Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Tajuk
'Counter Strike It' Permainan Kategori Serangan
2.0 Matlamat
Permainan kanak-kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat
ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam
permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan
kategori serangan/ kawasan.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori serangan. Nama
permainan ini ialah 'Counter Strike It'. Permainan ini diberi nama sebegini kerana ia
merupakan aktiviti yang memerlukan kemahiran melantun menggolek dan juga
membaling bola dalam usaha mendapat markah. Sasaran perlu dijatuhkan bagi
setiap kumpulan untuk memperoleh mata.
Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas
individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif
seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan
kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang
merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi,


rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0 Objektif
Permainan kanak-kanak ini bertujuan :1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.
2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai
bekerjasama dalam satu pasukan.
3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan
jasmani yang sistematik.
4. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara melantun, menggolek dan membaling
bola.
5. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.
6. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelola permainan kanak-kanak.
7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi
yang betul untuk memenangi permainan.
8. Membangunkan aspek-aspek psikomotor kognitif dan afektif dalam kalangan murid.
9. Membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan.
10. Mengenalpasti dan mengatasi masalah permainan.

4.0 Kumpulan sasaran


Murid-murid tahap dua sekolah rendah (10 12 tahun)

5.0 Panduan Perlaksanaan Permainan


5.1 Senarai jenis alatan

5.2 Prosedur perlaksanaan permainan


1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan mempunyai 5, 6, 7 orang (mengikut jumlah yang sesuai).
3. Guru memberi penerangan mengenai peraturan.
4. Giliran kumpulan yang memulakan permainan ditentukan dengan melambung duit
syiling.
5. Dua orang daripada setiap kumpulan berada di zon penjaring dan zon penjaga
setiap satu.
6. Pemarkahan dikira berdasarka bilangan sasaran yang dijatuhkan.
7. Pemainan ditamatkan sekiranya semua sasaran dijatuhkan ataupun masa bermain
tamat.

5.3 Pelan kedudukan perlaksanaan permainan

5.4 Peraturan dan syarat-syarat permainan


1. Setiap kumpulan mesti berada dalam posisi masing-masing.
2. Pemain daripada kumpulan yang memulakan permainan akan melatun bola kepada
rakan-rakan.
3. Hanya cara lantunan bola sahaja dibenarkan semasa zon pemain.
4. Pemain yang menerima bola daripada rakan tidak boleh bergerak, hanya boleh
melantunkan bola sahaja untuk menghantar bola kepada rakan.
5. Penyerang perlu menggolek atau membaling bola sehingga sasaran dijatuhkan.
6. Penjaga perlu bertahan menggunakan seluruh anggota badannya supaya sasaran
mereka tidak dijatuhkan.

6.0 Penutup
Keseluruhannya, melalui permainan ini murid dapat mengeratkan hubungan
sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka.
Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan
kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran
tersebut.
Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid.Hal ini
kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan
menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan
menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk
menguasai kemahiran asas yang ingin diajar.
Permainan ini turut meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana
murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa mereka hendak
melantun, menggolek dan membaling bola. Hal ini sekali gus dapat membantu
murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam
kelas.
Secara keseluruhannya, permainan ini bukan sahaja dapat menjadikan
belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas
dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai