Anda di halaman 1dari 54

BAB l

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma
adalah salahsatu langkah yang terbaik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk
melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir.Melalui latihan industri ini para
pelajar yang menuntut di UCAM dapat menimba ilmu kemahiran dan pengalaman
yang baru.Malah disamping itu juga,mereka dapat mempraktikan teori yang telah
dipelajari semasa belajar di tempat pengajian.Ini kerana ketika apa yang para pelajar
belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani latihan industri ini adalah
amat berlainan sekali.Ternyata semasa para pelajar menjalani latihan industri
mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang
sebenarnya.Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta
kepakaran para pelajar lepasan UCAM khususnya.

Dengan pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan


kematangan seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah
diberikan.Latihan industri menguji sejauh manakah kebolehan dan kesabaran dalam
diri pelajar untuk mempraktikan semula teori yang telah dipelajarinya di tempat
pengajian dan merupakan persediaan awal diri bagi pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan yang sebenarnya.Ketika di alam pekerjaan nanti pelajar perlu mempelajari
dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah
bekerja kelak.

Oleh itu,buku laporan industri ini adalah gambaran keseluruhan semasa saya
menjalani latihan industri di Perbadanan Putrajaya.Selain itu,saya sertakan juga
penerangan penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas tugas
yang telah dilakukan di Bangunan Perdana putra.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


Latihan industri ini adalah untuk mencapai objektif objektif tertentu ke atas
diri seseorang pelajar tersebut sebelum digelar sebagai graduit UCAM di mana
mereka akan mendapat peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang
diambil.Dengan penganugerahan Sijil ataupun Diploma dari pihak Kolej Universiti
Agrosains Malaysia(UCAM)

Antara objektif latihan industri ialah mendedahkan para pelajar dengan


suasana alam pekerjaan yang sebenar.Selain itu,latihan ini juga dapat melatih para
pelajar membina industri jati diri yang positif apabila menjalani latihan industri .Di
samping itu,objektif latihan juga untuk melatih pelajar melakukan sesuatu tugasan
kerja yang diberikan dengan mendengar dan mengikuti arahan yang diberi oleh
pihak syarikat atau firma.Latihan industri bertujuan untuk meningkatkan lagi minat
pelajar terhadap bidang yang diambil serta memupuk semangat kerjasama
berpasukan di dalam diri pelajar ketika di alam pekerjaan.

Selain itu, latihan ini juga adalah untuk melatih pelajar supaya mematuhi
peraturan peraturan keselamatan industri yang telah ditetapkan.Dengan adanya
latihan industri jugalah,pelajar akan menyediakan laporan latihan industri dengan
lengkap setelah tamat latihai untuk dinilaikan oleh pihak Kolej Universiti Agrosains
Malaysia (UCAM) sebagai bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan di
syarikat atau firma tersebut.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani


latihan industri dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti aktiviti dan
gerak kerja semasa menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan
melalui laporan yang dibuat.

Melalui penulisan laporan pelajar boleh mnggunakan teknik kerja yang


dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah kea lam pekerjaan yang
sebenar.Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan
yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangk masa lebih kurang 4 bulan
pada bulan November 2017 hingga Februari 2017 seperti yang ditetapkan oleh pihak
UCAM.

Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani
oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak
sepenuhnya oleh pensyarah.Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan
sikap tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi
memenuhi kehendak firma dan politeknik.Di mana pelajar dapat belajar untuk
memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Setiap pelajar UCAM wajib menjalankan latihan 1ndustry .Latihan ini akan
dijalankan selama 4 bulan dari bulan November hingga Februari.Latihan ini
merupakan satu titik permulaan alam pekerjaan yang sebenar yang sememangnya
berhubung dengan apa yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajian.

Terdapat banyak kepentingan latihan industri ini kepada para


pelajar.Setiap pelajar harus tahu tentang kepentingan latihan industri dalam
sistem pembelajaran.Justeru itu, pelajar hendaklah memanfaatkan peluang
sepanjang tempoh latihan industri ini.Antara kepentingan latihan industri kepada
para pelajar adalah untuk melepaskan syarat utama yang diwajibkan ke atas pelajar
pelajar University College Of Agroscience Malaysia(UCAM) untuk mendapatkan Sijil
atau Diploma.

Selain itu,latihan industri ini juga membolehkan pelajar mendapat


pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang diambil sebelum menceburi mana
mana bidang pekerjaan yang berkaitan atau sesuai dengan kursus diambil semasa
di institusi pengajian.Ini akan menjadi bekalan kepada pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi reality alam pekerjaan yang
sebenar.

Latihan industri ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman


dalam sistem pembelajaraan yang berasaskan teori.Dengan adanya latihan industri
ini pelajar akan lebih memahami apa yang telah dipelajari secara amali dan dapat
membentuk seorang pelajar yang pengetahuan tinggi dan berkemahiran dari segi
amali dan teori.Dengan erti kata yang lain,pelajar akan mendapat banyak
pengalaman dan memiliki pengetahuan yang lebih dengan mengambungkan ilmu
amali dan teori.
BAB ll

MAKLUMAT PUTRAJAYA

2.1 SEJARAH PUTRAJAYA

Putrajaya atau nama penuhnya


Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.Putrajaya bandar raya pintar
dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah
bandar raya futuristic yang menepatkan pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan.Ia adalah Wilayah Persekutuan ke -3 di Malaysia dari sebuah tempat
terpencil yang dikenali dengan nama Perang Besar ,dikawasan ini melonjak
membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 oktober 1994 berbanding dengan
Kuala Lumpur,sebuah bandar tinggalan penjajah

Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan


budaya tempatan.Ia mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan
mengunakan aplikasi teknologi maklumat IT dengan terbitnya Putrajaya suatu
hari nanti Kuala Lumpur,Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) akan menjadi bandar gergasi yang standing dengan Tokyo dan
Yokohama di jepun.

Selain itu,lokasinya yang berada di tengah tengah Koridor Raya Multimedia


Putrajaya seluas 4,931 hekta ini dibangunkan dengan kos RM 20.5 Bilion
mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Perumahan
komersial,Kemudahan Sosial dan kemudahan kemudahan
keagamaan.Seterusnya,pada 10 mei 1999 kompleks Pejabat Perdana Menteri
mula beroperasi di Putrajaya.Oleh itu,Putrajaya telah menjadi sebagai penanda
aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik peringkat
negara mahupun di peringkat Antarabangsa.

2.1.1 Lokasi

Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam


lingkungan Koridor Raya Multimedia(MSC) yang strategic.Ia terletak di lokasi 25km
keselatan Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA).Amat mudah untuk ke sana dri pelbagai lokasi di negeri ini dengan
kemudahan jaringan lebuhraya yang tesedia.

2.1.2 Bandar Dalam Taman

Putrajaya dibangunkan berasaskan kantema Bandar Dalam


Taman.Sejumlah 38peratus daripada jumlah keseluruhan Kawasan Putrajaya
telah dibangunkan untuk kegunaan taman,tasik dan wetland ,Manakala kawasan
selebihnya meliputi kegunaan pejabat pejabat.Tasik buatan berkeluasan 600 hektar
yang merentangi di bahagian tengah bandar ini merupakan ciri ciri landskap yang
utama dan berperanan mengimbangi keadaan cuaca di Putrajaya.Pada masa
kini,aktiviti seperti manaiki bot,berkayak dan memancing dibenarkan di kawasan
tasik.
2.1.3 Bandar Bestari

Putrajaya yang terletak di koridor Raya Multimedia akan dibangunkan


sebagai sebuah bandar pintar yang selaras dengan inisiatif e-Kerajaan.Kemudahan
kemudahan yang dilengkapi dengan Teknologi Multimedia akan membolehkan
perhubungan dan interaksi antara pejabat pejabat Kerajaan serta anatara Kerajaan
dengan perniaga,penduduk tempatan dan pihak awam
2.2 MAKLUMAT ORGANISASI PERBADANAN PUTRAJAYA

2.2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan


Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah
Persekutuan Putrajaya.Perbadanan Putrajaya juga dipertanggungjawabkan dengan
fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan
melalui beberapa perintah dan pentadbiran,iaitu

Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Akta Tempatan 1976)2002

Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Jalan, Parit dan Bangunan


1974)2002
Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976)2010

2.2.2 LOGO ORGANISASI


PERBADANAN PUTRAJAYA

Kompleks Perbadanan Putrajaya,24,Persiaran Perdana,Presint 3,62675Wilayah


Persekutuan Putrajaya,Malaysia

No Tel : 603-80008000

Melambangkan keharmonian anatara manusia ,pembangunan dana lam


sekitar.
Struktur organic Green melambangkan alam sekitar.
Struktur statik Square melambangkan pembangunan sebuah bandar.
Reka bentuk keseluruhan melambangkan persekitaran yang dinamik yang
memenuhi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2.2.3 VISI ORGANISASI

Putrajaya akan menjadi Capital Pentadbiran Persekutuan yang diuruskan


dengan baik bertenaga dan makmur, yang memenuhi keperluan sosial-
ekonomi,rekreasi dan rohani (terutama )penduduk,perkara dan pelawat.
2.2.4 MISI ORGANISASI

Tujuan utama kami adalah untuk merancang , mengurus dan


membangunkan pusat pentadbiran dengan cara yang berkesan dan cekap.Kami
berusaha untuk memainkan peranan utama menjadi sebuah bandar meriah dan
makmur yang diuruskan dengan baik kenyataan oleh:

Merangka dasar dan rangka kerja yang betul untuk pembangunan


Membangunan konstruktif dan pakatan dengan semua pihak yang
berkepentingan dan rakan rakan
Membina berrestasi tinggi,cekap dan mesra pelanggan organisasi
Menyediakan kemudahan dan kemudahan awam yang bertaraf dunia
Memupuk persekitaran yang kondusif untuk berkembang maju aktiviti
komersial
Mengamalkan yang tinggi tadbir urus yang baik dan integriti

2.3 HALATUJU ORGANISASI

Untuk melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam wilayah


Persekutuan Putrajaya.
Untuk memajukan, menggalakan,memudahkan dan mengusahakan
komesial,infrastrktur dan pembangunan kediaman di kawasan itu
Untuk memajukan,menggalakan dan mengusahakan pembangunan ekonomi
dan sosial di kawasan itu
Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang di atas di kawasan
2.4 CARTA ORGANISASI
2.5 PENGENALAN JABATAN LANDSKAP DAN TAMAN
Di perbadanan Putrajaya mempunyai 7 jabatan antara salah satunya
adalah Jabatan Landskap dan Taman iaitu bahagian Perancang dan Kawalan
landskap,Bahagian Hortikultur dan sumber landskap,Bahagian Taman Botani dan
Bahagian Operasi dan Pendidikan Taman.

JABATAN NAIB PRESIDEN (JABATAN LANDSKAP DAN TAMAN)

Naib Presiden
Arkitek Landskap/Pegawai Pertanian /Pegawai
Tadbir/Akauntan
Gred Utama C
LAr.BAHARUDDIN BIN AZIZ (KUP G54)

Pembantu Khas
UNIT PENTADBIRAN
Pembantu setiausaha pejabat/Setiausaha
Pejabat Gred N 17/N27/28/N32 (TBK 13
tahun)
NORZAINAH BT ZAKARIA Pembantu Tadbir
(P/O)Gred N26
Bahagian Taman FARAHANIM BT ABD
Dan Rekreasi KARIM

Bahagian
Interpretif Dan Pembantu Tadbir (P/O)
PendidikanTaman Gred N17/N22(TBK 13
Tahun)
Bahagian
Pengurusan Dan NORASHIKIN BT HASAN
Kawalan Landskap

Bahagian Botani Pembantu Tadbir (O/P)


Gred N11/N 14(TBK 13
Tahun)
ABDUL KARIM ABDUL
RADOD

2.6 SKOP KERJA UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN LANDSKAP


Mengurus perangan dan pembangunan landskap bagi kawasan kawasan
landskap di presint 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15 presint Diplomatik
(DE),16,17,18,19 Dan 20,Putrajaya yang merangkumi aspek aspek kawalan dan
penguat kuasa serta perlaksanaan kerja kerja landskap yang mematuhi garis
panduan yang dikuatkuasakan di kawasan Perbadanan Putrajaya.

2.6.1 Fungsi Unit Pengurusan Dan Kawalan Landskap

Menyemak dan memproseskan pemohonan Kelulusan Landskap (KL)


mengikut peruntukan akta 172,serta memproses pengeluaran sokongan Sijil
kelayakan Menduduki Bangunan (CCC) untuk kerja kerja landskap bagi presint
1,presint2,presint3,presint4,presint5,presint6,presint7,
presint8,presint9,presint10,presint11,presint12,presint13,presint14,presint15,presint1
6,presint17,presint Diplomatik(DE),presint18,presint19,presint20.

Mengeluarkan sokongan bagi permohonan Pemasangan Papan Tanda


Sementara (Bunting/Banner) Selain itu,ia juga memproseskan permohonan
pemasangan pagar,memproseskan kelulusan Penggunaan kawasan untuk
penggambaran,Hari Keluarga ,Majlis Perkahwinan,program khas,Acara tahunan
atau sambutan /Perayaan dan sebagainya.Seterusnya ia juga memproseskan
permohonan pengalihan dan pelupusan pokok,menyediakan Belanjawan
Menguruskan Tahunan bagi peringkat Unit,menyediakan Belanjawan menguruskan
tahunan bagi peringkat unit,menyediakan laporan bulanan unit bagi peringkat
bahagian.

Bagi pemantauan dan penguatkuasaan pelaksanaan kerja kerja landskap


termasukpermit jalan,pengorekan dan utility serta pencerobohan kawasan.Selain itu,
ia membuat penyeliaan dan pengawasas kerja kerja Landskap Ameniti/Utiliti awam.
CARTA FUNGSI UNIT KAWALAN

BAB lll
BAB III

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN IINDUSTRI DI PERADANAN PUTRAJAYA

3.1 Pengenalan Aktiviti Yang Dijalankan Sepanjang Latihan Industri

Sepanjang menjalankan latihan industri di perbadanan Putrajaya banyak


aktiviti yang telah dilakukan seperti membuat pemantauan bagi kawasan yang
berkaitan dengan kelulusan landskap, membuat penyelenggaraan landskap dan
melakukan kerja kerja tambahan.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan industrI

3.2.1 KELULUSAN LANDSKAP

Kelulusan pelan landskap ini adalah merupakan salah satu proses kelulusan
pembangunan yang bermula dengan kelulusan dasar pembangunan,kebenaran
Merancang dan seterusnya kelulusan pelan landskap di peringkat kelulusan
mendirikan bangunan,kerja tanah,kerja jalan dan perparitan dan sebagainya.Proses
kelulusan ini diikuti oleh pengeluaran surat sokongan bagi sijil kelayakan menduduki
bangunan (CFO)/Perakuan Siap dan pematuhan (CCC) dan diakhiri dengan proses
pengamilalihan kawasan landskap berkaitan bagi kawasan landskap berkaitan bagi
kawasan awam dan mana mana kawasan bawah tangunggjawab Perbadanan
Putrajaya.
3.2.2.1 Tujuan Kelulusan Landskap

Mengawal semua pembangunan landskap di kawasan Wilayah Persekutuan


Putrajaya.
Memastikan pelan cadangan landskap mematuhi pelan induk
Putrajaya,Susun atur dan Pendirian Bangunan serta Pelan Pra-Hitungan yang
telah diluluskan diperingkat kelulusan kebenaran merancang serta Akta
akta,garis panduan dan piawaian piawaian yang dikuatkuasakan di Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Menguatkuasa pematuhan ke atas kelulusan pelan landskap yang telah
diluluskan serta arahan arahan bertulis terutamanya yang melibatkan
Perintah Pemeliharaan pokok(tree preservation order)melalui seksyen 35A-
35H,Akta 172 bagi kerja kerja pengalihan dan pengalihan dan penebangan
pokok,pembentukan rupa bentuk permukaan tanah dan pemeliharaan tanah
atas (top soil)
Memastikan persekitaraan adalah selamat,sihat dan selesa serta
memudahkan akses,pergerakan dan pengunaan kawasan luaran bangunan
oleh orang kurang upaya.
3.3.1 Proses kelulusan landskap

Kelulusan landskap adalah berdasarkan kepada kelulusan Kebenaran


Merancang.Semakan pelan untuk memberi kelulusan Pelan Landskap
sehinggalah kelulusan kerja kerja landskap ditapak perlulah dijalankan secara
teratur dan mengikut tatacara yang mudah difaham serta dijalankan dengan
teratur
Senarai senarai semak permohonan beserta borang borang berkaitan
dimuatkan dalam dokumen panduan permohonan untuk rujukan oleh
perunding semasa penyediaan pelan untuk permohonan kelulusan
Melalui perlaksanaan dasar Pusat Permohonan setempat (SC) dan konsep
permohonan serentak yang mana menitikberatkan ketepatan masa dan
maklumat yang dikemukakan,dokumen ini telah disediakan untuk dijadikan
rujukan oleh para perunding dalam masa penyediaan pelan oleh perinding
dan juga proses kelulusan oleh pihak Perbadanan Putrajaya
Semakan pelan landskap dijalankan Unit Kawalan Landskap,manakala pelan
pelan kejuruteraan dipanjangkan kepada jabatan jabatan yang lain yang
berkaitan untuk membuat semakan dan ulasan pakar dalam bidang bidang
tertentu seperti pencahayaan,perparitan,struktur,mekanikal elektrik dan trafik
Dokumen tatacara dan senarai semak permohonan kelulusan cadangan
pembangunan landskap dari peringkat pengambilhan kawasan landskap oleh
Perbadanan Putrajaya telah dikemaskini dan dimuatkan di dalam dokumen
panduan bagi kelulusan diperingkat tersebut
Kandungan dokumen pula,ia hanya tertumpu pada roses Kelulusan Pelan
Landskap (KL) memandangkan proses kelulusan Pelan Landskap diperingkat
kelulusan Kebenaran Merancang (KM/SA/PB)telah pun dimuatkan dalam
dokumen panduan bagi kelulusan diperingkat tersebut
Walaupun bagaimanapun,tatacara proses pengeluaran surat sokongan
kelayakan Menduduki Bangunan( Landskap) dan Perakuan Siap dan
Pematuhan disertakan dalam dokumen ini bagi kemudahan perunding dan
mereka yang berkaitan
Tatacara dan kaedah semakan juga diperkukuhkan dengan memberi tumpuan
terhadap pematuhan standard dan garis panduan reka bentuk diperingkat
semakan pelan,semakan ditapak pembinaan,pemeriksaan pokok dinuseri dan
pemeriksaan pematuhan ditapak pembinaan untuk memastikan
keseragaman pembangunan landskap.Kualiti ISO terhadap 10 tatacara
proses kerjanya juga disediakan untuk memastikan proses kelulusan dapat
dilaksanakan dalam tempoh 53 hari seperti mna ditetapkan oleh pihak
kementeriaan perumahan dan Kerajaan dan Tempatan (KPKT) Pada tahun
2007
Pada tahun 2010,pihak KPKT meminta agar tempoh kelulusan dikaji semula
kepada 38 hari.Pada tahun yang sama Perbadanan Putrajaya meluluskan
pembangunan sistem elektronik bagi kelulusan landskap meningkatkan
efisiensi pemprosesan kelulusan

Melalui sistem elektronik Permohonan Kelulusan Landskap (ESKL),pegawai


teknikal landskap kini dapat menumpukan pehatian terhadap pematuhan
standard reka bentuk dan pembangunan Landskap agar dapat dikawal

3.3.2 Pemeriksaan Tapak Pembinaan Landskap


Lawatan tapak diadakan bagi memastikan pihak pemaju/pemilik mematuhi
kelulusan pelan landskap dan garis panduan yang di tetapkan.Antara tujuan lawatan
tapak diadakan adalah untuk menjalankan pemeriksaan/pematauan projek landskap
di tapak pembangunan,mengeluarkan sijil kelayakan menduduki
Bangunan(Sementara atau Tetap)TCFO atau CFO)Memastikan sijil Perakuan siap
dan pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh perunding bertauliah menpati
kelulusan yang diberikan dan mengadakan lawatan susulan bagi tujuan untuk
mengambil alih kawasan projek untuk penyelaraskan kerja kerja penyelenggaraan
oleh pihak Perbadanan Putrajaya

3.3.3 Lawatan Tapak

i. Lawatan tapak layak dilaksanakan setelah perkara perkara berikut


dilaksanakan oleh pemohon setelah projek landskap disiapkan dengan
tanaman pokok rendang dan tanaman tanaman lain
ii. Membekalkan dan memasang perabot kelengkapan,pekakas permainan
kanak kanak,gelanggan rekreaksi dan segala komponen landskap yang
berkaitan serat mematuhi syarat syarat spesifikasi di pelan yang diluluskan
iii. Semua sistem pengairan berfungsi dengan baik,pokok pokok ditanam
dengan kemas,diikat dan di pancang dengan baik,kawasan yang berair di
tambak supaya air tidak bertakung
iv. Kawasan berumput hidup segar dan doi selenggara dengan
baik,memaklumkan apa apa perubahan di tapak dan mendapatkan kelulusan
Perbadanan Putrajaya terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan
v. Memastikan kawasan telah dikemaskan dan di bersihkan dari bahan bahan
lebihan binaan dan menyediakan laporan dan gambar tapak projek untuk
rekod Perbadanan Putrajaya
vi. Pihak Perbadanan Putrajaya berhak membatalkan lawatan serta merta jika
syarat dan spesifikasi kerja landskap tidak dipatuhi

