Anda di halaman 1dari 5

Yang Berusaha

En mohd hosni b. md senusi,


Guru Besar Sk changkat chermin
Yang dihormati

Yang Berusaha
En rozaidi b. md kasan,
Penolong kanan pentadbiran skcc
yang berusaha
Cik Roziah bt Abdul karim
Penolong Kanan hem
Yang berusaha,
En Mohd Salehin b.Mohd ghazali
Penolong Kanan ko=kurikulum
Rakan-rakan guru,
dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara
Assalamualaikum.
Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa,
kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Penutupan Ihya Ramadhan SK Changkat Chermin tahun 2014
Masihi bersamaan 1435 hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak
terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima
keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Allah telah berfirman.

Ya aiyuhallazi naamanu kutibaalaikumussiam


Kama kutiba alallazi naminkoblikum laallakum
tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Diam orang yang berpuasa merupakan
tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya
digandakan Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami,
daripada Abdullah bin Abu Aufa
Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput
_____________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan
Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan


kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza
Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya,
mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa
akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa
menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa
lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. Riwayat Bukhari & Muslim

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Majlis diteruskan lagi dengan mempersila bacaan khatam al-quran oleh murid-murid tahap 2 sk
changkat chermin di pimpin oleh ustaz Mohamad Khairuddin b. Mohd Noor
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih atas bcaan khatam alquran sebentar td. Semoga kita mendapat keberkatan dalam
bulan Ramadan yang mulia ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, En Mohamad Hosni b. Md senusi
Guru besar SK CHangkat Chermin untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih majlis ucapkan kepada En Mohamad Hosni b. Md senusi Guru besar SK
CHangkat Chermin atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Dihormati
..untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan ihya Ramadan bg tahun 2014 bersamaan 1435H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.


Majlis seterusnya menjemput . Sakaran
naik ke pentas dengan diiringi En Mohamad hosni b.md senusi guru besar sk changkat
chermin untuk menyampaikan :
1. Cenderahati program bacaan kkhatam al-quran
Murid2 yg terlibat ialah:

2. Sumbangan Anak yatim dan miskin


Penerima sumbangan ini terdiri daripada:

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian .. kepada tetamu
jemputan..
. Majlis menjemput Guru besar sk changkat chermin untuk menyampaikan .
Dijemput
Yang dihormati.
Naik ke pentas untuk menerima . sebagai tanda ingatan daripada pihak
sekolah.
Terima kasih kepada En mohd hosni b. md senusi , atas penyampaian sebentar tadi
Penyampaian untuk murid pra sekolah

Penyampaian duit raya kepada semua murid skcc


Dipersilankan


..
Alhamdulillah.. Majlis penutupan ihya Ramadan tahun 2014 Masihi bersamaan 1435 hijrah
pada kali ini sampai ke penghujungnya.
Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.
Bulan Ramadan bakal menjelang,
Berpuasa sebulan di siang hari,
Diberi Allah umur panjang,
Kalau sudi datang lagi.
Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian.
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai