Anda di halaman 1dari 3

6.

KESIMPULAN

❖ RUMUSAN KESELURUHAN HASIL PERBINCANGAN

Secara rumusannya, ternyata banyak kelebihan surah Al-Kahfi ini. Segala pengajaran dan
mesej disalurkan melalui kitab suci al-Quran. Betapa pentingnya al-Quran bagi umat islam
kerana banyak isi tentang ilmu dan cerita yang boleh dijadikan sebagai iktibar hidup. Surah
Al-Kahfi juga amat berguna dan bermanfaat untuk dijadikan panduan dan rujukan. Malahan,
ia juga sebagai peringatan kepada umat manusia akan hari kiamat yang sudah benar-benar
menghampiri umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad SAW. Bacalah surah Al-Kahfi
sebagai senjata pada hari ketibaannya ad-Dajjal. Sesungguhnya, fitnah adDajjal adalah fitnah
paling terbesar umat manusia. Dengan menghafaz dan membaca surah ini, dijamin akan
terselamat dari tipu daya dan fitnah ad-Dajjal. Sebagai umat islam yang prihatin, berjuanglah
untuk menghafaz dan membaca surah Al-Kahfi ini kerana kita sudah berada di fasa akhir
zaman sebelum tanda besar kiamat melanda dunia, persiapkanlah diri dengan surah Al-Kahfi
ini bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan.

Secara rumusannya, Allah SWT telah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai penunjuk
jalan dan pedoman bagi seluruh umat manusia dalam setiap perbuatan dan amalan seharian.
Maka, ketahuilah wahai umat manusia bahawa mukjizat al-Quran itu sangat besar
sehinggakan setiap satu ayat dan surah di dalamnya penuh dengan maksud dan isi-isi yang
tersirat sesuai sepanjang zaman. Terlalu banyak mesej yang disalurkan melalui al-Quran
contohnya surah Al-Kahfi. Terdapat pengajaran, panduan, dan rujukan yang boleh kita
peroleh daripada surah Al-Kahfi ini. Kita juga boleh fahami mengenai perkaitan ibrah dar
surah ini dengan hadis mengenai fitnah ad-Dajjal yang seharusnya setiap umat islam wajib
mengambil iktibar dalam setiap kisah-kisah yang terdapat di dalam surah ini.

Percaya atau tidak percaya sudah banyak tanda-tanda kecil telah terjadi. Siapkah kita
sebagai umat islam untuk menempuh tanda besar kiamat? Salah satunya adalah kemunculan
ad-Dajjal. Surah Al-Kahfi sangat berkaitrapat tentang fitnah dunia dan ujian berat. Namun,
tidak tahukah anda dengan membaca surah Al-Kahfi ini dapat menghindari kita dari fitnah
terbesar umat manusia iaitu fitnah Dajjal. Maka dapat disimpulkan bahawa ad-Dajjal adalah
dalam bentuk makhluk ataupun satu kuasa besar (fitnah). Ianya akan dating membawa ujian
kepada seluruh umat manusia dengan banyak cara.

Pertama sekali, fitnah Dajjal ialah dia akan mengaku bahawa dirinya ialah nabi malah
memaksa umat manusia untuk meniggalkan agama Islam. Lalu menawarkan apa sahaja hajat
untuk ditunaikan sekiranya manusia meninggalkannya. Paling kejam, ad-Dajjal akan terus
mensyirikkan Allah SWT.

Kedua ialah fitnah kekayaan dan kemewahan. Pada hari tibanya ad-Dajjal ini, hari akan
menjadi kering kontang dan Dajjal mengaragkan awan supaya menurunkan hujan dan
menggoda umat manusia dengan kekayaannya.

Ketiganya, fitmah ilmu. Ad-Dajjal pada masa itu menjanjikan bahawa mereka yang
menjadi pengikutnya akan dipandang tinggi dan menjadi pejuang kebenaran malah pada
hakikatmya ia adalah batil.

Fitnah yang terakhir sekali ialah fitnah kekuasaan. Dajjal juga akan menjanjikan kuasa
kepada umat manusia. Semoga pengorbanan atas nama dijamin mendapat kuasa.

Penutup kata, perbanyakkanlah membaca surah Al-Kahfi ini kerana surah ini banyak
merakamkan amaran Allah SWT kepada orang yang kufur nikmat-Nya, di samping
memberikan khabar gembira kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, menghuraikan dengan
jelas pertentangan antara iman dan “madiyyah” serta menggariskan makna kebahagiaan yang
sebenar menurut Islam. Kisah-kisah yang terkandung di dalam surah Al-Kahfi menjadi bahan
renungan dan peringatan kepada umat beriman sepanjang zaman khususnya di era tamadun
ke“dajjal”an bermaharajalela. Bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan. Surah Al-
Kahfi ini sering diingatkan supaya menjadi bacaan rutin setiap kali menjelang Jumaat yang
berkah, tetapi hanya mereka yang berjuang menegakkan agama Allah dan mengembalikan
umat manusia di landasan kebenaran merasai roh dan semangat yang digarapkan daripada
surah ini. Secara keseluruhannya, surah Al-Kahfi menyampaikan mesej kepada empat
kategori manusia yang agar tidak terpedaya dengan pemikiran materialisme, iaitu rakyat,
usahawan, para ilmuan dan pemerintah. Surah Al-Kahfi ini diakhiri dengan suatu ayat yang
merupakan tuntutan melaksanakan sesuatu perkara itu dengan ikhlas dan bersih daripada
segala anasir-anasir syirik kepada Allah.

‫صا ِل ًحا َوال يُ ْش ِر ْك بِ ِعبَادَةِ َربِ ِه أَ َحدًا‬ َ ‫فَ َمن َكانَ يَ ْر ُجو ِلقَاء َربِ ِه فَ ْليَ ْع َم ْل‬
َ ‫ع َمال‬
“Barangsiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhan-nya maka hendaklah dia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mensyirikkan-Nya (menduakan-Nya) dalam
melakukan ibadat kepada Allah.” (al-Kahfi, ayat 110)

Anda mungkin juga menyukai