3.3.4 Pematuhan Syarat Kelulusan Dan Spesifikasi


Pemantauan dan pemeriksaan terhadap tapak pembinaan landskap
didasarkan Kepada Pelan Kebenaran Merancang diperingkat Susun atur
(SA),Pendirian Bangunan(PB) dan Kelulusan Landskap (KL) yang telah
diluluskan.Tindakan perundangan akan diambil terhadap kegagalan mematuhi
syarat kelulusan dan spesifikasi mengikut Akta 536 Perbadanan Putrajaya 1995,Akta
172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1997,Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974
dan lain lain yang berkatan

Sekiranya hasil daripada lawatan yang diadakan didapati tidak


memuaskan,pihak pemaju/pemilik atau pelaksana dikehendaki untuk mengambil
tindakan seperti yang berikut:

Arahan arahan teknikal untuk menambah baik atau memperbaiki sebarang


kecacatan berdasarkan perbincangan teknikal peringkat jabatan yang
membuat semakan pelan pelan berkaitan sama ada arahan ditapak projek
atau arahan bertulis yang dikeluarkan

Pihak Perbadanan Putrajaya pula selaku Pihak Berkuasa Tempatan akan


memastikan tindakan seperti yang berikut diambil:

a. Pengeluaran surat surat peringatan kepada pemaju/pemilik/perunding


b. Pengeluaran kompaun/notis tindakan penguat kuasaan
c. Pemotongan wang cagaran(jika ada)
d. Penggantungan pengeluaran surat Sokongan Sijil Kelayakan Menduduki
Bangunan (Certificate of Fitness Occupation-CFO).Tempoh penggantungsn
ini bergantung kepada pematuhan penuh siap ditapak oleh
pemaju/pemilik/perunding
e. Pengeluaran surat sokongan sementara (Temporary Certificate of Fitness
Occupation TCFO)diberikan hanya untuk kerja kerja landskap yang masih
belum disempurnakan sepenuhnya dan belum melepasi kualiti kerja yang
diharapkan

f. Penangguhan pengambilalihan kerja kerja penyelenggaraan sehingga semua


kerja pematuhan siap sepenuhnya dan pihak Perbadanan Putrajaya berpuas
hati dengan kerja yang disempurnakan
3.3.5 Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate of Completion And
Complianciance-CCC) Bagi Kerja Landskap

Sijil perakuan dan pematuhan (Certificate Of Completion and Compliance-CCC)bagi


kerja landskap adalah merupakan sijil yang dikeluarkan bagi mengesahkan tentang
kerja kerja landskap yang telah selesai dan sempurna dilaksanakan di tapak
pembagunan melalui penggunaan borang G21 iaitu berkaitan pandangan Darat
(landskap)yang di tandatangani dan dikeluarkan oleh orang utama iaitu Principal
Submitting Person(PSP) yang terdiri daripada Arkitek Landskap bertuliah

3.3.6 Lawatan Pemeriksaan

i. Pihak perunding adalah dikehendaki untuk memastikan bahawa kerja kerja


landskap telah disiapkan sepenuhnya sebagaimana spesifikasi di dalam
pelan yang telah diluluskan
ii. Apa apa perubahan kerja hendaklah dimaklumkan kepada pihak Perbadanan
Putrajaya secara bertulis dengan menjelaskan sebab sebab perubahan
sebelum lawatan pemeriksaan dijalankan
iii. Semua kawasan landskap adalah bebas dari sebarang keadaan yang boleh
membawa bahaya dan ganggu kepada orang awam seperti air
bertakung,sampah serap,sisa binaan dan sebagainya
iv. Semua kawasan Landskap bagi bangunan awam dan kawasan landskap
awam hendaklah dipastikan mematuhi Malaysian Standars MS 966:2001

v. Semua kawasan permainan kanak kanak dan peralatan permainan kanak


kanak dipastikan mematuhi Malaysian Standard MS 966:2001
vi. Semua kawasan sekitar pembangunan(dalam dan luar sempadan)terlibat
sebagai kawasan lay-down semasa pembinaan hendaklah dipastikan telah
dibersihkan dari segala jenis pencemaran dan ditanam dengan rumput secara
rapat dengan sempurna
vii. Semua pokok pokok hendaklah telah ditanam mengikut spesifikasi,bebas dari
segala penyakit dan serangga perosak
viii.Perunding Landskap hendaklah hadir semasa pemeriksaan dijalanakan
ix. Borang perakuan pemeriksaan perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada
Perbadanan Putrajaya beserta Laporan bergambar komponen komponen
yang tidak mematuhi keperluan keperluan di atas dalam masa tidak lebih dari
3hari dari tarikh pemeriksaan lawatan rasmi dilakukan

3.3.7 Pematuhan Syarat Dan Spesifikasi

a. Semua syarat syarat yang telah ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya sama
ada di peringkat Kelulusan Kebenaran merancang,kelulusan Pelan Landskap
atau apa apa kelulusan lain yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya
hendaklah dipatuhi terlebih dahulu sebelum pemohonan untuk pengeluaran
surat sokong bagi Perakuan Siap dan Pematuhan ini dikemukakan kepada
pihak Perbadanan Putrajaya
b. Perunding adalah bertanggunjawab ke atas semua kerja yang dijalankan oleh
kontraktor dan hendaklah memastikan kesemua spesifikasi seperti mana
dalam pelan yang telah diluluskan dipatuhi.Sekiranya terdapat apa apa
perubahan kepada pelan dan spesifikasi,maka pihak perunding hendaklah
memaklumkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya terlebih dahulu

c. Bagi pembangunan yang tidak mencapai tahap kesempurnaan atau belum


siap pembinaanya,Perbadanan Putrajaya boleh mengambil tindakan melalui
kaedah kaedah berikut:
i. Mengeluarkan arahan teknikal kepada pemaju/pemilik/perunding untuk
menambah baik atau memperbaiki kecacatan kerja tapak
ii. Arahan Penyelarasan melalui perbincangan
iii. Mengeluarkan Surat Peringatan
iv. Mengambil tindakan undang undang/Kompaun atau tindakan
penguatkuasaan
v. Membuat pemotongan wang cagaran (jika ada)
vi. Menggntung pengeluaran Surat Sokongan bagi Perakuan Siap dan
pematuhan

3.3.8 Syarat Syarat Sokongan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

i. Pemeriksaan tapak bagi semua komponen landskap lembut dan landskap


kejur hendaklah berdasarkan kepada Kelulusan Pelan Landskap yang telah
diluluskan.
ii. Kawasan landskap hendaklah mesra pengguna,bersih,selasa dan selamat
dengan memastikan reka bentuk dan kekemasan laluan penjalan kaki dan
kawasan permukaan kejur mematuhi keperluan serat kemudahan golongan
kurang upaya,iaitu berdasarkan Standard and Industrial Research Institute of
Malaysia(SIRIM)Malaysia standard MS 1331:2003 Dan MS 1184:2002
iii. Papan Tanda perlu di selaraskan dengan garis panduan signage&
advertisement Design Guidelines for Putrajaya(SADG) dari segi
perletakan,mesej penamaan,font size,typeface,kekemasan
bahan,warna,corak dan butir jelas pembinaan.Perletakan papan tanda papan
tanda tersebut hendaklah mengambil kira ruang perletakan,clear sidewalk
zone,ruang kelegaan tanaman dan pandngan (Planting clearance & line of
sight)

iv. Perlu menyediakan pagar keselamatan di kawasan yang terdapat perbezaan


aras melebihi 600mm dan menanam pokok renek pagaran bersesuaian di
sebelah atas dan bawah tembok selaras dengan Fencing Policy and Design
Guidelines for Putrajaya (FPDG)
v. Perlu menyediakan perincian reka untuk kawasan permainan kanak
kanak,play field,exercise station,outdoor dan indoor game court dan lain lain
kawasan rekreaksi sebagaimana Kelulusan Pelan Landskap.Komponen
komponen bagi peralatan permainan tersebut mestilah berdasarkan
Standards and industry Research institute of Malaysia (SIRIM)dan Malaysia
Standards MS 966,PART 1,2 &3
vi. Kawasan dan komponen landskap diluar sempadan pembangunan yang
terjejas atau rosak akibat kerja kerja landskap pembangunan ini perlu dibaik
pulih (make good)
vii. Laluan penjalan kaki atau kawasan tepian jalan adalah selamat untuk
pengguna serta terhindar dari gejala ragut dan memastikan reka bentuk
landskap mengambil kira pematuhan terhadap crime Prevention Through
Enviroment Design(CPTED)
viii.Perlu memastikan segala kekotoran akibat lebihan bahan pembinaan
(Contruction debris)dibersihkan dan membaik pulih kerosakan tapak serta
mengemaskinikan permukaan tanah dan penanaman rumput secara tanam
rapat (close turfing)

Antara Lawatan Tapak Bagi Perakuan Siap Dan Pematuhan (Certificate of


Completion And Complianciance-CCC) Bagi Cadangan Perletakkan Papan
Tanda Arah Grand D door site di presint4, Cadangan Landskap bagi
Pembangunan sebuah stesyen Minyak di atas lot 74 jalan p16,dan Projek
Pertenakan Madu Kelulut D Putra Rimba di presint15

.3.3.9 Cadangan Perletakkan Papan Tanda Arah Grand D door site


Rajah 3.3.9 Lawatan Tapak bagi Pematuhan CCC

3.3.10 Cadangan Landskap Bagi Pembangunan Sebuah Stesyen


Minyak.
Rajah 3.3.10 Lawatan ke Kawasan Stesyen Minyak Bagi Pematuhan CCC

3.3.11 Cadangan Projek Bagi Pertenakan Madu Kelulut


Rajah 3.3.11 Cadangan Projek Pertenakan Bagi Madu Kelulut

PENYERAHAN KAWASAN KEPADA PERBADANAN PUTRAJAYA

Semua projek pembangunan fizikal kawasan kawasan awam(tidak termasuk


lot lot persendirian)di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya yang telah
disiapkan perlu di serahkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya untuk diambilalih
dari segi pengurusan dan penyelenggaraan landskapnya.Sebelum sebarang
pengambil alihan kawasan di kawasan yang hendak diserah telah siap dilaksanakan
dengan sempurna

Terdapat 2 keadaan pengambilalihan kawasan pembangunan landskap di Putrajaya


iaitu:

i. Projek yang dimajukan Oleh Pemaju iaitu Putrajaya Holding Sdn Bhd (PHSB)
beserta rakan kongsinya
ii. Projek yang dimajukan oleh Perbadanan Putrajaya(PPJ)
Bagi projek dibawah PHSB,PHSB perlu memastikan pematuhan senarai semak
permohonan dilakukan bagi semua projek projek yang diserahkan kepada
Perbadanan Putrajaya.Bagi projek yang dimajukan oleh Perbadanan Putrajaya
sendiri,pengambilalihan projek dibuat sebaik sahaja Sijil Siap Kerja(Certificate of
Practipal Completion(CPC)

Walau bagaimanapun,sebarang bangunan yang telah siap perlulah


mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness for
Occupancy(CFO) atau Sijil Perakuan siap dan Pematuhan (Certificate of Completion
and Compliance(CCC) Terlebih dahulu sebelum kawasan landskapnya boleh diambil
alih.Selain itu,pelan pelan serta dokumen dokumen yang berkaitan juga perlu
dikemukakan bagi tujuan operasi,pengurusan dan penyelenggaraan landskap
kawasan tersebut oleh pihak Perbadanan Putrajaya setelah ia diambil alih
Bagi kawasan landskap dan taman yang tidak mempunyai bangunan atau
struktu,pemaju hanya perlu mengemukakan Sijil Siap Kerja(Certificate of Practical
Completion(CPC)kepada pihak Perbadanan Putrajaya sebagai Perakuan Siap Kerja
untuk membolehkan kawasan landskapnya diambil alih

Setelah pihak Perbadana Putrajaya telah membuat lawatan pra-ccc bagi


memantau kawasan yang hendak diambil alih dan pemaju yang telah mematuhi
syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.Selepas hasil
lawatan tersebut pihak Perbadanan Putrajaya telah meluluskan dan mengeluarkan
ccc dan diambil alih kawasan tersebut

PROSES PERMOHONAN KELULUSAN LANDSKAP


Borang Semak Tidak Penerimaan Permohonan Unit Borang Semak Lengkap
Permohonan
Lengkap Kawalan Landskap
Tidak Lengkap Permohonan Lengkap

Mesyuarat JKT
Surat Terima
Surat Tolak

Memulangkan Pelan Untuk


Pembetulan
Mesyuarat JK OSC

Lulus
Lulus Mesyuarat

Sijil Lulus
Rajah: Pemantauan CCC di D Mutiarapresint16 yang terakhir bagi kelulusan permit
kerja dijalan

BAB 2 : PENGURUSAN NURSERI DALAM TAMAN

Ditempatkan di kawasan Taman Wawasan Presint 2 Putrajaya.Melakukan kerja kerja


penyelenggaraan landskap,seperti:

A] Pemasuan semula pokok

Bertujuan

i. Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien,air dan cahaya matahari


ii. Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan mudah
iii. Memudahkan kerja kerja penjagaan seperti menyiram,menggembur dan
membaja
iv. Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz
tanaman
Terdapat dua jenis pemasuan semula yang dilakukan :
a. Menggunakan pasu
b. Polibeg

Kaedah kaedah pemasuan semula pokok menggunakan medium / media 3: 2:


1(Tanah,Bahan organik,Pasir)

1 2

Tanah yang telah siap Pokok yang akar telah timbul


dibancuh.Iaitu media 3:2:1 pada ruang tanah
3 3 4

Memasukan pokok dan tanah Ratakan tanah supaya pokok


kedalam pasu bunga berada dalam keadaan padat
dan baik

1 2

Memasukan tanah kedalam Mengeluarkan pokok dari polibeg


polibeg bersaiz 8x8 dan menukar kepada
polibeg bersaiz 12 x12

3 4
Akhir sekali meratakan tanah
Memasukkan pokok ke
agar pokok lebih padat
polibeg bersaiz 12 x 12

B] Penyelenggaraan pokok di kawasan nurseri Taman Wawasan

SEMBURAN RACUN

Racun rumpai ialah racun makhluk perosak yang digunakan untuk membunuh
rumpai dan tumbuhan yang tak dikehendaki. Terdapat dua sifat racun rumpai iaitu
selektif (memilih) dan tidak selektif (tidak memilih). Racun rumpai selektif hanya
mematikan rumpai atau spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan
tanaman dalam keadaan terkawal
MERUMPAI

Aktiviti ini perlu dilakukan dari masa ke semasa. Merumpai menjadikan kawasan
landskap kelihatan kemas, teratur dan menjauhkan tumbuhan daripada serangan
penyakit. Merumpai boleh dilakukan dengan tangan atau mengguanak peralatan
khas.
PEMBAJAAN

Pembajaan yang seimbang dan betul menghasilkan tumbuhan landskap sihat dan
subur. Pastikan tujuan membaja samaada untuk pengeluaran bunga, buah atau
daun. Baja tinggi nitrogen untuk berdaun cantik. Baja tinggi fosfat dan potash untuk
menghasilkan bunga dan buah. Pembajaan hendaklah mengikut masa yang telah
dijadualkan.
PEMANGKASAN

Pemangkasan dilakukan dengan membuang tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh


tidak teratur dan dahan-dahan yang telah rosak. Ia bertujuan; membentuk pokok,
membuang dahan mati, berpenyakit, dan yang tidak diperlukan, merangsang
pertumbyhan tunas, bunga atau buah, meninggikan nilai estetika, dan memberi
keseimbangan pada pokok supaya tidak rebah. Ada tiga jenis; pemangkasan
membentuk, pemangkasan kelaziman, dan pemangkasan memperbaiki.

PEMANGKASAN MEMPERBAIKI
PENYIRAMAN

Dilakukan sebaik sahaja kerja-kerja penanaman selesai. Air siraman hendaklah


mengenai pokok dan tanah penanaman. Air siraman hendaklah menyerap sedalam
13 15 cm ke dalam tanah. Umumnya penyiraman dilakukan dua kali sehari untuk
pokok dalam bekas iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Apabila pokok telah
dewasa, kadar penyiraman bolehlah dikurangkan atau diberhentikan.
C] PENGHASILAN POKOK BUNGA SEMUSIM
MAKSUD

Mempunyai pelbagai jenis warna dan bentuk

TUJUAN

Pokok semusim ditanam untuk tujuan menghias lokasi penting untuk tempoh 4
hingga 5 minggu sahaja sebelum pokok tersebut akan diganti . Biasanya Pokok ini
ditanam ditempat lokasi strategik , bangunan bangunan penting dan di Taman taman
awam.

CONTOH POKOK

KAEDAH PENGHASILAN POKOK BUNGA SEMUSIM


D] PENGHASILAN TANAMAN

KERATAN BATANG
Keratan Kayu Keras

Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai
keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan
batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih
dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di
dalam beg politena

BIJI BENIH

Benih atau anak benih merujuk kepada tumbuhan muda (anak) yang berkembang
daripada biji benih. Tahap awal dalam perkembangan tumbuh-tumbuhan ini dikenali
sebagai percambahan dan dianggap amat penting dalam kehidupan tumbuhan. Ia
terdiri daripada tiga bahagian, iaitu radikel (akar embrio), hipokotil (batang embrio)
dan kotiledon (daun benih). Tumbuhan jenis berbunga pula dibahagikan mengikut
bilangan dedaun embrionya, iaitu monokotiledon (monokot), yang memiliki kotiledon
jenis bilah, dikotiledon (dikot) yang mempunyai dua helai daun berbentuk
bulat, multikotiledon (multikot), yang memiliki lebih daripada dua daun embrio,
selain akotiledon (akot) yang langsung tidak berdaun.

AKTIVITI LAIN LAIN SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI DI PERBADANAN


PUTRAJAYA

MENGEMASKINI FAIL,MENAMPAL RUMPUT,MENGHIAS PENTAS UNTUK


PUSPANITA DAN KERJA KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN RUMAH
LINDUNGAN HIJAU
BAB 3 PENANAMAN RUMPUT DI KAWASAN PADANG DI TAMAN BOTANI
PUTRAJAYA

TUJUAN PENANAMAN: Tujuan penanaman rumput adalah untuk mencantikkan


laman sesuatu kawasan, dari keadaan semak samun berlalang dan tumbuhan liar
kepada keadaan cantik bersih dan menghijau.

OBJEKTIF PENANAMAN:

KAEDAH PENANAMAN RUMPUT


BAB 4 MEMANTAU KAWASAN PEMBINAAN GREEN HOUSE DI PRESINT 14
BAGI PROGRAM PERTANIAN BANDAR PUTRAJAYA,LOCAL AGENDA 21
PUTRAJAYA
TUJUAN

Kerja kerja membina dan menyiapkan rumah lindungan hijau dan struktur berkaitan
dikebun komuniti putra harmoni.Serta program pertanian bandar putrajaya,local
agenda 21 putrajaya

Kerja kerja membina dan menyiapkan rumah lindungan hujan(Green House)

dan struktur berkaitan dikebun Komuniti Putra Harmoni


BAB lV
4.1 KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 4 bulan ini,banyak perkara


yang saya pelajari.Latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia
dapat melatih kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang pembelajaran di
kolej.Ia dapat diaplikasikan dengan berkesan untuk membina satu cabang
keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan yang sebenar yang bakal saya
tempuhi.

Ini kerana latihan industri ini telah memberi banyak pendedahan yang
sewajarnya tentang selok belok pekerjaan demi menyiapkan diri saya dalam
alam pekerjaan sebenar.Di samping itu,ia juga telah dapat membolehkan saya
mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran dalam bidang penanaman yang
telah saya pelajari di kolej.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri
saya bagi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki
cara saya dalam berkomunikasi dengan orang lain semasa di Perbadanan
Putrajaya.Kerjasama yang diberikan di tempat industri juga amat baik dan telah
mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama.Saya berasa amat berbangga
dan beruntung kerana dapat menjalani latihan industri ini kerana pada zaman era
kemodenan ini untuk mendapatkan pekerjaan di mana mana organisasi,kita
hendaklah mempunyai banyak kemahiran dalam apa jua bidang.
BAB V

5.1 KOMEN DAN CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri,terdapat banyak perkara yang telah saya


pelajari sepanjang ditempatkan di Perbadanan Putrajaya.Seperti biasa setiap
perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya,begitu juga dengan latihan industri
ini.

Latihan industri ini amat bermanfaat bagi para pelajar.Dengan adanya


latihan ini,saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar.Selain itu
saya dapat belajar cara bercampur dengan golongan yang berbeza dan ini
meningkatkan keyakinan saya dalam berkomunikasi serta menjadikan saya lebih
matang apabila dapat berkongsi pendapat,nasihat dan sebagainya semasa bergaul.

Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori
di UCAM kepada amali di sini.Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman
saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya sebelum ini.

Berikut adalah beberapa cadangan yang ingin Saya kemukakan bagi


penambahbaikkan sistem latihan industri yang telah sedia ada di UCAM:

i. Menambah jam kredit latihan industri agar pelajar mempunyai lebih banyak
masa dalam memperoleh kemahiran alam pekerjaan
ii. Pihak UCAM bersama sama dengan pihak syarikat perlu menjalankan
kerjasama yang baik dan sentiasa berganding bahu dalam menjayakan dan
meningkatkan impak latihan industri.
iii. Memberi lebih pendedahan kepada pelajar yang bakal menjalani latihan
industri agar mereka labih tahu dan bersedia tentang kemahiran yang patut
direbut semasa menjalani latihan industri

BAB Vl

1. Buku Garis Panduan Permohonan Kelulusan Landskap Perbadanan


Putrajaya,Mei 2016,oleh Lar.Noriah Mat.
2. Buku Garis Panduan Serah Tapak,September 2013,Lar.Mohd Asri
Muhamad Sharif
3. Buku 1001 flowers of garden

Anda mungkin juga menyukai