Anda di halaman 1dari 2

ARUS pembangunan teknologi digital kini memasuki sepenuhnya era tablet.

Sebut
sahaja tablet, hampir segenap lapisan masyarakat dari warga emas hingga kanakkanak yang belum memasuki alam persekolahan mampu memberikan definisi
sebuah tablet.
Apple iPad merupakan salah satu jenama yang sering menjadi topik perbualan
hangat kerana reka bentuk unik selain pilihan ribuan aplikasi menyokong peranti itu.
IPad bukan lagi suatu gajet mewah yang hanya mampu digunakan oleh golongan
atasan. Harganya yang berpatutan bermula dari RM1,499 menjadikan tablet itu
pilihan mereka yang inginkan pengalaman pengkomputeran bergerak tanpa
memerlukan sebuah komputer riba.
Operasi ringkas dan memerlukan masa yang singkat untuk dihidupkan (boot time)
berbanding komputer biasa, menjadikannya popular dalam tempoh yang begitu
pantas.
Golongan pendidik, tidak kira guru sekolah mahupun pensyarah di institusi
pendidikan tinggi turut tidak terlepas daripada tempias teknologi itu. Salah satu
cabaran sebagai seorang pendidik ialah merangka pelan pembelajaran. Berita
baiknya, terdapat cabang teknologi yang boleh membantu seseorang menjadi
seorang pendidik efektif.
Aplikasi iPad yang boleh membantu para pendidik menguruskan masa dan juga
mencatatkan idea pelan pembelajaran adalah seperti :1. Bento: Aplikasi ini memudahkan pendidik memantau pelan pembelajaran, janji
temu dan nota tentang pelajar.
2. Tetikus mudah alih: Dapat mengubah iPad anda menjadi alat kawalan jauh untuk
kegunaan di dalam kelas.
3. Dropbox: Membolehkan rekod berkaitan pelajaran disimpan di komputer dan
diselaraskan dengan ruang simpanan di Internet. Fail yang disimpan kemudiannya
boleh diakses dari sekolah mahupun dari komputer di rumah.
4. Quick Voice Recorder: Rekod aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan analisis
butirannya bagi tujuan pemeriksaan untuk menambah baik kualiti pembelajaran.

5. Idea Boards: Jangan biarkan idea yang timbul secara spontan hilang begitu
sahaja. Rekodkan idea dan jadikannya deraf untuk mengatur kelas. Anda juga boleh
meletakkan peringatan pada nota-nota yang telah disimpan.
6. World Atlas HD: Aplikasi percuma yang ditawarkan oleh National Geographic ini
membolehkan anda menggunakan peta bagi tujuan rujukan. Peta ini boleh dikaitkan
dengan elemen menarik agak pelajar tidak mudah jemu ketika sesi pembelajaran.
7. BBC News: Gunakan sumber berita terkini sebagai salah satu sumber material
bagi menyediakan bahan mengajar berkaitan peristiwa semasa, sejarah dan
pelbagai lagi.
8. The Skeletal System Pro: Guru biologi atau pensyarah kursus perubatan boleh
memanfaatkan aplikasi ini untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai
sistem rangka, otot, pencernaan dan juga anatomi yang lain.
9. GoSkyWatch Planetarium: Aplikasi astronomi ini merupakan alat bantuan
mengajar terbaik bagi subjek berkaitan dengan astronomi. Ia boleh digunakan ketika
mencerap bintang bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar.
10. Cram: Pendidik boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyediakan kuiz dan
juga ujian untuk pelajar. Guru juga boleh mengakses bank simpanan kuiz dan ujian
secara dalam talian bagi memudahkan lagi penilaian tahap pemahaman terhadap
satu-satu subjek yang diajar.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2011&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_03.htm#ixzz32j4RKUmm
Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai