Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

SYARAT KELAYAKAN TEMUDUGA KEMASUKAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL ABRAR


Syarat kelayakan adalah seperti berikut: 1. Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke atas dan telah tamat pengajian di sekolah rendah atau setaraf dan tidak melebihi 18 tahun. 2. Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan. 3. Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar. 4. Boleh membaca dan menulis jawi. 5. Berakhlak mulia dan bersifat taat. 6. Memdapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR. 7. Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan juga diterima. 8. Lulus temuduga oleh pihak Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling. 9. Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan hukuman yang dikenakan oleh pihak madrasah. 10. Anda dikehendaki membawa bersama:

Salinan kad pengenalan atau surat beranak. Surat sokongan sekolah atau madrasah. Keputusan UPSR atau keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Satu salinan bagi setiap sijil dan dokumen. 2 keping gambar berukuran passport.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

Keterangan kepada yang berminat : 1. Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga. 2. Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah. 3. Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima. 4. Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.

Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan akan melahirkan para Dai dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa. Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah dan bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah akan berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

UNDANG-UNDANG DAN TATATERTIB PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL ABRAR Peringatan: Undang-undang ini hendaklah dihafal di rumah sebelum datang pada hari pendaftaran untuk membolehkan pelajar terus masuk ke dalam kelas pengajian. Pelajar yang tidak ingat undang-undang tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas pengajian. 1. Setiap pelajar mestilah menghormati semua guru, pihak pentadbir dan pekerjapekerja (kakitangan) madrasah. 2. Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan madrasah. 3. Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian di dalam setiap program dan menepati masa yang telah ditetapkan seperti majlis bayan, waktu belajar, waktu makan, waktu tidur dan lain-lain. 4. Pakaian mestilah mengikut sunnah. Jubah atau kurta labuh mestilah atas dari buku lali. Baju yang bergambar atau bertulis tidak dibenarkan. Pakaian rasmi waktu kelas ialah jubah putih, songkok putih dan serban putih. 5. Rambut mestilah pendek dan kemas. 6. Janggut tidak boleh dicukur. 7. Tidak dibenarkan menghisap rokok dan benda-benda yang merbahaya seperti dadah, menghidu gam dan lain-lain. Pihak madrasah berhak untuk

memberhentikan pelajar yang didapati terlibat dengan perkara tersebut. 8. Tidak dibenarkan berada di dalam bilik asrama ketika waktu kelas. Semasa belajar tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

9. Keluarga atau waris boleh berjumpa dengan pelajar setelah mendapat kebenaran daripada pihak madrasah. 10. Setiap pelajar hanya dibenarkan meninggalkan madrasah atau bercuti setelah mendapat kebenaran dari pihak mudir atau ustaz bertugas. 11. Setiap pelajar tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam kawasan asrama dan pelajar yang telah diberhentikan tidak dibenarkan masuk ke dalam asrama. 12. Setiap pelajar diwajibkan menjaga sembahyang lima waktu dengan berjemaah di masjid dan hendaklah menjaga sembahyang-sembahyang sunat. 13. Setiap pelajar tidak dibenarkan menerima wang, hadiah atau benda daripada sesiapa pun kecuali daripada keluarga sendiri. Pemberian wang dari ibubapa untuk perbelanjaan pelajar hendaklah dibuat melalui pihak madrasah. 14. Membuat bising dan bergaduh adalah ditegah sama sekali. Jangan bertindak sendirian bahkan buatlah aduan kepada pihak mudir atau ustaz. 15. Tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, membentuk sebarang pertubuhan, mengadakan tunjuk perasaan, menghalang manshah (kehendak) madrasah dan menyiarkan sebarang berita di akhbar-akhbar. 16. Setiap pelajar mestilah mewujudkan suasana agama dan belajar pada setiap masa. 17. Tidak dibenarkan membawa majalah, akhbar, radio, kaset, video, kamera, telefon bimbit dan semua jenis alat- alat muzik ke dalam madrasah. 18. Tidak dibenarkan menyimpan barang-barang merbahaya seperti pisau, parang, besi tajam, kapak dan lain-lain.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

19. Pihak madrasah berhak memberhentikan pelajar yang melalukan kesalahankesalahan besar seperti menghisap dadah, melawan guru dan bergaduh dengan menggunakan senjata yang merbahaya. 20. Pihak madrasah, mudir dan ustaz boleh membuat siasatan mengejut terhadap aktiviti-aktiviti pelajar pada bila-bila masa siang atau malam. 21. Setiap pelajar adalah dilarang sama sekali meminjam, mengambil serta menggunakan barang-barang kepunyaan awam seperti basikal, motosikal, kereta dan lain-lain serta menggunakannya di dalam atau di luar kawasan madrasah. 22. Telefon seminggu sekali dengan keizinan daripada ustaz bertugas. 23. Selain daripada perkara-perkara di atas, pihak madrasah berhak meminda atau menambah sebarang undang-undang yang mesti dipatuhi oleh setiap pelajar.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

ORGANISASI PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL ABRAR


PENAUNG

PENASIHAT: 1. 2. 3. PENGETUA/MUDIR

SETIAUSAHA

GURU KURIKULUM

HAL EHWAL MURID

KO-KURIKULUM

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

BENDAHARI . JURU KIRA-KIRA 1. 2. AHLI JAWATAN KUASA: 1. 2. 3. 4 5. 6. SENARAI GURU-GURU:

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DARUL ABRAR


Maahad Tahfiz ini telah ditubuhkanpada tanggal 1.3.1997 dengan bilangan pelajar pada ketika itu hanya 4 orang sahaja. Maahad tahfiz ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 Mei 1997 dengan no pendaftaran s4(13/059)s7. Bermula dengan kelas pengajian hafiz di dewan solat surau kiyai Hj Mustafa dan di bawah surau dijadikan asrama hafiz. Manakala pelajar hafizah pula ditempatkan di sebuah rumah wakaf untuk kelas pengajian dan asrama.

Pada tahun 1998, Ummul Qura telah menerima tanah wakaf seluas 3 ekar untuk digunanakan bagi tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Ummul Qura. Pada pertengahan tahun 1998, hasil dari sokongan orang ramai dan Pusat Zakat Selangor, Tahfiz Ummul Qura telah memulakan Projek sebuah bangunan 1 tingkat untuk kegunaan asrama dan dewan pengajian bagi kegunaan Pelajar hafizah. Bangunan itu telah mula digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1999. Dengan adanya bangunan tersebut pelajar hafizah telah bertambah sebanyak 58 orang terdiridari pelajardalam dan luar Negara.

Pada tahun awal tahun 1999, Ummul Qura telah membina sebuah Rumah Mudir bagi kegunaan Mudir dan juga kemudahan para tetamu. Seterusnya pada pertengahan tahun 1999, 1 blok bangunan Rumah Guru yang mengandungi 4 unit rumah guru telah dibina. Ini adalah bagi menampung keperluan guru-guru yang berkhidmat secara sepenuh masa.

Seterusnya pada awal tahun 2000, hasil kutipan derma dari orang ramai dan sokongan dari Pusat zakat Selangor, Sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina. Bangunan ini lengkap dengan kemudahan Asrama Lelaki, dewan pengajian Hafiz, Kelas Pelajar Alim, Pejabat serta Sebuah Perpustakaan. Bangunan ini telah menempatkan seramai 120 orang pelajar dari dalam dan luar Negara.

Pada masa ini Maahad Tahfiz Ummul Qura sedang membina dan menyiapkan sebuah bangunan 2 tingkat untuk kegunaan pelajar Hafizah dan dewan makan perempuan yang dijangka siap pada penghujung tahun 2003.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

OBJEKTIF PENUBUHAN
Pusat Pengajian Al Quran Darul Abrar ini di wujudkan dengan matlamat di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya. Kewujudan pusat pengajian ini bertepatan dengan masanya kerana terdapat hanya beberapa buah pusat pengajian sahaja di seluruh negara dengan bilangan yang terhad. Pusat pengajian ini sudah tentu akan dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan perkembangan Al-Quran untuk kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Madrasah ini juga akan dapat mencapai matlamat berikut : I. Melahirkan para pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al Quran II. Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama yang bertaqwa, berketerampilan, di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara. III. Untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan kehidupan baginda Rasulullah SAW

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

dan mereka juga dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. IV. Untuk melahrkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam ini. Di samping itu juga akan menimbulkan keyakinankepada diri pelajar tersebut bahawasanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan akhirat. V. Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai asset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk jadi panduan secara praktikal pada seluruh alam.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

BANGUNAN

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

OBJEKTIF PENUBUHAN
a) Dapat mewujudkan satu pusat pengajian pondok tulen.

b) Mewujudkan satu kurikulum pengajian kitab-kitab pondok yang muktabar, yang telah dikarang oleh ulamak-ulamak Islam. c) Mendidik masyarakat mengamalkan Islam dalam kehidupan harian.

d) Melahirkan para alim ulamak yang mampu menyelesaikan permasalahan ummah. e) Memainkan peranan untuk menyebarkan ilmu Islam dan dakwah kepada masyarakat.

RANCANGAN PEMBINAAN MADRASAH


a) Tapak atas sebidang tanah wakaf seluas lebihkurang 1.975 ekar. Bangunan konkrit, saiz 15.25m x 16.47m (50 x 54) Ruang berdinding 9.15m x 12.2m (30 x 40). Balcony kiri & kanan 3.05m (10); balcony depan 4.27m (14).

b) 1 x bangunan madrasah 2-tingkat anggaran kos RM250,000.00: c)

2 x rumah guru berkembar satu tingkat, 6.15m x 7.5m (20 x 25) anggaran RM60,000.00.

d) 6 x pondok (10 x 10) @ RM3,000.00. Selebihnya dibiayai oleh penuntut atau penyumbang.

WAKAF TANAH
a) Melalui Surat Persetujuan yang bertarikh 16 November 2007, empat adik-beradik yang berhak ke atas tanah arwah ibu mereka, Jidah bte Mahmud (meninggal 10 Januari 2004) telah bersetuju mewakafkan tanah ini untuk pembinaan Madrasah Al-Imaniah: Nahariah bte Hj. Abdullah. Hjh Norehan bte Hj. Abdullah. Hj. Lokman bin Hj. Abdullah. Hj. Zorkornaini bin Hj. Abdullah.

b) Wakaf tanah ini adalah tertakluk kepada beberapa Syarat2 Perjanjian antara Tuanpunya (4beradik) dan pengurusan Madrasah Al-Imaniah.

BUTIRAN TANAH
No. Lot : 0002628 No. HM : 00000277 Keluasan : 1.975 ekar (0.8 hektar) Mukim : Pedah, Jerantut Feri, Jerantut, Pahang. Pemilik Asal : Jidah bte Hj. Mahmud (meninggal pada 10 Januari 2004).

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

PENDAFTARAN MADRASAH
Permohonan pendaftaran telah dimajukan kepada Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, Pekan melalui surat bertarikh 14 Jun 2008.

KURIKULUM DAN PENGISIAN


a) Sistem pengajian pondok ini adalah secara pengajian pondok tulen dengan menggunakan kitab-kitab lama yang dikarang oleh ulamak-ulamak yang muktabar. Ianya meliputi pelbagai bidang ilmu yang terdiri daripada Ilmu Usuluddin, Hadith, Fiqah, Tasawuf, Tafsir Al-Quran, Sirah, Nahu, Sorof, Bayan dan lainlain.

b) Diantara kitab-kitab yang akan digunakan dan diajar (peringkat permulaan): Risalah Tauhid, Matan Ummu Brahim, Min-yatul Musolli, Sulam Muhtad, Penawar Hati,Pelita Penuntut, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Jalalain, Al-Azkar Nawawi, Hadith Riadhus-Solihin, Minhajul Abidin, Kitab Al-Hikam.

c) -

Kitab-kitab lain yang akan diajar seterusnya: Taqribul Ikhwan, Muhimmah, Daqaiqul Akhba, Matan Al-Jumumiah, Matan Bina, Bakuratul Amani, Jauharatu Tauhid, Kifayatul Awam, Matlain Badrain, Sittin, Fathul Qarib, Hidayatul Salikin, Jawi Faraid, Jaharatul Mahhub, Majalisul Saniyah, Asyamani, Syeikh Khalid, Mutammimah, Al-Khailani, Ad Dasuki, Abdul Sakam, Aqidatu Najin,Fathul Muin, Tahair, Fathul Wahab, Iqnak, Minhajul Abidin, Hikam, Tashil, Ibnu Aqil, Sairi Nasafi, Azkar Nawawi, Al-Bukhari, Lamiatul Aqaal, Sowi.

TENAGA PENGAJAR

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

BULANAN DAN LAIN-LAIN


Antara keperluan lain yang para dermawan boleh berkongsi bersama pihak madrasah ialah:

a) -

Secara bulanan untuk membiayai Bil air, elektrik yang mencecah RM2,000 pada setiap bulan. Pembiayaan van yang dibayar ke bank setiap bulan sebanyak RM1000. Van yang dibeli untuk membawa pelajar pergi solat Jumaat pada setiap minggu dan untuk urusan dakwah.

Menghantar beras, gula, minyak masak dan sebagainya untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan madrasah.

b) Lain-lain: Anda boleh lakukan ibadat aqeqah, korban dan lain-lain di Madrasah AN-Nuur. Pihak madrasah akan menyalurkan bayaran fidyah, bayaran berat rambut bayi yang baru dilahirkan dan sebagainya untuk guru dan pelajar miskin yang layak menerimanya. Madrasah marang-barang yang boleh membantu dalam memajukan madrasah seperti komputer, mesin basuh dan lain-lain selgimana masih dalam keadaan baik.

Maklumat lanjut sila hubungi 0132075677. Segala urusan hanya melalui akaun bank rasmi Madrasah Tahfiz AlQuran An-Nur, no akaun Bank Islam 01023010061392.

MAKLUMAT YURAN
Yuran Pendaftaran Dan Bulanan

1.

Yuran pendaftaran kemasukan adalah sebanyak RM600. Jumlah tersebut merangkumi yuran bulan pertama, yuran pendaftaran, yuran peperiksaan, katil (bergantung kepada tempat), tilam, meja mengaji, kitab fardu ain, kitab tajwid, kitab zikir dan adab harian, pakaian seragam yang terdiri dari jubah dua pasang untuk lelaki dan perempuan dan tudung untuk perempuan dan lain-lain lagi.

2.

Yuran bulanan pula adalah berjumlah RM170. Yuran bulanan adalah merangkumi makan dan minum sebanyak 3 kali sehari, penginapan, pengajian, pengangkutan dan khidmat dobi (bergantung kepada keadaan).

3.

Yuran untuk urusan lain mungkin akan diminta jika diperlukan seperti yuran untuk rombongan lawatan sambil belajar, program perkhemahan, yuran konvo dan sebagainya.

PUSAT PENGAJIAN ALQURAN DARUL ABRAR G ENERASI ALQURAN PENEROKA ZAMAN

4.

Segala yuran persekolahan di sekolah kebangsaan dan seumpamanya bagi pelajar yang memohon untuk belajar di Madrasah sambil bersekolah adalah urusan yang tidak ditanggung oleh pihak Madrasah.

Anda mungkin juga menyukai