari kereta yang lain.
- Fokus pada pemanduan kereta dan bila mengantuk hendaklah berhenti seketika untuk
menghilangkan rasa penat, mengantuk. Ianya bertujuan untuk memperoleh pemanduan yang
selamat.
- Tidak beremosi ketika melakukan pemanduan.

4) Sebagai seorang bakal pendidik, apakah cadangan anda untuk memastikan kadar
kematian di atas jalan raya dapat dikurangkan .
1) Melalui pendidikan di sekolah yang menerapkan tentang keselamatan jalan raya. Bahayanya
kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara.
2) Membaiki jalan-jalan yang rosak dan berlubang, supaya pengguna jalan raya tidak dapat
memandu dalam keadaan selamat dan tenang semasa pemanduan.
3) Pihak berkuasa seperti JPJ, Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) perlu
lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan jalan raya di patuhi melalui sekatan

jalan raya, rondaan secara berkala dan sebagainya. Selain itu juga, pihak polis juga,boleh
mengadakan program-program seperti ops sikap, ops selamat dan lain-lain lagi dengan lebeh
efektif supaya pengguna jalan raya sedar bahawa betapa pentingnya keselamatan ketika di
jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai