Anda di halaman 1dari 2

Pesawat

Malindo air
Disediakan Oleh:
Yana Nadhirah
Dayah Osman
Kelas:
2Haytham
Guru Penyelaras:
Teacher Effa

Malindo Air, sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan diPetaling Jaya. Ia adalah
kerjasama diantara National Aerospace & Defense Industries (NADI) (51%), Malaysia dengan
Lion Air,Indonesia(49%).[4]Nama "Malindo" berasal daripada nama negara masing
masing:Malaysia danIndonesia.
Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2.
Walaubagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013
dengan destinasi domestik.[5][6] Syarikat penerbangan ini hanya menawarkan tempat duduk
kelas ekonomi dan kelas perniagaan.
NADI ialah syarikat baikpulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group
mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wings Air bagi operasi ATR72 turboprop yang
berpusat diJakarta, Indonesia .
Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri
penerbangan domestik berbandingMalaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah
penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara
Malaysia dan Indonesia. Penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iatu 12 kelas
perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan
pesawat terkini pada setiap tempat duduk penumpang.
Akronim MALINDO, menurutDatuk Seri Najib Tun Razak, ialah gabungan indah nama Malaysia
dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, memaparkan pertalian
sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.[7]
Kuala Lumpur danKota Kinabaludi Malaysia akan digunakan sebagai hub penerbangan ke
negara-negaraASEANdan Asia.Balidi Indonesia juga akan dijadikan sebagai hub penerbangan
Malindo Airways keAustralia. Penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai
sambungan penerbangan ke Australia.
Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan dan Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana
mengumumkan selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian (MoU) dihadiri Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor pada
Selasa 11 September 2012.
Perkhidmatan dijangka beroperasi pada Mei 2013 selepas KLIA 2 siap. Operasi perkhidmatannya
seperti syarikat penerbangan premium tetapi harga tiketnya seperti penerbangan kos rendah.

Anda mungkin juga menyukai