Anda di halaman 1dari 14

Arahan Am:

Tiap-tiap soalan diikuti pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja
jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada
kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.


A.
B.
C.
D.

kita
kami
saya
mereka

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.


A.
B.
C.
D.

dan
tetapi
manakala
walaupun

3. Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan
malam.
A.
B.
C.
D.

menggoreng
memasak
menjerang
memotong

4. Lukisan oleh pelukis tersohor itu berkisar ___________ keindahan Pulau Langkawi.
A. demi
B. tentang
C. terhadap

D. dari

5. Kakak menggunakan se

__________ kain sebagai

pembalut luka pada jarinya.


A.
B.
C.
D.

cebis
bentuk
lembar
Cucuk

6. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas _______ asing yang
mendirikan petempatan setinggan.
A.
B.
C.
D.

didatangkan
kedatangan
mendatangi
pendatang

7. Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah


selesai ditayangkan.
A.
B.
C.
D.

riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang

Soalan 8 berdasarkan gambar dibawah.

8. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.


A.
B.
C.
D.

hodoh
lusuh
cantik
indah

10. Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju
ke arah mereka.
A.
B.
C.
D.

turun
duduk
tidur
lari

11. Kilang yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden
untuk ______ daging.
A.
B.
C.
D.

diproses
terproses
pemproses
memproses

12. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan
masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat
mereka.
A.
B.
C.
D.

gembira
degil
peramah
berahi

13. Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.


A. rumah sakit
B. rumah tangga
C. rumah terbuka

D. rumah tumpangan
14. Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah
dalam pertandingan syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
A.
B.
C.
D.

Oleh sebab itu


Padahal
Di samping itu
Lebih-lebih lagi

15. Tun Perak telah pergi ke Istana untuk____________Sultan.


A.
B.
C.
D.

berjumpa
menghadap
menemui
bertemu

16. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
A. lembar
B. keping
C. buah
D. gulung

17.

___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi
taklimat, kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.
A.
B.
C.
D.

Tolong . Minta
Sila . Tolong
Tolong . Sila
Sila . Minta

18. ________ tidak disangka bahawa Farid pandai memasak makanan tradisional
Melayu.
A. Amat

B. Terlalu
C. Paling
D. Sungguh

19. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun
majalah kerana dia _______________.
A.
B.
C.
D.

buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji

20Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok


seperti __________________________________ .
A.
B.
C.
D.

bumi dengan langit


aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu

Soalan 21:
Pilih jawapan yang sinonim/sama erti dengan perkataan bergaris
21. Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A.
B.
C.
D.

Layu
Hidup
Kuncup
Kembang

Soalan 23 :
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.

23. Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
A Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?
B Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
C Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
D Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

Soalan 24:
Pilih jawapan yang antonim / berlawanan dengan perkataan bergaris
24. Negara itu mengalami musim tengkujuh pada awal tahun.
A.
B.
C.
D.

kemarau
banjir
dingin
luruh

Soalan 25:
Pilih penyataan yang sama maksud dengan ayat bergaris.
25. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan
yangmembabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan
yangmembabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

Soalan 26-27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
26.
I.
II.

Walaupun usianya agak lanjut dia masih gemar membaca.


Orang itu memerlukan keterangan lanjut tentang cara-cara mengisi orang

III.
IV.

Amanah Saham Nasional.


Dia menyesal kerana lanjut cakap terhadap kedua orang tuanya.
Pelajar itu telah terpilih untuk lanjut pelajarannya ke luar negeri.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I, II dan III
II, III dan IV
I, II, III dan IV

27.
I.
II.
III.
IV.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melindungi matahari.


Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.
Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?
Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.

A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
I, III dan IV
I, II, III dan IV

Soalan 28
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.

28 Nama lain untuk buah naga ialah buah pitaya.


A. Apakah nama lain untuk buah naga?
B. Bagaimanakah nama lain untuk buah naga?
C. Berapakah nama lain untuk buah naga?
D. Siapakah nama lain untuk buah naga?

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

29
I. Pokok misai kucing sejenis herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara.
II. Mereka telah membawa pulang herba ini kepada Eropah.
III. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.
IV. Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik atas badan.

A. I dan III sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

30
I. Itik ini sedia dipasarkan bila mencapai usia antara 11 minggu hingga 13 minggu.
II. Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia.
III. Itik ini dibiakkan daripada induk yang diimport dari negara Perancis.
IV. Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin meningkat

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga soalan 35


Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kak Siti pergi ke Perlis
Membawa hadiahnya untuk rakannya
Bondaku tinggal jangan menangis
Anakanda pergi membawa nasibnya
Ibu kota berbangunan tinggi
Dipenuhi dengan orang seberang
Kekanda berangkat ditangisi
Badan terbuang di rantau orang
Adik dijulang tinggi-tinggi
Bersedia menyambut dengan tangan
Anakanda pergi bonda tangisi
Alamat dagang mati beragan
Pisau dibeli sudah hilang
Gagal memotong ikan tenggiri
Kalau berdagang ke tempat orang
Baik-baik membawa diri

31 Mengapakah anakanda ingin meninggalkan bondanya?


A. Kerana merajuk
B. Kerana dimarahi oleh bondanya

C. Kerana ingin merantau


D. Kerana bondanya tua
32 Apakah tujuan utama puisi ini ditulis?

A. Untuk membeli pisau


B. Untuk menyambut adik
C. Untuk menasihati anak yang akan pergi berdagang
D. Untuk mencerita bangunan tinggi

33 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A. Anakanda pergi berdagang membawa nasibnya


B. Ibu negeri berbangunan tinggi
C. Adik diangkat tinggi-tinggi
D. Ikan tenggiri tidak berjaya dipotong

34 Jika kamu sebagai bonda, bilakah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat?
A. Semasa sibuk
B. Tengah malam
C. Sebelum berangkat
D. Sedang memasak

35 Apakah jenis puisi di atas?


A. pantun
B. sajak

C. gurindam
D. syair
Soalan 36 hingga Soalan 40
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya,
26700, Muadzam Shah
Pahang.
________________________________________________________________
Kelab Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya,
26700, Muadzam Shah
Pahang.

3 Ogos 2011

Tuan,
Kebenaran Lawatan ke Zoo Negara
Perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami berhasrat mengadakan satu lawatan
sambil belajar ke Zoo Negara.
2. Pihak kami telah merancang mengadakan lawatan tersebut dengan tujuan mempelajari kehidupan
haiwan secara langsung. Kami dapat melihat sendiri perlakuan, jenis makanan dan suasana haiwan
dalam keluarganya.
3. Kami merancang mengadakan lawatan tersebut seperti maklumat di bawah:
Tarikh

: 24 September 2011

Hari

:Sabtu

Sasaran peserta

: pelajar Tahun 4, 5, dan 6

Bilangan peserta

: 35 orang

Bilangan guru

: 4 orang

4. Kami berjanji akan menjaga nama baik sekolah dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah dan pihak Zoo Negara.
5. Kebenaran dan kerjasama Guru Besar sangat kami harapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
................................................................................

(MUHAMMAD RAZIN BIN MUHAMMAD HUSAIN)


Setiausaha Kelab Bahasa Melayu.

36 Surat di atas dihantar kepada .....................


A. Guru Besar
B. pelajar
C. ibu bapa
D. Zoo Negara

37 Apakah tujuan surat itu diutus?

A. Untuk memberitahu Guru besar tentang lawatan


B. Untuk meminta kebenaran bagi mengadakan lawatan.
C. Untuk menjemput guru menyertai lawatan
D. Untuk meminta sumbangan daripada pihak sekolah.

38 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A. Pelajar tahun 5 layak menyertai lawatan ini.


B. Kelab berjanji akan mematuhi peraturan pihak sekolah sahaja.
C. Pelajar yang akan pergi mesti yang menjadi ahli kelab bahasa Melayu sahaja .
D. Lawatan ini akan diadakan sehari sebelum hari Ahad.

39 Siapakah yang layak menyertai lawatan ini?

A. Sudin berumur 9 tahun


B. Suriani, pelajar dalam tahun 6 Amanah
C. Zaitun yang berumur 11 tahun yang menjadi ahli kelab Bahasa Inggeris
D. Abang Muhammad Razin yang 3 tahun lebih tua daripadanya

40 Siapakah penulis surat ini?

A. Guru Besar
B. Setiausaha Kelab
C. Guru penasihat Kelab
D. Pengerusi kelab

Anda mungkin juga menyukai