Anda di halaman 1dari 3

2.

Sumber asas Data Demografi Kelebihan dan kelemahan setiap satu sumber tersebut
Terdapat tiga sumber asas data demografi iaitu :
1. Banci
Banci menghitung setiap individu dan mencatatkan segala ciri-ciri berkaitan individu
berkenaan secara berasingan. Ia meliputi suatu ruang wilayah yang khusus dan semua
mereka yang berada dalam ruang tersebut dihitung pada ketika itu. Segala perhitungan
dan

catatan yang dibuat dilakukan pada masa dan tempoh rujukan yang ditetapkan. Usaha
mengumpulkan maklumat dilakukan dalam suatu tempoh yang ditetapkan. Malaysia
menjalankan banci penduduk setiap 10 tahun sekali.
2. Survei (Tinjauan Persampelan)
Berdasarkan sumber asas demografi melalui survei, urusan mengumpulkan data
dilakukan

lebih kerap dan tidak ditetapkan masa berbanding banci. Survei sering

dilakukan secara

persendirian,

pemerintah. Selain itu, survei

sementara
boleh

mengikut keperluan. Kadangkala survei

banci

dilakukan

selalunya
pada

dijalankan

bila-bila

masa

oleh
sahaja

dijalankan untuk urusan memantapkan data

banci. Teknik menjalankan survei umumnya tidak banyak berbeza dengan banci terutama
dalam urusan mengumpul dan mencatat data. Survei mengumpul maklumat lebih khusus
dan mendalam tentang sesuatu peristiwa

berbanding banci yang lebih umum sifatnya.

3. Sistem Pendaftaran
Melalui sistem pendaftaran, proses pengendalian, pengumpulan dan penerbitan data
diuruskan oleh agensi pemerintah di peringkat pusat, negeri mahupun tempatan.
Pengumpulan data melalui sistem pendaftaran ini sama seperti banci dan survei kerana
terlibat mengumpulkan data individu terutama data penting. Rekod catatannya standard
bagi melaporkan sesuatu peristiwa penting seperti kelahiran hidup, kematian, kelahiran
mati perkahwinan, penceraian dan migrasi antarabangsa.

3. Komponen-komponen utama demografi Mortaliti, fertiliti dan migrasi


a. Mortaliti
Tingkat mortaliti penting dalam mengukur kualiti hidup penduduk. Isu mortaliti
berkaitrapat dengan status kesihatan penduduk. Data mortaliti selalu digunakan sebagai
indikator kepada status kesihatan modal insan dan berguna sebagai ukuran mengawal
sesuatu penyakit dan mengurangkan kematian melalui dasa-dasar kerjaan seperti dasar
kesihatan, dasar tenaga buruh dan keperluan penyertaan penduduk dalam skim
perlindungan insuran kesihatan atau nyawa. Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuan (PBB) mentakrifkan kematian sebagai hilangnya
semua bentuk atau tanda-tanda kehidupan secara kekal selepas sesuatu kelahiran hidup
berlaku. Sesuatu kematian yang berlaku sebelum berlakunya kelahiran hidup terkeluar
daripada takrif ini.

Anda mungkin juga menyukai