Anda di halaman 1dari 1

Kesesuaian Terapi Biblio

Terapi biblio ialah terapi yang menggunakan buku-buku untuk menolong seseorang
menyelesaikan masalah. Banyak situasi yang sesuai menggunakan terapi ini. Pemilihan
buku yang sesuai dengan situasi juga sangat penting supaya terapi ini dapat dijalankan
dengan berkesan.
Salah satunya ialah untuk mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi.
Dengan membaca, seseorang dapat mengurangkan tekanan seseorang. Membaca
juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Contohnya, buku yang
berjudul chickens soup yang mempunyai banyak cerita yang berkaitan dengan
perasaan dan emosi dapat membantu seseorang yang murung akibat trauma.
Selain itu juga, membaca juga boleh menghilangkan kebosanan. Contohnya
ketika menunggu di dalam barisan. Masa boleh diisi dengan membaca buku yang
memberi banyak faedah dan ia juga boleh mententeramkan jiwa.
Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah seperti panas baran dan
mempunyai sikap tidak sabar, terapi ini amat sesuai digunakan. Dengan membaca, otak
kita akan lebih fokus dengan buku dan akan mengurangkan pemikiran kita tentang
perkara yang menyebabkan kita menjadi marah.
Di sekolah pula, terapi ini sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membantu
murid mendapatkan ilmu dari pembacaan yang telah dibuat. Ia juga boleh
meningkatkan perkembangan murid dari segi semua aspek. Contohnya seorang murid
telah membaca tentang ilmu agama. Dengan pembacaan yang dibuat, murid akan
dapat meningkatkan nilai rohani di dalam diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai