Anda di halaman 1dari 11

Nama Biasa : Kunyit

Nama Saintifik : Curcuma Domestica

Jenis Urat Daun : Selari

Jenis Akar : Serabut

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Kunyit dibiakkan dengan menggunakan rizomnya.

Kegunaannya : Kunyit muda baik untuk menghilangkan angina


Dalam perut. Pati kunyit baik diminum oleh ibu-ibu
Lepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan
Mengeringkan darah.

Cara Penggunaannya : Digunakan dalam masakan harian seperti gulai


Lemak, asam pedas, kari dan berbagai jenis nasi.
Daun kunyit dihiris rampai dan dicampurkan ke
Dalam gulai, rending dan lain-lain. Kunyit muda
Boleh di buat ulam. Kunyit segar di masak dengan
Minyak kelapa dan disapu pada kulit luka atau
Melecet untuk menyembuhkannya.
Nama Biasa : Kantan

Nama Saintifik : Curcuma Domestica Loir

Jenis Urat Daun : Selari

Jenis Akar : Serabut

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Kantan dibiakkan dengan menggunakan rizomnya.

Kegunaannya : Biasanya bunga dijadikan sebagai bahan dalam


Masakan terutama ketika membuat kuah laksa.

Cara Penggunaannya : Masukkan saja dalam kuah yang sedang mendidih.


Nama Biasa : Kesum

Nama Saintifik : Polygonum minus

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Serabut

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Keratan batang dan anak pokok.

Kegunaannya : Lazimnya digunakan dalam masakan yang berkuah


Seperti kuah laksa ataupun masak asam.

Cara Penggunaannya : Basuh daunnya dan masukkan ke dalam kuah yang


Sedang mendidih.
Nama Biasa : Pandan

Nama Saintifik : Pandanus odarus

Jenis Urat Daun : Selari

Jenis Akar : Serabut

Jenis Batang : Tiada

Cara Pembiakan : Anak pokok

Kegunaannya : Lazimnya pandan digunakan sebagai pewangi


Dalam masakan seperti dicampur ketika memasak
Nasi lemak dan bubur ataupun pengat. Namun
Ianya juga boleh mengubati penyakit sistisis iaitu
Peradangan pada pundi kencing, disertai kesakitan
Semasa kencing atau kurang air kencing.

Cara Penggunaannya : Rebus 1 cawan daun segar telah dicincang dalam


2 gelas air selama 15 minit. Setelah sejuk minumlah
mengikut sukatan di bawah.
Orang dewasa : 1 cawan, 3 kali sehari.
Kanak-kanak : (2 hingga 12 tahun ), ½ cawan
3 kali sehari.
Nama Biasa : Inai

Nama Saintifik : Lawsonia Inermis

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Kayu

Cara Pembiakan : Keratan batang dan biji benih

Kegunaannya : Lazimnya digunakan sebagai pewarna jari


Bagi pengantin. Namun ianya juga boleh mengubati
Penyakit cekam kaki dan bisul.

Cara Penggunaannya : Tumbuk daun inai sehingga lumat kemudian


Tempelkan dijari atau di kawasan bisul.
Nama Biasa : Duri Bintang Tujuh

Nama Saintifik : Pereskia Sacharosa

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Keratan batang .

Kegunaannya : Ianya boleh mengubati panyakit barah,


Ketumbuhan, darah tinggi dan juga kencing manis.

Cara Penggunaannya : Ambil 3, 5 atau 7 helai daun segar dan makannya


Terus sebagai ulam
Nama Biasa : Cekur Jantan

Nama Saintifik : Kaempferia Galanga Linn

Jenis Urat Daun : Selari

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Tiada

Cara Pembiakan : Tunas Rizom

Kegunaannya : Ianya digunakan sebagai ubat batuk bagi


Mengeluarkan kahak, melegakan kembung
Perut, merawat luka, mempercepat bisul
Mengeluarkan nanah. Ia juga boleh dijadikan losyen
Bagi menghilangkan kelumumur atau sisik-sisik di
Kulit kepada

Cara Penggunaannya : Untuk melegakan batuk, kembung perut hendaklah


Meminum air rebusannya. Rizom yang dicampur
Minyak boleh digunakan untuk merawat luka.
Untuk mempercepatkan mengeluarkan nanah bisul
Rizomnya hendaklah dihiris diikat dan didemah di
Kawasan bisul
Nama Biasa : Kacip Fatimah

Nama Saintifik : Labisia Pumila

Jenis Urat Daun : Selari

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Berkayu

Cara Pembiakan : Biji benih , keratan batang

Kegunaannya : Ianya digunakan sebagai mempercepatkan proses


kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan
kecergasan selepas bersalin.
Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan
badan.
Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat
melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
(hemarroid/pile)
Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism),
Gonorrhea

Cara Penggunaannya : Untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan


merebusnya ( satu pokok termasuk daunnnya )
kedalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan
airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk
mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan
cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia
juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit
sendi (rheumatism), Gonorrhea.
Nama Biasa : Kaduk / Sireh Duduk

Nama Saintifik : Piper Sarmentosum

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Anak Benih dan Keratan Batang

Kegunaannya : Sebagai perisa dalam masakan melayu seperti


masak lemak terutamanya masak lemak udang dan
ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan
dicicah dengan sambal belacan
Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria,
cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan
panau

Cara Penggunaannya : Air rebusan dari akar pokok ini dapat melawaskan
kencing dan mujarab untuk merawat demam
malaria dan bagi melegakan batuk, selsema, sakit
pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
Nama Biasa : Limau Purut

Nama Saintifik : Citrus Hystrix

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Berkayu

Cara Pembiakan : Anak Benih dan Keratan Batang

Kegunaannya : Merawat masalah kulit kepala kering.


Menghilangkan bau badan
. Menanggalkan kesan kotoran degil
Mengatasi masalah kuning gigi
Pewangi semula jadi

Cara Penggunaannya : Bersihkan limau purut ini, potong sedikit limau


nipis tersebut supaya lebih senang untuk dikisar.
Kemudian, kisar limau perut dengan air yang sedikit
dan jika anda inginkan limau tersebut pekat kisar
limau purut sekejap.
Hiriskan daun limau purut ini dan campurkan air
perahan limau purut untuk dijadikan mandi air wap.
Letakkan kapur sirih tersebut di kotoran degil dan
perah air limau tersebut.
Tumbuk garam sehingga nipis dan dan campurkan
daun limau tersebut. Gunakan campuran tadi
sebagai ubat gigi anda
Menghiris halus daun limau purut bersama daun
Pandan. Letakkan di dalam bilik tidur, kereta, atau
dalam almari baju anda.
Nama Biasa : Kunyit

Nama Saintifik : Curcuma Longa

Jenis Urat Daun : Jejala

Jenis Akar : Tunjang

Jenis Batang : Herba

Cara Pembiakan : Rizom

Kegunaannya : Menyembuhkan luka di dalam badan,


Mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru
bersalin,
Membersihkan dan menghalang pembekuan darah,
Melancarkan peredaran darah, membantu proses
pencernaan serta menghilangkan selesema.
Daun kunyit digunakan untuk memberi aroma dan
warna kuning kepada masakan seperti rendang,
gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di
bakar.

Cara Penggunaannya : Mencampurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus


limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah.
Serbuk kunyit sebagai bahan sental yang boleh
membuang sel kulit mati dan ia boleh dilakukan
dengan mencampurkan kunyit bersama tepung dan
air serta digosok ke seluruh tubuh sebelum mandi.

Anda mungkin juga menyukai