Anda di halaman 1dari 5

Antara maklumat yang boleh didapati pada label makanan yang membantu kita dalam membuat

pemilihan makanan meliputi :

1. Panel maklumat pemakanan


2. Akuan pemakanan
3. Senarai ramuan
4. Penandaan tarikh
5. Informasi mengenai pengilang atau pengeluar.

Panel Maklumat Pemakanan


Panel Maklumat Pemakanan menunjukkan senarai jumlah tenaga dan beberapa jenis nutrien seperti
karbohidrat, protein dan lemak dalam sesuatu produk makanan.

Contoh Panel Maklumat Pemakanan seperti di bawah.


Akuan Pemakanan Pada Label
Akuan pemakanan ialah sebarang akuan yang dibuat pada label makanan tentang kualiti pemakanan.
Akuan seperti bebas lemak, tinggi vitamin C atau gula dikurangkan boleh dijumpai pada produk yang
memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan. Jenis-jenis dan penerangan
berhubung akuan pemakanan ini diringkaskan seperti berikut:

Jenis Akuan Kata Kunci Penerangan

Akuan rendah dalam (low) bebas (free / Melibatkan nutrien yang dikatakan tidak
Kandungan zero / no) Contoh: rendah lemak, baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan
Nutrien bebas gula. seperti lemak, kolesterol, gula atau garam.
Melibatkan nutrien yang berguna untuk
sumber (source) tinggi dalam kesihatan seperti protein, vitamin atau
(high / rich) Contoh: sumber mineral.
protein, tinggi kalsium.

Melibatkan formulasi baru sesuatu produk


dikurangkan (reduced) sedikit / di mana nutrien tertentu yang dikaitkan
ringan (less / light) Contoh: natrium sebagai tidak baik untuk kesihatan telah
dikurangkan dikurangkan berbanding formula yang asal.
Akuan
perbandingan
nutrien
Melibatkan formulasi baru sesuatu produk
tambahan (more / extra) lebih
di mana nutrien tertentu yang dikaitkan
daripada (increased) Contoh:
sebagai baik untuk kesihatan telah
kalsium tambahan
ditingkatkan berbanding formula yang asal.

Hanya senarai akuan yang


dibenarkan di bawah Peraturan-
Peraturan Makanan 1985 mengikut
syarat-syarat tertentu yang
melibatkan:
fungsi nutrien klasik seperti
protein, vitamin dan mineral Akuan memperihalkan peranan
tertentu nutrien dalam fungsi badan yang normal
o contoh:kalsium berdasarkan perkembangan dan bukti
Akuan fungsi membantu perkembangan saintifik.
nutrien tulang dan gigi yang kuat. Akuan tidak menyiratkan nutrien
komponen- tersebut mampu merawat, menyembuh
komponen lain yang telah dikenal atau melindungi daripada penyakit
pasti seperti lutein, beta glukan, tertentu.
sterol tumbuhan, asid sialik dan
sebagainya
o contoh: beta glukan
daripada oat membantu
merendahkan kolesterol.

Senarai Ramuan
Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untuk mengetahui isi kandungan makanan
berbungkus. Kita juga boleh mengetahui ramuan yang boleh menyebabkan alahan makanan melalui
senarai ramuan yang dipamerkan.

Beberapa perkara yang boleh membantu kita daripada maklumat senarai ramuan tersebut adalah :

Anda mungkin juga menyukai