Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN SURAU

PERATURAN AM

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik

oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.

2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat dan

aktiviti- aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

3. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta

memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

4. Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai.

5. Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak

boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.

6. Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-

 Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya

 Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan

yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat

 Makanan dan minuman

 Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat

keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau.

7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta

memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.

8. Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas


digunakan.
PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU

1. Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan menutup aurat / bersopan ketika

di surau.

2. Berwudhuk terlebih dahulu sebelum masuk ke surau

3. Masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri serta berdoa

4. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu

5. Duduk dengan keadaan tertib, bersopan serta menghadap kiblat

6. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau

7. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau

8. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna

9. Merapatkan saf ketika mendirikan solat

10. Menghidupkan budaya memberi salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang

lain

11. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat

12. Digalakkan membaca doa sebelum keluar dan bersalaman sebelum

meninggalkan surau

Anda mungkin juga menyukai