Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Tajuk Kajian
Transformasi kurikulum pendidikan dalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM , 2013-2025) yang telah dilancarkan baru-baru ini telah menumpukan kepada konsep
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penggubalan sistem ini diyakini mampu melahirkan
generasi yang mempunyai wacana pemikiran yang kreatif dan kritis. Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan( Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Amin Senin berkata dalam
Ifwan Hang Tuah (2013), perlaksanaan KBAT dibawah PPPM kali ini difokuskan kepada
matapelajaran Sains, Matematik Dan Sejarah serta dilaksanakan secara menyeluruh
membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), soalan peperiksaan, penyediaan alat
bantuan mengajar malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan kuiz.
Penekanan terhadap KBAT dalam proses PdP secara tidak langsung mampu
mengubah corak dan proses PdP dalam bilik darjah. Interaksi pembelajaran menjadi lebih
interaktif kerana penglibatan murid-murid secara lebih menyeluruh dan mengalami
pembelajaran aktif antara guru dengan murid. Hal ini bermaksud, proses PdP yang
berlangsung tidak lagi bersifat sehala bahkan guru perlu menggalakkan murid meneroka
perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang diajar melalui soalan-soalan yang diajukan
oleh mereka seterusnya mengaitkannya dalam kehidupan.
Dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi negara ini, guru-guru akan memainkan
peranan utama untuk meningkatkan kompentensinya dalam proses PdP. Oleh hal yang
demikian, menjadi kewajiban kepada guru untuk memiliki kemahiran dan kepakaran dalam
menggabung jalin serta menyepadukan isi kandungan pelajaran selaras dengan kehendak
nasional. Maka, guru perlu lebih kreatif dan berinovatif dalam merencanakan sesi PdP supaya
hasil pembelajaran yang akan diperolehi lebih bermakna dan kekal dalam jangka masa yang
lama.
Dalam matapelajaran sains, topik sistem suria adalah topik yang memerlukan muridmurid membuat gambaran mental dan berimaginasi terhadap suatu keadaan atau situasi yang
1

di luar pemerhatian mereka. Oleh itu, murid-murid

akan mengalami kesukaran untuk

memahami isi pelajaran dan seterusnya gagal mengasimilasikan hasil pembelajaran dalam
topik ini. Kegagalan murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran adalah berpunca
daripada beberapa faktor seperti kaedah atau teknik pengajaran yang masih lagi bersifat
tradisional. Walaupun terdapat penggunan bahan bantu belajar seperti model sistem suria,
tayang video, carta dan tayangan slide , ianya masih belum cukup memberi kefahaman
kepada murid-murid kerana ianya masih lagi bersifat komunikasi sehala (pandang-dengar)
dimana guru memberi input (penerangan) dan murid-murid menerimanya begitu sahaja.
Kelemahan yang diutarakan ini member kesan yang besar terhadap kefahaman serta minat
murid-murid.
Pelopor gerakan progresivisme, John Dewey(1966) melalui Hasan (2002) telah
mencadangkan Pembelajaran Bermakna meaningful learning yang melibatkan belajar
dengan membuat learning by doing

yang kemudiannya dapat membantu murid-murid

berfikir dan membentuk kefahaman terhadap masalah yang cuba diselesaikan. Berdasarkan
cadangan yang dirujuk, pemilihan kaedah yang sesuai terhadap sesuatu topik pengajaran
adalah agenda utama untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.
Berpandukan idea ini, untuk menzahirkan sesi PdP yang bermakna serta memenuhi aspirasi
Negara, penyelidikan tindakan ini akan dijalankan bagi mengkaji keberkesanan kaedah
simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam matapelajaran
sains.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


Topik sistem suria dalam tema bumi dan alam semesta merupakan topik yang menjadi
tumpuan murid-murid untuk mempelajarinya. Topik ini membincangkan tentang nama-nama
planet,kedudukannya serta tempoh masa yang diambil untuk mengorbit matahari. Berbagai

gambaran dan imaginasi bermain dan bertumpu pada kotak fikiran murid-murid ketika
mempelajari topik ini. Namun begitu, kemerosotan pencapaian pelajar terutamanya pada
topik ini menjadi persoalan di benak pengkaji. Mengapa topik yang paling diminati masih
banyak kesalahan ketika dijawab oleh murid-murid dalam kertas soalan? Mengapa terjadi
begini?
Merujuk kepada sesi PdP yang telah dijalankan, bahan bantu belajar seperti tayangan
video, demonstrasi menggunakan model sistem suria serta carta digunakan untuk
memperkenalkan konsep sistem suria. Guru-guru yang mengajar pula terdiri dari guru-guru
yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengajar matapelajaran sains.
Kemudahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian pula lebih dari mencukupi untuk sesi
PdP yang kondusif. Tetapi, hasil yang diperoleh tidak mencerminkan kekuatan fakta yang
dinyatakan.
Pengkaji mendapati , murid-murid mengalami kesukaran untuk menterjemahkan apa
yang dipelajari dalam bentuk bertulis. Faktor yang menyumbang kepada masalah ini mungkin
disebabkan oleh murid tidak menguasai isi pelajaran atau isi pelajaran yang disampaikan
tidak kekal dalam pemikiran mereka malah bersifat jangka pendek. Hal ini dapat dibuktikan
dengan merujuk kepada teori pemprosesan maklumat yang dipelopori oleh Robert Mills
Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan satu teori
mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem
saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.
Selain itu, pengalaman yang dimiliki oleh guru tidak menjamin kualiti PdP yang baik.
Pemilihan kaedah dan teknik penyampaian yang kurang sesuai juga menyumbang kepada
masalah ini. Justifikasinya, apabila sesi bersoal jawab dijalankan semasa sesi PdP, muridmurid dapat menjawab secara lisan dengan baik namun perkara sebaliknya berlaku apabila
3

menjawab kertas soalan. Congos (2013) menyatakan bahawa menghafal menyebabkan


sesorang tidak dapat menerangkan idea dalam bentuk perkataan, tidak dapat melihat
bagaimana untuk mengaplikasikan idea ke dalam kehidupan sebenar dan tidak dapat melihat
kerelevanan idea tersebut di luar bilik darjah Hal ini membuktikan bahawa murid-murid
belum menguasai isi pelajaran dengan baik dan kaedah penyampaian PdP yang digunakan
kurang berkesan.
Justeru itu, pengkaji ingin mencuba kaedah simulasi sebagai kaedah penyampaian
PdP untuk memperbetulkan keadaan ini. Menurut Mak Soon Sang (2004) simulasi
didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan. Simulasi juga
akan melibatkan murid-murid bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara
terbuka serta membuat keputusan bersama. Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian
tindakan yang dapat mengkaji keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan
kefahaman dan minat murid-murid tahun 4 dalam topik sistem suria.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pelbagai strategi PdP telah banyak diapalikasikan oleh guru-guru semasa proses PdP
bahkan menjadi tren utama dalam inovasi pendidikan di seluruh dunia. Merujuk kepada
permasalahan yang dihadapi, pengkaji telah merumuskan bahawa murid-murid tidak dapat
memahami isi pelajaran kerana sesi PdP yang dijalankan menggunakan kaedah yang kurang
sesuai denagn tajuk yang diajar serta tidak melibatkan penyertaan aktif murid-murid.
Hasilnya, isi pelajaran tidak mencapai objektif yang ditetapkan dan tidak bermakna kepada
murid-murid.
Situasi pembelajaran yang wujud semasa sesi PdP dijalankan menjadi kayu ukur
kepada keberkesanan strategi atau kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru walaupun
terdapat sumber bahan bantu mengajar sebagai pemudah cara bagi guru menyampaikan isi
pelajaran, setiap topik dalam matapelajaran sains memerlukan kaedah yang berbeza dan

strategi yang dipilih perlulah bersesuaian dengan murid-murid supaya mereka berminat dan
seterusnya memahami isi pelajaran.
Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaianya. Oleh itu, melalui kaedah simulasi
yang dicadangkan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta minat murid
terutama dalam topik sistem suria kepada murid-murid tahun 4. Perlaksanaan kaedah simulasi
akan melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggung jawab secara
lebih terbuka. Pelajar juga mengalami sendiri pengalaman belajar yang akan diasimilasikan
dalam kehidupan yang sebenar. Justeru itu, murid-murid akan berinteraksi sesama sendiri dan
membuat keputusan bersama untuk menyelesaikan masalah. Hal ini dapat mengelakan rasa
bosan serta akan mengubah interaksi sehala yang wujud kepada interaksi pelbagai hala dan
akan menjadikan proses PdP yang menyeronokkan.
Melalui kaedah simulasi ini juga, murid-murid digalakan untuk memberi pendapat,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang yang
dipertanggungjawabkan. Secara tidak langsung, murid-murid akan dapat menerapkan dan
mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, mematuhi arahan, menghargai pendapat
atau idea orang lain, yakin diri, berdisiplin, serta merasakan diri mereka dihargai. Kaedah ini
juga akan mempertingkatkan pelbagai kemahiran dan penggabungjalinan terutama dalam
kemahiran mendengar,lisan dan bacaan. Aktiviti yang menarik juga akan menjadi pemangkin
kepada peningkatan motivasi murid-murid untuk meneruskan sesi PdP.
Konklusinya, dalam mewujudkan situasi PdP yang menarik dan berkesan, kaedah
simulasi adalah dicadangkan. Pemilihan kaedah simulasi ini diharapkan akan berupaya
membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai seperti bermoral, berakhlak
mulia, berketerampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi seterusnya
melahirkan modal insan kelas pertama.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu Kajian
Keberkesanan sesuatu proses PdP bergantung kepada pemilihan strategi dan kaedah
yang bersesuaian dengan topik tersebut. Minat dan kefahaman murid juga dapat dicapai
sekiranya proses PdP yang dijalankan itu dapat meransang hands on dan minds on mereka.
PdP yang berkesan ialah proses PdP yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan
potensi dalam diri murid-murid dari segi psikomotor, kognitif dan afektif hingga ke tahap
yang optimum. Oleh itu, pemilihan kaedah simulasi adalah selaras dengan kriteria yang
dinyatakan untuk menghasilkan satu proses PdP yang berkualiti. Kelebihan kaedah simulasi
ialah ianya melibatkan penyertaan aktif murid-murid serta meransang daya pemikiran kritis,
menggalakan sosiolisasi dan koloborasi seterusnya memaksimumkan masa pembelajaran.
Justeru itu, pemilihan kaedah simulasi ini akan dapat membantu guru membentuk satu sesi
pembelajaran yang menarik dan bermakna.
Namun begitu, apa yang sering didedahkan kepada kita adalah kaedah pengajaran
tradisional iaitu kaedah chalk and talk dan juga tanpa kita sedari walaupun dengan

penggunaan bahan bantu mengajar tetapi PdP masih melibatkan komunikasi sehala.
Hadzimehmedagic dan Akhbarov menyatakan kaedah pengajaran tradisional adalah
interaksi yang didominasi oleh guru. Implikasinya, guru seringkali melibatkan murid dalam
kelas yang dikatakan agak suram dengan hanya melibatkan komunikasi sehala sahaja. Faktor
ini membuatkan murid-murid terutamanya yang berprestasi sederhana ataupun lemah akan
terus berada di tahap tersebut. Situasi ini juga akan mengakibatkan murid yang pasif akan
terus pasif. Implikasinya, beberapa objektif dalam kurikulum sains tahap 2 iaitu
meningkatkan

