Anda di halaman 1dari 11

TAJUK 1

MASALAH-MASALAH MORAL DI SEKOLAH

SINOPSIS
Tajuk ini bertujuan mengenal pasti dan menghurai secara ringkas isu-isu moral yang
kerap berlaku di sekolah, khususnya di sekolah-sekolah dalam negara kita. Pelajar
perlu memperkembangkan kefahaman mereka kepada setiap tajuk tersebut dengan
merujuk pelbagai sumber media cetak dan elektronik serta internet. Pelajar
dikehendaki menganalisis setiap isu bertujuan mempertingkatkan kepekaan mereka
terhadap isu-isu moral dalam kalangan murid sekolah masing-masing khususnya,
umumnya di seluruh negara. Hasil dari pengamatan ini diharap pelajar akan dapat
menjadi seorang guru yang prihatin serta berusaha bersama masyarakat sekolah
dan tempatan dalam menangani pelbagai isu tersebut.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar boleh:
1. Mengenal pasti isu-isu moral yang kerap berlaku di sekolah.
2. Menganalisis dan membuat refleksi tentang punca berlakunya dan cara
mengatasi isu-isu moral tersebut.
PENGENALAN
Banyak isu moral yang seringkali dibincangkan oleh pihak sekolah dan
masyarakat awam. Di sini dibincangkan beberapa isu yang dikenal pasti kerap
berlaku di sekolah-sekolah dalam negara kita. Cuba anda baca isu-isu berikut,
kemudian kembangkan perbincangan anda bersama tutor dalam interaksi akan
datang.
PERAS UGUT/KONGSI GELAP/ BULI
Remaja khususnya yang masih bersekolah sering dikaitkan dengan masalah
ini, walaupun daripada sifat semulajadinya zaman remaja adalah zaman yang penuh
bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah

yang membabitkan remaja hari ini benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan


dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah.
Jenayah peras ugut,kongsi gelap dan buli dalam kalangan remaja bukan lagi
isu baru di Malaysia malah semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sepuluh
tahun dahulu mungkin kita terkejut dan takut apabila seorang remaja berusia 12
tahun sudah berani membunuh orang, tetapi tidak lagi pada hari ini. Ia seolah-olah
suatu trenda yang terpaksa kita hadapi. Remaja begini diistilahkan oleh Halcomb
(1991) sebagai remaja Devian. Mari kita kenal pasti remaja yang bermasalah tingkah
laku ini melaui pandangan beliau.
Ciri-ciri remaja Devian
Mengikut kajian Halcomb(1991), personaliti remaja mempunyai masalah
tingkah laku seperti berikut :
-

Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan orang lain


dan selalu terlebih yakin dengan keupayaan mereka.

Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada peraturan.

Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka ataupun


berunsur suspen.

Mempunyai potensi mempengaruhiorang lain.

Bercakap kasar, tidak bertimbangrasa

dan tidak sabar dengan

dengan kelemahan dan kekurangan orang lain.


-

Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan , kurang kasih


sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi.

Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam keupayaan


mencapai kepuasan akademik yang baik.

Mengalami ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan dirinya


yang sebenar di mana mereka kadang-kadang bermasalah
mencapai identiti yang diinginkan.

Kurang

kepercayaan

bagi

mengawal

kehendakp-kehendak

impulsif.
Mari pula kita renungkan beberapa teori di bawah ini yang menghubungkan
dengan punca tingkah laku yang salah bagi remaja devian tersebut :
Teori tentang Punca Salah Laku Remaja Devian

(i)

Teori fungsionalisme teori ini menganggap devian sebagai

tidak
mempunyai peranan kepada struktur sosial.
(ii)

Teori konflik Teori konflik mengatakan , devian adalah

tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang menindas.


(iii)

Teori subbudaya - Teori subbudaya dan deprivasi status pula

berpendapat, devian berpunca daripada budaya kumpulan yang


berbeza daripada budaya masyarakat. Deprivasi selalu berpunca
daripada kemerosotan ekonomi dan kelemahan sosio-emosi. Remaja
terutama daripada kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta bertindak
melakukan devian.
(iv)

Teori interaksionisme - Teori interaksionisme melihat devian

sebagai perkara subjektif dan punca sosial. Remaja sengaja memilih


tingkah laku mengikut kemahuan dan sesuai dengan cara interpretasi
mereka. Kajian Tattum (1986) mendapati, remaja sengaja melakukan
devian sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka.
(v)

Kategori Perlakuan Devian

Inovasi : Memenuhi matlamat dengan cara yang salah


Ritual : Tindakan mengulang perbuatan
Undur : Orang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
Menentang : Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya
dengan matlamat lain.
Beberapa Pandangan Ahli Sosiologi Pendidikan
Mengenai Punca Salah Laku Remaja
(i)

Ketidakstabilan mental

Menurut

Steinberg

(1987)

perkembangan

remaja

melibatkan

beberapa siri transisi daripada keadaan belum matang ke arah


kematangan ataupun sempadan remaja. Oleh itu , remaja dianggap
sebagai masa storm and stress iaitu masa bergelora, penuh

pancaroba dan perubahan perasaan atau mood (G.Stanley Hall,19441924).

Mereka

perkembangan

mudah
kognitif

dipengaruhi
sehingga

terutamanya

mereka

pada

sanggup

tahap

melakukan

perkara-perkara melanggar undang-undang.


Dalam teori organismik yang dipopularkan oleh Sigmund Freud
(1938), Erik Erikson (1968) dan Jean Piaget, perubahan hormon
semasa baligh menggugat keseimbangan psikik yang dicapai pada
tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman (latency). Semasa
remaja, dorongan seks dan aggression atau kelangsangan tertimbul
semula

selepas

menyebabkan
keinginan

dan

menyepi

remaja

ketika

berdepan

peraturan

peringkat
dengan

masyarakat.

kanak-kanak.

konflik
Remaja

hebat
yang

Ini

antara
dilanda

kekecewaan tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas dendam


dan gangguan jiwa. Ini adalah punca utama jenayah peras ugut,
kongsi gelap dan buli.
Remaja yang mempunyai masalah kejiwaan ini dapat dibahagikan
kepada dua. Pertama, pesakit jiwa waras (jiwa tertekan, murung,
bimbang,

penagih

dadah,

perokok,

minum

minuman

keras,

kelencongan seksual dan transeksual). Kedua adalah penyakit jiwa


yang serius seperti tidak siuman atau hilang kewarasan akal. Jiwa
remaja lembut ibarat rebung dan tidak stabil pada masa ini remaja
juga mencari identiti ataupun jati diri. Justeru , apabila zaman remaja
dipenuhi perkara-perkara yang tidak wajar , masa depan remaja juga
akan rosak. Masalah tekanan persekitaran yang dialami juga
menyebabkan jiwa mereka semakin tertekan. Cara terbaik bagi
mereka untuk mengalihkan perasaan kecewa adalah melakukan
perilaku-perilaku negatif.
Teori Freud menyatakan, tekanan hidup serius yang dialami oleh
manusia menyebabkan tekanan itu diekspresikan melalui perlakuan
mengejut dan luar biasa. Contohnya terlibat dengan gejala dadah,
membunuh, merogol, mencuri,

merompak dan sebagainya. Dalam

bidang psikologi, golongan penjenayah seksual ini dikenali sebagai


masochis ataupun sadis. Jiwa mereka tidak stabil dan suka

melakukan

keganasan.

Mereka

mengikat,

memukul,

malahan

sanggup membunuh demi mencapai kepuasan yang diingini.


(ii)

Latar belakang kehidupan

Menurut pakar-pakar psikologi, petunjuk yang boleh digunakan adalah


sejarah hidup atau latar belakang kehidupan individu itu. Berdasarkan
kajian kes yang dijalankan, pakar-pakar ini berpendapat, individu yang
pernah mengalami penderaan fizikal, penderaan seks ataupun
penganiayaan dalam sejarah hidup, berkemungkinan besar akan
melakukan jenayah peras ugut,kongsi gelap dan buli.
Demikian juga bagi individu-individu yang berasal daripada keluarga
yang tidak stabil dan porak-peranda, mereka dikatakan melakukan
jenayah peras ugut, kongsi gelap dan buli bagi membuktikan pada diri
dan masyarakat yang mereka gagah dan berkuasa. Bagi mereka
perbuatan itu adalah cara menghilangkan rasa rendah diri keluarga
yang menghantui perasaan dan jati diri. Individu-individu itu juga
melakukan jenayah peras ugut, kongsi gelap dan buli sebagai cara
melepaskan dendam yang terpendam dalam jiwa dan fikiran bawah
sedar mereka.
Malangnya petunjuk-petunjuk psikologi ini tidak semestinya dapat
dikesan pada penampilan fizilkal, perawakan atau perwatakan individu
itu, sehingga tiada siapa menyangka orang yang kelihatan lembut dan
berdisiplin tergamak melakukan tindakan-tindakan kejam. Seolah-olah
gambaran para jenayah yang lazimnya berwatak jahat, ganas dan
tidak berdisiplin itu tidak benar.

Sebaliknya,

individu

yang

tenang, pengasih dan berbudi bahasa adalah perogol dan pembunuh


yang kejam.
(iii)

Proses Urbanisasi

Kegiatan devian dan keruntuhan moral dalam kalangan remaja juga


berpunca daripada proses urbanisasi dan industrialisasi. Ini kerana,
kedua-dua

proses ini mengendurkan kawalan sosial (Gottfredson,

D.C., McNeil, R.J dan Gottfredson, G.D.1991) yang wujud dalam

masyarakat tradisional. Akibatnya , anggota masyarakat bebas


melakukan sesuka hati.
Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara anggota masyarakat
begitu erat. Contohnya, masyarakat kampung saling mengenali,
tolong menolong dan mengambil berat antara berat antara satu sama
lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung.
Secara tidak langsung, hubungan erat ini membentuk kawalan sosial
yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan yang
melanggar norma dan nilai masyarakat kampung itu cuba dielakkan
kerana bukan sekadar nama diri sahaja tercemar, malah nama baik
keluarga juga turut terpalit.
Suatu ketika dahulu, kempen Rukun Tetangga diadakan bagi
menjaga keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya
ramai yang menyalahgunakan kempen ini. Ada yang hadir sekadar
menantangani buku kedatangan ataupun berborak dan

sembang-

sembang kosong hingga tiba waktu pulang dan menjadikan aktiviti ini
sebagai lesen besar untuk keluar rumah pada waktu malam sahaja.
Antara nilai yang dapat dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi
dan industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik. Sikap
ini menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masingmasing dan tidak ada masa mengambil tahu hal orang lain. Jiran
tetangga tidak ada masa untuk bertegur sapa dan mengenali antara
satu sama lain. Trenda terkini pula majlis perkahwinan dan kenduri
diadakan di hotel-hotel atau di dewan-dewan yang sudah tidak
memerlukan pertolongan daripada jiran tetangga. Sikap individualistik
ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain dalam
kawasan kediaman dan sekiranya ada sekali pun , hanya pada tahap
paling minima.
Kimberly (2007) mengatakan bahawa menempuhi peringkat usia
remaja selalunya digambarkan sebagai saat-saat yang paling kritikal
dan mencabar bagi seorang remaja mahupun ibu bapa. Didikan ibu
bapa yang berkesan semasa usia remaja ini perlu mengambil kira
segala

keperluan-keperluan

aspek-aspek

perkembangan

yang

dinyatakan sebelum ini bagi mengimbangi proses penyesuaian diri


yang dilalui oleh remaja ini.
Ghafani (2007) menyatakan bahawa akhlak anak bermula di rumah.
Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam
lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal
dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada
skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga. Oleh yang
demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan
besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri.
Sarjit

(2007)juga

menegaskan

bahawa

golongan

yang

bertanggungjawab dalam membawa kewujudan budaya jenayah


sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah adalah keluarga, iaitu
ibu bapa. Keluarga adalah sebuah institusi sosial yang memainkan
peranan cukup penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku
moral pelajar. Namun, institusi itu semakin goyah dilanda pelbagai
cabaran sama ada dari aspek ekonomi mahupun sosial.
Seharusnya asas utama perlu ditekankan sejak kecil lagi ialah
pembinaan tahap sosialisasi anak menerusi aspek keagamaan, bak
kata pepatah Melayu, 'kalau hendak melentur buluh, biar daripada
rebungnya'. Semua ajaran agama mementingkan kebaikan dan
menolak kejahatan. Tanpa ajaran agama yang berfokus akan
menyebabkan individu gagal memahami tuntutan agama dalam
kehidupan dan mulai melanggar peraturan agama, sekolah mahu
undang-undang negara.
VANDALISME
Faktor-faktor berlaku Vandalisme
(i)

Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya merupakan faktor berlakunya vandalisme.Golongan


remaja biasanya mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan
tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan remaja

yang terlibat dengan masalah rumahtangga. Aktiviti vandalisme ini


biasanya berlaku dalam bentuk kumpulan. Apabila mereka berkumpul
beramai-ramai dan tidak mempunyai tujuan akan tercetuslah idea
untukmelakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk menconteng
harta benda awam dan merosakkannya.
(ii)

Ibu bapa dan Keluarga

Ibu bapa sebagai pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan


remaja. Sebagai contoh, ketika berkenderaan ibu bapa tidak melarang
anak-anak mereka membuang sampah keluar dari kenderaan seperti
bungkusan plastik minuman, pembalut gula-gula dan sebagainya.
Sesetengah remaja yang terlibat dengan gejala vandalisme datang
daripada

keluarga

yang

bermasalah

atau

keluarga

yang

mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan


vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan
berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya
kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga
antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif
ini.
(iii)

Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan
sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adengan-adengan negatif
dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsurunsur perlakuan kearah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru
dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling termasuk media massa,
apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjukajar sewajarnya.
(iv)

Sikap Apati (tidak peduli), Individualistik dan Materialistik

Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat
yang pincang akhirnya akan melahirkan produkyang pincang. Sikap
sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan
tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan
masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme
banyak berlaku dalam bandar. Golongan remaja yang menconteng

dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi


generasi yang dilahirkkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan
bandar sesetengah penduduknya tidak ambilpeduli terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri
mereka

bebas

untuk

meneruskan

gejala

negatif

ini

tanpa

menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.


Remaja ini juga mempunyai sifat ini menzahirkan bakat sedia ada
mereka seperti melukis di tembuk-tembuk bangunan tertentu
contohnya di kawasan ibu negara Kuala Lumpur. Perbuatan ini juga
merupakan pengaruh remaja di luar negara , sedangkan di luar
negara perbuatan ini dilakukan dalam kawalan dan kebenaran dan
sesetengah-sesetengah tempat merupakan kawasan pelancongan.
Langkah-langkah Mengatasi Vandalisme:
(i)

Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan


oleh pihak berkenaan. Di bawah akta Kerajaan Tempatan ( Undangundang Kecil Vandalisme !991), sesiapa yang didapati merosakkan
harta benda awam boleh didenda yang memsabitkan RM 2,000 atau
penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan
undang-undang

baru

menetapkan

pesalah-pesalah

vandalisme

menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan


menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme (kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan
tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada
rakan-rakan lain.
(ii)

Peranan Ibubapa dan keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja


tentang falsafah kepentingan menjaga harta benda awam. Ibu bapa
semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya
menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri.
Ibubapa juga perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
dalam menjaga harta awam ini, sekaligus sekiranya anak telah
melihat contoh teladan ini dan sudah diingatkan dengan falsafah ini
maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa

perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak


berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu
diterapkan untuk membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang matang
sebelum melangkah ke alam dewasa.
(iii)

Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi


perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang
salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling

mereka.

Masyarakat

perlu

proaktif

terhadap

gejala

vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota


masyarakat

boleh

memainkan

peranan

penting

memberikan

kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut


memberi

nasihat

dan

bimbingan

kepada

pelajar

mengenai

kepentingan harta awam. Generasi muda perlu diterangkan dengan


mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda
awam.
Terangkan kepada pelajar apakah perasaan mereka sekiranya barang
milik individu mereka seperti beg sekolah diconteng atau dikoyak oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab

. Kesedaran seumpama itu

akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap


dan tanggungjawab.

(iv)

Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini,


media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada
masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai
pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama
dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk
rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa melalui TV Pendidikan dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia juga perlu selalu menyiarkan rancanganrancangan khas tentang kepentingan menjaga harta awam ini dan

wajib ditayangkan kepada murid-murid di sekolah dan boleh dijadikan


sebagai salah satu agenda dalam perhimpunan sekolah setiap
minggu.

Anda mungkin juga menyukai