Anda di halaman 1dari 3

Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan dan Kesannya Terhadap Evolusi

Pemikiran Manusia
Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan dan
Kesannya Terhadap Evolusi Pemikiran Manusia
Satu Tinjauan dan Kajian oleh Dr. Amiene Rev

Di bawah ini adalah log catatan jurnal Amiene Rev pada 15 SEPTEMBER 2012-16
SEPTEMBER 2012. Hasil tinjauan yang dibuat sepanjang malam hingga ke pagi
oleh Amiene Rev ini mendapati bahawa sistem pendidikan berorientasikan
peperiksaan mempunyai kesan buruk jangka panjang terhadap evolusi pemikiran
dan tingkah laku manusia. Evolusi pemikiran yang berfaktorkan keperluan dan
kepentingan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa menyebabkan
wujudnya budaya baru manusia yang berciri negatif.
15 SEPTEMBER 2012: Dapatan kajian yang sangat mengerikan. Sistem
peperiksaan, menyebabkan kelas tambahan, tuisyen dan pengajaran di dalam
kelas bagi sesetengah pihak lebih berfokus pada kemahiran menjawab soalan
peperiksaan semata-mata dan bukannya kemahiran berfikir. Nilai-nilai murni juga
diabaikan. Mengerikan, kerana sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan
menyebabkan wujudnya manusia umpama zombie yang cemerlang dalam
akademik dari segi pencapaian dan gred tetapi tidak dari segi sifat-sifat
kemanusiaan yang sepatutnya.

Ini menjawab persoalan kenapa ada pelajar yang boleh menjawab soalan
peperiksaan atau pandai mengira atau mencongak tetapi biadab. Ini juga
menjawab persoalan kenapa rata-rata pelajar biadab biasanya memiliki
kemahiran mengira Matematik. Pelajar-pelajar ini walau bagaimana pun gagal
dalam PBS.

Ini kerana mereka telah didedahkan dan dilatih dengan kemahiran menjawab
soalan Matematik. Ini kerana PBS lebih memfokus kepada amalan nilai-nilai
murni serta kemahiran berfikir. Pelajar-pelajar biadab lebih cenderung kepada
kemahiran menjawab soalan. Mereka boleh menjawab soalan dengan
menggunakan kemahiran biarpun soalan itu pada aras yang sangat susah, tetapi
mereka gagal dan lembab apabila diminta berfikir, bersikap prihatin, kesedaran
siviks dan sebagainya.

Secara jujur, pendidikan yang diamalkan pada zaman kegemilangan Tamadun


Islam dahulu kala lebih menekankan aspek nilai-nilai murni dan falsafah dalam
menuntut ilmu dan bukannya berorientasikan peperiksaan. Ini jelas menunjukkan

sistem peperiksaan bukan salah satu cara pembelajaran dalam Islam. Kajian
diteruskan lagi.

15 SEPTEMBER 2012: Daripada kajian terdahulu (dipos sebelum pos ini) Kesimpulan yang boleh dibuat, "Pada masa kini, jangan terlebih dahulu bangga
jika anak anda mudah mendapat Straight A atau berada di kelas depan. Mereka
mungkin cuma memiliki kemahiran menjawab soalan tetapi tidak kemahiran
berfikir secara humanistik.

Mereka mendapat kemahiran menjawab soalan ini menerusi tuisyen, kelas


tambahan atau pun teknik mengajar yang berorientasikan peperiksaan. Gred A
diutamakan, nilai-nilai murni diabaikan. Ini adalah antara kesan evolusi akibat
sistem peperiksaan.

Sistem peperiksaan mengubah cara berfikir dari generasi ke satu generasi, dari
bentuk pemikiran manusia yang humanistik kepada bentuk pemikiran mesin
yang bermatlamatkan gred A dan pencapaian semata-mata.

PBS yang mempunyai bentuk yang universal dan lebih mengutamakan nilai-nilai
murni menyebabkan pelajar-pelajar mesin ini gagal mendapat Band yang
memuaskan. PBS jika dirancang dengan sempurna mampu menyelamatkan cara
berfikir umat manusia, khususnya rakyat Malaysia."

16 SEPTEMBER 2012 (4.04 PAGI): Siapakah yang memperkenalkan pendidikan


berorientasikan peperiksaan di Malaysia? Sistem ini menyebabkan evolusi
pemikiran yang membawa kemusnahan pada cara KEBANYAKAN rakyat Malaysia
berfikir. Daripada pendidikan berorientasikan peperiksaan ini, lahirnya para
pelajar yang mengabaikan kemahiran berfikir secara humanistik, dan
mengutamakan kemahiran menjawab soalan peperiksaan semata-mata. Mereka
mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sukar tetapi mereka tidak
mampu berfikir secara humanistik. Antara kemahiran yang mampu dikuasai
dengan baik adalah Matematik. Mereka memiliki kemahiran mengira tetapi tidak
kemahiran berfikir. Mereka mengutamakan apa yang menguntungkan mereka
tanpa mempedulikan nasib yang lain. Daya pemikiran yang lemah. Sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan pada akhirnya cuma mampu melahirkan
manusia kelas DUA dan kelas TIGA. Manusia yang mementingkan diri sendiri dan
tahu mengambil kesempatan ke atas orang lain. Manusia yang hidup dengan
menjadikan orang-orang lain sebagai mesin untuk kepentingan diri sendiri.
Manusia tanpa sifat-sifat kemanusiaan, sekadar 'mesin' yang hidup untuk
kepuasan diri sendiri. Mesin yang tidak endah akan masa depan negara. Mesin

yang tidak endah akan masa depan bangsa. Mesin yang tidak peduli apa pun
selain daripada kepuasan diri sendiri. Soalnya, siapakah yang merancang sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia? Kenapa sistem ini menjadi
pilihannya?

16 SEPTEMBER 2012 (5.30 PAGI): Berdasarkan beberapa jurnal dan tesis yang
dibaca, aku mula mengesan beberapa individu yang bertanggungjawab
mewujudkan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia.

Sebelum ini pendidikan di Malaysia lebih kepada Sekolah Agama dan Madrasah
dan penekanan utamanya adalah untuk menghasilkan insan bermoral tinggi.
Kelahiran sekolah vernakular menyebabkan penekanan pendidikan beralih lebih
kepada subjek-subjek dengan unsur duniawi ditekankan lebih tinggi berbanding
unsur-unsur moral. Secara beransur-ansur nilai-nilai moral itu akan terhakis
kerana struktur binaan model sistem pendidikan berorientasi peperiksaan itu
sendiri adalah kunci kepada pembunuhan nilai-nilai kemanusiaan secara
perlahan-lahan.

Pelaburan jangka panjang 'BARAT' kini membuahkan hasil. Perlahan-lahan


MALAYSIA kini semakin mudah untuk dikawal mereka. Pendidikan adalah satu
proses pembentukan manusia. 'BARAT' sedar akan kepentingan pendidikan ini,
jadi mereka menggunakan pendidikan supaya MALAYSIA dapat kembali ke
tangan mereka tanpa mereka perlu menjajah negara ini secara zahir. Selama
beberapa tahun ini, apakah makna PENUBUHAN MALAYSIA? Kita belum bebas.
'BARAT' pandai melabur. Mereka telah berjaya mencipta aspek sekularisme dan
pemikiran mesin dalam jiwa orang-orang Malaysia. Dalam keadaan begini,
lambat-laun, Malaysia akan kembali dimiliki 'BARAT'.

Apa gunanya tangisan kemerdekaan yang penuh kegembiraan selama ini? Kita
cuma bebas daripada penderitaan fizikal dan mental, tetapi pemikiran orangorang kita belum bebas.

Anda mungkin juga menyukai