daya

kreativiti

murid

serta

menyediakan

peluang

untuk

murid

mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran kritis dan kreatif tidak dapat
dibentuk.
Satu kajian harus dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting kerana
matlamat dan objektif yang disenaraikan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
spesifikasi kurikulum harus dicapai. Oleh itu, dengan menyediakan peluang kepada murid
untuk menjadi aktif, aktiviti hands-on dan minds-on serta kolaborasi sesama mereka adalah
penting untuk menarik minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman
harian dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Oleh itu, kajian keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman serta
minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria ini diharapkan akan dapat member manafaat
kepada guru-guru sains serta dapat menghasilkan sesi PdP yang bermakna kepada muridmurid.
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Objektif utama kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan
kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem
suria.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005), simulasi bermaksud perbuatan atau
latihan yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat tetapi yang
mirip kepada atau hampir dengan keadaan yang sebenarnya. Dari aspek kajian ini, simulasi
membawa maksud keadaan atau situasi yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu. Mak Soon Sang (2004) pula mendefinisikan simulasi sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi
sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan atau masalah.
Noraini Ishak (2009) dalam penulisannya ada menyebut, kaedah simulasi itu sendiri
mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar akan bergerak aktif serta
berkolaborasi sesama sendiri untuk menyelesaikan tugasan. Hal ini secara tidak langsung
akan meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap isi pelajaran. Terdahulu, John
Curwin dan John Furnival (1984) mengutarakan idea bahawa simulasi adalah kaedah yang
berkesan kerana ia menggalakan tahap ransangan, motivasi, penglibatan dan kualiti
penyelesaian masalah yang tinggi di kalangan murid berbanding kaedah tradisional. Funke
(1988) menambah, simulasi melatih ketabahan, kretiviti, permintaan bantuan dan kerja
berpasukan.
Kriteria utama yang dinyatakan oleh Jones (1984) ialah simulasi boleh melibatkan
pengalaman berfungsi di dalam keadaan sebenar dan yang kedua ialah peserta yang terlibat
akan menghadapi isu dan masalah dengan penuh kesungguhan. Oleh itu, kriteria yang
terkandung dalam kaedah simulasi melengkapi ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan
PdP yang boleh meningkatkan kefahaman dan minat murid. Kesesuaian kaedah yang
diaplikasikan dalam sesuatu PdP itu mampu mempengaruhi hasil pembelajaran seterusnya
murid dapat mengasimilasikan isi pelajaran tersebut dengan kehidupan sebenar.
Pepatah Cina ada menyebut saya dengar saya akan lupa, saya lihat saya akan ingat
dan apabila saya buat saya akan faham Hizamnudin Awang (1997) dalam Fazilah (1998).
Kefahaman di dalam proses PdP adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk
8

mengingati apa yang telah mereka pelajari. Dewey dalam Nurulhuda Abd Rahman et al (2011)
belajar dengan membuat kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk
kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005)
mendefinisikan kefahaman sebagai keupayaan atau kemampuan seseorang tentang sesuatu
perkara, isu atau persoalan yang dketahui, dipelajari atau difahami sama ada
bersetuju/menyokong atau membangkang/ menolak dengan penuh yakin serta menyatakan
pandangan dan membuat penaakulan berkaitan sesuatu isu atau persoalan yang diperkatakan
oleh seseorang. Justeru, untuk meningkatkan kefahaman murid dalam proses PdP, para guru
perlu menyediakan proses pembelajaran yang mampu diingati oleh murid-murid.
Maksud minat mengikut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2005) pula ialah
kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Hornby (2000) menyatakan minat juga boleh
didefinisikan sebagai memberi perhatian atau mengambil berta, menunjukkan rasa ingin tahu,
mendapat perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Mengajar bukan hanya sebuah
kurikulum dan pengajaran semata-mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah, motivasi murid untuk belajar dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran
di dalam bilik darjah, Jere Brophy (2003). Oleh yang demikian, dalam menarik minat murid
untuk mengikuti proses PdP, guru perlu tahu dan faham dengan menghasilkan suasana
pembelajaran yang menarik dan penglibatan aktif pelajar, faktor ini mampu meningkatkan
minat seterusnya menambahkan motivasi murid-murid untuk terus mengikuti proses PdP.
Kesimpulannya, daripada ciri-ciri yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa, kaedah
simulasi melibatkan murid akan membolehkan murid berkerja dalam satu pasukan,
mempunyai

semangat

kerjasama,

hormat

menghormati

antara

satu

sama

lain,

bertanggungjawab, berdisiplin serta merasa diri dihargai melalui aktiviti main peranan,
membuat keputusan dan ianya juga melatih murid untuk menghadapi situasi sebenar. Peranan
guru juga berubah kepada fasilitator yang membimbing aktiviti yang dilaksanakan agar

terkawal dan murid dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari untuk meghasilkan
pengalaman yang bermakna.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN


3.1
Objektif kajian :
i. Menentukan samada Kaedah Simulasi dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 4
terhadap topik sistem suria.
ii. Menentukan samada Kaedah Simulasi dapat meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap
topik sistem suria.
3.2 Soalan kajian :
i. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan kefahaman murid tahun 4 terhadap topik
sistem suria.
ii. Adakah kaedah simulasi dapat meningkatkan minat murid tahun 4 terhadap topik sistem
suria.

10

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian tindakan ini akan dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah
Seberang Perai Tengah. Seramai 30 orang responden tahun 4 akan terlibat dalam kajian ini.
Responden terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Bilangan
responden murid lelaki dan bilangan responden murid perempuan yang sama adalah untuk
mengelakan berlakunya ketidakadilan dan ketidaksamaratan dalam kajian. Hanya 2 orang
responden berbangsa India dan selebihnya berbangsa Melayu.
Kebanyakan responden mempunyai latar belakang keluarga yang berpendidikan dan
mempunyai taraf ekonomi yang baik. Tahap pencapaian responden dalam matapelajaran sains
adalah sederhana walaupun kelas ini adalah yang pertama bagi aliran tahun 4. Tiada
responden yang mendapat Band 6 bagi subjek ini dan hanya 3 orang responden yang
mendapat Band 5. Selebihnya mendapat keputusan Band 4 untuk lulus dalam peperiksaan
akhir yang lalu.
Terdapat beberapa orang responden yang adalah merupakan murid dari kelas ke-2 yang
baru sahaja ditukarkan ke kelas ini kerana menunjukan peningkatan dalam beberapa
matapelajaran. Rasional responden dipilih adalah kerana mereka didapati mempunyai daya
tumpuan atau fokus yang kurang memuaskan ketika sesi PdP dijalankan. Responden adalah
murid yang berpotensi untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
Justeru itu, responden memerlukan satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu
mereka berfikir dengan lebih mendalam melalui aktiviti yang diadakan. Kelas ini merupakan
kelas yang diajar oleh pengkaji. Jadi, ini akan memudahkan urusan melaksanakan kajian
tindakan dan merekod data.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


11

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji memilih untuk menggunakan


pendekatan kajian tindakan ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin (1948). Kajian
keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4
dalam topik sistem suria ini akan dijalankan berdasarkan empat fasa Kurt Lewin iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Penyelidik akan merancang satu jadual pelan kajian tindakan sebagai satu garis panduan
untuk melaksanakan kaedah simulasi bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus utama
penyelidikan iaitu kesukaran murid untuk memahami topik yang diajar oleh guru serta
menarik minat murid-murid mengikuti PdP.
Jadual 1. Tindakan yang akan dijalankan
Minggu
1
2
3

Tindakan yang dijalankan


Taklimat diberikan kepada kumpulan sasaran mengenai kajian. Borang soal
selidik (Lampiran A) diedarkan kepada murid dan pra ujian dijalankan.
Guru melatih murid-murid untuk menjalankan simulasi sistem suria.
Guru mengajar tentang topik sistem suria. Kotak dan gambar planet
diedarkan kepada murid untuk menjalankan aktiviti simulasi peredaran

4
5

planet mengelilingi matahari secara berkumpulan. Pasca ujian dilaksanakan.


Pengkaji menemu bual 5 orang murid daripada kumpulan sasaran.
Data-data yang dikumpul dianalisis. Keputusan kajian tindakan tentang

keberkesanan kaedah simulasi dapat diketahui


Laporan secara terperinci ditulis.

Pengkaji akan memperuntukkan tempoh selama 5 minggu untuk menjalankan kajian ke


atas kumpulan sasaran dan masa seminggu untuk menganalisis data-data yang dikumpul dan
seminggu lagi untuk menulis laporan terperinci. Pengkaji akan melaksanakan tindakan
berdasarkan pelan kajian tindakan seperti dalam jadual 1 bagi memastikan kajian dapat
dijalankan secara sistematik.
Pada minggu yang pertama, pengkaji akan memberi penerangan dan taklimat serta
menunjukkan beberapa fakta bergambar yang ditukarkan kedalam bentuk aktiviti kepada
12

murid-murid. Pengkaji akan menyatakan kelebihan kaedah simulasi dlam membantu murid
untuk memahami sesuatu fakta seterusnya memudahkan murid untuk mengingati fakta
tersebut menerusi pembinaan gambaran mental dalam minda mereka. Kemudian, borang soal
selidik akan diedarkan kepada murid. Hal ini bagi membantu pengkaji untuk memilih dan
menentukan murid yang akan ditemu bual menerusi maklum balas daripada borang soal
selidik. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan pra ujian untuk mengetahui pengetahuan
sedia ada murid tentang topik sistem suria. Murid dilarang meniru atau berbincang semasa
menjawab soalan tersebut. Soalan pra ujian (Lampiran B) dibuat dengan merujuk kepada
huraian sukatan pelajaran, buku teks sains tahun 4 ,buku latihan sains tahun 4 dan modul
Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau
Pinang. Kesahan kandungan soalan disahkan oleh guru cemerlang sains .
Pada minggu yang kedua, pengkaji memperkenalkan topik sistem suria kepada murid
dan kemudiannya pengkaji akan melatih murid-murid untuk menjalankan simulasi tentang
susunan planet dalam sistem suria. Peruntukan masa selama 20 minit pada fasa penstrukturan
semula idea adalah untuk menjalankan aktiviti simulasi. Dalam aktivti ini, murid secara
berkumpulan, akan memakai kotak planet dan membentuk susunan planet yang betul tanpa
merujuk kepada bahan atau buku teks sebaliknya, dibantu oleh rakan dari kumpulan yang
lain. Pengkaji akan memantau aktiviti yang dijalankan oleh murid dan bertindak sebagai
fasilitator sahaja. Hasil aktiviti yang dijalankan akan dipindah kedalam bentuk nota oleh
murid-murid dan dijadikan bukti keberhasilan aktiviti simulasi yang dijalankan.
Pada minggu ketiga, pengkaji meneruskan pengajaran topik sistem suria dengan mengajar
tentang susunan dan peredaran planet mengelilingi matahari. Sesi PdP yang dijalankan pada
kali ini lebih menumpukan kepada penglibatan murid-murid untuk menyelesaikan tugasan.
Aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti kumpulan untuk menggalakan pembelajaran
koperatif. Dalam aktiviti ini, murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan

13

akan diberikan arahan tugasan untuk menjalankan aktiviti. Masa yang diperuntukan ialah 20
minit. Kemudian, pengkaji akan memilih kumpulan yang dapat menyelesaikan tugasan
dengan baik dan meminta kumpulan tersebut untuk mempersembahkan hasil mereka
dihadapan kelas. Murid-murid lain memerhati dan boleh mengemukakan soalan untuk
meningkatkan kefahaman mereka.
Pengkaji akan melaksanakan pasca ujian. Pengkaji akan mengedarkan kertas pasca ujian
(Lampiran C) bagi menguji keberkesanan kaedah simulasi yang dilaksanakan. Murid dilarang
sama sekali untuk meniru atau berbincang semasa menjawab soalan pasca ujian. Soalan bagi
pasca ujian ini adalah soalan yang sama dengan soalan pra ujian tetapi kedudukan nombor
soalannya diubah.
Pada minggu keempat, pengkaji akan menemu bual 5 orang responden yang dipilih
berdasarkan maklum balas daripada borang soal selidik serta daripada markah yang diperoleh
menerusi ujian pra dan pasca ujian. Temu bual akan dijalankan dengan berpandukan kepada
soalan temubual (Lampiran E) untuk mengetahui maklum balas mengenai kaedah simulasi
yang dijalankan. Kemudian, temu bual tersebut akan dirakam menggunakan perakam digital
dan seterusnya akan ditranskripkan untuk dianalisis.
Pada minggu kelima, pengkaji akan merekod dan menganalisis data-data yang diperoleh
melalui beberapa kaedah seperti soal selidik, pra ujian, pasca ujian dan temu bual. Keputusan
kajian tindakan ini nanti akan membolehkan pengkaji mengetahui keberkesanan kaedah
simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 4 dalam topik sistem suria.
Akhir tugasan ialah pengkaji akan menulis laporan kajian secara terperinci berdasarkan
kajian yang akan dijalankan.

14

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA.


Kaedah pengumpulan data dan analisis data digunakan bagi mengumpul dan menganalisis
data kajian tindakan yang akan dijalankan. Dalam konteks ini, beberapa instrument kajian
akan digunakan untuk mendapatkan jumlah maklumat yang maksimum dan maklumat yang
unik dalam tempoh yang pendek. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian tindakan

15

tentang keberkesanan kaedah simulasi dalam meningkatkan kefahaman dan minat murid
tahun 4 dalam topik sistem suria antaranya ialah, instrumen pra ujian dan pasca ujian,
instrumen soal selidik dan instrumen temu bual. Data yang dikumpul daripada instrumeninstrumen kajian ini akan dianalisis secara kualitatif dan juga kuantitatif.
6.1 Instrumen 1 : Pra Ujian dan Pasca Ujian
Pra ujian (Lampiran B) merupakan ujian yang diberikan kepada murid untuk mengetahui
tentang pengetahuan sedia ada murid dan kefahaman murid dalam topik sistem suria.
Manakala, pasca ujian (Lampiran C) akan dijalankan setelah murid menjalani kaedah
simulasi. Pasca ujian ini bertujuan untuk melihat peningkatan kefahaman dan minat murid
dalam topik sistem suria.
Soalan bagi pra ujian dan pasca ujian diambil daripada huraian sukatan pelajaran, buku
teks sains tahun 4 ,buku latihan sains tahun 4 dan modul Program Didik Cemerlang
Akademik (PDCA) terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 soalan aneka
pilihan jawapan dan 2 soalan subjektif akan dijawab oleh murid dalam masa 15 minit. Keduadua ujian ini mengunakan soalan yang sama tetapi kedudukan soalan bagi kertas pra ujian
akan diubah bagi menyediakan kertas pasca ujian. Ujian ini akan diduduki oleh semua
responden seramai 30 orang murid tahun 4.
Kemudian, pengkaji akan memeriksa kedua-dua kertas ujian dan seterusnya data yang
diperoleh akan dianalisa secara kuantitatif. Pengkaji membuat perbandingan di antara markah
pra ujian dan pasca ujian. Markah akan dikelaskan mengikut gred A,B,D dan E.
Jadual 2 : Pemarkahan bagi soalan pra ujian dan pasca ujian.
Bahagian Soalan
Bahagian A

Markah
5 soalan x 1 markah

(Soalan Aneka Pilihan)


Bahagian B

Jumlah markah = 5
2 soalan x 5 markah

(Soalan Subjektif)

Jumalah markah = 10
Jumlah keseluruhan markah = ____ x 100
16

15
Jadual 3 : Skor pemarkahan bagi pra ujian dan pasca ujian.
Markah
80 100
60 -79
40 -50
20-39
0 19

Gred
Pencapaian
A
Cemerlang
B
Sederhana
C
Memuaskan
D
Lemah
E
Tidak memuaskan
( Dipetik dari sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia )

Data bagi kedua-dua ujian analisa dengan menggunakan rumus min iaitu :
Min, x = Jumlah semua skor
Bilangan responden
Nilai min bagi pra ujian akan dibandingkan dengan nilai min bagi pasca ujian.
Peningkatan nilai min akan menunjukkan bahawa murid berupaya meningkatkan kefahaman
dan minat mereka dalam topik sistem suria.

6.2 Instrumen 2 : Soal selidik


Borang soal selidik (Lampiran A) mengandungi 8 item yang perlu dijawab oleh kumpulan
sasaran. Dalam borang soal selidik, item dibahagikan kepada 2 aspek iaitu, aspek kefahaman
dan minat. Setiap responden yang dipilih iaitu seramai 30 orang murid tahun 5 diberikan satu
set borang soal selidik. Pilihan jawapan adalah berdasarkan kepada skala 4-likert. Setiap item
mempunyai pilihan skala yang berikut :
1.
2.
3.
4.

Sangat tidak setuju (sts)


Tidak setuju (ts)
Setuju (s)
Sangat setuju (st)

17

Data yang diperoleh akan dianalisis secara kuatitatif iaitu dengan mengenal pasti
kekerapan (f) bagi setiap item yang ditanda dan peratusan (%) respon murid dalam soal
selidik yang melibatkan aspek kefahaman dan juga aspek minat.
Bilangan murid yang memberi
Peratusan respon murid (%) =

respon kepada jawapan

X 100%

30
6.3 Instrumen 3 : Temu bual
Temu bual dilaksanakan secara separa struktur iaitu satu set soalan akan disediakan
sebagai kerangka temu bual bagi mengelakkan pengkaji tersasar daripada fokus kajian.
Tujuan temu bual dilaksanakan adalah untuk mengetahui pendapat dan maklum balas
daripada 5 responden yang dipilih dari kumpulan sasaran. Murid dipilih secara rawak .
Terdapat 5 soalan (Lampiran E) yang akan ditanya oleh penyelidik dalam temubual
ini. Fokus utama soalan ini ialah berkaitan dengan kefahaman dan minat murid dalam topik
sistem suria. Temubual akan dilakukan secara lisan dan akan direkod dengan menggunakan
perakam suara. Hasil temubual akan ditaip semula dalam bentuk transkrip dan akan dianalisis
secara kualitatif.

18

Anda mungkin juga menyukai