Anda di halaman 1dari 17

GURU BERKESAN DI SEKOLAH

1.0

Pengenalan
Penulisan ini bertujuan untuk membicarakan akan hal guru berkesan di
sekolah dari konsep asas sehingga lah kepada perlakuan mengajar seorang
guru berkesan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di sekolah. Hal ini adalah perlu bagi memperjelaskan akan
tanggapan umum guru terhadap peranan mereka yang hanya berbentuk
instrumental,

iaitu

menyalurkan

pengetahuan

dan

kemahiran

bagi

menyediakan pelajar terhadap satu-satu pekerjaan semata-mata lantas


menyimpulkan guru berkesan adalah guru yang mempu memberikan tiket
perkerjaan terhadap pelajarnya tanpa menyedari sifat berkesan lebih fokus
kepada profesionaliti guru tersebut yang akan menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan berdasarkan perubahan tingkah laku dan
pencapaian pelajar.
2.0

Definisi Guru Berkesan di Sekolah


Guru menurut Mok Soon Sang ( 2008 : 465 ) merupakan seorang ahli
ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di
sekolah

sebagai

pengajar,

pembimbing,

pemudahcara,

inovator

dan

pengurus yang secara tidak langsung mempuanyi peranan dalam aspek


ekonomi dan masyarakat. Sekolah pula menurut T.Marimuthu ( 1990 :83 ),
merupakan sebuah institusi formal yang diwujudkan oleh masyarakat yang
bertujuan

menyerapkan

fungsi-fungsi

sosialisasi

dan

budaya

yang

merangkumi fungsi sebagai persediaan untuk pekerjaan, perkhidmatan


untuk ekonomi, agensi penapisan dan pemilihan, arah mobiliti sosial,
kawalan dan persetujuan sosial, sosialisasi politik, pendidikan untuk
perubahan, agen perubahan sosial, pengaliran pengetahuan dan kemahiran
serta fungsi mengawas untuk menukar atau membawa perubahan tingkah
laku dalam kalangan pelajar.
Menurut Sufean Hussin ( 2005 :293 ), guru berkesan di sekolah
digambarkan

mempunyai

pengetahuan

akademik

yang

tinggi

dan

mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan


kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar merupakan proses
sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang
diingin dan memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai seorang guru.

Hal ini turut disokong oleh Ishak ( 1993 ) dalam Sufean Hussin ( 2005 :293 ),
bahawa motivasi merupakan penentu utama yang mengerakkan seorang
guru memiliki ciri profesionaliti yang dihadkan ( amalan mengajar tertumpu
kepada autonomi bilik darjah dan berdasarkan pengalaman berbanding teori
) dan dilanjutkan ( pendidikan bilik darjah dalam konteks yang lebih luas
berdasarkan teori dan penilaian yang sistematik ) menurut T.Marimuthu
( 1990 :112 ) melalui kajian ke atas 591 orang guru dari 34 buah sekolah di
Malaysia berhubung dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah ( KBSM ) yang mendapati 35.6% merasakan minat semakin
menurun terhadap kerjaya mereka, 54.8% ingin beralih kerja, 54.7% kurang
yakin mengajar dan 92.3% memiliki motivasi personaliti yang semakin
luntur.
Malah menurut B.L Sinha (2001: 42), penilaian keberkesanan seorang
guru tidak terletak kepada bakat mengajar, namun ianya bergantung
kepada personaliti, pelan tindakan, dan juga output kepada pengajaran di
dalam bilik darjah yang turut diutarakan oleh Mok Soon Sang ( 2008 : 474 ),
bahawa

penilaian

terhadap

guru

berkesan

melihat

kepada

hasil

pengajarannya berdasarkan personaliti mengajar yang positif, iaitu boleh


melaksanankan tugas dan aktiviti pengajarannya dalam bilik darjah secara
adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas,
menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan serta berilmu
pengetahuan dan terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan menurut David
G.Ryans ( 1959 ) dalam Mok Soon Sang ( 2008 :471 ).
3.0

Bagaimana Menjadi Guru Berkesan di Sekolah?


Menurut Salvin ( 1994 : 42 ), guru berkesan bukan sahaja berperanan
sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai
pengembang dan pengukuh kemahiran para pelajarnya yang penting dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang ditentukan
oleh ciri kualiti, kemahiran, personaliti dan pelbagai kaedah mengajar guru.

3.1

Kualiti Guru
Guru

yang

berkualiti

boleh

dimaksudkan

sebagai

guru

yang

mempunyai aspek darjah kecemerlangan dan bermutu tinggi, iaitu guru


yang tahu membuat perancangan yang sistematik terutamanya awal
beberapa minggu semasa sesi persekolahan bermula agar memahami isi
kandungan bahan yang diajar bagi membolehkan pelajar mengikuti arahan

guru dengan jelas dalam mencapai objektif pembelajaran dan suasana


pembelajaran yang sempurna dapat dihasilkan menurut Sufean Hussin
( 2005 :292 ), disamping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, iaitu
pengetahuan Imperatis ( tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai
objektif

atau

sasaran

dan

profesional

yang

merngkumi

aspek

pembelajaran, kemahiran, minat, teknologi, pedagogi, undang-undang atau


polisi tertentu yang secara tidak langsung merangkumi peranan dan
tanggungjawab terhadap profession keguruan.
3.2

Kemahiran Guru
Menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 : 92 ) seseorang guru yang
efektif semestinya mempunyai kemahiran yang mendalam dalam bidang
atau objek yang diajar terutamanya dalam aspek menetapkan matlamat dan
rancangan pengajaran, iaitu penetapan matlamat yang tinggi dalam setiap
sesi pengajaran dan mengatur rancangan untuk mencapai matlamat
tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu ada kemahiran dalam pengurusan
bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalkan suasana kelas yang sesuai
untuk

sesi

pembelajaran

berdasarkan

penguasaan

strategi

untuk

membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan mengawal


kelakuan pelajar. Disamping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran
komunikasi yang penting bagi guru yang melibatkan perlakuan mendengar
dan bercakap kerana guru bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar
dalam bidang akademik semata-mata, sebaliknya guru turut berperanan
sebagai pemberi dan penyampai maklumat ilmu pengetahuan yang turut
dpengaruhi oleh intonasi suara guru yang menarik dalam menggunakan
perkataan, frasa, dan ayat bagi menepati maksud pelajaran yang hendak
disampaikan.
Selain itu, menurut Halimah Harun ( 2006 : 86 ) guru juga harus
memiliki kemahiran dalam memotivasikan pelajar kerana memainkan
peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-masing
dalam mencapai objektif yang telah disasarkan berdasarkan pemahaman
terhadap perbezaan kognitif pelajar yang melibatkan fenomena mental
dalaman

dan

bukan

sebagai

perubahan

tingkah

laku

luaran

yang

memerlukan rangsangan yang kompleks akibat perbezaan pelajar dari segi


kecerdasan atau kecerdikan yang akan mempengaruhi tahap pembelajaran
di sekolah, maka guru yang efektif harus mengetahui bahawa pelajar hanya

dapat memproses beberapa maklumat sahaja dalam suatu masa tertentu


dan lebih memberi fokus kepada perkara-perkara yang mereka fikirkan
penting.

Oleh

itu

adalah

menjadi

tanggungjawab

guru

menekankan

pentingnya interaksi sosial pelajar dengan persekitaran fizikal untuk


merangsang pengembangan kognitif.
3.3

Personaliti Guru
Dalam pada itu, penampilan seseorang guru dapat mempengaruhi
keberkesanan dalam pengajaran dan penerimaan pelajar terhadap pelajaran
yang disampaikan kerana cara penampilan, gerak badan guru, dan sahsiah
guru di dalam bilik darjah dapat mencerminkan keyakinan dan kesungguhan
seseorang guru yang harus menjadi model atau contoh yang baik kepada
pelajar. Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahawa seseorang pelajar adalah
lebih cenderung dalam menjadikan guru sebagai sasaran idola dalam
persaingan mereka, maka tingkah laku guru adalah penting dalam
menghasilkan

pengajaran

yang

berkesan.

Penampilan

yang

cuba

diterangkan disini adalah berkaitan dengan cara guru berpakaian yang


disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan yang
keterlaluan serta sederhana dari segi fesyen dan warnannya juga tidak
terlampau terang dan berkilat-kilat agar tidak menggangu konsentrasi
pelajar.
Gerak badan yang dilakukan oleh guru pula adalah bertujuan untuk
menguatkan

lagi

pemberian

sebarang

arahan

kepada

pelajar

dan

menggambarkan emosi guru yang boleh disampaikan melalui kemahiran


menggunakan gerak geri, misalnya melalui penggunaan isyarat sebagai
pengganti perkataan yang dituturkan sejajar dengan pertuturan yang
dilafazkannya

dalam

membantu

kejayaan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Guru berkesan juga seharusnya bijak mengawal tingkah laku


dan mengekalkan tatatertib positif seorang guru disamping memiliki
keyakinan diri yang tinggi dan matlamat yang jelas agar dapat menguasai
pelajaran dengan betul dalam membentuk persekitaran yang selamat dan
teratur kepada para pelajar. Selain itu, guru perlu bijak dalam membentuk
suasana komuniti di dalam bilik darjah dan juga di sekolah, mampu menarik
minat pelajar, memberikan pengajaran yang bermakna berdasarkan tahap
kemahiran pemikiran yang tinggi serta mengawasi tahap kemajuan pelajar
agar ia menghala kepada objektif yang telah ditetapkan.

3.4

Pelbagai Kemahiran Mengajar


Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakkan pelbagai keadah
mengajar yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh setiap murid seperti yang diutarakan oleh Zamri Mahamod dan
Mohamed Amin Embi ( 2006 : 118 ), bahawa para guru seharusnya
menyedari akan kepentingan pemilihan kaedah mengajar yang berkesan
berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu sendiri dan bukannya
berdasarkan kemahuan sesoarang guru yang secara tidak langsung
menjadikan pengajaran dan pembelajaran memberikan daya tarikan baru
yang menarik perhatian pelajar yang turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj
Salleh ( 2007 :92 ), bahawa guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai
kaedah untuk menghasilkan pengajaran yang efektif berdasarkan kajian dan
penyelidikan mengenai keadah pengajaran yang bersesuaian untuk sesuatu
isi pengajaran, topik atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan
bagi mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran disamping mencari kaedahkaedah yang baru yang berperanan sebagai sumber kefahaman, minat dan
komitmen murid. Misalnya, penyelididkan yang dilakukan oleh Zamri
Mahamod dan Mohamed Amin Embi ( 2006 :120 ), mendapati bahawa guru
yang menggunakan kaedah mengajar yang sesuai membantu pelajar
memahami penggunaan bahasa dengan baik.
Disamping itu, menurut Mohamad Johdi Hj Salleh ( 2007 :98 ), guru
yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita,
memek muka dan humor akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid
mengikuti

pengajaran secara

efektif

tanpa

kebergantungan terhadap

penggunaan peralatan elektronik seperti komputer, internet, Power Point


dan video. Malah menurut Maimun Aqsha Lubis et.al. ( 2007 :124 ), kaedah
mengajar

yang

berpusatkan

aktiviti

murid

mampu

meningkatkan

pencapaian pelajar hasil daripada pengalaman terus yang secara tidak


langsung meningkatkan daya ingatan pelajar.
4.0

Usaha-usaha Guru Berkesan di Sekolah Menghasilkan Pengajaran


dan Pembelajaran Berkesan
Menurut Mok Soon Sang ( 2008:467 ), penghasilan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif adalah berkaitan dengan kejayaan seseorang

guru sebagai pengajar yang bergantung kepada perlakuan mengajar yang


baik dari segi perancangan, perlaksanaan dan penilaian.
4.1

Perancangan

4.1.1 Menentukan objektif pelajaran


Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 468 ), objektif pelajaran bagi
menghasilkan pengajaran yang efektif adalah objektif yang bersifat eksplisit
yang ditentukan berdasarkan saranan sukatan pelajaran, pengetahuan sedia
murid

serta

mengikut

kebolehan

mereka

dan

biasanya

disediakan

berdasarkan prinsip tingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid yang
dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selesai dijalankan. Keperluan penentuan objektif eksplisit

berdasarkan

sukatan pelajaran adalah penting kerana ianya menyatakan matlamat, unit


pembelajaran dan kemahiran yang digubal dan disusun mengikut sesuatu
tahap yang dihurai dengan jelas dalam Buku Panduan Guru yang telah
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai dasar perangkaan matlamat kecil pengajaran menurut
Omardin Asahari ( 1999: 2 ). Selain itu, guru efektif harus mengambil kira
pengetahuan sedia ada murid dalam menentukan objektif eksplisit kerana
berkait rapat dengan kebolehan mereka memahami isi pelajaran menurut
Robert Glaser ( 1962 ) dalam Mok Soon Sang ( 2008: 226 ) sebagai tingkah
laku kemasukan yang meliputi kebolehan intelek, aras motivasi, penentu
sosial dan budaya serta kebolehan pembelajaran dalam kelas.
Menurut Omardin Asahari ( 1999: 9-10 ), objektif eksplisit membawa
maksud jelas, terang dan dapat digambarkan dengan nyata yang merujuk
kepada perubahan tingkah laku yang dapat dilihat dan dinilai oleh guru bagi
menghasilkan pemahaman, contohnya pelajar dapat menyebut lima sebab
kegagalan

Jepun

dalam

Perang

Dunia

Kedua.

Tingkah

laku

yang

dimaksudkan adalah merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan oleh


pelajar dan dapat dilihat serta dinilai dengan lebih mudah berdasarkan tiga
unsur utama, iaitu perlakuan yang dijangkakan daripada pelajar di akhir
pengajaran

guru,

syarat

bagi

pelajar

dapat

dilakukan

seperti

yang

dikehendaki oleh mereka dan peringkat pencapaian minimum atas prestasi


boleh diterima oleh guru. Oleh itu, guru efektif adalah guru yang mempunyai
objektif pelajaran eksplisit bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
efektif tercapai yang mana tahap pencapaiannya menurut Mok Soon Sang

( 1993: 6 ), ditunjukkan berdasarkan keputusan dan kesan pengajaran


mengikut perlakuan dan prestasi pelajar.
4.1.2 Memilih isi pelajaran
Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 296-297 ), pemilihan isi pelajaran
melibatkan proses pemeringkatan isi pelajaran berdasarkan prinsip-prinsip
dalam

menghasilkan

pengajaran

dan

pembelajaran

efektif

melalui

penyusunan dalam rancangan mengajar daripada senang kepada susah,


konkrit kepada abstrak, fakta kepada teori, spesifik kepada umum ( induktif
mengumpul dan mentafsir maklumat sebelum membuat kesimpulan ),
umum kepada spesifik ( deduktif penggunaan rumus, prinsip, hukum dan
teori

sebelum

mengaplikasikannya

keatas

contoh

yang

khusus

),

pengalaman kepada luar pengalaman dan dekat kepada jauh berdasarkan


objektif pelajaran, pengetahuan sedia ada murid, mengandungi unsur
bersepadu ( kognitif atau pengetahuan, afektif atau kerohanian dan
psikomotor atau tingkah laku pergerakan ) serta menggabungjalinkan
kemahiran dalam suatu pelajaran. Menurut Omardin Asahari ( 1999: 43 ),
perancangan dalam pemilihan pemeringkatan isi pelajaran harus mengambil
kira empat peringkat utama, iaitu perancangan sesuatu kursus atau bagi
keseluruhan kurikulum, perancangan pengajaran sesuatu tajuk pelajaran,
perancangan penyusunan peringkat dan perancangan penyusunan tindakan
bagi mencapai objektif tingkah laku. Manakala menurut Mok Soon Sang
( 2008: 299-300 ), pengajaran dan pembelajaran yang efektif bergantung
kepada penumpuan perancangan guru dalam proses pemeringkatan isi
pelajaran mengikut penggal, minggu dan harian.
4.1.3 Memilih strategi, kaedah dan teknik mengajar
Pemilihan strategi, kaedah dan teknik mengajar disifatkan sangat
penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
menurut Mok Soon Sang ( 2008: 472 ) kerana berkait rapat dengan
pencapaian objektif pelajaran bagi membantu perancangan isi pelajaran
secara sistematik dan menarik. Menurut Omardin Asahari ( 1999: 60 ),
strategi

dalam

pendekatan

pendidikan

serta

kecekapan

merujuk

kepada

merancang

kebijaksanaan

kaedah

dan

teknik

memilih
dalam

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah


ditentukan dan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan guru efektif hendaklah menggunakan strategi pemusatan murid

kerana

penglibatan

murid

mempengaruhi

peningkatan

daya

ingatan

terhadap apa yang mereka pelajari ( Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986: 62 )


yang akan mempengaruhi penilaian perlakuan dan prestasi dalam mengukur
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 94 ), strategi pemusatan murid adalah
murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan guru
haruslah bersikap sebagai seorang pemimpin yang membimbing dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau individu dengan
mengambil kira perbezaan pelajar dari segi umur, saiz badan, kematangan,
pengalaman, minat, pengetahuan sedia ada dan tahap persekolahan
menurut Ee Ah Meng ( 1993: 61 ) dengan menggunakan kaedah dan teknik
projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,
simulasi, main peranan, sumbangsaran, berkumpulan dan pembelajaran
melalui pengalaman. Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 154 ), kaedah boleh
menjadi teknik apabila kaedah dilaksanakan dengan teknik yang sesuai dan
menurut Edward M.Anthony ( 1963 ) dalam Mok Soon Sang ( 2008: 154 ),
teknik adalah kemahiran atau kecekapan guru yang disifatkan sebagai satu
muslihat atau strategi untuk mengelolah dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.1.4 Memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran
Pada asasnya bahan-bahan pelajaran terdiri daripada bahan rujukan
guru ( sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber ) untuk
merancang aktiviti pengajarannya, bahan pengajaran ( alat bantu mengajar
- alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar menurut
Atan Long, 1982: 174 ) untuk menyampaikan konsep dengan cara lebih
berkesan dan bahan pembelajaran ( buku teks dan alat-alatan yang
digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ) untuk
mempelajari konsep dan kemahiran dengan cara lebih seronok dan
bermakna menurut Mok Soon Sang ( 2008: 308 ). Bagimana pun , menurut
Henley dan Ullmer ( 1978 ) dalam Omardin Ashaari ( 1999: 140 ),
pengajaran dan pembelajaran yang efektif bergantung kepada kebolehan
dan kecekapan guru dalam pemilihan bahan pengajaran ( alat bantu
mengajar ) alat pandang-dengar yang dapat memenuhi keperluan dua
saluran deria utama manusia, penglihatan ( 75 % ) dan pendengaran ( 13

untuk

memperolehi

maklumat

berdasarkan

kajian

pakar-pakar

pendidikan menurut Mok Soon Sang ( 2008: 309 ).


Bahan pengajaran alat pandang-dengar atau dikenali juga sebagai
audio-visual yang

terdiri daripada filem, televisyen dan video yang

berkaitan dengan strategi pemusatan murid menurut Mazhan Arshad ( 2008:


24 ) dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya ingatan, pemikiran
dan tanggapan. Hal ini kerana, Norasiah Abdullah et.al ( 2009: 108 ),
kepentingan audio tidak boleh diperkecilkan kerana secara purata murid
sekolah ( rendah dan menengah ) menghabiskan 50 % dan pelajar kolej atau
universiti

menggunakan

90

daripada

masanya

di

sekolah

untuk

mendengar. Malah menurut Azman Laut ( 2005: 36 ) lagi, visual merupakan


alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik
daripada lisan dan tulisan yang terdiri daripada fotografik, elektronik dan
grafik. Fotografik dan elektronik menyediakan ilustrasi melalui gambar,
sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu
menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. Bahan grafik pula
menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik yang mengabungkan
tulisan dan lukisan dengan jelas dan konkrit ( Norasiah Abdullah et.al, 2009:
80 ) dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu, Visual analogik ( simbol
mewakili konsep ) dan organisasi ( carta aliran graf, peta, carta kategori dan
sebagainya ).
Bagaimana pun, pemilihan bahan pelajaran alat pandang dengar yang
efektif haruslah sesuai untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut
peringkat, dapat diterima oleh pancaindera murid dan dapat digunakan oleh
murid sebagai bahan pembelajaran menurut Mok Soon Sang ( 2008: 313 ).
4.1.5 Menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan
Menyediakan dan mengurus kemudahan-kemudahan dalam bilik
darjah menyentuh akan peranan guru sebagai pengurus yang harus
mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan menurut Mok Soon Sang
( 2008: 467 ). Hal ini kerana, menurut Omardin Ashaari ( 1999: 120 ),
keadaan fizikal bilik darjah yang bersih, cahaya yang mencukupi, udara yang
bersih dan nyaman, kerusi-meja yang teratur dan ruang pergerakan pelajar
yang

mencukupi

untuk

menjalankan

aktiviti

pembelajaran

dapat

meningkatkan tumpuan perhatian dan penglibatan diri secara aktif dalam


pembelajaran.
4.2

Perlaksanaan

4.2.1 Memotivasikan murid-murid


Menurut Shahril @ Charil bin Hj Marzuki ( 2004: 29 ) melalui kajiannya
di beberapa Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan dan Selangor dalam
Jurnal Pendidikan Amalan Pengajaran yang Berkesan, perlakuan guru
sebagai pengajar yang berkesan secara tidak langsung dapat menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berikutan keupayaannya dapat
memotivasikan pelajar agar berminat belajar yang akhirnya mencapai
objektif pelajaran. Hal ini kerana, menurut Schaffner dan Schiefele ( 2007:
96 ), motivasi adalah suatu keadaan yang menggerakkan pelajar bagi
memulakan sesuatu dan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan
penglibatan itu sama ada bersifat dalaman ( instrinsik ) mahupun luaran
( estrinsik ) melalui pendekatan teori motivasi behaviourisme ( luaran ) dan
kognitif ( dalaman ).
Pemberian

motivasi

berdasarkan

pendekatan

teori

motivasi

behaviourisme ( luaran ) menurut Ormrod ( 2003: 78 ), melibatkan


pemberian peneguhan, ganjaran dan insentif sebagai suatu rangsangan
untuk

membentuk

perubahan

tingkah

laku

yang

menumpuhkan

perhubungan rangsangan gerak balas ( S R ) yang boleh dikekalkan


berdasarkan tiga hukum Thorndike ( kesediaan, latihan dan kesan ) melalui
pemberian latihan yang berulang kali menurut Mok Soon Sang ( 2008: 176 )
dan teori peneguhan skinner ( penghargaan dan hukuman mengikut jadual )
menurut Nursalam ( 2007: 27 ). Amalan pemberian motivasi berdasarkan
teori pembelajaran kognitif menurut Mohd Jamil Yaacob ( 2005: 61 ), melihat
kepada keupayaan guru mencetuskan naluri ingin tahu dan kesedaran
keperluan pencapaian matlamat dalam kalangan pelajar berdasarkan teori
pengajaran Bruner ( naluri ingin tahu berkaitan akal kesedaran sedar,
prasedar dan bawah sedar penentu semulajadi perubahan tingkah laku
mengikut perkembangan kognitif enaktif, ikonik dan simbolik menurut
Mohd Yusuf Abdullah, 2008: 36 ), teori keperluan pencapaian Mcclelland
( keperluan pencapaian kejayaaan yang berbeza ) dan teori motivasi
pencapaian Atkinson ( jaya-gagal ). Oleh itu, adalah penting menyusun isi

pelajaran

secara

sistematik

mengikut

peringkat

berdasarkan

tahap

perkembangan kognitif pelajar bagi menggalakkan penglibatan secara aktif


dalam kalangan mereka agar objektif pelajaran tercapai.
4.2.2 Menyampaikan isi pelajaran
Perlaksanaan penyampaian isi pelajaran yang efektif disusun mengikut
langkah-langkah dan masa yang ditentukan. Menurut Mok Soon Sang ( 2008:
298 ), pada asasnya, waktu pelajaran yang menggunakan masa 30 minit
harus menitikkan komponen penyampaian isi pelajaran utama, iaitu set
induksi, perkembangan ( penyampaian konsep, penguasaan kemahiran dan
aplikasi ) dan penutup. Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran selama lima minit untuk
membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar agar dapat
memusatkan tumpuan terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan dan
menurut Mazhan Arshad ( 2008: 24 ), penggunaan alat bantu mengajar
dapat melahirkan tanggapan ( proses mental di mana otak manusia
menerima maklumat daripada rangsangan yang dikesan oleh organ deria,
dan berdasarkan pengalaman yang lampau, mentafsir dan seterusnya
membentuk konsep rangsangan untuk membentuk tanggapan ) dan
pengamatan ( bentuk gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran )
yang pantas dalam kalangan pelajar sebagai cara penyampaian set induksi.
Penyampaian isi pelajaran dalam peringkat perkembangan merupakan
bahagian

yang

penting

kerana

merangkumi

penyampaian

konsep,

penguasaan kemahiran dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran,


maka adalah kemestian seorang guru efektif untuk tidak mengabaikan
pemeringkatan atau urutan isi pelajaran mengikut langkah yang bergantung
kepada panjang atau pendeknya isi pelajaran berdasarkan masa yang telah
ditetapkan serta dikaitkan dengan teknik, kaedah dan alat bantu mengajar
yang berpusatkan pelajar tanpa

mengabaikan peranan secara tidak

langsung sebagai pengurus kelas agar mencapai objektif pelajaran menurut


Mok Soon Sang ( 2008: 245 ).
4.2.3 Membimbing murid-murid
Mengajar dalam bilik darjah bukanlah satu-satunya tugas seorang
guru. Guru juga perlu membimbing pelajar untuk meneruskan pelajaran
mereka. Murid-murid sering menghadapi masalah pembelajaran dalam bilik

darjah dan juga masalah sosioemosi. Ramai pelajar yang tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran yang diikuti. Masalah
ini hendaklah diselesaikan oleh guru untuk memastikan pelajarnya selesa
semasa belajar. Muijs dan Reynolds ( 2001 : 45 ), mengatakan bahawa
adalah sangat penting bagi guru supaya dapat mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh pelajarnya dan menyelesaikan masalah itu secepat yang
boleh. Bukan semua pelajar dalam bilik darjah mempunyai latar belakang
dan sifat yang sama kata Mok Soon Sang ( 2008 : 51 ) . Terdapat juga pelajar
yang bersifat pemalu dan kurang menonjol dalam kelas. Situasi seperti inilah
yang memerlukan guru untuk bertindak sebagai pembimbing agar pelajar
yang pemalu ini dapat melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Guru juga perlu
mendorong pelajar untuk belajar. Terdapat pelbagai cara untuk mendorong
belajar. Salah satu caranya ialah dengan menyoal pelajar dengan soalan
yang merangsang fikiran. Soalan juga mestilah seronok untuk dijawab oleh
para murid. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2005 : 76 ),
dorongan akan timbul dalam diri pelajar apabila mereka merasa kejayaan
telah dicapai dan bukannya kegagalan.
Bimbingan daripada guru sangat diperlukan oleh pelajar terutamanya
menjelang peperiksaan yang penting seperti SPM bagi pelajar tingkatan lima
atau pun PMR bagi pelajar tingkatan tiga. Terdapat segelintir pelajar yang
bersifat rendah diri. Hal ini disebabkan kerana prestasi mereka yang kurang
memberangsangkan di dalam kelas. Setiap kali peperiksaan mereka akan
mendapat markah yang rendah. Untuk memastikan masalah ini tidak
berlarutan, guru hendaklah cepat mengatasi masalah ini. Berbincang
dengan pelajar tersebut adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah
itu. Jika pelajar segan untuk meluahkan masalah mereka di dalam kelas,
guru boleh berbincang dengan pelajar secara peribadi. Untuk menaikan
semangat pelajar, guru boleh memberitahu pelajar tersebut bahawa mereka
mampu untuk meningkatkan prestasi mereka jika pelajar itu sendiri yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sanggup mencuba (Urdan dan
Schoefelder, 2006 : 335 ) . Selain daripada berbincang dengan pelajar
tersebut guru juga boleh menyediakan pengajaran yang boleh menarik
minat pelajar dan seterusnya menanam rasa keseronokan belajar dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran ataupun menggunakan pelbagai Alat
Bantu Mengajar yang menarik.

4.2.4 Mengurus disiplin bilik darjah


Disiplin bilik darjah menurut Mok Soon Sang ( 2008 :453 ), merupakan
peraturan yang dikenakan ke atas pelajar untuk mengawal tingkah laku dan
mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
terbahagi kepada disiplin arahan guru, arahan kerja, arahan kumpulan dan
arahan diri yang secara tidak langsung mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kecekapan perlaksanaan guru
dalam mengurus disiplin arahan kerja dan arahan diri. Disiplin arahan kerja
menurut Omardian Asahaari ( 1999 :127 ) mempuanyi ciri motivasi yang
positif yang dapat menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan yang
bergantung

kepada

kematangan

mereka

berdasarkan

pengurusan

pemberian jenis tugasan yang menarik, bermakna dan boleh disempurnakan


mengikut masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan
pelajar. Selain itu, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1984 ) dalam Mok
Soon Sang ( 2008 :456 ), pengurusan disiplin arahan diri merupakan jenis
disiplin

yang

paling

berkesan

dalam

menghasilkan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan berikutan sikap patuh pelajar secara sukarela


dan tidak sedar hasil daripada pemikiran yang matang akibat penerapan
nilai murni oleh guru melalui latihan dan bimbingan.
4.2.5 Mewujudkan komunikasi dan interaksi
Komunikasi merupakan sebagai suatu proses penyampaian atau
pertukaran maklumat antara dua individu, atau di antara seorang individu
dengan sekumpulan manusia yang lebih dikenali sebagai sesuatu interaksi
sosial yang terbahagi kepada lisan ( verbal ) dan bukan lisan ( non-verbal )
menurut Mok Soon Sang ( 2008 : 450 ) yang turut disokong oleh Ray
Birdwhistell ( 1955 ) dalam Omardian Asahaari ( 1999 :23 ), bahawa lebih
kurang 35 peratus komunikasi lisan dan 65 peratus komunikasi bukan lisan
perlu digunakan oleh seorang guru semasa mengajar, malah kejayaan
seorang guru dalam perlaksanaan komunikasi yang berkesan bergantung
kepada jenis interaksi yang digunakan, iaitu interaksi dua hala di antara
guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelbagai hala di antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berdasarkan pendekatan aktiviti
kumpulan melalui strategi berpusatkan pelajar . Menurut Mok Soon Sang
( 2008 :447-452 ) lagi, penghasilan interaksi yang berkesan pula bergantung
kepada sikap kepimpinan demokratik seorang guru dalam menghasilkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang sanggup berkongsi kuasa


dengan pelajar dalam hal perlaksanaan pengurusan aktiviti.
4.3

Penilaian keberkesanan pengajaran, pembelajaran, bahan-bahan


dan objektif pelajaran.
Penilaian merupakan salah satu aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran,
pembelajaran, bahan-bahan dan objektif pelajaran yang menjadi tenaga
penggerak dalam proses perkembangan dan kemajuan pelajar secara
sumatif dan formatif menurut Omardin Asahaari ( 1999 : 177 ). Menurut
Esah ( 2003 ) dalam Siti Atiqah Sharudin ( 2008 :21 ) pula, keberkesanan
pengajaran ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan
pembelajaran dalam diri pelajar melalui pengalaman yang akan mengubah
tingkah laku seseorang pelajar secara kekal yang dinilai berlandaskan
penggunaan

strategi,

kaedah

dan

teknik

mengajar.

Keberkesanan

pembelajaran pula dinilai berlandaskan prestasi murid dalam aktiviti


pembelajaran mereka yang boleh diukur aras kualitinya berdasarkan ujian
rujukan norma atau relatif dan kriteria menurut Mok Soon Sang ( 2008 :469 )
melalui aktiviti soal jawab dan begitu juga halnya dengan penilaian terhadap
keberkesanan

penggunaan

bahan-bahan

pembelajaran

yang

dapat

meningkatkan tahap penerimaan maklumat deria utama manusia dengan


lebih baik berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar. Hasil
penilaian inilah yang akan menentukan guru mengesan pencapaian objektif
pelajaran bagi membolehkannya merancang pengubahsuaian yang perlu
untuk menambahbaikan pengajaranya, merangka strategi baru untuk
membantu pelajar yang gagal mengusai kemahiran yang diajarkan dan
menukar bahan-bahan pengajaran dengan lebih sesuai.
5.0

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, guru berkesan di sekolah adalah guru yang
tahu mengimbangi peranannya dengan mengambil kira aspek kualiti,
kemahiran, personaliti dan kepelbagaian kaedah mengajar yang bertitik
mula dari dalam diri guru tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan perlakuan mengajar yang
menekankan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang mana tahap
penentuannya ditunjukkan berdasarkan keputusan dan kesan pengajaran
mengikut perlakuan dan prestasi pelajar.

6.0

Bibliografi
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005,

Pemikiran Reka Cipta :

Kaedah Mengajar Dan Bahan Latihan Untuk Guru Dan Jurulatih, Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Malaysia : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Azman Laut, 2005, Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah : Siri
Pengurusan Sumber dan Perpustakaan, PTS Profesional Publishing sdn.bhd.

B.L Sinha (2001). Teaching, Learning and Human Behaviour. Institute


for Sustainable Development, Lucknow, Anmol Publication Pvt.Ltd.
Ee Ah Meng, 1993, Pedagogi II :Amalan Bilik Darjah, Kuala Lumpur :
Fajar Bakti.
Halimah Harun, 2006, Minat, Motivasi, dan Kemahiran Mengajar Guru
Pelatih. Universiti Malaya. Jurnal pendidikan, 31: 83-96.
Mahzan Arshad, 2008, Penidikan Lestari : Strategi Perancanagan dan
Pelaksanaan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Dictributors sdn.bhd.

Maimun Aqsha Lubis et.al., 2007, Persepsi guru dan pelajar terhadap
kurikulum Berasaskan kompetensi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal pendidikan, 27 (1), 119-134.
Mohd Jamil Yaacob, 2005, Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, Pahang
Darul Makmur : PTS Profesional Publising Sdn. Bhd.
Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru
Dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru
Besar. Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia. Jurnal
Pendidikan, 87-113.
Mohd Yusuf Abdullah, 2008, Pengetahuan Pedagogi Guru, Kota
Kinabalu Sabah : Universiti Malaysia Sabah.
Mok Soon Sang, 2008, Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran, Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, 2008, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran,
Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muijs D. and Reynolds D., 2001, Effective Teaching : Evidence and Practice,
London: Paul Chapman Publishing.

Norasiah Abdullah et.al., 2009, Teknologi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Omardin Asahaari, 1999, Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Ormord.J.E., 2003, Educational Phychology: Developing Learners 4th
edition, New Jersey, Upper Saddle River : Pearson Education.
Schaffner.E dan Schiefele.U., 2007, The effect of experimental
manipulation of student motivation on the situational representation of text,
Jurnal of Learning and Instruction, 17, 755-772.
Shahril @ Charil bin Hj Marzuki, 2004, Amalan Pengajaran yang
berkesan : kajian di Beberapa Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan dan
Selangor, Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya, 29-40.
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, Ilmu Pendidikan :Pedagogi, Kuala
Lumpur: Heinemann ( Malaysia ).
Siti Atiqah Sharudin, 2008, Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah
Menengah Teknik Di Negeri Sembilan, Universiti Teknologi Malaysia.

Slavin, 1994, A theory of school and classroom organization, Hillsdale


NJ: Erlbaun.
Sufean Hussin, 2005, Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan,
Pahang : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
T.Marimuthu, 1990, Pengenalan Sosiologi Pendidikan, Petaling Jaya
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Urdan T. dan Schoenfelder E., 2006, Classroom effects on student
motivation:Goal structures, social relationships, and competence beliefs,
Journal Of School Psychology, Bil 44, 331-349.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi, 2006, Strategi Pembelajaran


Bahasa Melayu Pelajar Pelbagai Etnik Bukan Melayu. University Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Pendidikan, 115-128.

Anda mungkin juga menyukai