Anda di halaman 1dari 3

PETA MINDA ( MIND MAPPING)

Peta minda adalah satu kaedah yang dipelopori oleh Tony Buzan. Sejak diperkenalkan,
peta minda diakui sebagai salah satu kaedah pengambilan nota yang cukup berkesan bagi
membantu proses pembelajaran. la mem bolehkan banyak fakta-fakta diringkas dan
dimuatkan ke dalam sehelai kertas. Peta minda lebih mudah dihafal dan diingati berbanding
dengan nota biasa kerana penggunaan imej visual seperti lakaran, simbol, gambar, kata
kunct, warna dan sebagainya. Penggunaan peta minda secara tidak langsung cenderung
kepada proses pembelajaran menggunakan keseluruhan otak. Misalnya otak kiri mem baca
dan menganalisa sementara otak kanan pula menggambar.

Bagaimana membuat peta minda?


1. Gunakan kertas kosong tanpa sebarang garisan.
2. Pastikan kertas anda pada kedudukan mendatar lebih banyak maklumat dapat
dimuatkan pada kedudukan ini.

3. Tuliskan tajuk utama di tengah kertas. Lingkarkan tajuk ini dengan bentuk yang tertentu
seperti bulatan, kotak, awan dan sebagainya. Fikirkan bentuk yang relevan dengan tajuk
bagi memudahkan maklumat diingat.

4. Tambahkan cabang atau ranting keluar daripada bahagian tengah ini. Setiap ranting
mewakili idea-idea atau fakta-fakta utama. Bilangan cabang atau ranting ini bergantung
kepada bilangan fakta utama yang ada.

5. Jangan gunakan ayat lengkap apabila membina peta minda, sebaliknya gunakan hanya
kata kunci, simbol, angka, gambar dan sebagainya. Sekiranya anda sudah mempunyai nota
padat, anda boleh hasilkan peta minda berdasarkan nota padat ini.

6. Unjurkan ke cabangrcabang yang lain bagi menambah maklumatrmaklumat yang lebih


terperinci.

7. Semasa membuat peta minda, jangan sesekali mei musingkan kertas kerana is
membuatkan tulisan anda terbalik dan sukar dibaca. Terus kekalkan kedudukan kertas
pada kedudukan mendatar.

8. Gunakan unsur warna warni bagi membezakan satu kelompok maklumat dengan
kelompok maklumat yang lain.

9. Gunakan HURUF BESAR dan huruf cerai bagi mermudahkan peta minda anda dibaca.
Elakkan sama sekali penggunaan huruf kecil dan tulisan bersambung.

1.

BESARKAN setiap idea-idea penting supaya ia jelas kelihatan


semasa melakukan imbasan.

1.

Manfaatkan penggunaan HURUF TEBAL bagi memberikan


penekanan pada fakta-fakta penting.

1.

Jangan takut bagi menggunakan daya kreativiti anda dan


mencuba sesuatu yang baru atau pelik. Apa yang penting anda
dapat mengingati maklumat-maklumat dengan mudah.

Peta minda juga dapat digunakan bagi mencambah idea semasa menulis karangan.
Caranya, setiap cabang peta minda itu perlu dimulakan dengan tujuh soalan iaitu apa,
siapa, bila, kenapa, di mana, berapa dan bagaimana

http://petaminda.blogspot.com/2007_11_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai