Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN

Pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah


sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Dalam
sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses
pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai. A. E. Ashworth (1982)
dalam Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and
College (London: Evans,Yorkshire) memberi tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu
untuk

dorongan,

diagnosis,

menilai,memilih,

melapor,

membanding

dan

meramal.Dalam sistem penilaian/pengujian, pelbagai cara digunakan: melalui


peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya.
Guru merupakan

individu

yang

memainkan

peranan

penting

dalam

merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil


penilaian, menganalismaklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan
yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dalam konteks
ini,

penilaian

akan

melibatkan

penentuan

objektif,

mendapatkan

maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan.


Apabila

proses

yang

dijalankan

itu

dibuat

secara

sistematik

saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepatdan

dan

seterusnya

tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian.


Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan
aspek pendidikan atau psikologi. Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau
kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsiuntuk
memilih

dan menempatkan

calon

dalam kumpulan pelajar

tertentu

serta mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar. (Mokhtar Ismail, 1995).


Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses
membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti
pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga
dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual
Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu
kita untuk membina item yng berkualiti yang mencakupi semua kemahiran yang

1 | Page

ingin diuji seterusnya dapat menghasilkan item yang diperlukan ataupun jenis
soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian
perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu
sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian
item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah
atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item
adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah
ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan
menghasilkan

indeks

yang

dinamakan

Indeks

Kesukaran

Item,

Indeks

Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian.


Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai
dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

2 | Page

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami diminta untuk membina 10
soalan beraneka pilihan yang kemudiannya diuji kepada 20 orang murid-murid
yang terdiri daripada pelbagai kebolehan dan pencapaian. Ujian ini kemudiannya
perlulah ditadbir di sekolah masing-masing. Sebelum membina item yang baik ,
Kami perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU) atau dikenali juga sebagai
Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU). Sebelum membina Jadual Penentu Ujian ini kami
telah membuat rujukan dan mengumpul maklumat mengenai cara membina
Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU) yang betul, baik dan sesuai.
A. DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Ia juga dikenali
sebagaitest blue print / test specification .JSU merupakan matrik yang terdiri
daripada

paksi iaitu paksi kandungan(menegak) dan paksi aras kemahiran

(melintang). Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JSU )
adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan
pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar
dan ingin diukur.
JSU mengandungi maklumat seperti :
a)Topik pelajaran
b) Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan.
c) Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan aras kemahiranberdasarkan
lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.
d)Bentuk ujian (objektif, subjektif, esei, amali, kerja kursus dll
e)Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
f) Kepayahan atau kesukaran item.

3 | Page

B. KEPENTINGAN JSU
1. Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
2. Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)
3. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
4. Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang
diuji.
5. Memberi panduan untuk membuat format ujian.
6. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
7. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
8. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
C.PRINSIP AM PENYEDIAAN JSU
1. Penulis/guru perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran,
supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran tersebut.
2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar
perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau
dalam kertas jawapan.
3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,
supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang
diberimarkah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
5. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangkastruktur
yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya
untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

4 | Page

7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada
soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan
boleh diberikan.

Langkah Pembinaan JSU


Dalam pembinaan JSU, kami perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji
sukatan
pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan
(4)

Ma j ei n g k aM l ei s n i sg a n tM u e k na en n uM k e a n e n t
su k a t a o b j e k t i f j e n i s b i l a n g a
n
n

menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah


berikut.

Langkah pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Kami mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh


tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis
untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek
yang dikaji ialah:

skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;

pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;

kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;


kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

5 | Page

Bagi tugasan ini kami telah berbincang dan telah mengambil keputusan
untuk menyediakan item ujian bagi murid-murid Tahun 3. Setelah meneliti sukatan
kurikulum KSSR Tahun 3, kami sebulat suara telah memilih 2 topik utama iaitu
topik Nombor Bulat dan Operasi Tambah.
kami telah memecahkan tajuk Nombor Bulat

kepada 3 topik kecil iaitu

Mengenal nombor, Cerakinan' dan 'Bundar' manakala bagi topik operasi tambah
pula kami memilih kemahiran menambah dua nombor sehingga 10000 tanpa
mengumpul

semula,

menambah

dua

nombor

sehingga

10000

dengan

mengumpul semula dan menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi


tambah.Memandangkan kami baru mengajar hingga topik tersebut maka wajarlah
bagi kami untuk menyediakan soalan/Item berdasarkan kepada kemahiran yang
telah dipelajari oleh murid.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap
kesukaran mana ia perlu diuji.
Lazimnya JSU mengandungi dua paksi iaitu:
Paksi
Kandungan

Paksi Objektif
Pengajaran:

(a) Kandungan
Pengetahuan
(a) Objektif Kognitif
Tajuk
Tajuk kecil
(b) Kandungan
Kemahiran
Tajuk
Tajuk kecil
(c) Kandungan
Afek/Perasaan
Tajuk
Tajuk kecil

(b) Objektif
Psikomotor

(c) Objektif Afektif

6 | Page

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan
soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil,
yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kami perlu terlebih dahulu
menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial)
dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Contohnya kami mengukur
domain kognitif bagi kemahiran Menyelesaikan masalah adalah pada peringkat
Aplikasi" manakala domain kognitif bagi tajuk mengenal nomor pula adalah pada
peringkat "pengetahuan"
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain
objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan
adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu
ujian.
Namun bagi tugasan ini kami dihadkan untuk menyediakan 10 soalan berbentuk
aneka pilihan sahaja.

Setelah meneliti prosedur menyediakan JSU, Kami meneruskan pula dengan


menyediakan Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU).

7 | Page

JADUAL SFESIFIKASI UJIAN


MATEMATIK KSSR TAHUN 3

8 | Page

ARAS
TAJUK

Pengetah
uan

KEMAHIRAN

R
Mengenal dan menulis nombor hingga
10000

NOMBOR
BULAT

Kefaha
man

Aplikasi

R S T

R S T

Mengenal nombor hingga 10000

Nilai tempat dan nilai digit

Mencerakin nombor

1
1
1

Membundar

Pola nombor

Menyelesaikan masalah bundar


Tambah tanpa mengumpul semula
OPERASI
TAMBAH

JUMLAH

Tambah dengan mengumpul semula


Menyelesaikan masalah operasi tambah

JUMLAH

1
/

1
/

10

SKEMA JAWAPAN
BIL

JAWAPAN

10

Berdasarkan JSU yang dibina kami telah membina I set instrument soalan
aneka pilihan yang terdiri daripada 10 soalan yang meliputi kemahiran kognitif
9 | Page

mengikut aras Taksonomi Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal
adalah terdiri daripada 5 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,dan
2 soalan aras aplikasi , Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 5
soalan aras rendah, 3 soalan aras sederhana dan 2 soalan aras tinggi.
PEMBINAAN ITEM UJIAN
Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana
pelajar pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina
dengan baik, ia
boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau
membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian
yang
digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran
tertentu.
Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri
adalah
lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan
kepada kandungan pelajaran yang diajar guru.
Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan
yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka
pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu,
sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul,
padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.
4.3.1 Pembinaan Item Beraneka Pilihan
Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka
pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan
soalan dan jawapan pilihan.

Item Beraneka Pilihan


Stimulus Stem/badan jawapan pilihan
10 | P a g e

Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana


soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.
Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya
berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan,
yang
biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain
lagi.
Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab
oleh
pelajar, kerana murid-murid sering keliru dengan pilihan jawapan tetapi ia mudah
diperiksa.
Contoh Soalan/Item yang dibina.
1. Tuliskan 'Tiga ribu dua puluh lapan dalam angka'
A. 3028
B. 3008
C. 3208
D. 3280
- Soalan ini adalah soalan dari jenis pengetahuan (aras rendah) yang kami fikir
sesuai sebagai soalan pertama. Pilihan jawapan pula terdiri daripada 4 pilihan
jawapan A,B,C dan D. Kami menetapkan jawapan sebagai A memandangkan ini
soalan pertama dan perkara ini boleh membantu tahap kesediaan murid-murid
untuk menjawab kesemua soalan.

4. 1432 + 2351 =
11 | P a g e

A. 3783
B. 3793
C. 3683
D. 3883
- Soalan ini adalah soalan dari jenis kefahaman (aras sederhana) yang kami pilih
untuk menguji kefahaman murid terhadap konsep menambah tanpa mengumpul
semula. Pilihan jawapan yang disediakan bagi membantu murid menyusun
nombor mengikut nilai tempat yang betul. Pilihan jawapan juga lebih menguji
kepada kemampuan murid untuk menambah dengan betul tanpa unsur kecuaian.

10. Balang A mngandungi 3260 biji manik. Balang B mengandungi 750 biji manik
lebih daripada balang A. Berapakah jumlah manik dalam balang A dan B?
A. 6180
B. 7270
C. 7400
D. 8200
- Soalan ini adalah soalan dari jenis Aplikasi (aras tinggi) yang kami pilih untuk
menguji kefahaman dan kemahiran berfikir murid dalam menyelesaikan masalah.
Pilihan jawapan yang disediakan bagi membantu murid menyelesaikan masalah..
Pilihan jawapan juga lebih menguji kepada tahap kepekaan murid dan tahap
kemampuan murid untuk menambah dengan betul.

SOALAN/ITEM YANG DIBINA


12 | P a g e

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS SEGAMAT


PENTAKSIRAN BULAN MAC 2014
MATEMATIK TAHUN 3
NAMA : ____________________

MARKAH :_____

Bahagian A
Bulatkan jawapan yang betul .

1. Tuliskan tiga ribu dua puluh lapan dalam angka


A 3028
C 3208
B 3008
D 3280
7 326
2. Apakah nilai tempat bagi digit yang bergaris ?
A sa
C Ratus
B puluh
D Ribu
3. Cerakinkan 1725.
A 1000 + 700 + 5
B 1000 + 700 + 20 + 5

C 7000 +200 + 5
D 7000 + 200 + 50

4. 1 432 + 2351 =
A 3783
B 3793

C 3683
D 3883

5. Antara berikut yang manakah paling besar ?


A 5096
C 5709
B 5780
D 572
6.

8 968
Bundarkan nombor di atas kepada puluh yang terdekat .
A 8 960
B 8 965

C 8 970
D 8 978
13 | P a g e

7. 3429 + 4218 =
A 7 637
C 7 737
B 7 647
D 7 467
8. Rajah di bawah menunjukkan garis nombor .

5120

5320

Apakah nilai X dan Y ?


A 5220 , 5430

C 5250 , 5230

B 5230 , 5250

D 5420 , 5220

9. Antara nombor berikut yang manakah apabila dibundarkan


kepada puluh terdekat menjadi 2690 ?
A 2 683
B 2 695

C 2 698
D 2 692

10. Balang A mengandungi 3260 biji manik .Balang B


mengandungi 750 biji manik lebih daripada balang A.
Berapakah jumlah manik dalam balang A dan B ?
A 6 180
B 7 270

Setelah

C 7 400
D 8 200

soalan

ini

siap

dibina,

kami

telah

mentadbirkan

soalan

ini

kepada pelajar-pelajar tahun 3 di sekolah masing-masing . Hasil daripada ujian


yang telah dijalankan ini, kami telah merekodkan jawapan murid-murid untuk
dianalisis. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada soalan atau item yang kami
bina sesuai ataupun tidak. Analisis ini dilakukan secara individu mengikut
keputusan yang diperolehi oleh murid-murid di sekolah masing-masing.

14 | P a g e

15 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai