Anda di halaman 1dari 2

Terdapat banyak pihak yang memainkan peranan dalam memupuk

semangat patriotik dalam kalangan pelajar seperti ibu bapa, sekolah,


kerajaan dan sebagainya. Usaha menyemai semangat patriotik dalam
kalangan pelajar perlu bermula dari pihak ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu
sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa boleh menceritakan peristiwa Tunku Abdul Rahman
mendapatkan kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotik
dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Selain itu, ibu bapa
juga perlu membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal
seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang
tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan
memberitahu mereka betapa sukarnya mereka memperjuangkan diri untuk
membebaskan Malaysia daripada belenggu penjajahan. Tambahan pula, ibu
bapa haruslah menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa
zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu menekankan betapa
pentingnya semangat patriotik dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat apabila
orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk
mendapatkan makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta
sentiasa dizalimi oleh penjajah. Dengan itu, mereka dapat bersyukur dengan
apa yang ada pada mereka dan secara tidak langsung bersemangat
patriotik untuk menpertahankan keamanan negara supaya tidak berulang
nasib buruk itu lagi.
Selain itu, pihak kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan
aktiviti

berlandaskan

semangat

patriotik

kepada

remaja

dan

bukan

mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh,


Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah
membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotik
dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan
bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu,
mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan
bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti
untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah

harus mengambil pelbagai langkah pragmatik untuk menyemai semangat


patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa
mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh
mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan
berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini
secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari
bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam
kalangan remaja.

Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan
semua pihak berkuasa harus berganding bahu untuk menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat yang tiada penawarnya,
langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang
mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey
pernah mengatakan bahawa sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi
akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh maka mereka pun akan
lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme
yang kukuh.

Anda mungkin juga menyukai