Anda di halaman 1dari 1

DOAHARIGURU


.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal Alamin,
Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Methodist ACS Sitiawan
Tahun 2014 pada hari yang berbahagia ini dengan tema Guru Pencetus Kreativiti
Penjana Inovasi.
Ya Allah, Ya Aziz Ya Sattar,
Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Justeru
itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam
mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama,
bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan,
semangat kerjasama dan permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti
putus asa di dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik yang menjana
transformasi pendidikan Negara.
Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada
kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.



.
.
.

Anda mungkin juga menyukai