Anda di halaman 1dari 24

000103050538

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

DENGAN KEPUJIAN

JANUARI 2021 SEMESTER

MPU3223_V2

KEUSAHAWANAN

NO. MATRIKULASI : 000103050538001

NO. KAD PENGENALAN : 000103050538

NO. TELEFON : 01133199015

E-MEL : amirahridzuan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN

1
000103050538

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta, Cik Nik Rosita Binti Mohd Faisal yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam
proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan
dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan
mereka, saya mungkin tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-
rakan yang lain. Malah jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
bersama-sama bertungkus-lumus dalam menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar
idea dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, harapan saya adalah semoga segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab dan berdedikasi bagi melahirkan bangsa dan modal insan yang cemerlang
di seantero dunia.

2
000103050538

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN INDUSTRI PENERBANGAN DAN SYARIKAT PENERBANGAN DI
MALAYSIA
1.1 OBJEKTIF TUGASAN
2.0 FAKTOR UMUM MENGENAI PERSEKITARAN MAKRO
3.0 ANALISIS KESAN PANDEMIK KEATAS SYARIKAT PENERBANGAN
4.0 CADANGAN KEKAL BERTAHAN DALAM PERNIAGAAN
5.0 RINGKASAN
6.0 LAPORAN REFLEKTIF

7.0 RUJUKAN

3
000103050538

TUGASAN 1
1.0 PENGENALAN INDUSTRI PENERBANGAN DAN SYARIKAT PENERBANGAN
DI MALAYSIA
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac
2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 711) sebagai sebuah
entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia industri penerbangan awam di
Malaysia khususnya perkara berkaitan ekonomi dan komersial. MAVCOM
bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan
komersial bagi industri penerbangan. Tanggungjawab ini merangkumi pemberian Lesen
Perkhidmatan Udara (ASL) bagi perkhidmatan penerbangan komersial secara berjadual dan
Permit Perkhidmatan Udara (ASP) bagi perkhidmatan penerbangan secara tidak berjadual
seperti penerbangan carter. Suruhanjaya ini juga memberi Lesen Pengendali Aerodrom
kepada pengendali lapangan terbang dan Lesen Pengendalian Perkhidmatan Darat kepada
sesiapa yang berhasrat untuk melaksanakan perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia.

Antara syarikat penerbangan yang masih wujud untuk penumpang sehingga kini
adalah , AirAsia , AirAsia X , Berjaya Air , Firefly , Penerbangan Malaysia , Malindo Air ,
MASwings. Syarikat penerbangan kargo yang masih wujud sehingga kini adalah , Athena
Air Services , MASkargo , Transmile Air Services. Syarikat penerbangan yang mengambil
sewa penerbangan adalah , Hornbill Skyways , Layang Layang Aerospace , Sabah Air. Akhir
sekali , syarikat penerbangan yang sudah tidak wujud dalam syarikat penerbangan di
Malaysia adalah , Borneo Airways , FlyAsianXpress , Penerbangan Malaysia – Singapura ,
Pelangi Air dan Saega Airlines.

AirAsia Berhad (MYX: 5099) ialah syarikat penerbangan tambang murah


berpengkalan di Malaysia. Ditubuhkan pada 20 Disember 1993 dan mula beroperasi pada 18
November 1996. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.
Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi
merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah LCCT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Syarikat penerbangan gabungannya Thai AirAsia, Philippines AirAsia dan
AirAsia Japan mempunyai hab masing-masing di Lapangan Terbang Suvarnabhumi,
Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Pejabat
berdaftar AirAsia terletak di Petaling Jaya, Selangor manakala ibu pejabatnya di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

4
000103050538

Berjaya Air ialah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Lapangan Terbang


Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, Malaysia. Sehingga tahun 2018, syarikat
penerbangan ini hanya mengendalikan penerbangan piagam. Syarikat penerbangan ini
ditubuhkan pada tahun 1989 sebagai Pacific Air Charter, dan merupakan Anak Syarikat
Kumpulan Berjaya Holdings. Suatu ketika syarikat penerbangan itu mempunyai ibu
pejabatnya di Terminal 3 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Antara pesawat
yang digunakan oleh Berjaya Air adalah: 3 pesawat Bombardier (de Havilland Canada) Dash
7 Series 100 , 5 pesanan Pesawat ATR 72-600. Berjaya air akan megantikan Armada pesawat
siri Dash 7 dengan pesawat siri Dash 8 Q300. Q300 akan dioperasikan pada Tahun 2016
dengan kapasiti 50 kursi dalam kabin pesawat siri Dash 8 Q300.

Firefly adalah syarikat penerbangan tambang murah di bawah subsidiari Penerbangan


Malaysia. Ia memulakan operasinya ke enam destinasi dari hab penerbangan Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia. Firefly menyediakan
penerbangan harga murah ke destinasi pelancongan di Thailand dan Malaysia dengan
menawarkan harga tiket yang rendah. Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia, Idris Jala di
awal penubuhannya berkata harga tiket bermula daripada RM9.00 (USD3.60). Idris Jala
berkata Firefly mahu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan
kos rendah. Syarikat Penerbangan Firefly beroperasi di hab Pulau Pinang dan Subang. Ia
menyediakan sambungan ke pelbagai titik di Malaysia, Thailand Selatan, Singapura dan
Sumatera (Indonesia). Syarikat penerbangan ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat
dengan mengatasi kekangan geografi melalui rangkaian penerbangan dari titik ke titik.
Menghubungkan dunia dengan masyarakatnya. Jenis perniagaan: Komuter Bandar. Tarikh
Penggabungan: 13 Jun 1995. Jumlah Pekerja: 800. Destinasi: 12. Wilayah Tumpuan:
Domestik MY (Malaysia) , Asia Tenggara (Singapore, Indonesia, and Thailand). Jumlah
Armada: ATR-72 500: 12. Hab: Subang (SZB)

Malaysia Airlines Berhad (MYX: 3786). Ditubuhkan pada 1 Mei 1947 sebagai
Malayan Airways. Mula beroperasi pada 1 Oktober 1972. (Penerbangan Malaysia Berhad);
dijenamakan sebagai Malaysia Airlines (Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan
kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia, Oceania dan Eropah. Syarikat ini
juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa. Hub utamanya ialah
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.
Syarikat ini merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang

5
000103050538

mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain All Nippon Airways, Asiana Airlines,
Cathay Pacific, Garuda Indonesia, Hainan Airlines, Qatar Airways dan Singapore Airlines.
Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana
perlaksanaan keselamatan operasinya.

Malindo Air, sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Petaling Jaya. Ia


ialah kerjasama antara National Aerospace & Defense Industries (NADI) (51%), Malaysia
dengan Lion Air, Indonesia (49%). Nama "Malindo" berasal daripada nama negara masing
masing: Malaysia dan Indonesia. Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1
Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walau bagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh
pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik. Syarikat penerbangan ini
hanya menawarkan tempat duduk kelas ekonomi dan kelas perniagaan. NADI ialah syarikat
baik pulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion
Air untuk operasi Jet dan Wings Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat di Jakarta,
Indonesia . Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam
industri penerbangan domestik berbanding Malaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu
lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan
erat antara Malaysia dan Indonesia. Penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk
iatu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem
hiburan pesawat terkini pada setiap tempat duduk penumpang. Akronim MALINDO,
menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, ialah gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia
yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, memaparkan pertalian sejarah yang
sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

Syarikat Penerbangan MASwings, Syarikat Penerbangan Komuter Malaysia Timur


yang pertama, memenuhi keperluan perjalanan udara penduduk Sarawak dan Sabah dengan
menyediakan tambang yang berpatutan, jadual dan hubungan yang mudah di kedua-dua
negeri di Borneo. Sebagai anak syarikat Kumpulan Penerbangan Malaysia, Syarikat
Penerbangan MASwings juga menjalin hubungan dengan Malaysia Airlines Berhad
(Penerbangan Malaysia Berhad) untuk hubungan yang lebih baik di seluruh dunia. Jenis
Perniagaan: Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar. Tarikh Penggabungan: 17 Mei 2007.
Jumlah Pekerja: 428. Destinasi: 23. Wilayah Tumpuan: Sabah (Malaysia) , Sarawak
(Malaysia). Jumlah Armada: ATR-72 500: 8 , DHT: 6. Hab: Kota Kinabalu (BKI), Kuching
(KCH), MIRI (MYY). Pemimpin: Kapten Nasaruddin A. Bakar.

6
000103050538

1.1 OBJEKTIF TUGASAN

1.1.1 Menghuraikan tentang pengenalan industry penerbangan dan syarikat


penerbangan di Malaysia

1.1.2 Membincangkan tentang faktor – faktor umum persekitaran makro

1.1.3 Menganalisis kesan pandemic keatas syarikat penerbangan

1.1.4 Memberi cadangan untuk kekal bertahan dalam perniagaan

7
000103050538

2.0 FAKTOR UMUM MENGENAI PERSEKITARAN MAKRO

Rajah 3: Grafik Kompenan Persekitaran Perniagaan

Sumber: (OUMM2103 Keusahawanan).

Sebuah perniagaan yang mempunyai strategi dan perancangan adalah perkara asas yang
diperlukan oleh setiap usahawan sebelum perniagaan itu dilaksanakan. Para usahawan akan
menganalisis dan menilai persekitaran perniagaan yang terkait dengan pemasaran dan
pengurusan ekonomi. Faktor persekitaran merupakan asas yang sangat relevan untuk
dijadikan penanda aras dalam menyediakan peluang dan juga memberikan ancaman kepada
usaha mencipta perniagaan baharu. Ciri-ciri usahawan yang berjaya pasti menilai
persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan perniagaan malah ketika perniagaan tersebut
dibangunkan. Kompenan persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:

a. Persekitaran Luaran.
- Persekitaran Makro dan Persekitaran Mikro.

b. Persekitaran Dalaman.

2.1 Persekitaran Makro

Penilaian usahawan berkaitan persekitaran makro perlu dilakukan dengan teliti dan terperinci
kerana ianya mampu memberi impak kepada keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan ianya adalah merupakan elemen yang tidak boleh dikawal oleh
usahawan itu sendiri. Menurut (Norasidah Hashim. 2012) Ianya terdiri daripada empat (4)
jenis unsur iaitu:

8
000103050538

a. Politik dan undang-undang;


b. Ekonomi;
c. Sosiobudaya; dan
d. Teknologi.

2.1.1 Politik Dan Undang-Undang

Rajah 4: Grafik Segmen Politik & Undang-Undang Dalam Persekitaran Makro

Sumber: (OUMM2103 Keusahawanan).

Unsur persekitaran berkaitan dengan politik dan perundangan adalah merupakan arena
kumpulan berkepentingan dan berlainan yang akan bersaing di antara satu sama lain bagi
mendapatkan sumber dan juga perhatian. Ianya adalah merupakan persekitaran di mana
usahawan menggunakan kekuatan politik mereka yang sedia ada. Kebiasaannya, usahawan
terpaksa menerima unsur politik dan perundangan untuk perniagaan baharu mereka.
Usahawan perlu mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di sesuatu tempat perniagaan
tersebut dijalankan. Ianya terdiri daripada segmen seperti berikut:

a. Isu Global

Perbezaan politik dan undang-undang di antara satu negara dan negara lain perlu diambil
cakna dan peka oleh usahawan seperti halangan transaksi perdagangan, tarif, risiko kestabilan
politik dan hubungan dua (2) hala serta pelbagai hala. Antara contoh implikasi dari isu global
seperti ketidakstabilan politik sesebuah negara boleh membantutkan para pelabur dan juga
usahawan-usahawan untuk menjalankan perniagaan. Ianya mengakibatkan kesukaran kepada
usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan sumber yang ada.

b. Isu Nasional

9
000103050538

Isu nasional yang terdiri daripada segmen percukaian adalah faktor politik yang utama
dihadapi oleh usahawan peringkat nasional. Contohnya pelaksanaan cukai Goods and
Services Tax (GST) dan Sales and Services Tax (SST) serta peraturan seperti mengenai
penggunaan dadah dan alkohol. Walaubagaimanapun, sebahagian implikasi daripada
peraturan akan menyebabkan penambahan kos perniagaan dari sudut ujian, pemantauan dan
pematuhan. Kestabilan politik sesuatu negara juga memberikan peluang dan ruang kepada
usahawan untuk memulakan atau mengembangkan lagi perniagaan mereka.

2.1.2 Ekonomi

Menganalisis keseluruhan iklim perniagaan di peringkat global, nasional dan tempatan oleh
usahawan memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan mana-mana
perniagaan yang baru diteroka. Persekitaran ekonomi makro merangkumi jumlah semua
produk dan perkhidmatan yang dioutput, diedarkan, dijual dan digunakan. Usahawan
mestilah berkeupayaan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dengan cara
meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang memberi
kesan kepada perniagaan baharu mereka. Sebagai contoh:

a. Usahawan perlu mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa sama ada ianya adalah
masa yang sesuai untuk mewujudkan perniagaan baharu atau menangguhkan sehingga
keadaan ekonomi stabil dan meyakinkan.

b. Usahawan juga perlu melakukan kaji selidik seperti berapa banyak syarikat yang
berada dalam industri yang sama sebagai persediaan untuk kebolehpasaran produk
atau perkhidmatan yang akan dihasilkan.

2.1.3 Sosiobudaya

Persekitaran ini sangat berkait rapat di antara satu sama lain yang terdiri daripada dua (2)
aspek utama iaitu demografik dan aliran budaya dalam masyarakat. Sesuatu peluang
perniagaan akan wujud di dalam budaya yang popular bagi sesebuah masyarakat seperti
peluang perniagaan barangan harian, peruncitan, perkhidmatan, hiburan dan lain-lain.
Sebagai contoh:

a. Perubahan Demografik berlaku disebabkan perubahan sesebuah kumpulan etnik atau


kaum, penduduk setempat, jantina, pengagihan pendapatan penduduk dan lokasi
geografi. Unsur-unsur tersebut mampu menyumbangkan kepada permintaan
pengguna, kuasa membeli dan kapasiti perindustrian. Contohnya peningkatan

10
000103050538

bilangan kanak-kanak dalam sesebuah masyarakat akan mewujudkan peluang


perniagaan seperti pakaian, pendidikan dan makanan untuk kanak-kanak.
b. Aliran budaya dalam masyarakat merupakan gaya dan cara hidup sesuatu masyarakat
seperti kemahuan dan cita rasa manusia. Pemantauan dan penilaian oleh usahawan
berkaitan pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan, sebagai
contoh corak gaya kehidupan masyarakat kini yang menitik beratkan amalan cara
hidup yang sihat seperti berbasikal dan pergi ke gimnasium pada waktu lapang.

Rajah 5: Grafik Perkembangan Teknologi Baharu Hari Ini

Sumber: (Kompas.com, 2020).

2.1.4 Teknologi

Sebahagian cabang ilmu yang berkaitan dengan seni industri, kejuruteraan, sains gunaan,
proses, reka cipta atau kaedah boleh diertikan sebagai teknologi. Analisis teknologi
berkehendak dengan ketelitian dan pemantauan bermula dari asas kaji selidik yang dilakukan
sehingga produk itu dibina dan seterusnya dipasarkan secara komersial. Terdapat dua (2)
bentuk perubahan teknologi iaitu:

a. Penciptaan Tulen
Ianya adalah bermaksud penciptaan benda baharu yang berbeza daripada teknologi atau
produk yang sedia ada. Justeru itu, penciptaan produk yang baru ini kebiasaannya
memperoleh nilai ekonomi dan tanpa saingan di peringkat awal dan acap kali dimonopoli
oleh seseorang yang mempunyai hak undang-undang reka cipta tersebut. Kelemahan
penciptaan baru adalah tidak ada pasaran di peringkat awal, sebaliknya berkemampuan

11
000103050538

membuka pasaran dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan gajet seperti
telefon pintar (smart phone).

b. Proses Inovasi

Proses inovasi adalah merujuk kepada sesuatu perubahan kecil dari sudut reka bentuk,
pembentukan, produk, bahan dan pengedaran. Tidak mudah untuk melakukan penelitian dan
pemantauan perubahan teknologi pada setiap masa disebabkan faktor kesukaran untuk
mendapatkan info yang berkaitan. Namun demikian, ianya adalah satu kelebihan dan peluang
kepada usahawan apabila memperoleh maklumat tersebut. Contohnya, wujud pelbagai jenis
produk telefon pintar yang pelbagai jenama di pasaran, dengan mempunyai ciri-ciri kualiti
dan kelebihan yang setanding di antara satu sama lain.

12
000103050538

3.0 ANALISIS KESAN PANDEMIK KEATAS SYARIKAT PENERBANGAN


Industri penerbangan kini sudah berubah dan setiap syarikat yang terlibat perlu beradaptasi
untuk terus bertahan. Penganalisis industri penerbangan dari Endau Analytics, Shukor Yusof
berkata, kenyataan itu perlu diterima semua syarikat penerbangan. Pemikiran baharu perlu
ada. Ia boleh datang daripada mereka yang berpandangan jauh dan inovatif , katanya kepada
Utusan Malaysia. Krisis akibat pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada industri
penerbangan apabila larangan penerbangan antarabangsa dikenakan kepada hampir semua
negara di dunia. September lalu, Kumpulan Bertindak Pengangkutan Udara (ATAG)
meramalkan, kira-kira 4.8 juta pekerja syarikat penerbangan dan separuh daripada 87.7 juta
pekerjaan yang berkaitan sektor penerbangan terancam akibat krisis itu. Hal sama turut
dirasakan di Malaysia apabila dua syarikat penerbangan gergasi di negara ini, Malaysia
Airlines Berhad (MAS) dan AirAsia Berhad berhadapan risiko bankrap jika tiada suntikan
dana diberikan kepada mereka. Di ramalkan masa hadapan industri penerbangan akan terus
suram dalam tempoh 12 bulan akan datang. Covid-19 memberikan kesan yang berkekalan
dan syarikat penerbangan perlu bijak beradaptasi terhadap perubahan yang berlaku.

Antara kesan yang berlaku adalah jumlah penumpang penerbangan berkurang


sekiranya tiada sektor penerbangan yang dilakukan. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
(MAVCOM) menjangkakan jumlah tempat duduk perkhidmatan penerbangan penumpang
akan berkurangan antara -72.8 hingga -75.6 peratus atau 26.6 juta hingga 29.7 juta pada tahun
ini, berbanding 109.2 juta tahun lalu kesan pandemik COVID-19. Timbalan Menteri
Pengangkutan, Hasbi Habibollah, berkata penularan wabak COVID-19 bukan hanya
menjejaskan industri penerbangan negara bagi sektor syarikat penerbangan perkhidmatan
penuh tetapi juga syarikat penerbangan perkhidmatan tambang rendah. Katanya, statistik
menunjukkan aliran penurunan permintaan penumpang domestik dan antarabangsa bermula 1
Mac lalu. Jumlah permintaan penumpang berkurangan daripada 280,321 sehari pada bulan
Januari lalu kepada 59,378 sehari pada bulan September.

Seterusnya , ramai pekerja yang telah diberhentikan kerja. Susulan daripada syarikat
penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik COVID-19, Malindo
Airways Sdn Bhd turut tidak terkecuali dalam mengambil langkah sama. Dilaporkan bahawa
syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka akan memberhentikan sekitar

13
000103050538

2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Syarikat
penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima
pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR. Oleh itu , ramai diantara mereka telah mula
berniaga secara kecil kecilan.

14
000103050538

4.0 CADANGAN KEKAL BERTAHAN DALAM PERNIAGAAN


Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak penyebaran Covid-19 seperti yang
diumumkan kerajaan sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan kecil di seluruh
negara. Ini kerana krisis wabak tersebut mungkin akan berterusan membuatkan pihak
berkuasa menyarankan orang ramai untuk duduk di rumah. Walaupun sesetengah perniagaan
masih dibuka namun untuk mempunyai pekerja beroperasi dari jauh memang tidak dapat
dilakukan. Perniagaan kecil terutamanya akan menerima kesan paling buruk apabila orang
mula beralih kepada cara membeli-belah alternatif. Berikut dari CPA Australia, salah satu
badan perakaunan terbesar di dunia. Pertama , Simpan maklumat dengan mengikuti semua
maklumat rasmi mengenai Covid-19 dan mana-mana arahan pihak berkuasa kesihatan awam
yang dikeluarkan. Kedua , kemas kini penyata kewangan untuk mengekalkan perniagaan
dalam persekitaran yang sukar, memerlukan akses kepada maklumat terkini mengenai
keadaan kewangan. Ketiga senaraikan kesan yang mungkin ke atas perniagaan. Anggarkan
kesan kewangan krisis Covid-19 terhadap perniagaan dan mulakan strategi mitigasi.

Bincang dengan kakitangan, pembekal utama dan pelanggan utama kesan Covid-19
mengenai perniagaan. Perniagaan mungkin akan memberi kesan kepada bidang-bidang
berikut: Jualan: terutama jika mempunyai sedikit jualan dalam talian. Kakitangan , Dengan
pergerakan rakyat terhad , keupayaan mereka untuk bekerja akan dikurangkan , terutamanya
jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah. Rantaian bekalan , khususnya jika bergantung
kepada pembekal daripada bahagian-bahagian yang kritikal di dunia. Kewangan terutama jika
rizab tunai rendah. Oleh itu , Sekiranya perniagaan terjejas, mulakan dengan menyenaraikan
apa kesan tersebut. Sekiranya tidak terjejas, masih boleh membuat beberapa unjuran yang
dimaklumkan. Dalam menyenaraikan kesan-kesan yang mungkin, cubaan untuk
mengkuantifikasikan apa kesan yang akan berlaku terhadap perniagaan dan mengenal pasti
kemungkinan strategi untuk mengurangkannya.

Akhir sekali , jika mendapati diri dalam kesulitan kewangan, dapatkan nasihat
profesional lebih awal. Semasa krisis, kerap bertanya: Adakah perniagaan dapat membayar
kepada pemiutang , kewajipan cukai , kewajiban pekerjaan dan membuat pembayaran
pinjaman setelah jatuh? Adakah mempunyai rizab kewangan yang mencukupi untuk
menampung hutang yang kena dibayar dan akan dibayar dalam beberapa bulan akan datang?

15
000103050538

Jika tidak menjawab soalan-soalan ini, harus segera mendapatkan nasihat profesional, kerana
syarikat mungkin tidak selesai atau hampir tidak selesai. Sekiranya perniagaan kecil berada
dalam kesulitan kewangan, berhati-hatilah terhadap sesiapa sahaja yang menghubungi atau
menjanjikan keselamatan kewangan. Orang seperti ini mungkin menasihati untuk sengaja
membubarkan syarikat untuk mengelakkan hutang dan meneruskan perniagaan melalui
syarikat baru. Ini tidak beretika dan mungkin menyalahi undang-undang. Jika didatangi oleh
sesiapa yang menelefon dengan menawarkan nasihat sedemikian , segera bercakap dengan
akauntan anda atau peguam.

16
000103050538

5.0 RINGKASAN
Melalui kajian dan analisa yang telah dijalankan berdasarkan input-input dari sumber data
primer dan data sekunder berkaitan elemen-elemen umum persekitaran makro dapatlah
dirangkumkan seperti berikut:

a. Elemen-elemen persekitaran makro yang terdiri daripada politik dan undang-undang,


ekonomi, sosiobudaya dan teknologi perlu dianalisa dan diambil cakna oleh usahawan-
usahawan sebagai persiapan untuk merangka pelan strategik sesuatu perniagaan yang
melibatkan waktu sebelum dan semasa perniagaan itu dijalankan. Kunci kejayaan sesebuah
perniagaan adalah usahawan perlu mengenalpasti elemen-eleman persekitaran makro.

b. Politik dan undang-undang sesebuah negara adalah tidak sama di antara satu sama
lain. Usahawan diperingkat global akan memastikan terlebih dahulu keadaan semasa politik
dan rang undang-undang sesebuah negara sebelum membuka sesebuah perniagaan yang baru.
Hal ini juga merupakan langkah awal sebagai pemudah cara seseorang usahawan ketika
menjalankan perniagaan untuk membeli, melindungi dan menggunakan sumber yang ada di
sesebuah negara.

c. Keadaan ekonomi semasa perlu diberi perhatian oleh seseorang usahawan dalam
menentukan risiko sesebuah perniagaan yang baru dan kebolehpasaran sesuatu produk yang
akan dipasarkan. Usahawan perlu berkemahiran untuk meneliti dan meramalkan isu-isu
semasa berkaitan ekonomi bagi mengurangkan risiko kerugian.

d. Sosiobudaya sesebuah negara adalah berbeza disebabkan faktor demografi dan terkait
dengan aliran sosialnya. Usahawan perlu memainkan peranan untuk melakukan kaji selidik
berkaitan etnik dan kaum beserta gaya dan cara hidup masyarakat sesebuah negara sebelum
perniagaan baharu diusahakan.

e. Diabad ini, teknologi adalah merupakan penanda aras bagi memastikan sesebuah
transaksi perniagaan mampu beroperasi dengan mudah dan lancar terutama ketika fenomena
penularan wabak Pandemik Covid-19 yang sedang melanda masyarakat dunia.

17
000103050538

TUGASAN 2

LAPORAN REFLEKTIF
Apakah Yang Boleh Dipelajari Dari Kursus ini?

Kursus Keusahawanan ini adalah merupakan kursus berkaitan ilmu perniagaan yang mesti
dikuasai oleh calon-calon usahawan yang ingin berjaya. Apa yang saya perolehi dari objektif
kursus ini adalah berkaitan latar belakang (back ground) sejarah, konsep-konsep beserta teori
keusahawanan yang dapat membimbing para usahawan. Kursus ini juga dapat memberikan
inspirasi untuk menjadi seseorang usahawan disamping menghargai nilai dan budaya
keusahawanan dalam profesion mereka. Selain itu, kursus ini meliputi kemahiran dalam
membangunkan kreativiti dan juga inovasi dalam bidang keusahawanan. Terdapat juga cara-
cara mengenal pasti peluang keusahawanan dan menjadikannya kepada asas pelan
perniagaan.

Kursus ini memperkenalkan dan memberi definisi kepada saya berkenaan usahawan
serta membincangkan bagaimana evolusi keusahawan bermula zaman terawal sehingga kini.
Kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara dikupas dengan satu
persatu. Terdapat sepuluh (10) mitos berkaitan keusahawanan dan keadaan pembangunan
keusahawanan di Malaysia dijelaskan dengan terperinci.

Sebanyak 16 ciri-ciri usahawan berjaya seperti bertanggungjawab, mencari peluang,


optimistik, kreatif dan inovatif telah dibincangkan dengan jelas. Setiap individu berpeluang
untuk menjadi usahawan. Walau bagaimanapun, terdapat alat yang boleh diaplikasikan untuk
mengukur dan menilai kecenderungan seseorang individu untuk menjadi seorang usahawan.
Melalui kursus ini juga saya dapat membezakan dengan jelas berkaitan perbezaan di antara
peniaga, pengurus konvensional dan usahawan. Dengan kefahaman perbezaan ini kita dapat
menilai diri kita sebelum memulakan sesuatu perniagaan apakah kriteria yang bersesuaian
yang perlu digunakan sama ada sebagai peniaga kecil atau pun usahawan.

Pentakrifan konsep kreatif dan inovasi memberi pemahaman dari sudut definisi,
kelebihan dan hubung kait di antara kreativiti dan inovasi. Turut diterangkan ciri-ciri individu

18
000103050538

yang kreatif dalam mencipta peluang dan cabaran semasa membentuk idea-idea yang kreatif
dan inovatif.

Saya juga telah mempelajari apakah jenis kompenan persekitaran perniagaan yang
terdiri daripada persekitaran luaran iaitu empat (4) elemen persekitaran makro yang telah
diperincikan di dalam TUGASAN 1 dan enam (6) elemen persekitaran mikro serta
persekitaran dalaman yang akan mempengaruhi keputusan dan aktiviti keusahawanan.

Topik berkaitan pelan perniagaan yang merangkumi penerangan, sebab-sebab


kepentingan pelan perniagaan serta menggariskan teknik dan kaedah bagaimana
menyediakan pelan perniagaan yang sangat berkesan.

Melalui penerangan yang komprehensif berkaitan jenis-jenis perniagaan, ianya boleh


diklasifikasikan kepada tiga (3) jenis iaitu perniagaan baharu, perniagaan yang sedia wujud
dan francais, di mana saya dapat membezakan kesan positif dan negatif implikasi dari setiap
jenis-jenis perniagaan tersebut. Saya juga memahami bahawa terdapat tiga (3) kriteria
perniagaan yang sah dari sudut perundangan iaitu perniagaan tunggal, perkongsian dan
syarikat.

Setiap perniagaan memerlukan jaringan atau pun rangkaian jika ingin berjaya. Ianya
adalah satu pendekatan yang mampu menyumbang kepada kejayaan usahawan. Terdapat dua
(2) jenis jaringan iaitu formal dan tidak formal telah dibincangkan. Rangkaian yang baik
membolehkan seseorang usahawan mendapat sokongan dan kerjasama. Dengan ini, setiap
usahawan perlu meningkatkan kemahiran mengembangkan jaringan untuk mencapai
matlamat dan objektif perniagaan yang diceburi.

Saya juga telah mempelajari apakah faktor utama yang menyebabkan kegagalan
sesebuah perniagaan yang baharu seperti kurang pengetahuan berkaitan pasaran, produk
bermasalah, strategi jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang ilmu tentang tekanan
persaingan, tidak cekap menguruskan waktu dan juga kekurangan modal.

Saya juga telah diterangkan tentang kepentingan dan manfaat perancangan kewangan
peribadi dengan cara mengetahui bagaimana untuk mengira nilai bersih yang berkaitan
dengan kunci kira-kira. Dan akhir sekali melalui Kursus Keusahawanan ini telah
dibincangkan juga pelbagai jenis simpanan dan cara menabung serta jenis-jenis pelaburan,
insuran, takaful dan pinjaman. Saya turut diberi pendedahan risiko menjadi penjamin dan
mengenal pasti tanda-tanda masalah kewangan.

19
000103050538

Analisis Pengalaman Pembelajaran Sepanjang Kursus

Melalui analisis yang mendalam berkaitan pengalaman pembelajaran adalah seperti berikut:

a. Terdapat perbezaan yang ketara di antara peniaga kecil, usahawan dan pengurus
konvensional dalam menjalankan urusan perniagaan. Walaupun mempunyai matlamat
yang sama iaitu mendapat keuntungan dalam perniagaan tetapi pendekatan masing-
masing sangat berbeza. Apa yang saya boleh simpulkan bahawa secara amnya setiap
individu mempunyai kemahiran dan potensi dalam menceburi bidang perniagaan
tetapi atas keterbatasan beberapa faktor seperti kurang ilmu dalam perniagaan,
kekurangan modal, kurangnya pendedahan berkaitan peluang dan ruang yang boleh
digunakan dalam perniagaan dan lain-lain lagi.
b. Faktor persekitaran perniagaan adalah terdiri daripada elemen-elemen persekitaran
makro dan juga mikro. Elemen-elemen ini amat perlu dititikberatkan terutama kepada
usahawan-usahawan di peringkat global sebelum dan ketika perniagaan baharu dibina.
Melalui pengamatan dan penelitian ketika saya membuat tugasan yang pertama, saya
dapati usahawan perlu sentiasa cakna dan ambil tahu berkaitan isu-isu semasa. Ianya
bukan sahaja hanya menilai dan melihat dari sudut ekonomi semata, bahkan lebih
kepada faktor persekitaran perniagaan yang universal. Ianya telah dibuktikan
bagaimana sesebuah perniagaan makanan segera seperti KFC mampu bertahan dan
berkembang maju disesuatu tempat atau masyarakat, walhal produk makanan tersebut
bukanlah sesuatu budaya cara pemakanan penduduk Malaysia.
c. Antara dapatan analisis melalui pengalaman pembelajaran kursus ini adalah berkaitan
bentuk atau jenis-jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan
francais. Terdapat ramai usahawan yang kurang ilmu dan berpengalaman
berkeinginan untuk mempunyai perniagaan sendiri. Antara ciri-ciri usahawan yang
berjaya memerlukan jati diri yang kuat dan sanggup mengharungi jatuh bangun-
dalam perniagaan. Pepatah melayu ada menyatakan ’jika kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga’ adalah amat bertepatan kepada bakal usahawan ataupun
usahawan yang ingin berjinak-jinak membuka perniagaan baharu, mengambil alih
perniagaan yang sedia ada ataupun francais tanpa membuat analisa yang secukupnya
berkaitan kelemahan dan kekuatan sesuatu perniagaan. Apa yang boleh dirangkumkan
ialah nilai pembelajaran yang amat berharga yang diperoleh dalam kursus ini perlulah
dijadikan penanda aras dan juga sebagai garis panduan kepada saya dan juga para

