Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN SURAU

SK ST ANTHONY LANGKAP
PERATURAN AM
1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh sebuah Jawatankuasa
yang dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang
ditetapkan.
2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat
solat melaksanakan amali pendidikan Islam, menyambut hari-hari
kebesaran Islam & aktiviti2 pendidikan serta kemasyarakatan.
3. kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa
dalam keadaan yang memuaskan.
4. Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan
selamat.Ia tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
5. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau
risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau
jawatankuasa surau
6. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat
melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya.
7. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan
air serta memastikan suis-suis lampu,kipas, ditutup selepas
digunakan.
8. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkaraperkara berikut:

Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.

Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan


penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat

Makanan dan minuman

PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU


1. Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke
surau.
2. Dilarang memakai baju T.shirt yang fancy yang mengandungi
gambar-gambar yang tidak sesuai.
3. Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
4. Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang
disertakan dengan doa.
5. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih
dahulu.
6. Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat
tangan dengan jemaah yang lain.
7. Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap
kiblat.
8. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada disurau.
9. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau.
10.
Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan
sempurna.
11.

Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.

12. Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum meninggalkan


surau.

Anda mungkin juga menyukai