Anda di halaman 1dari 9

Sanitasi makanan

Sanitasi makanan bermaksud aspek kebersihan diri semasa menyedia ,memasak dan menyaji makanan serta menyimpan bahan makanan dan makanan yang telah dimasak. Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya tidak tercemar. 7 prinsip kebersihan makanan :(a) Kebersihan diri Penyakit Rambut Tangan Pakaian Tabiat

(b) Menyediakan makanan Semasa menyediakan makanan, kebersihan diri perlu diutamakan. Jika luka, balut luka dengan pembalut kalis air. Basuh tangan sebelum memegang makanan. Pastikan kuku pendek, rambut kemas, apron bersih dan alat dapur, kain dapur serta tempat kerja bersih. Gunakan camca yang bersih untuk merasa makanan. Palingkan muka dari makanan dan tutup mulut serta hidung dengan sapu tangan atau kertas tisu jika batuk atau bersin. Amalan di atas dapat menghalang bakteria daripada mencemar makanan. (c) Memasak makanan Alatan tidak retak atau sumbing Camca rasa makanan tidak digunakan semula Menggunakan tuala yang khusus untuk kerja-kerja yang tertentu Cuci alatan berminyak dengan air panas Alatan yang kotor dicuci dengan segera Membuang sisa makanan

(d) Menyaji makanan Kebersihan semasa menyaji makanan perlu dititikberatkan. Alatan untuk menyaji makanan hendaklah bersih. Gunakan garpu, camca, penyepit atau senduk semasa menyaji makanan. Pastikan makanan tidak terdedah selepas disaji. Gunakan kain pengesat yang bersih untuk mengesat lelehan makanan pada bekas menghidang. (e) Menyimpan bahan makanan segar (f) Makanan segar disimpan di dalam peti sejuk pada tempat yang sesuai Makanan segar dibersihkan sebelum disimpan Suhu di dalam peti sejuk mesti sesuai dengan makanan Makanan kering disimpan ditempat yang kering Semak tarikh luput makanan kering Menyimpan makanan yang telah dimasak Guna bekas yang bersih Disimpan didalam peti sejuk dengan segera selepas makanan disejukkan Jangan letak berdekatan dengan makanan mentah Jangan simpan didalam bekas logam untuk tempoh yang lama.

(g) Membungkus makanan Guna bahan atau alatan yang sesuai mengikut jenis makanan yang hendak dibungkus atau dipek.

Pencemaran Makanan Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, tindak balas enzim dalam makanan, atau keadaan dalam persekitaran. Makanan yang tercemar akan berubah rupa, rasa, bau, dan tekstur. Keracunan makanan disebabkan oleh makanan yang tercemar dan boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan kematian. Punca pencemaran 1. mikroorganisma : bakteria Cara Pembiakan Tempat Pembiakan Mengikut bentuk : bulat, rod, berpilin Melalui binary fusion, sel akan membahagi kepada dua dan seterusnya. Dalam air, tanah, udara, badan manusia dan haiwan Makanan Yang Mudah Dicemari Sup daging, nasi dan telur Keperluan Pembiakan Memerlukan nutrient, kelembapan, suhu, pH, udara dan masa untuk membiak.

Klasifikasi

Kulat Mencemari tumbuhan, haiwan, dan manusia dengan membebaskan toksin. Tumbuhan yang dicemari : bijirin, kekacang dan kentang. Cladosportium yang berwarna hijau mencemari daging.

Pencemaran Kulat

Keperluan pembiakan

Bergantung kepada bahan organik yang kaya dengan tenaga bagi mendaparkan nutrient. Memerlukan makanan, oksigen, air, suhu dan pH. Hidup dengan baik dalam medium berasid.

2. haiwan dan serangga perosak mencemari makanan melalui najis dan air liur.

contoh :

Haiwan dan serangga perosak

3. bahan kimia a) aditif bahan kimia yang ditambah dalam makanan untuk memperbaiki rasa, tekstur dan rupa makanan. Bahan pewarna dan pengawet yang boleh mencemarkan makanan ialah : Contoh: asid sorbik di dalam jeruk dan keju. monosodium glutamate ( MSG ) di dalam sup dan snek. asid borik didalam bebola ikan dan mi asid laktik dalam minuman dan biskut. sulfur dioksida di dalam buah-buahan kering.

b) bahan kimia Bahaya apabila digunakan secara berlebihan. Racun serangga dan rumpai meninggalkan baki pada sayuran dan buahbuahan. Contoh:

Racun serangga

c) logam Logam dari bekas boleh terhakis oleh makanan berasid dan mencemarkan makanan di dalamnya. Contohnya ialah aluminium, ferum, kuprum, plumbum, dan merkuri.

4. tindak balas enzim menyebabkan makanan cepat masak. buah-buahan akan jadi kuning atau perang dan cepat rosak.

Contoh:

Tindak balas enzim terhadap buah betik

5. perubahan fizikal Contoh: perubahan warna, rasa, bau, rupa, dan tekstur berlaku apabila makanan berkaleng atau berpek melepasi tarikh luput atau berlaku kerosakan pada pembungkus. makanan segar : ikan akan mempunyai mata yang merah, insang pucat, dan bau busuk. sayur dan buah : layu, kecut, dan busuk jika disimpan terlalu lama.

Ikan yang dicemari

6. benda asing boleh memasuki makanan semasa proses menyedia, memasak, menyaji, dan menyimpan. contoh, rambut, pasir, batu, dan sebagainya.

Lipatan Napkin
Pengertian Napkin Folding (Lipatan Serbet Makan) Napkin Folding (Lipatan Serbet Makan) adalah bentuk lipatan dari serbet yang biasanya diletakan di atas meja sebagai hiasan dan mempunyai bentuk penampilan yang indah dan menarik. Bahan dan Ukuran Serbet makan dapat dibuat daripada kertas atau kain dengan bermacam-macam warna serta corak yang disesuaikan dengan taplak meja makan. Serbet makan sebaiknya menggunakan bahan daripada damas atau bahan yang mudah dilipat. Serbet makan kertas dipergunakan untuk jamuan makan tidak rasmi. Ukuran serbet biasa digunakan adalah 45 x 45 cm atau 50 x 50 cm, baik untuk makan siang mahupun makan malam. Sedangkan serbet untuk kelengkapan makan pagi atau menyajikan kuih-kuih disebut serbet jari. Ukuran serbet jari 35 cm x 35 cm atau 40 cm x 40 cm. Fungsi Lipatan Serbet Makan Sebagai hiasan menutupi baju agar tidak kotor ketika makan Untuk membersihkan mulut Lipatan serbet yang rapi dan indah dapat menyemarakkan ruang makan sehingga dapat menambah selera makan Tips Menghasilkan Lipatan Serbet yang Baik Jangan membuat lipatan serbet makan dengan bentuk yang terlalu tinggi sehingga dapat menutupi wajah tamu lainnya. Jangan membuat terlalu banyak lipatan kerana serbet makan akan mudah kotor sebelum digunakan. Gunakan serbet makan yang berukuran agak besar (50 cm x 50 cm), kerana memudahkan dalam melipatnya dan hasilnya akan lebih baik dan indah. Ukuran serbet makan harus benar dan simetris sisi sisinya. Untuk lipatan serbet makan yang berdiri atau standing, gunakan serbet makan yang kaku. Jika serbet makan halus gunakan serbet makan yang kuat.

Contoh Lipatan Napkin

Anda mungkin juga menyukai