Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KUMPULAN UNTUK BIG FASA 3

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kelas PPG Sains 1


telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) fasa ke tiga bagi tahun
2013. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di SK Jalan Matang
Buluh . Program Bina Insan Guru Fasa III ini benar-benar telah memberi
kami banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan
dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan kami dalam profesion
perguruan.
Pada tarikh yang telah ditetapkan, kami seramai 25 orang guru PPG
Sains 1 Semester 5 telah menjalankan Program Bina Insan Guru(BIG) di
SK Jalan Matang Buluh. Program ini disertai oleh pelajar darjah 4 dan 5
yang seramai hampir 69 orang . Program BIG ini telah bermula pada jam
8.00 pagi di mana kami mulakan ini dengan ucapan aluan dan perasmian
oleh

Encik Radzuan B Othman,Guru Besar SK Jalan Matang Buluh .

Kemudian, program diteruskan dengan Ceramah Pengucapan Awam yang


disampaikan oleh Encik Abdul Aziz B Jamaludin

Pegawai Teknologi

Pendidikan ,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.Penceramah


memohon maaf kerana menukarkan tajuk ceramah daripada Kesantunan
Bahasa kepada Pengucapan Awam kerana beliau merasakan lebih arif
dan

mahir

untuk

memberikan

ceramah

pengucapan

awam.

Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Encik Aziz ialah beliau
telah mengutarakan ciri-ciri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin di
mana kita perlu menjadi seperti tanah liat yang mudah dibentuk
sedia

menerima

teguran

agar

menjadi

seorang

pemimpin

dan
yang

cemerlang kelak.Di samping itu juga saya dapat menimba pelbagai ilmu
tentang pengucapan awam seperti laras bahasa yang bersesuaian dengan
tahap

umur

penonton

ucapan,mengukirkan

dan

berbudi

senyuman

bahasa
ketika

ketika

menyampaikan

menyampaikan

isi

pengucapan.Manakala untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh


dan

cemerlang

menyampaikan
penonton.

perlu
ucapan

menepati
secara

ciri-ciri

berkesan

pemimpin
dan

dan

mampu

mempengaruhi

para

Selepas itu, pelajar dibenarkan rehat untuk bersarapan pagi


kemudian ceramah teknik menjawab soalan sains UPSR oleh Encik
Pakar

dan
Zul

b Isa (Guru Cemerlang Sains Pulau Pinang) dan Encik Mohamad

Nazri b Basirun (Guru Cemerlang Sains Kedah).Kami berasa amat bertuah


dan teruja untuk mendengar ceramah berkenaan

kerana ke dua-dua

penceramah ini adalah dari kelas PPG Sains 1 .Sebagai seorang guru sains
tahun 6 kami merasakan bahawa input dan tip-tip yang diberikan oleh
penceramah amat membantu kami dalam mendidik pelajar-pelajar yang
bakal menghadapi UPSR kelak terutama tentang kemahiran proses sains
yang perlu difahami mereka.Kami melihat para pelajar yang hadir juga
turut memahami ceramah teknik yang diberikan.Malahan para pelajar
telah menunjukkan minat yang mendalam dengan menjawab setiap
soalan yang diberikan oleh penceramah tanpa jemu.
Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa BIG Fasa III pada 6 Julai 2013 untuk melantik
jawatankuasa dan memilih tarikh yang sesuai dan sekolah yang akan
menjalankan program berkenaan.Pada setiap kali interaksi kami juga telah
membincangkan beberapa perkara yang berkaitan BIG agar pelaksanaan
program yang dirancang berjalan lancar.
Setiap satu perkara itu mesti ada kekuatan dan kelemahannya iaitu
terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang program
Bina Insan Guru Fasa III ini berlangsung .Antaranya tempat dijalankan
program ini iaitu di dewan terbuka maka keadaan berangin dari luar
menyebabkan papan skrin LCD telah beberapa kali terjatuh.Perjalanan
program agak terganggu apabila kami

perlu membetulkan semula

keadaan. Penyusunan jadual aktiviti yang agak padat menyebabkan


pelajar mengalami kurang rehat dan keletihan yang amat sangat.Justeru
itu untuk masa yang akan datang penyusunan jadual aktiviti perlu
mengambil kira faktor kemanusiaan yakni perlu mengambil kira masa
rehat pelajar dan tidak terlampau padat.
Harapan kami agar pengalaman yang diperolehi sepanjang program
berlangsung mendidik kami agar menjadi seorang sabar dan tabah dalam

apa jua situasi.Kehidupan sebagai seorang guru

adalah mencabar

tambahan pula dalam keadaan dunia yang pesat membangun dalam era
kemodenan.Kesabaran mendidik anak bangsa
individu yang berwibawa pada masa

penting bagi melahirkan

akan datang.Secara keseluruhannya

Program Bina Insan Guru fasa III berjalan dengan jayanya dan telah mencapai
objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang
akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

Anda mungkin juga menyukai