Anda di halaman 1dari 2

1.

Menunjukkan kefahaman anda tentang interaksi salah satu tamadun yang dipilih dengan tamadun lain(Islam, Melayu, China, India atau Jepun) * Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun China Berdasarkan kefahaman saya tentang interaksi di antara Tamadun Islam dan Tamadun China ialah dengan terhasilnya pelbagai perkembangan yang amat positif dalam pelbagai bidang iaitu: a) Agama Islam mula diterima pada zaman Dinasti Tang(618-907M). Pemerintah turut menerima dan memberi peluang kepada pendakwah Islam untuk berdakwah. Akhlak yang baik orang Islam telah mendapat kepercayaan orang-orang Cina sehingga diberi memegang jawatan. Antaranya ialah Pengarah Pelabuhan dan Perkapalan pada zaman Dinasti Sang(960-1279M). Laksamana Cheng Ho atau Muhammad Ma Ho diutus untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara-negara di Asia Tenggara, India dan Arab. b) Sains dan Teknologi berlaku perpindahan teknologi pembuatan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang didominankan oleh Tamadun China sebelum ini. Teknologi pembuatan kertas dan percetakan telah berkembang pesat kerana ia merupakan elemen penting dalam penyebaran bahan-bahan ilmiah dan risalah-risalah Islam. c) Astronomi dan Matematik bermulanya pembinaan makmal kaji bintang sewaktu Dinasti Yuan. Penterjemahan nama bintang-bintang dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Rekaan alatan astronomi seperti alat rata lengkung, alat bebola langit, alat melihat cuaca dan alat curam lengkungan. Matematik pula melalui kaedah pengiraan dan kaedah penyusunan kalendar. d) Kesusasteraan dan Kesenian lahirnya karya-karya berkaitan sejarah, falsafah dan undang-undang Islam oleh Yusuf Ma. Karya sastera yang terkenal: Penjelasan Benar Mengenai Agama Sebenar oleh Wang Dai Zing. Kesenian pula boleh dilihat pada hasil ukiran dan lukisan yang bermotifkan flora serta kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran yang terpamer di dinding-dinding masjid. Seni bina yang terdapat pada masjid-masjid di

China masih mengekalkan ciri-ciri seni bina China dan ini dapat dilihat pada rekaan kubahnya yang berbentuk lengkuk. Wujudnya makam-makam orang Islam serta terdapatnya tulisan abjad Arab pada batu nisan. e) Intergrasi Budaya aspek makanan, lebih menekankan amalan pemakanan yang sihat dan bersih. Seorang pemerintah China iaitu Ming Tsai Su telah melaksanakan peraturan larangan meminum arak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kekeluargaan dan seterusnya keruntuhan sesuatu komuniti dan masyarakat. Aspek pakaian pula memperlihatkan gaya pemakaian baju yang labuh seperti jubah dan bertutup kepala. Aspek penetapan nama: nama-nama yang dimulai dengan huruf M seperti Muhammad, Mustafa akan diletakkan perkataan Ma. Nama-nama orang Islam juga dimulakan dengan Ha untuk Hasan, Hu untuk Hussien dan Sai untuk Said. f) Kewangan wujudnya Baitul Mal yang berfungsi sebagai Pusat Perbendaharaan Negara, sistem baru diperkenalkan, Superintendercises of Trading untuk penyenggaraan cukai perdagangan dan Department of Trade untuk mengawasi kelancaran eksport import. g) Ketenteraan pembuatan meriam oleh Alaudin al-Mufari dan Ismail al-Syami telah menjadi pemangkin kepada inovasi rekaan meriam yang lebih canggih.

Anda mungkin juga menyukai