Anda di halaman 1dari 23

KONSEP ASAS MORAL

Disediakan oleh: Vivian Wong Shieh Ying


Sharon Low Yee Sa
Shereen Choo Lih Jiuan

PENGENALAN
Moral berasal daripada perkataan Bahasa Latin
moralis yang beerti tingkah laku yang sejajar
dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan
sesebuah masyarakat.
Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran
keadilan dan kebaikan. Pemikiran moral juga
boleh dibahagikan kepada 4 bahagian.

KONSEP ASAS MORAL


ALIRAN PEMIKIRAN MORAL:

Naturali
s

Emotivi
s

Intuisio
nis

Rasional
is

PEMIKIRAN NATURALIS

DEFINISI PEMIKIRAN NATURALIS


Naturalisme ialah aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang
sebenar.
Menurut Peter R.S. dalamEthnics and Education, tabii
(nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup.
Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah
rasional secara tabii atau semulajadi berbanding
dengan haiwan yang lain.
Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia
mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak
secara rasional dengan menggunakan akal.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN NATURALIS


Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk
membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi
mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan
yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang
lain.
Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang
lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati
antara satu sama lain.
Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti
hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa
dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti
hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN NATURALIS


(samb)
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja
keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis.
Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi
naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya
menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi
nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan
masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman
moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara
langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

CONTOH-CONTOH
Berikut merupakan contoh-contoh yang
menggambarkan seseorang individu/
masyarakat yang berfikiran naturalis:

CONTOH 1
Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila
melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara
yang keseluruhannya teruk.
Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu
dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar
macam mana pun begitu juga prestasinya.
Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

CONTOH 2
Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud
peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang.
Rezeki secupak takkan jadi segantang: gambaran kemalasan
orang yang merasa cukup-cukup sahaja dengan apa yang ada.
Contoh: Apabila orang suddah mendapat secupak beras,
mereka akan terima sahaja kerana mereka berpendapat ia
tidak akan menjadi segantang.
Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara
telah merdeka 57 tahun yang lalu.
*find secupak and segantang de picture*

CONTOH 3
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun
kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri
iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak
padang tekukur.
Dengan kata lain mereka menerima sumpahan
Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya
usaha untuk membangunkan pulau tersebut
sebelum tujuh keturunan berakhir.

PEMIKIRAN EMOTIVIS

DEFINISI PEMIKIRAN EMOTIVIS


Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang
bertindak mengikut perasaan atau emosi.
Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata,
tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun
sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk
kepada kebangkitan perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral
bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang
dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut
emosi, sikap atau perasaan.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVIS


Menurut golongan emotivis, individu-individu tersebut
hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa
yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang
sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar
pernyataan-pernyataan itu.
Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat
bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak
menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia
ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai
emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran
atau pernyataan-pernyataan moral.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVIS


(samb)
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mulamula menyatakan perasaannya dan kemudian akan
cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral
adalah subjektif dan tidak memerlukan sebarang teori
asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral.
Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan
memperkenalkan satu dimensi yang penting yang
bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional,
malah emosi moral.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN EMOTIVIS


(samb)
Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari
segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui.
Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih
dahulu penanggapan salah.
Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi
atau perasaan.
Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak
mempunyai konsep emosi yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat
tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama.
Hal ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenangwenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

CONTOH-CONTOH
Berikut merupakan contoh-contoh yang
menggambarkan seseorang individu/
masyarakat yang berfikiran emotivis:

CONTOH 1
Seorang perompak telah menembak mati seorang
wanita berusia 30-an di tempat letak kereta
PasarayaGiant kerana wanita tersebut enggan
menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Contoh 2
Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang
gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara
kumpulan lelaki tersebut.

Contoh 3
Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah
diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya.
Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin
berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia
membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi?
Mungkin tidak. Pemalas!

Contoh-contoh lain

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pemikiran-mora
l-naturalis-emot
https://www.academia.edu/5066548/TAJUK_1_Konsep_Asa
s_Moralivis.html
http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/aliran-pemikir
an-moral.html
http://kuasai-minda.blogspot.com/2013/08/rezeki-secup
ak.html

SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai