Anda di halaman 1dari 2

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh
membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon
segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau
dengan gula atau madu. Mudah kan?
Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap
hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:


1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan
masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik
kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan
penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat
untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang
baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan
magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali
dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C
dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat
membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian
mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang
membantumenghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit
tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

Anda mungkin juga menyukai