20
000103050538

bakal usahawan yang ingin meceburkan diri dalam bidang perniagaan secara sambilan
atau sepenuhnya. Sentiasa mendalami ilmu perniagaan, ambil tahu berkaitan isu
semasa, menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan berinovasi serta bersiap siaga
dengan perkara-perkara yang mendatang adalah kunci kejayaan usahawan yang
berjaya.
Hubungkait Antara Pembelajaran Dan Pengalaman

Setiap insan yang normal mempunyai nafsu dan berkehendak untuk mendapatkan sesuatu
yang diingini, sama ada baik atau buruk adalah bergantung kepada niat dan hati masing-
masing. Antara hubungkait pengalaman pembelajaran saya ialah berdasarkan hadith nabi
yang tersebar dan masyhur dalam kalangan masyarakat Islam berkaitan kepentingan
berniaga, antaranya adalah, ”Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10
rezeki” dan sebuah lagi hadith ”9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”
Walaubagaimanapun hadith tersebut dikategorikan sebagai hadith dhaif (tidak kuat) oleh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetapi ianya adalah benar kerana perniagaan
sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. Islam amat
menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu
daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara
yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Perkara ini adalah bertepatan
dengan sebuah hadith iaitu ” Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,
orang yang jujur dan orang yang syahid.” dan sebuah lagi hadith ialah ”Sesungguhnya para
peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan
orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” Begitulah keindahan Islam
yang diterapkan oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW.

Baginda sendiri pun seorang peniaga yang jujur dan amanah ketika menjalankan
urusan perniagaan seperti tidak menipu timbangan dan menjual produk yang bermutu dan
berkualiti. Hubungkait pengalaman hidup pula yang boleh dikongsikan ialah saya dibesarkan
oleh keluarga yang sederhana dan terlibat dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Saya
pernah berpeluang membantu kedua ibu bapa saya berniaga di pasar malam, Pasar Tani,
Bazar Ramadhan dan juga sebagai Pengusaha Kantin Sekolah. Alhamdulillah, memang terasa
keseronokan ketika menjalankan aktiviti perniagaan. Pucuk pangkal adalah niat dan
istiqomah (berterusan) untuk melakukan sesuatu perkara. Tidak mudah berputus asa apabila
menghadapi kegagalan. Walaubagaimanapun, dunia kini sedang diuji dengan penularan

21
000103050538

wabak Covid-19. Ramai peniaga-peniaga kecil-kecilan terjejas pendapatan mereka dan ada
juga yang terpaksa tutup perniagaan disebabkan menanggung liabiliti yang tinggi.

Kesimpulannya, jika ingin menjadi usahawan Islam yang berjaya, ianya bukan hanya
sekadar mengecapi kejayaan di dunia malah juga di akhirat kelak. Antara ikon selebriti
usahawan Islam yang berjaya di Malaysia ialah saudara Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew
Yun Pau yang berumur 35 tahun, lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew. Beliau merupakan
pemilik Pasaraya Elewsmart. Sebagai seorang pendakwah muda yang berani mendekati dan
mengajak golongan-golongan seperti ’mat rempit’ dan ’mak nyah’ untuk berhijrah semula
kepada fitrah, beliau juga turut aktif memberi bantuan kepada penduduk-penduduk Malaysia
yang dalam kesempitan hidup. Apa yang ada di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua
kekal selama-lamanya.

22
000103050538

7.0 RUJUKAN

Buku :

1. Teknologi Maklumat dalam Pendidikan ( OUMM 2103 ) – Open University


Malaysia

Internet :

1. Wikiwand ( 2017 , May 19 ) Syarikat Penerbangan Di Malaysia. Dicapai


dari
https://www.wikiwand.com/ms/Kategori:Syarikat_penerbangan_di_Malaysia#
/google_vignette

2. Ministry Of Transport Malaysia ( 2018 ) Transport. Dicapai dari


https://www.mot.gov.my/en

3. Siti Farhana ( 2020 , Okt 21 ) The impact of COVID-19 on Malaysia's


airline industry. Dicapai dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/impact-covid19-malaysias-
airline-industry-264574

4. Nation ( 2020 , Dec 16 ) , Hasbi: Airline industry may take years to fully
recover. Dicapai dari
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/16/hasbi-airline-industry-
may-take-years-to-fully-recover

23
000103050538

5. Berita Harian ( 2020 , April 1 ) COVID-19: PKS susun strategi kekalkan


perniagaan. Dicapai dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/671726/covid-19-pks-
susun-strategi-kekalkan-perniagaan

24

Anda mungkin juga menyukai