Anda di halaman 1dari 18

Forum 2 BM

1.Kita sedia maklum Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita.
Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan.
Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran subjek lain di dalam bilik darjah. Antara beberapa kelemahan
yang didapati ialah seperti:Sikap ibu bapa dan murid yang tidak mementingkan Bahasa Melayu
Ada sesetengah diantara ibu bapa yang beranggapan bahawa Bahasa Melayu
tidaklah begitu penting kerana bahasa ini bukanlah bahasa
antarabangsa.Justeru itu,tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik pun
tidak merupakan masalah yang serius. Secara tidak langsung, ini akan
menyebabkan anak mereka juga bersikap sambil lewa untuk mempelajari
Bahasa Melayu. Mereka berpandangan markah Bahasa Melayu hanya perlu
mencapai setakat lulus peperiksaan sahaja. Oleh itu, mereka tidak akan
belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika asasnya penguasaan Bahasa
Melayu tidak baik, sudah tentu murid itu tidak dapat memahami isi pelajaran
mata pelajaran yang lain dengan baik.
Cara penyampaian pengajaran bahasa yang kurang kreatif
Guru memainkan peranan penting dalam proses membimbing dan mendidik
murid dalam pelajarannya. Akan tetapi, terdapat guru yang kurang
kreatif dalam pengajaran dan ini akan menyebabkan murid-murid tidak
berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu.Cuba kita bayangkan cara
pengajaran guru yang mendatar dan tidak seronok ini berlaku ke atas diri
kita. Sudah tentu, ini akan mengurangkan lagi minat dan sekaligus
merendahkan peluang mencapai tahap penguasaan yang baik dalam Bahasa
Melayu di kalangan murid-murid.
Kesuntukan masa
Ramai guru tidak dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menjalankan aktiviti p&p yang kreatif dan seronok kerana terpaksa
menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian. Jadi, apa yang lebih diutamakan ialah guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terlebih dahulu untuk menghabiskan p&p mengikut tempoh
agar murid dapat menduduki peperiksaan. Jika tidak, ibu bapa akan
mengadu kepada pihak sekolah di mana anak mereka tidak diajar topik-topik

tertentu, maka ini adalah tidak adil bagi mereka. Untuk mengelakkan
masalah ini terjadi, guru perlu cepat semasa menjalankan proses p&p. Oleh
yang demikian, ada di antara murid memang tidak dapat mengikuti proses
p&p dengan baik dan lama kelamaan ini akan menyebabkan mereka lemah
dalam penggunaan bahasa.
Antara tindakan yang boleh mengatasi kelemahan ini:
Mengkaji semula sukatan pelajaran
Pihak kementerian perlu mengkaji semula sukatan pelajaran yang sedia ada
dan cuba membuat penambahbaikan. Tujuan utama p&p adalah untuk
mendidik dan membimbing murid mendapat ilmu dan mengaplikasikan
penggunaannya dalam kehidupan. Jadi, apa yang perlu diambil perhatian
ialah kualiti p&p dan bukannya kuantiti p&p.Isi kandungan dan sukatan
yang terlalu banyak dan padat akan membebankan guru dan murid kerana
kedua-dua pihak terpaksa melaksanakan tanggungjawab masing-masing
dengan penat sekali.
Menyediakan kursus dan latihan p&p bagi guru
Pihak kemterian dengan kerjasama daripada pihak lain bolehlah
menyediakan kursus dan latihan p&p kepada guru. Ini adalah kerana melalui
kursus dalam perkhidmatan dan penyertaan dalam latihan atau seminar p&p
yang berkaitan, guru-guru berpeluang membelajari teori, pendekatan, kaedah
dan teknik-teknik pengajaran yang baharu dan sesuai untuk mengajar muridmuridnya. Apabila berada di sekolah nanti, guru dapat mengaplikasikannya
di dalam kelas. Selain itu, guru juga perlu bijak merancang aktiviti p&p
yang bersesuaian dengan tahap murid, di samping dapat menarik minat
murid untuk belajar. Dengan itu, baharulah guru dapat mencapai objektif
p&p bagi sesuatu mata pelajaran.
Bersikap serius terhadap pembelajaran Bahasa Melayu
Murid-murid hendaklah belajar bahasa ini dengan bersungguh-sungguh
kerana ia merupakan bahasa pengantar utama di alam persekolahan rendah
dan menengah. Ini dikatakan sedemikian kerana kebanyakan mata pelajaran
adalah diajar dalam Bahasa Melayu, terutamanya di sekolah menengah telah
terbuktinya bahasa ini mampu menjadi bahasa ilmu. Oleh itu, murid-murid
harus mempunyai kesedaran untuk meningkatkan penguasaan Bahasa
Melayu mereka melalui pembacaan, baharulah mereka dapat memahami isi

pelajaran mata pelajaran yang lain. Para guru dan ibu bapa harus
menggalakkan anak murid menambahkan pembacaan bahan yang berbentuk
ilmiah. Para ibu bapa dan murid hendaklah membuang sikap tidak
mementingkan Bahasa Melayu. Mereka perlu sedar bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara. Kita harus sedar kepentingan Bahasa
Melayu kerana bahasa jiwa bangsa.Dengan adanya semangat dan keazaman
yang kuat, kita pasti dapat mengatasi kelemahan ini dari semasa ke semasa.
2.Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Yusni,selain hujah-hujah yang
dinyatakan oleh cikgu di atas.Kelemahan penggunaan Bahasa Melayu
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain juga
bukanlah isu yang baharu di dalam masyarakat kita pada hari ini. Kelemahan
Bahasa Melayu yang ada pada murid dan juga guru telah mengakibatkan isu
ini berlaku.
Sebagai contoh,kebanyakkan guru yang mengajar di SJK bukan beropsyen
Bahasa Melayu. Apabila bukan beropsyen Bahasa Melayu,sudah tentu
mereka kurang mahir dalam kaedah atau teknik mengajar Bahasa Melayu.
Hal ini terjadi akan mengakibatkan guru kurang keyakinan diri dalam
pengajaran Bahasa Melayu dan ini akan menjejaskan keberkesanan P&P di
dalam bilik darjah. Selain itu, isu memartabatkan penggunaan bahasa
Melayu tercabar dengan banyaknya kesalahan bahasa seperti kesalahan
tatabahasa, bercampuraduk dengan bahasa Inggeris sebagainya yang
terdapat pada media massa seperti SMS, laman web, dan akhbar. Ini banyak
mempengaruhi cara murid dan guru bertutur di dalam kelas dan juga
memberi kesan negatif dalam penulisan Bahasa Melayu. Guru yang lemah
dalam penguasaan Bahasa Melayu dan menggunakan bahasa rojak atau
bahasa pasar akan membawa implikasi besar kepada anak murid kita.

Bagi murid di SJK, mereka perlu mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa
Kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Ini agak membebankan
mereka yang lemah dalam pembelajaran. Aktiviti P&P yang kurang menarik
dan berkesan menyebabkan mereka tidak berminat dalam pembelajaran
bahasa. Selain itu, murid yang bertutur dalam bahasa ibunda sejak kecil lagi

menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu sama ada bertutur


ataupun menulis. Ini kerana mereka keliru dengan struktur ayat bahasa
Melayu dan bahasa ibundanya. Bahasa merupakan asas pembelajaran.
Pembelajaran mata pelajaran yang lain turut dipengaruhi jika murid tidak
menguasai bahasa dengan baik. Begitu juga bagi murid di SK, kelemahan
dalam bahasa menyebabkan mereka tidak memahami apa yang dipelajari.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,


Saya bersetuju dengan pendapat anda,,selain diadakan kursus untuk
mengatasi masalah tersebut, guru juga harus selalu melengkapkan diri
dengan teknik mengajar yang terkini dan berkesan. Guru perlu
mempelbagaikan aktiviti P&P untuk membangkitkan minat belajar
murid.Selain itu, amalan membaca perlu digalakkan di kalangan guru dan
murid. Guru dan murid harus membaca buku-buku bahasa Melayu
berbentuk ilmiah
bukannya majalah-majalah hiburan yang tidak
memberikan apa-apa keuntungan kepada memartabatkan bahasa
Melayu.Membaca buku berbentuk ilmiah ini penting kerana gaya bahasanya
lebih teratur dan mengikut standard yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka.Selain itu,pihak KPM juga harus memastikan setiap sekolah
mempunyai guru beropsyen bahasa Melayu yang mencukupi bagi mengatasi
masalah di atas.
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,
Pada pandangan saya,sememangnya kelemahan penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari guru dan
murid. Tetapi jangan lupa, penggunaan frosa kata,istilah, tatabahasa,kehalusan bahasa, santun bahasa dan
sebagainya hanya dititik beratkan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah sahaja. Bagaimana pula
ketika di luar sekolah? Penggunaan bahasa Melayu ketika bersama rakan, ibu bapa, adik beradik, saudara
mara , adakah kita atau pelajar sendiri menggunakan penggunaan bahasa melayu yang betul? Kebanyakkan
antara kita menggunakan percakapan bahasa pasar atau rojak. Hal ini adalah berpunca dari tiada jati diri
dan kecintaan pada negara malahan menganggap bahasa kebangsaan ini adalah milik orang-orang Melayu
sahaja. Tanggapan yang salah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa kebangsaan itu
sendiri.

Peranan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


juga amat penting dalam penggunaan Bahasa Melayu yang

baik. Peranan semua pihak juga perlu diberi perhatian


kerana amat mengejutkan lagi apabila kesan besar kepada
penggunaan bahasa yang kurang memuaskan ini berlarutan
dalam aktiviti seharian kita, khususnya dalam penulisan.
Hal ini kerana penggunaan bahasa yang lemah dalam
penulisan secara berterusan akan membawa kesan yang
negatif kepada pemikiran seseorang itu. Penggunaan
bahasa yang lemah akan menjejaskan keyakinan diri
seseorang itu khususnya apabila ingin berbicara dengan
lisan, bertambah teruk lagi jika sedang berhadapan dengan
khalayak umum. Hal ini berpunca daripada amalan
penggunaan bahasa yang lemah yang berterusan dalam
kehidupan harian seseorang itu.

4. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Kebanyakan murid melayu kurang


berminat belajar bahasa melayu. Ini kerana mereka menganggap bahasa
melayu adalah bahasa harian mereka dan tidak perlu belajar. Anggapan
mereka itu salah kerana dalam bahasa melayu mereka perlu banyak belajar
seperti struktur ayat, penggunaan kosa kata dengan betul, dan banyak lagi.
Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan untuk memartabatkan
lagi bahasa melayu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,
Saya setuju dengan pandangan cikgu bahawa kita sebagai pendidik perlu berikhtiar untuk mengatasi
masalah kelemahan murid dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam p&p.Antara perkara yang perlu kita

lakukan ialah sebagai contoh kita seorang guru mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.Kita digalakkan
menggunakan teknologi komputer sebagai bahan bantu mengajar(BBM) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Ini supaya guru berjaya menarik perhatian atau tumpuan murid-murid terhadap isi pengajaran
guru.Secara tidak langsung kita dapat mengatasi masalah kelemahan Bahasa Melayu serba sedikit kerana
murid minat dan memberi fokus serta menyeronokkan terhadap pengajaran yang dilakukan oleh kita.

berbantukan komputer ini,sebagai contoh penggunaan cakera padat CD-ROM yang


dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mengikut tema-tema tertentu
akan dapat mempertingkatkan sedikit sebanyak penguasaan bahasa Melayu di kalangan
murid-murid

. Masalah penguasai bahasa melayu bukan sahaja di kalangan murid-murid


berbangsa cina dan india, begitu juga dengan murid yang berbangsa melayu.
Setiap hari mereka akan bertutur dengan bahasa rojak dengan ahli
keluarganya. Jadi di sekolah guru bertanggungjawab untuk membetulkan
bahasa melayu mereka semasa P&P dijalankan. Jikalau tidak
membetulkannya, ia akan menyebabkan kemerosotan bahasa melayu pada
masa yang akan datang.

Ini memang tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengatasi masalah kelemahan murid dalam penggunaan bahasa melayu dalam p&p.
Guru haruslah mengikhtiarkan cara-cara yang sesuai dimana ia dapat mengubah dan
mempertingkatkan lagi murid dalam menggunakan bahasa melayu semasa proses p&p
supaya proses p&p dapat dijalankan dengan lancar.

Setuju dengan pendapat cikgu. Perpaduan sangatlah penting dalam


masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucarkacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Bahasa perpaduan
maksudnya bukan sahaja merupakan perpaduan antara kaum, ia termasuk
perpaduan keturunan dan sebagai perpaduan politik. Kita sebagai guru
memang memainkan peranan yang penting dalam menerapkan kepentingan
nilai perpaduan kepada anak murid kita.
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,
Betul cikgu. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa seperti
negara kita.Bagaimanakah kita hendak adakan perpaduan di kalangan pelbagai bangsa?
Jawapannya 1Bahasa,1Negara, 1Malaysia yang bererti semua rakyat negara ini sewajarnyalah
berkomunikasi atau bertutur dengan satu bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa lain juga patut
digalakkan untuk menguasainya.Maka secara tidak langsung kita sudah berusaha meletakkan

bahasa Melayu ke kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.Di sini saya ambil
contoh negara Thailand dan Jepun,kebanyakkan rakyat di sana bertutur dengan bahasa ibunda
masing-masing iaitu bahasa Thai dan Jepun.Kita perlu mencontohi negara tersebut jika kita ingin
memartabatkan bahasa Melayu dan ingin menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di
kalangan rakyat kita. Maka hasrat kita untuk merealisasikan 1Bahasa,1Negara, 1Malaysia insya
Allah tercapai.

Mohamad Fauzi Bin Awang


Dalam meningkatkan martabat profesion perguruan tidak dinafikan teori-teori yang
diperkenalkan banyak membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berguna
seiring tranformasi pendidikan masa kini. Guru didedahkan dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang terkini dan penekanan kepada Bahasa Melayu amat
dititikberat.
Banyak pandangan daripada golongan masyarakat, NGO, Sasterawan Negara dan guru
telah diberi perhatian dalam memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,


Di sini ingin saya menyentuh tentang bahasa Melayu belum mencapai tahap yang sangat membanggakan
pada hari ini.Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memang menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan
kebangkitan melayu bermula sejak zaman Srivijaya dan memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu
Melaka.Walaubagaimanapun,kesan penjajahan telah memadamkan sebahagian kegemilangannya.Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita,tetapi ramai rakyat Malaysia gemar menggunakan Bahasa
Inggeris jika berbanding dengan bahasa Melayu.Malah ramai yang tidak dapat bertutur Bahasa Melayu
dengan fasih dan lancar selepas tamat pembelajaran di sekolah menengah.Jadi,saya rasa memartabatkan
dan menggemilangkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa memerlukan perancangan yang rapi
dan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Pada kefahaman saya, unit 1 juga membincangkan konsep linguistik ialah ilmu mengkaji
bahasa secara saintifik. Bahasa pula merupakan satu sistem bunyi yang dihasilkan oleh
alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk
menjalankan apa-apa aktiviti masyarakat mereka...
Unit ini juga membincangkan fungsi bahasa melayu iaitu sebagai :
(1) bahasa kebangsaan
(2) bahasa rasmi
(3) bahasa komunikasi

(4) bahasa perpaduan


(5) bahasa ilmu
Unit 2 pula, membincangkan definisi psikolinguistik dan teori-teori yang berkaitan
pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan supaya
tidak timbul masalah buta huruf apabila murid-murid memasuki alam sekolah
menengah.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian,
Di sini saya nak respons pernyataan cikgu Daliana.Saya ingin menyentuh mengenai unit 1(5) Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu.Saya berpendapat bahawa Bahasa Melayu telah mencapai sedikit
peningkatan yang membanggakan.Saya berkata demikian kerana berdasarkan hujah-hujah yang boleh
diterima iaitu Bahasa Melayu kini telah berkembang seiring dengan perkembangan dunia,sebagai contoh
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di universiti tempatan dan terdapat juga beberapa universiti
di luar negara yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bidang pengajian,manakala di mahkamah
pula penggunaan Bahasa Melayu dititikberatkan dalam perbicaraan.Selain itu Bahasa Melayu juga
menjadi subjek pilihan bagi graduan di negara luar. Malah mereka merasakan bahawa bahasa ini mudah
ditutur dan difahami.Berdasarkan sebab-sebab itu, adakah ini tidak membuktikan bahawa bahasa
kebangsaan kita telah mencapai tahap yang membanggakan?Yang menjadi masalahnya ialah kita tidak
begitu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu.Kita mampu mengulangi kegemilangan peradaban
Bahasa Melayu seperti di zaman Keagungan Empayar Melayu Melaka insya Allah dengan syarat, semiua
pihak berganding bahu bermula dari rakyat bawahan sampai ke pemimpin negara sama-sama
memartabatkan Bahasa Melayu
dan
jangan memperlekehkan bahasa ini.Kita mampu
merealisasikannya.Itu pandangan saya.Sekian.

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Masih terdapat ramai yang tidak fasih dalam
penggunaan bahasa Melayu. Ini adalah kerana ramai orang beranggap bahasa Inggeris
adalah bahasa antarabangsa dan bahasa Melayu tidak penting. Tambahan pula,
penggunaan bahasa Melayu tidak digunakan secara meluas dalam negara kita. Ramai
orang juga beranggap bahawa bahasa Melayu hanya digunakan di jabatan-jabatan
kerajaan sahaja. Di luar jabatan kerajaan lebih mementingkan penggunaan bahasa
Inggeris.

Unit 3
Salam sejahtera,
1. Menurut Kamus Dewan (1970:59), bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Justeru, bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang
digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentadbiran dan
dalam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi mungkin mempunyai lebih daripada satu
fungsi bagi sesebuah negara. Sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi
formal atau rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang ditakrifkan formal ialah pengajaran
dan pembelajaran, ucapan, pidato, ceramah, mesyuarat, wawancara, siaran melalui media
elektronik dan sebagainya yang disampaikan dalam situasi rasmi.
Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara
penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk: mewujudkan satu
variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal, meningkatkan
kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM, memantapkan
sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap
dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan,
dan laras bahasa dan menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur, dan mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek
setempat dalam pengajaran dan pemelajaran di peringkat sekolah.

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan
ejaan. Dengan perkataan yang lain prinsip sebutan baku menekankan prinsip disebut
sebagaimana dieja dan dieja sebagaimana disebut. Sebutan baku ialah sebutan yang
digunakan dalam situasi formal atau rasmi.
2. Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan
Memandangkan Bahasa Melayu baku penting dalam situasi-situasi formal, guru bahasa
perlu mengajar murid-murid bertutur dalam Bahasa Melayu menurut unsur-unsur
fonologi Bahasa Melayu yang betul dan baku.
Cara guru mengatasi masalah sebutan baku:
1. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi muridmurid. Contohnya, berlari - berlali ( Cina ), durian - lulian ( Cina ).
2. Memperdengarkan kepada murid model sebutan Bahasa Melayu baku dariada
radio, televisyen dan sumber-sumber lain dengan kerap.
3. Menggalakkan dan membanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan
baku dalam situasi formal dan tidak formal. Misalnya, di luar bilik darjah seperti
di kantin, dan semasa kegiatan kokurikulum.

3.Unit 3 Sistem Ejaan dan Sebutan


saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa sistem
sebutan baku memainkan peranan yang penting dalam Bahasa Melayu dan dalam acara
rasmi. Oleh itu, guru di sekolah harus bertutur dalam bahasa baku supaya menjadi teladan
kepada semua murid.
4.Unit 4
AKRONIm
Salah satu proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu adalah melalui
akronim. Akronim ialah singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan
cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu.
1. Kata akronim ialah yang terbentuk dengan menggabungkan huruf-huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkaian kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.
Contoh:
a) Majlis Amanah Rakyat = MARA
b) Universiti Pendidikan Sultan Idris= UPSI
c) Institut Tadbiran Awam Negara = INTAN
Ketiga-tiga kata akronim ini ditulis dengan huruf besar kerana kata-kata akronim
tersebut merupakan kata nama khas.
2. Terdapat kata akronim yang terbentuk dengan menggabungkan suku kata
dengan huruf awal atau suku kata dengan suku kata
Contoh:
a) Berita Nasional Malaysia = BERNAMA
Huruf pertama kata-kata akronim ini dieja dengan huruf besar kerana merupakan
kata nama khas.
3.Cara ketiga membentuk kata akronim adalah dengan menggabungkan suku
kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana
perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas
Contoh:

a) Taman didikan kanak-kanak = Tadika


b) Taman bimbingan kanak-kanak = Tabika
c) Cerita pendek = Cerpen
4. Cantuman bahagian lain dalam perkataan yang berturutan
Contoh:
a) Jentera tolak = Jentolak
b) Pukul rata = Purata
c) Had laju = halaju
Contoh akronim lain:
1. Bah- Bencana Air Hujan
2. pawagam panggung wayang gambar
3. Awas- Anda Waspada Anda Selamat
4. kugiran kumpulan gitar rancak
5. Cikgu- encik guru

5. Kata akronim merupakan bentuk kata tersendiri dan dapat disebut


seperti perkataan lain dalam bahasa. Contoh : Tadika (taman didikan
kanak-kanak), Cerpen (cerita pendek), DBP (Dewan Bahasa Pustaka),
KOMSAS (Komponen Sastera).
6. Re : Akronim yang digunakan dalam persekitaran 05 Nov 2011 02:32:41 PM
Dihantar oleh
Balasan

: Norzlina Binti Mohd Khir 03 Nov 2011 10:49:15 PM

: Hasmawati Binti Mohamad Sisipan : Tiada fail sisipan

Ya terdapat dua jenis akronim menurut proses pembentukannya.


i. Perkataan akronim boleh dibentuk dengan menggabungkan suku kata perkataan
berlainan menjadi sebuah perkataan baru
contoh: maging - makan daging
jentolak - jentera tolak
abdartu - anak dara tua

ii. Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan menjadi satu perkataan bagi
menamakan konsep, institusi, bangunan dan lain- lain.
contoh : ADD - Akhbar Dalam Darjah
MARA - Majlis Amanah Rakyat
DEB - Dasar Ekonomi Baru
7.Ya, betul pendapat cikgu itu. Sebenarnya banyak akronim yang digunakan dalam
persekitaran kita hari ini. Misalnya akronim bagi peperiksaan-periksaan utama di
Malaysia seperti berikut:UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Unit 5
1.Masalah tatabahasa
Masih banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru ketika menggunakan kata terbitan
atau kata berimbuhan. Contoh yang ketara ialah penggunaan imbuhan dalam perkataan
merbahaya. Bentuk itu salah kerana dalam bahasa Melayu tidak wujud imbuhan mer-.
Yang sesuai ialah ber-. Oleh itu, gunakanlah perkataan berbahaya. Maksud ber- dalam
situasi ini ialah ada atau mempunyai. Dengan hal yang demikian, berbahaya
bermaksud ada bahaya atau mempunyai bahaya.
Satu contoh lagi ialah pergerakkan. Imbuhan per-...-kan juga tiada dalam
bahasa Melayu. Yang ada ialah pe-...-an dan per-...-an. Jika digunakan pe-...-kan,
yang terhasil ialah pegerakan. Bentuk ini salah juga. Oleh itu, bentuk yang betul ialah
pergerakan.

2.Masalah Tatabahasa yang mengelirukan


Kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Antara
kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan di kalangan / dalam kalangan.
Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan. Jadi adalah salah

kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau di golongan.Penggunaan yang betul


iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan.
Begitu juga selain daripada itu / selain itu. Selain daripada itu merupakan kata sendi
nama. Penggunaan dari segi tatabahasa ini salah kerana perkataan selain dan daripada
kedua-duanya merupakan kata sendi nama yang digunakan serentak. Jadi perkataan
Selain itu adalah lebih tepat dan gramatis.
Selain itu, hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk
frasa nama dalam ayat iaitu D bererti unsur yang diterangkan manakala M bererti unsur
yang menerangkan. Contoh sos cili sepatutnya ditulis cili sos atau goreng cempedak
yang betul penggunaan dari segi tatabahasa ialah cempedak goreng.
Ini termasuk perbezaan perkataan berasa / merasa. ' Berasa ' mempunyai atau
memperoleh rasa (terutama yang dialami oleh badan) Contoh: Kedua-dua kakinya berasa
lenguh dan kebas.' Merasa' mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman
dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu.
3. Masalah tatabahasa yang mengelirukan
(18 read/s) Setiap bahasa mempunyai hukum tatabasanya yang tersendiri dan perlu
dikuasai oleh setiap pengguna bahasa tersebut untuk membolehkan mereka menggunakan
bahasa yang betul ketika bertutur atau menyampaikan idea. Bagi golongan pelajar
kegagalan mereka menguasai hukum tatabahasa akan menyebabkan mereka melakukan
pelbagai kesalahan ketika bertutur atau menghasilkan penulisan. Antara masalah yang
sering mengelirukan murid seperti penggunaan kata sendi, penggunaan kata pemeri dan
kegagalan mematuhi hukum D-M.Dalam penggunaan kata sendi murid selalu melakuka
kesilapan dalam penggunaan dari daripada.Contohnya, murid sering menulis 'Tali
pinggang itu diperbuat dari kulit buaya' sepatutnya 'Tali pinggang itu diperbuat daripada
kulit buaya'. Kesalahan dalam penggunaan kata pemeri pula seperti' Baju ini ialah untuk
ibu' sepatutnya' Baju ini adalah untuk ibu'.Bagi kesalahan hukum D_M pula murid sering
menyebut 'Saya makan goreng pisang' sepatutnya 'Saya makan pisang goreng'.Guru
haruslah sentiasa menegur kekeliruan ini agar para murid dapat berbahasa dengan hukum
tatabahasa yang betul.

4. Re : Masalah tatabahasa yang mengelirukan


Masalah lain yang sering dikesan sewaktu menjawab latihan ialah penggunaan kata nafi
Murid keliru tentang penggunaan tidak dan bukan. Murid gagal membezakannya.
Sebagai contoh penggunaan kata nafi adalah untuk frasa kerja, frasa adjektif
manakala penggunaan kata nafi bukan atau tanpa adalah untuk frasa nama dan frasa sendi
nama
Kesalahan yang dikesan seperti
a) Dia bukan pergi majlis itu kerana terlewat (x)
Dia tidak pergi ke majlis itu kerana terlewat (/)
b) Rumah saya di kampung bukan besar. (x)
Rumah saya di kampung tidak besar (/)
c) Dia bukan anak bandar, dia datang dari kampung. (/)
Dia tidak anak bandar , dia datang dari kampung. (x)
d) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas. (/)
Kereta api itu tidak dari Ipoh tetapi dari Gemas. (x)
5.Unit 6 SINTAKSIS AYAT - AYAT BERANTAI
(16 read/s) Guruh berdentum mengejutkan aku yang sedang membaca novel
kegemaranku. Hujan mencurah ke bumi. Aku tangkas bangun lalu menutup jendela di
kamarku. Lantas aku berlari menuju ke kamar ibuku untuk memastikan jendela kamar
ibuku juga tertutup. Akibat tergesa-gesa, aku tidak berhati-hati lalu tersadung pada kaki
meja berhampiran tangga dan tergolek jatuh menuruni tangga. Kepalaku pening dan
pandanganku berpinar-pinar. Pipiku terasa perit dek tamparan lembut tangan ayahku.
Rupa-rupanya aku telah pengsan dan disedari oleh ayah dan ibuku yang kebetulan baru
pulang dari kerja

6.. SINTAKSIS AYAT - AYAT BERANTAI


Ayah menyuruhku mandi dan bersiap untuk pulang ke kampung menziarahi datuk dan
nenekku di kampung.Hatiku kepalang gembira dan tidak sabar rasanya aku untuk
menemui datuk dan nenek.Datukku bekas pesara tentera .Aku suka mendengar cerita
pengalamannya semasa bertempur dengan komunis semasa darurat dahulu.

PERATURAN PINJAMAN BAHAN RUJUKAN BUKU DAN


BUKAN
BUKU
1. Hanya murid yang mempunyai Kad Pinjaman Pusat Sumber
yang lengkap yang
boleh membuat pinjaman. (SEORANG MURID, SEKEPING
KAD SAHAJA)
2. Bawa buku yang hendak dipinjam ke Kaunter
Pinjaman/Pemulangan dan serahkan
buku serta Kad Pinjaman Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat
Sumber yang
bertugas untuk rekod pinjaman.
3. Setiap murid dibenarkan meminjamDUA BUAH buku sahaja.
4. Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan atau
kehilangan bahan-bahan

Pusat Sumber yang dipinjam.


5. Tempoh pinjaman adalah selamaSEMINGGU.
6. Bahan-bahan Pusat Sumber yang dipinjam mestilah dipulangkan
sebelum atau pada
tarikh yang telah ditetapkan.
7. Murid yang LEWAT memulangkan buku akan dikenakan DENDA
iaitu 10 sen bagi setiap hari lewat. Kiraan dibuat mulai hari
pertama kelewatan hingga ke tarikh buku itu dipulangkan.
8. Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan
atau dirosakkan dengan nilai sebenar buku.
9. Murid-murid yang hilang Kad Pinjaman Pusat Sumber boleh
mendapatkan kad yang baru dengan bayaran RM 2.00.
(PERINGATAN!! SEORANG MURID, SEKEPING KAD
SAHAJA)
10. Buku rujukan serta bahan rujukan tanda merah tidak boleh
dipinjam keluar dari Pusat
Sumber dan hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber sahaja.
(Untuk buku
rujukan tanda merah, sila dapatkan keterangan lanjut dari
Pengawas yang bertugas
di Kaunter Pertanyaan)
11. Suratkhabar dan majalah hanya boleh digunakan di dalam
Pusat Sumber dan tidak dibenarkan dipinjam keluar dari Pusat
Sumber
12. Peminjaman perisian (CD Courseware) untuk kegunaan di
dalam Pusat Sumber

sahaja. (Sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang


bertugas di Kaunter
Pertanyaan)
-Semua peminjaman hanya boleh dilakukan ketika Masa Operasi
PSS sahaja-Adalah dilarang menggunakan Kad Pinjaman murid lain12. Peminjaman perisian (CD Courseware) untuk kegunaan di
dalam Pusat Sumber
sahaja. (Sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang
bertugas di Kaunter
Pertanyaan)
-Semua peminjaman hanya boleh dilakukan ketika Masa Operasi
PSS sahaja-Adalah dilarang menggunakan Kad Pinjaman murid lainTindakan tatatertib akan diambil sekiranya pelajar melanggar
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
seperti di atas.
Peraturan-peraturan ini boleh dipinda dari masa ke semasa
mengikut keperluan.

Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera


dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah
Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan.
Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan
bahan sastera dapat ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai