Anda di halaman 1dari 3

struktur sosial, budaya, agama serta nilai atau norma-norma kehidupan yang

diamalkan masyarakat Melayu ketika itu.


gambaran sebenar kehidupan masyarakat pada waktu itu.
seperti ilmu jampi, ilmu pengasih, dan ilmu pendukunan yang sememangnya
merupakan suatu amalan bagi masyarakat terdahulu.
ilmu firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka iaitu anggota
badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Ilmu firasat
dapat dikatakan sebagai ilmu yang boleh menilik nasib seseorang. Sesiapa yang
mempelajari akan ilmu ini akan boleh membaca fikiran seseorang.
ilmu pengasih ialah pengetahuan tentang jampi, azimat, atau guna-guna untuk
mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih terhadap individu yang
dikehendaki. Ilmu pengasih boleh difahami sebagai salah satu ilmu kebatinan
yang digunakan sebagai satu usaha untuk menakluki dan memiliki sekeping hati
yang dimiliki individu yang dihajati atau dicintai secara halus atau ghaib.
Perdukunan merupakan penterjemahan dari kata al kahaanah daripada Bahasa
Arab. Ilmu dukun ini dikatakan mengandungi tiga unsur iaitu unsur yang pertama
ialah mesti adanya yang disebut sebagai kaahin (si pendukun), mutakaahin
(peminta atau pesakit yang berjumpa dukun) dan mahkuun (kepada siapa dukun
itu ditujukan). Kamus Dewan menyatakan bahawa dukun merupakan orang yang
mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional dengan
membaca jampi serapah dan sebagainya. Perdukunan pula didefinisikan sebagai
sesuatu yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau
tradisional yang berkaitan dengan ilmu dukun.
peranan dukun sangat penting pada zaman dahulu dalam menentukan masa
depan seseorang. Dukun bukan sahaja berupaya mengubati orang sakit, bahkan
dukun juga dapat mengetahui sesuatu perkara yang bakal berlaku kelak. Hal ini
berlaku disebabkan pengaruh Hindu-Buddha yang meresapi dalam budaya
Melayu pada ketika itu. Mereka lebih percaya tilikan yang akan menetukan nasib
mereka pada masa akan datang. Selepas kedatangan Islam, ilmu pendukunan
semakin jarang digunakan.
Jampi didefinisikan Kamus Dewan sebagai kata-kata tertentu yang diucapkan
untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit. Jampi
juga dikenali sebagai mantera. Orang Melayu sangat dekat dunianya dengan
spiritual. Ini mungkin juga disebabkan oleh Islam yang menjadi agama rasmi
orang Melayu, agama Hindu dan Buddha juga pernah mempengaruhi masyarakat
Melayu suatu ketika dahulu. Jika dilihat pada zaman dahulu, hampir kesemua
aktiviti akan diikuti dengan jampi.
Strata masyarakat atau statifikasi ialah menggambarkan tentang struktur sosial masyarakat
dari segi iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan
atau juga dikenali sebagai susun lapis masyarakat. Dalam Karya Agung Sejarah Melayu,
masyarakat Melayu digambarkan mempunyai struktur yang tersusun. lanya didahului oleh
seorang raja sebagai pemerintah. Baginda akan dikelilingi oleh kerabat-kerabat di raja,

permaisuri, putera-puteri raja serta kaum kerabat di raja yang lain. Berada di bawah baginda
ialah golongan pentadbir atau lebih dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Antara
jawatan penting ialah seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung,
Syahbandar, Bentara dan lain-lain lagi. Selain itu, golongan ulama juga berada dalam hirarki
ini seperti Makhdum, Sayyid, Maulana dan Kadhi.
Golongan pemimpin iaitu raja mempunyai kuasa penuh terhadap rakyatnya sehingga
mampu membuat keputusan tanpa berfikir atau mengusul periksa terlebih dahulu.
Keterangan diatas jelas menunjukkan bahawa strata masyarakat pada zaman
dahulu dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan atasan dan golongan
bawahan. Raja dan pembesar menduduki kedudukan sebagai golongan atasan
manakal rakyat biasa dan hamba pula dianggap sebagai golongan bawahan.
adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun iaitu sejak
dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat iaitu sehingga merupakan hukum dan
peraturan yang harus dipatuhi. Manakala istiadat pula ialah bermaksud
peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan,
adat kebiasaan, dan resam. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa adat istiadat
merupakan peraturan yang harus dilakukan sama ada dalam urusan rasmi atau
tidak. Adat istiadat ini sering kali dikaitkan dengan istana.
Dalam adat mengadap raja di balairung ialah, para pembesar akan disusun
mengikut pangkat kebesaran masing-masing. Pangkat tersebut di mulai dengan
bendahara, penghulu bendahari dan temenggung. Mereka akan duduk di seri
balai. Kemudian, anak-anak raja pula akan duduk di bahagian serambi balai
sebelah kiri dan kanan. Selepas itu, akan di ikuti dengan sida-sida yang mudamuda akan duduk berselang seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di
ketapakan balai.
Untuk menyambut kedatangan utusan terdapat adat yang perlu di ikuti.
Sambutan terhadap kedatangan utusan adalah berbeza mengikut tahap
kebesaran kerajaan tersebut. Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti
Pasai dan Haru, sambutannya akan menggunakan selengkap alat kerajaan
seperti gendang, serunai dan lain-lain. Jika, sekiranya utusan datang dari negeri
yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan keraian untuk menyambutnya akan
dikurangkan, cukup sekadar gendang dan serunai sahaja atau berpayung kuning
atau bergajah. Walau bagaimanapun, sepersalinan tetap akan diberikan.
Dalam adat ini, pihak yang lebih berkuasa akan dihormati. Dengan itu, untuk
menyambut utusannya akan di buat secara besar-besaran. Malahan, pihak
tersebut juga berkemungkinan mempunyai kekuasaan yang amat kuat dan
terpengaruh di rantau tersebut. Dengan itu, jika tidak menyambutnya dengan
cara yang terhormat, berkemungkinan akan memberi kesan kepada sesebuah
kerajaan kelak.
Adat menurut Kamus Dewan bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara
turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan
hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinisikan sebagai suatu
cara yang sudah menjadi kebiasaan

Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau
upacara, tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,
kepercayaan dan perundangan.
Adat Temenggung Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15 Masihi
dan kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hokum syarak bermazhab
Shafie. Adat Temenggung telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu
sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya
ialah Undang-undang Melaka, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah.

Adat Temenggung ini mempunyai beberapa ciri utama iaitu hukuman bersifat pembalasan,
pemerintahan bersifat autokratik, pewarisan harta lebih kepada nasab lelaki dan perkahwinan
dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Berdasarkan karya agung, kita dapat melihat contoh adat temenggung yang
menunjukkan pertabalan seorang raja. Telah diketahui bahawa dalam Adat Temenggung,
nasab lelaki lebih diutamakan.
Susun lapis masyarakat
Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan, kaum kerabatnya dan pembesarpembesar
seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Golongan rakyat terdiri daripada orang merdeka termasuklah pedagang dan buruh mahir
Golongan hamba termasuklah orang yang gagal membayar hutang

Anda mungkin juga menyukai