Anda di halaman 1dari 9

Jawab semua soalan di bawah;

1 Kamu akan mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan


yang kamu ialah Sayangilah Alam Sekitar. Tuliskan syarahan kamu itu
selengkapnya.

2 Persatuan atau kelab yang kamu sertai bercadang untuk mengadakan satu
ekspedisi. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis sepucuk surat kepada Guru
Besar sekolah kamu untuk meminta kebenaran berhubung perkara tersebut.
Tuliskan surat itu selengkapnya.

3 Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan
khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku.

Sambung cerita di atas selengkapnya.

Contoh Jawapan Soalan 1

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru, dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk syarahan
saya pada hari ini ialah Sayangilah Alam Sekitar .

Alam sekitar yang bersih dan indah perlu dipelihara untuk menjamin kesejahteraan
hidup manusia. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan
setiap insan menyayanginya?

Hadirin sekalian.

Aktiviti yang boleh menjejaskan flora dan fauna hendaklah dikawal. Hal ini demikian
kerana jika tidak dikawal, akan mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti
banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Selain itu, kita juga hendaklah memastikan kebersihan alam sekita tidak dicemari
oleh unsur-unsur yang boleh membawa kemusnahan seperti sisa-sisa toksik,
sampah sarap, dan tumpahan minyak.

Penguatkuasaan undang-undang perlu dijalankan dengan lebih keras. Denda dan


hukuman yang berat perlu dikenakan kepada individu atau kumpulan yang
melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan dan memusnahkan keindahan alam.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab bagi menentukan dunia yang


kita diami ini terus terpelihara, bersih, dan indah. Jika anda sayang diri anda,
sayangilah alam sekitar!.

Contoh Jawapan soalan 2

Setiausaha Kelab Rekriasi,


Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
43950 Sungai Pelek,
Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra


43950 Sungai Pelek,
Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
05 MEI 2011

Tuan,

Kebenaran Mengadakan Ekspedisi Berbasikal ke Bagan Lalang

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Rekriasi pada 01 April 2011, telah bersetuju
untuk mengadakan ekspedisi ke pantai peranginan tersebut.

3 Tujuan ekspedisi ini adalah untuk membina ketahanan diri pelajar. Selain itu,
ekspedisi ini juga diharapkan dapat mendedahkan pelajar mengenali satu-satunya
pantai peranginan di daerah ini, di samping memupuk semangat kerjasama di
kalangan para peserta.

4 Jika tiada apa-apa halangan, ekspedisi ini akan disertai oleh 40 orang pelajar dan
empat orang guru. Mengikut perancangan, ekspedisi ini akan diadakan pada 24 dan
25 Mei 2011.

5 Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menimbangkan
permohonan ini. Dengan kebenaran dan sokongan daripada pihak tuan diharap
dapat menambah pengalaman dan pengetahuan para peserta yang tidak boleh
didapati di sekolah.

6 Akhir kata, saya bagi pihak Kelab Rekriasi mengucapkan terima kasih atas segala
pertimbangan dan perhatian yang tuan berikan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Nordin Sulung

(NORDIN BIN SULUNG)

Setiausaha Kelab Rekriasi,


Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
43950 Sungai Pelek,
Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

Contoh jawapan soalan 3

Aku dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan
khemah. Tiba-tiba salah seorang rakanku menjerit, Mastura pengsan!.

Aku dan Jamiah tergamam seketika. Kami meghampiri Mastura. Muka Mastura
kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kami segera memapah Mastura dan
membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Jamiah mengambil kotak ubat yang
kami bawa.

Aku pasti Mastura pengsan kerana keletihan. Aku membuka butang bajunya, sambil
mengipas-ngipaskannya. Jamiah mengeluarkan minyak angin lalu menyapukannya
di bahagian kepala dan lehernya. Lima minit berlalu, namun Mastura masih belum
sedar.

Aku dan Jamiah segera melaporkan hal tersebut kepada Cikgu Zaki yang berada di
khemah utama. Cikgu Zaki mengambil keputusan untuk membawa Mastura ke
hospital.

Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa


Mastura. Mastura telah dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Mastura
akan selamat.

Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Mastura menepuk-nepuk bahuku


sambil menyatakan bahawa Mastura pengsan kerana masalah pernafasan. Mujurlah
dia mendapat pertolongan segera. Aku bersyukur kerana Mastura selamat.

Tuliskan sebuah karangan bertajukAku Sebuah Tong Sampah

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh karangan

Aku sebuah Tong Sampah

Aku sebuah tong sampah . Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di
Shah Alam. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap , aku dan rakanrakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.
Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik
perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata Kebersihan Amalan
Mulia. Aku bangga dengan tugasku ini.
Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan
sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul
ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah
diriku.
Setiap pagi , pekerja majlis perbendaran akan mengaut sampah dari perutku.
Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria.Tetapi biasanya
keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikapa segelintir manusia yang pengotor .
Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak
menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku.
Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan
berbau busuk.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping.
Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam
perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham oleh
api . Begitulah nasib diriku.

Anda mungkin juga menyukai