Anda di halaman 1dari 4

Para pelajar diminta diam dan luruskan barisan.

Bagi memulakan perhimpunan pagi pada hari ini, marilah sama-sama kita
menyanyikan lagu NEGARAKU, LAGU NEGERI, LAGU SEKOLAH DAN ASMAUL HUSNA
dengan penuh bersemangat.
Para guru dan rakan-rakan pelajar diminta berdiri sedia.
LAGU NEGARAKU
LAGU NEGERI
LAGU SEKOLAH
ASMAUL HUSNA
Para guru dipersilakan duduk.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Yang berbahagia
_____________________________________________________________________ ,
Yang berusaha Ayahanda Pengetua Ustaz Haji Rosli b Long, Pengetua Sek Agama
Al-Islahiyah, Ust Bustomi b Mohd Noor, PEN Kanan Pentadbiran, Ust Mat Isa b Mat,
Pen Kanan Hal Ehwal Murid, Ust Hj Afandi b Saad, Pen Kanan Kokurikulum, barisan
guru-guru, ustaz ustazah seterusnya rakan-rakan pelajar sekalian.
Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dipersilakan Saudara Mohd Aidil
Shahir b. Hamzah, Ketua Pelajar Sekolah Agama Al-Islahiyah untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan
UCAPAN SHAHIR
Terima kasih Saudara Aidil Shahir atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya di persilakan Cikgu Musliyati bt Mokhtar, Setiausaha Peperiksaan Sek
Agama Al-Islahiyah untuk memberi sedikit maklumat tentang peperiksaan.
Dipersilakan
UCAPAN CIKGU MUSLIYATI
Terima kasih Cikgu Musliyati atas ucapan sebentar tadi.
Bagi meneruskan perhimpunan pagi pada hari ini, dipersilakan Ayahanda Pengetua
Ustaz Haji Rosli b Long, Pengetua Sekolah Agama Al-Islahiyah untuk menyampaikan
amanat dan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA
Terima kasih Ayahanda Pengetua atas ucapan sebentar tadi. Moga kita sama-sama
mengambil manfaat atas segala nasihat yang diberikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan
___________________________________________________
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan
UCAPAN KETUA SEKTOR
Jazakallahu khairon kathira, atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu Norhidayaturahmah bt Ayub untuk
mengendalikan acara seterusnya.
Majlis anugerah
Terima kasih Cikgu Hidayah atas majlis penganugerahan sebentar tadi.
Bagi mengakhiri majlis perhimpunan pagi pada hari ini dipersilakan Saudara
Muhammad Faisal b Mat Noor untuk membacakan doa. Dipersilakan
BACAAN DOA
Dengan bacaan doa itu tadi, maka berakhir sudah majlis perhimpunan kita pada
hari ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat meneruskan ibadah
Puasa dan selamat menymbut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang .
Sekian wabillahitaufiq wal hidayah, assalamualaikum wrb.

Terima kasih Pengerusi Majlis.


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualikum wrt.
Yang berbahagia
____________________________________________________________________ Yang berusaha
Ustaz Haji Rosli b Long, Pengetua Sek Agama Al-Islahiyah, Ust Bustomi b Mohd Noor,
PEN Kanan Pentadbiran, Ust Mat Isa b Mat, Pen Kanan Hal Ehwal Murid, Ust Hj Afandi
b Saad, Pen Kanan Kokurikulum, barisan guru-guru, ustaz ustazah seterusnya
rakan-rakan pelajar sekalian.
Untuk makluman para guru dan para pelajar, sekolah kita telah menerima beberapa
anugerah berdasarkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM 2010
bagi peringkat negeri Perlis.
Bagi menyempurnakan majlis penganugerahan, dipersilakan Ustaz Haji Rosli bin
Long, Pengetua sekolah agama al-islahiyah mengiringi yang berbahagia
______________________________________________
bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
1. ANUGERAH PENINGKATAN GPMP PMR 2010 DIANUGERAHKAN KEPADA Panitia
Bahasa Melayu.
Dipersilakan Cikgu Norfaiza bt Othman, Ketua Panitia BM untuk menerima
anugerah.
2. ANUGERAH PENINGKATAN GPMP PMR 2010 DIANUGERAHKAN KEPADA Panitia
Sains
Dipersilakan Cikgu Nurul Hazwani, Ketua Panitia Sains untuk menerima
anugerah.
3. ANUGERAH PENINGKATAN TERTINGGI GPS bagi PMR DAN SPM 2010.
Dipersilakan Ustaz Haji Rosli b Long, Pengetua Sekolah Agama Al-Islahiyah
untuk menerima anugerah.
Terima kasih atas penyempurnaan penganugerahan sebentar tadi. Untuk makluman
para pelajar, sekolah kita telah membuat lonjakan peratusan tertinggi dalam PMR
dan SPM 2010 diperingkat negeri Perlis. Sebagai warga Islahiyah kita patut rasa
berbangga dan diiharapkan anugerah ini akan menyemarakkan lagi semangat anda
semua untuk terus memahat nama Islahiyah di peringkat tertinggi, Insyaallah.
Dan untuk calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan percubaan selepas
cuti raya ni, raya-raya jugak, buku jangan dilupa.

Sekian sahaja, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbt.


Cikgu serah kembali kepada Saudara Firas

Anda mungkin juga menyukai