Anda di halaman 1dari 1

MAKANAN SEIMBANG

Makanan
4

seimbang yang

merupakan mengandungi

makanan

karbohidrat, protein, vitamin, garam


3

mineral dan air dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan

badan. Makanan seimbang dapat menjadikan otak sihat dan cerdas.

Cara pemakanan seimbang boleh diketahui melalui piramid makanan. Piramid makanan mempunyai empat aras. Aras pertama piramid makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Contoh makanan dari kumpulan ini adalah nasi, roti, bijirin, air dan sebagainya. Makanan dari kumpulan ini perlu dimakan paling banyak kerana ia membekalkan tenaga kepada tubuh. Aras dua piramid makanan pula mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin. Contoh makanan dalam kumpulan ini adalah sayur-sayuran dan buahbuahan seperti tomato, epal, kubis dan sebagainya. Makanan dari kumpulan ini perlu dimakan banyak. Aras tiga pula mengandungi makanan yang kaya dengan protein. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah daging, ikan, ayam, susu dan lain-lain. Makanan dari kumpulan ini perlu dimakan sederhana. Aras empat pula mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan lemak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah mentega, minyak, gula dan lain-lain. Makanan dari kumpulan ini hanya boleh dimakan sedikit sahaja.

Anda mungkin juga menyukai