Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN SURAU

Peraturan Am

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah
dengan bidang tugas yang ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat, melaksanakan amali
Pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktviti-aktiviti pendidikan yang
berkaitan.
3. Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan
selamat dan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
4. Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut:
- Senjata tajam dan seumpamanya.
- Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan, penerbitan berunsur politik atau ajaran
sesat.
- Makanan dan minuman.

Peraturan Khas Tatasusila Di Surau

1. Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan bersopan ketika di surau.
2. Dilarang memakai T-shirt yang mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai @ “fancy”.
3. Digalakkan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum masuk ke surau.
4. Masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri serta berdoa.
5. Mengambil tempat duduk di saf paling hadapan.
6. Merapatkan saf dan bersalaman dengan Jemaah lain.
7. Duduk dengan sopan dan menghadap kiblat.
8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau.
9. Tidak membuat bising atau mengganggu jemaah lain.
10. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
11. Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang solat.

Anda mungkin juga menyukai