Anda di halaman 1dari 10

BEBERAPA

PERSOALAN SOLAT
MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN

3
CARA MEMBACA DOA IFTITAH

Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan


Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan
dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis
yang menunjukkan bagindashalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan
pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama menyatakan membaca
doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca,
namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabishalallahu 'alaihi
wasallam serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:"Solatlah

kamu
sekalian
sebagaimana
kamu
melihat
aku
bersolat. maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi
[1]

memang telah ada dalil dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan
bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat
menyempurnakan ibadah solat:


.








Tidak sempurna solat seseorang
sehingga dia menyempurnakan wuduknya
sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla,
menyanjung-Nya,
dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah
baginya (dihafalnya)
[2]

Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah kita
bertakbir maka hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah'Azza wa
Jalla melalui pembacaan doa iftitah. Tanpanya maka tidak sempurnalah solat kita.
Kebiasaannya bagi umat Islam di Malaysia, doa iftitah yang diamalkan
dalam solat adalah seperti berikut:



.










Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Maha suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan

yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada


penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang yang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila)
aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.
[3]

Namun begitu, setelah diteliti doa iftitah di atas, maka dapati tidak wujud
satu hadispun yang sahih datangnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang
menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam mengajar cara pembacaan
sedemikian rupa. Setakat kajian penulis, yang wujud hanyalah hadis-hadis yang
seakan-akan sama dengan cara pembacaan di atas tetapi ianya terpisah-pisah
dan diambil sekerat sahaja. Mari kita lihat hadis-hadis tersebut:
[4]

Pertama:

Dari Ibn 'Umar, dia berkata: Sedang kami bersolat


bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam,
salah seorang dari kami mengucapkan:


.

Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar
dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Maha suci Allah pagi dan petang.

Bersabda
Rasulullah
shalallahu
'alaihi
wasallam: Siapa yang telah mengucapkan kalimat
begini dan begini?
Salah seorang dari kami menjawab: Saya, wahai
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.
Baginda berkata: Ianya (ucapan tersebut) telah
membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-

pintu syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan


itu.
Ibn 'Umar berkata: Aku tidak pernah meninggalkan
ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam berkata begitu.
][5

Kedua:

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata:


Bila Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri
hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir
kemudian dibacanya:


.











.



.













.
Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang
mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh
penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan
orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan
sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku
diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hambaMu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan
mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku
kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni
dosa-dosaku itu melainkan Engkau.
Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada
yang akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu
kecuali Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak
yang jelek, tak ada yang dapat menjauhkan aku dari
akhlak yang jelek itu melainkan engkau.
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi
perintah-Mu.
Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam TanganMu sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan

untuk menghampirkan diri kepada-Mu.


Aku milik-Mu, kepada-Mu-lah yang Maha Berkat lagi
Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.
[6]

Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah hasil


penggabungan dan pemotongan kedua-dua hadis di atas. Sekiranya
menggabungkan kedua-dua hadis di atas adalah baik untuk dibacakan sebagai
doa iftitah dalam solat tentu Nabi shalallahu 'alaihi wasallam akan mengajar kita
cara yang sedemikian rupa dan tentu juga para sahabat radhiallahuanhum serta
para tabiut at-Tabiinyang paling awal sekali mengamalkan cara pembacaan
tersebut. Namun hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita
berusaha untuk mengamalkan doa iftitah sebagaimana yang telah diajar oleh
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dengan tidak merubahnya dengan penambahan
atau pengurangan kepada bentuk pembacaan yang lain. Ini selari dengan perintah
baginda shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda sepenuhnya dalam
tatacara bersolat sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian
sebagaimana kamu melihat aku bersolat. Tambahan lagi
Allah 'Azza wa Jalla juga berfirman:
[7]

Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang).
[8]

Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang ditunjukkan
oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seorang manusia yang telah dijamin
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai contoh ikutan yang terbaik lantas memilih
doa iftitah yang hanya direka cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari
kesalahan (tidak maksum)? Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah

(shalallahu 'alaihi wasallam)


kepada kamu maka terimalah serta amalkan
dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah
kamu jauhi.
[9]

Selain dari dua cara pembacaan doa iftitah di atas, terdapat beberapa lagi bentuk
bacaan yang telah diajar oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang antaranya adalah
seperti berikut:
[10]

Pertama:

Berkata Abu Hurairah: Biasanya Rasulullah shalallahu


'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (alFatihah). Aku berkata: Dengan bapa dan ibuku, wahai
Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan,
apakah yang engkau ucapkan? Baginda bersabda: Aku
mengucapkan:








.

















.


.





Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahankesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara
timur dan barat.

Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan


sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda.
Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air,
salji dan air embun.
[11]

Kedua:

Dari Abdurrahman bin Auf katanya: Saya


Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi
'alaihi wasallam sebagai pembukaan
melakukannya di waktu malam. Jawab
pembukaan bagi solatnya di waktu malam

bertanya kepada
Allah shalallahu
solat bila dia
beliau: Sebagai
Nabi membaca:




















.









Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan
pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui
semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan
menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang
mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk
memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan.
Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang
Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.
[12]

Ketiga:

Dari Ibnu Abbas, katanya: Bila Nabi shalallahu 'alaihi


wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia
membaca:

.
















.





Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara
seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada
padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Raja seluruh
langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya.
Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan
bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala
puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi
serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji
milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar,
pertemuan dengan-Mu benar, firman-Mu benar, syurga itu
benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, dan
Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam itu benar dan hari
kiamat itu benar.
Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu
aku
beriman dan kepada-Mu
aku bertawakal.
Hanya
kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepada-Mu aku mengadu,

dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu,


ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang,
yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terangterangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang
terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau (atau selain
Engkau)dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya
dengan pertolongan-Mu.)
[13]

Terdapat beberapa lagi bentuk doa iftitah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah
shalallahu 'alaihi wasallam yang datang dari hadis-hadis baginda yang sahih. Dengan
kepelbagaian cara bacaan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini, maka tidak sepatutnya kita
mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doa iftitah yang tidak diketahui siapa
yang
mencipta
kaedahnya
atau
daripada
mana
sumbernya.
Malah
alSyafii rahimahullah juga tidak membaca doa iftitah sebagaimana yang lazimnya dibacakan
di Malaysia yang mengaku mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafii. Beliau dalam
kitabnya al-Umm (Kitab Induk) telah menggunakan doa iftitah yang diriwayatkan daripada
Ali radhiallahuanh seperti yg telah saya paparkan di atas. Telah berkata alSyafii rahimahullah: Kalau ditambah sesuatu padanya atau dikurangkan (pada bacaan
doa iftitah tersebut pen), nescaya aku memandangnya makruh. Sewajarnya bagi umat
Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-Syafii untuk akur dengan pendapat pembela
sunnah (al-Nashir al-Sunnah) ini. Maka marilah kita sama-sama mengamalkan pembacaan
doa iftitah dalam solat kita sebagaimana yang benar-benar diajar oleh Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi wasallam melalui
sabdanya:"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku
bersolat.
[14]

[15]

[16]

[17]

Anda mungkin juga menyukai